Monday, November 19, 2012

Pertama Kali ke Setia City Mall , Setia Alam

Last week, kali pertama jejak kaki ke Setia Alam City Mall, Setia Alam. Bawa anak-anak buah my hubby window shopping ajer. Dah warning mereka awal-awal, barangan kat situ semua branded sebab malam sebelum tu bawa diorang ke Uptown Shah Alam, so kalau rasa nak beli baju, beli kat situ siap-siap. 



Dari rumah saya tak sampai setengah jam, tak perlu masuk keluar tol pulak tu. Kalau poket tebal, mau rabak shopping kat sini ajer. Ada beberapa tempat ajer sempat kitorang terjah dalam tu sebab sampai pun dah dekat-dekat pukul 4 sebab my Nuha boleh pulak tertidur sebelum kitorang keluar tu.


Kitorang pergi hari Khamis, punyalah ramai manusia hari tu maklumlah cuti awal muharam kan. Bila nak masuk parking, tengok parking yang available semua floor adalah 0. Canggih sistem parking diorang ni sebab boleh tengok dekat board sebelum masuk dan dalam tempat parking tu pun ada board untuk tengok berapa parking yang available.Tahu memang parking penuh kan sebelum masuk , so tunggu jer la mana-mana kereta nak keluar kan. Banyak level pulak tu.Akhirnya, setelah naik sampai ke level P4, dapat jugak parking :) Phewww...Kitorang hari tu, sebab masuk tak sampai 3 jam, so free jer la parking nya.Yang best tu, siapa ada green car (hybrid) , siap ada parking khas..jelez . Nak beli tak mampu lagi.


Parking rates Weekdays      Weekends
First 3 hours                  FREE      RM 2.00
Subsequent Hour(s) RM 1.00       RM 1.00
Lost Tickets RM 25.00

Motorcycle Rates

RM 1.00


Ada berapa kedai jer sempat kitorang terjah dalam tu. Pertama yang kitorang masuk adalah Daiso.Memang tak sempat snap gambar, yang ada ni semua google ajer :p Ingatkan semua barangan berharga RM5 tapi ada jugak harga lain rupanya. Tapi bermula dari RM5 la yang saya sempat tengok. Tapi tak amik apa-apa pun, sebab tengok panjangnya line nak membayar tu, tak kuasa mak :p Lenkali boleh terjah lagi.


Lokasi :Daiso Japan,  LGMM01 , Setia City Mall 

Lepas tu masuk Parkson , sebab anak buah nak beli baju. Sekali semua pun mahal-mahal even ada sales kan. Sudahnya tak membeli apa pun dalam tu, memang window shopping habis-habisan. So, tinggalkan anak buah berdua tu jalan-jalan sendiri.

Lokasi : Parkson, UG-DS01, L1-DS02 , Setia City Mall

Check it out! #Windows8

Kitorang pergi tempat favourite my hubby pulak. Mana lagi kalau bukan book store :p Kat situ ada MPH. My nuha sempat jugak pow Abah dia dengan buku mewarna BoboiBoy. Mana-mana pergi, mesti ada habuan untuk dia.

Lokasi : MPH, LG-41, Setia City Mall
Malaysia
10.00 am - 10.00 pm

Lepas tu , my Nuha lapar pulak . Tengok ada Mc'D pulak sebelah MPH tu, terus belikan dia nugget sebelum kitorang keluar pi food court kat Tesco makan tengah hari di waktu petang. hahaha. Save budget sket :p Sebenarnya ada banyak jugak pilihan tempat makan kat situ , boleh tengok kat sini.

Hari tu dapat flier pasal Setia City Mall, dalam tu terselit Durian Pancake or Durian Crepe yang tengah menjadi kegilaan ramai balik :p Yang boleh didapati kat Sweet Chat, tak silap RM8.90. Kot ada yang mengidam kan. Biasa makan yang Cik Noor belikan kat The Garden, MV jer dulu :p Yang ni tak tahu la sedap ker tidak :p

Lokasi :Sweet Chat,  L2-06

 Korang dah pernah sampai Setia City Mall? 


Website: Setia City Mall Website
Facebook :
http://www.facebook.com/setiacitymall

Address:
No. 7, Persiaran Setia Dagang
Bandar Setia Alam
Seksyen U13, 40170 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Business Hours: 10.00am - 10.00pm




Thursday, November 15, 2012

Cantiknya baju Nora Danish Dalam Aku Terima Nikahnya

Mula mula nak ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam . Teringat masa sekolah dulu, selalu masuk nasyid bila tiba Awal Muharam. Sinonim sangat kan ? Korang pernah ? Siap sampai wakil daerah sekolah rendah saya dulu tau . Tapi masuk peringkat negeri, kalah .Teringat kat Cikgu Masnawi ( gitu la namanya, ingat2 lupa ), guru muzik kitorang merangkap cikgu yang melatih kitorang nasyid ni la.

Ok, nak cerita pasal movie, Aku Terima Nikahnya .Orang tengok movie, saya tengok baju pelakon. Actually, saya dan Ad tengok cerita ni kat Hotel Grand Continental Melaka. Punya jauh pi tengok. Mula-mula macam nak subsribe kat Astro first, tapi sebab tak minat sangat kan dengan hero dan heroin , tak tersubscribe :p Masa kitorang pegi cari kat serbaneka area hotel tu, ada mamat jual CD kat tepi kedai tu. Copy Astro First RM5 jer.hahahaha

So, sebab kitorang kan tak der kenderaan, mari la kita membuat wayang dalam bilik hotel dari duk melepek jer kat bilik tu kan. Kira halal la yer pasal beli CD cetak rompak, tak berniat pun nak menyokong cetak rompak :p Bagi saya rate cerita ni boleh la bagi 3/5 bintang. Tak der la sedih gila-gila kot , ada la part sedih tapi tak sampai keluar air mata macam tengok cerita korea ( saya kan ratu air mata) , saya siap tertidur .keh keh keh.

 
Tapi yang paling best cerita ini adalah baju-baju yang dipakai oleh Nora Danish. Boleh tak asyik duk menelek baju jer kerjanya . Comel kan Ad, comel kan? Begitulah dialog dua orang sambil tengok cerita. Part daring tu sekejap sangat la, dalam TV duk promo macam kan semua scene ada part romantik terlampau tu.

Jom la layan gambar yang saya cilok dari blog MIG dan blog sapa-sapa ntah, pandang kat baju Nora Danish jer, jangan pandang benda lain  :p



Baju di hari persandingan, simple dan sweet sangat.


Yang ni scene last, cantik juga warnanya.


Yang ni time bf dia melamar, comel jugak :p


Yang ni simple ajer  , tapi comel jugak bunga-bunga.
 Perasan warna macam ni memang kena dengan dia kan?
 

 Yang ni pun comel. Ada satu helai baju saya macam ni, ala-ala korean kan tapi pakai dengan inner la .Mau kena pelangkung dengan my hubby kalau lengan pendek macam ni keluar rumah. Duk rumah ok la.

Yang ni sesuai untuk ibu mengandung, hahaha. Kalau kita pakai, mesti dengan seluar kan.

Even baju tidur dia pun cantik. hahahaha

Ada satu lagi baju yang saya suka dia pakai, kat leher macam ada ropol-ropol warna coklat ( nanti saya print screen dr CD, copy kesini kalau rajin ). Bila google tak jumpa pulak :p

Korang dah tengok ke Aku Terima Nikahnya ? Berapa bintang boleh kasi ?



Wednesday, November 14, 2012

Voucher Diskaun RM40 Tiket Legoland Percuma , Model Kereta LEGO dan Yaya

Sekarang ni semua stesen minyak mesti ada promosi yang bukan sahaja boleh buat budak tertarik, mak bapak budak pun berkenan. Since my hubby adalah pengguna setia Shell ( utk CBR) dan Petronas (utk BLM) , makanya terjebak la dengan promosi-promosi kat stesen minyak ni.Tu belum pergi stesen minyak lain lagi, entah apa pulak promosinya.


Promosi pertama dari petronas adalah barangan dari siri animasi BoBoiBoy yang bermula pada 12 Oktober 2012 hingga 13 Januari 2013.


Baca selanjutnya kat sini

Muka tak boleh blah dapat paw abah dia Yaya seketul. BoboiBoy habis stok dah masa dia pergi tu.

Harga biasa RM19.90 tapi harga PWP RM16.90.

Saya duk bayang besar, rupanya kecik ajer saiznya...

Klik untuk figura bayi comel anda anda versi komik !

Promosi kedua pulak, adalah dari Shell pulak.


Hubby beli yang warna kuning tu tapi tak pasang-pasang lagi RM10.90 sebab isi minyak ron 97.

 Baca selanjutnya kat sini


Tak sangka pulak dapat Baucar diskaun  percuma RM40 untuk satu tiket harian bila isi minyak ron 97 tu . Dah dapat 2 keping pun ni valid sampai 31 Mac 2012. Sesiapa yang nak dan betul-betul nak pergi legoland boleh emailkan pada saya dengan tajuk voucher percuma, details berikut: nama ,alamat dan no telefon ke elissmie [at] gmail [dot] com , dengan syarat follower elissmie.com :) Sorang satu baucar ajer saya bagi. Ni siapa cepat dia dapat. [updated :  tinggal satu baucar lagi , cepat email ]

Korang pulak ada terjebak dengan mana- mana promosi stesen minyak ke ?  




Monday, November 12, 2012

Breakfast & Dinner @ Hotel Grand Continental Melaka & Pemenang FM Melaka

Hari ni ramai yang bercuti kan? Maklumlah cuti sekolah, lagi satu cuti selang seli. Saya duduk ofiz jer, tak pergi mana-mana. Cuti yang ada boleh buat simpan sebelum beranak next year :) Ada balance 19 hari lagi tu !! Phewwitt..


Hari ni episod JJCM di elissmie berkisar pasal breakfast percuma dan dinner kitorang di Hotel Grand Continental Melaka hati tu. Kitorang check in Selasa tu dalam pukul 3 lebih. Dengan tak makan apa pun tengah hari tu, sampai-sampai terus order makanan dan mintak diorang hantar ke bilik.

Petang tu , diorang sediakan Mee Udang. RM10.50 nett semangkuk. Besar jugak portion dia dan sedap tapi udang ada 3 ekor jer tu pun kecik. hahaha. Sebab kebulur sangat, makan jer la sampai habis.
  

Dinner malam tu, since kitorang tak der transport, makan jer kat hotel. Mula-mula nak makan set steambot RM15.80 nett tapi bila terpandang western food cuma RM12.80 nett , order yang itu jer la.



Portion memang tak besar.
 Saya punya nasi dengan fish fillet + veggie yang keras macam tak stim lama :p


Mushroom soup, biasa-biasa ajer. Memang instant punya jer.

Orange juice.


Aiskrim  yang paling sedap ;p

Promosi Western Set Lunch & Dinner.

Ok habis bab dinner. Yang tu memang kena bayar sendiri ( nasib baik boleh claim) . Ni yang kitorang dapat masa booking bilik, 2 kali brekfast lah kiranya. Hari pertama tak snap pic sebab masing-masing kebulur dah. Waktu breakfast 7.00 pagi hingga 10.30 pagi. Hari pertama kena awal, sebab boz nak datang amik pukul 8. 7 lebih kitorang dah start makan.Ada dua pilihan tempat nak makan.

Ni yang belah dalam.

Dilarang merokok kat dalam!


Yang ni belah luar. Maybe untuk orang yang merokok, boleh pilih duk kat sini. Dapat tengok view jalan dan Makhamah Majisteret Melaka :p


RM 18.50 nett ( adult )
RM 12.50 nett ( children)

Ada banyak la jugak pilihan makanan . Dua-dua hari menu berbeza. Ni menu hari kedua jer la yer. Ada english cuisine campur malay cuisine sket.


Sebelum pergi breakfast,. posing dulu :p Saya @ 26 weeks.


 Mula - mula saya makan cereal :p

 Lepas tu, kuet teow . Lepas tu nasi lemak. hahahaha. Tak tersnap pulak :p



Buah cuma satu pilihan ajer, tembikai.Dua-dua hari pun sama.

 Roti bakar, dua- dua hari pun ada. Macam menu wajib ada la kot.


 Air oren jer dia reti buat. Dua kali breakfast air oren jer. Teh dan Kopi pun ada.

Yang ni Mee Hailam. Yang ni hari pertama jer ada. hari kedua, dia letak bubur nasi pulak.

 Nasi lemak dan kuih pau, dua-dua kali breakfast ada. Pau cuma hari kedua.

 Menu kat sini yang bertukar sket. Hari pertama, ada french toast, spageti, baked bean, scrambbled egg dan chicken sausage. Hari kedua, nasi goreng, kuey teow goreng, telur mata dan chicken sausage.


 Overall, makanan yang disediakan average jer la. 3/5 boleh kasi. Tak der la tak sedap sangat bagi saya dan boleh jer makan semua ( ke sebab kebulur ) hahaha. Tapi kalau dia tambah lagi pilihan makanan pun lagi menarik :p


Pemenang FM melaka :)


Terima kasih semua peserta !!

Mr Random yang pilihkan 2 pemenang kat bawah ni :-





Kepada 2 pemenang bertuah ini , Sila emailkan nama, alamat dan no hp ke elissmie [at] gmail [dot] com.



Friday, November 09, 2012

Gold Medal Dan FM Melaka untuk dimenangi

Sudah tiba dibumi Selangor malam tadi jam 9 lebih. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah sebab akhirnya kekecewaan IID Terengganu 2012 dapat ditebus dengan kemenangan Gold Medal di RIID Melaka 2012. Dua-dua juri yang datang ke booth kami amat berminat dengan sistem kitorang. Syukur sangat ! Tak sangka betul dapat Gold Medal. 


Harus tayang medal dulu !




Saya , Ad  dengan ketua projek yang begitu yakin dengan sistem ni. Padahal saya tak yakin langsung ! Jahat gila kan..hahaha. Masa diorang tengah umum nama untuk gold medal tu terus cakap, mesti kita tak menang apa-apa. Sekali lepas jer sebut tu, penyertaan kitorang diumumkan sebagai salah satu pemenang gold medal. Sampai saya panik, tak tersnap gambar ketua projek naik pentas.hahahaha


Booth kitorang sebelum .


Booth kitorang selepas. 


Pentas utama RIID 2012

Tarikh              :           7 - 8 November 2012
                                            Tempat            :           Dewan Taming Sari, 
UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka
      Masa               :           8.00 pagi – 5.00 petang



Persembahan kreatif semasa upacara Perasmian Penutup RIID Melaka 2012. Guna tong sampah, botol, tong cat tu untuk hasilkan bunyi menarik.


Nasib baik ada seketul ni, Ad yang tolong amikkan .


Sijil Gold Medal  kitorang !

p/s:

Sila tinggalkan komen dalam entry ini atau entry
Hotel Grand Continental Melaka, Jalan Tun Sri Lanang  untuk berpeluang menang FM dari melaka. ( 2 pemenang  - random pick) selewat-lewatnya Ahad ini ( 11 / 11 / 12 ) sebelum  jam 12 malam :) Kalau dua-dua entry komen, dapat dua cabutan.
 





 Pemanggang ajaib untuk dimiliki dan katalog tupperware terbaru sudah keluar , klik sini laju-laju untuk pembelian dengan harga ISTIMEWA [ klik sini]
Kereta comot sebab musim hujan ? Terjah Tip Top Auto Spa Seksyen 7 sekarang . [ klik sini]
Baju kurung dan kain pasang pelbagai pilihan, terjah Cotton-Purple. [ klik sini]
 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)