Monday, November 12, 2012

Breakfast & Dinner @ Hotel Grand Continental Melaka & Pemenang FM Melaka

Hari ni ramai yang bercuti kan? Maklumlah cuti sekolah, lagi satu cuti selang seli. Saya duduk ofiz jer, tak pergi mana-mana. Cuti yang ada boleh buat simpan sebelum beranak next year :) Ada balance 19 hari lagi tu !! Phewwitt..


Hari ni episod JJCM di elissmie berkisar pasal breakfast percuma dan dinner kitorang di Hotel Grand Continental Melaka hati tu. Kitorang check in Selasa tu dalam pukul 3 lebih. Dengan tak makan apa pun tengah hari tu, sampai-sampai terus order makanan dan mintak diorang hantar ke bilik.

Petang tu , diorang sediakan Mee Udang. RM10.50 nett semangkuk. Besar jugak portion dia dan sedap tapi udang ada 3 ekor jer tu pun kecik. hahaha. Sebab kebulur sangat, makan jer la sampai habis.
  

Dinner malam tu, since kitorang tak der transport, makan jer kat hotel. Mula-mula nak makan set steambot RM15.80 nett tapi bila terpandang western food cuma RM12.80 nett , order yang itu jer la.



Portion memang tak besar.
 Saya punya nasi dengan fish fillet + veggie yang keras macam tak stim lama :p


Mushroom soup, biasa-biasa ajer. Memang instant punya jer.

Orange juice.


Aiskrim  yang paling sedap ;p

Promosi Western Set Lunch & Dinner.

Ok habis bab dinner. Yang tu memang kena bayar sendiri ( nasib baik boleh claim) . Ni yang kitorang dapat masa booking bilik, 2 kali brekfast lah kiranya. Hari pertama tak snap pic sebab masing-masing kebulur dah. Waktu breakfast 7.00 pagi hingga 10.30 pagi. Hari pertama kena awal, sebab boz nak datang amik pukul 8. 7 lebih kitorang dah start makan.Ada dua pilihan tempat nak makan.

Ni yang belah dalam.

Dilarang merokok kat dalam!


Yang ni belah luar. Maybe untuk orang yang merokok, boleh pilih duk kat sini. Dapat tengok view jalan dan Makhamah Majisteret Melaka :p


RM 18.50 nett ( adult )
RM 12.50 nett ( children)

Ada banyak la jugak pilihan makanan . Dua-dua hari menu berbeza. Ni menu hari kedua jer la yer. Ada english cuisine campur malay cuisine sket.


Sebelum pergi breakfast,. posing dulu :p Saya @ 26 weeks.


 Mula - mula saya makan cereal :p

 Lepas tu, kuet teow . Lepas tu nasi lemak. hahahaha. Tak tersnap pulak :p



Buah cuma satu pilihan ajer, tembikai.Dua-dua hari pun sama.

 Roti bakar, dua- dua hari pun ada. Macam menu wajib ada la kot.


 Air oren jer dia reti buat. Dua kali breakfast air oren jer. Teh dan Kopi pun ada.

Yang ni Mee Hailam. Yang ni hari pertama jer ada. hari kedua, dia letak bubur nasi pulak.

 Nasi lemak dan kuih pau, dua-dua kali breakfast ada. Pau cuma hari kedua.

 Menu kat sini yang bertukar sket. Hari pertama, ada french toast, spageti, baked bean, scrambbled egg dan chicken sausage. Hari kedua, nasi goreng, kuey teow goreng, telur mata dan chicken sausage.


 Overall, makanan yang disediakan average jer la. 3/5 boleh kasi. Tak der la tak sedap sangat bagi saya dan boleh jer makan semua ( ke sebab kebulur ) hahaha. Tapi kalau dia tambah lagi pilihan makanan pun lagi menarik :p


Pemenang FM melaka :)


Terima kasih semua peserta !!

Mr Random yang pilihkan 2 pemenang kat bawah ni :-





Kepada 2 pemenang bertuah ini , Sila emailkan nama, alamat dan no hp ke elissmie [at] gmail [dot] com.



Friday, November 09, 2012

Gold Medal Dan FM Melaka untuk dimenangi

Sudah tiba dibumi Selangor malam tadi jam 9 lebih. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah sebab akhirnya kekecewaan IID Terengganu 2012 dapat ditebus dengan kemenangan Gold Medal di RIID Melaka 2012. Dua-dua juri yang datang ke booth kami amat berminat dengan sistem kitorang. Syukur sangat ! Tak sangka betul dapat Gold Medal. 


Harus tayang medal dulu !




Saya , Ad  dengan ketua projek yang begitu yakin dengan sistem ni. Padahal saya tak yakin langsung ! Jahat gila kan..hahaha. Masa diorang tengah umum nama untuk gold medal tu terus cakap, mesti kita tak menang apa-apa. Sekali lepas jer sebut tu, penyertaan kitorang diumumkan sebagai salah satu pemenang gold medal. Sampai saya panik, tak tersnap gambar ketua projek naik pentas.hahahaha


Booth kitorang sebelum .


Booth kitorang selepas. 


Pentas utama RIID 2012

Tarikh              :           7 - 8 November 2012
                                            Tempat            :           Dewan Taming Sari, 
UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka
      Masa               :           8.00 pagi – 5.00 petang



Persembahan kreatif semasa upacara Perasmian Penutup RIID Melaka 2012. Guna tong sampah, botol, tong cat tu untuk hasilkan bunyi menarik.


Nasib baik ada seketul ni, Ad yang tolong amikkan .


Sijil Gold Medal  kitorang !

p/s:

Sila tinggalkan komen dalam entry ini atau entry
Hotel Grand Continental Melaka, Jalan Tun Sri Lanang  untuk berpeluang menang FM dari melaka. ( 2 pemenang  - random pick) selewat-lewatnya Ahad ini ( 11 / 11 / 12 ) sebelum  jam 12 malam :) Kalau dua-dua entry komen, dapat dua cabutan.
 





 Pemanggang ajaib untuk dimiliki dan katalog tupperware terbaru sudah keluar , klik sini laju-laju untuk pembelian dengan harga ISTIMEWA [ klik sini]
Kereta comot sebab musim hujan ? Terjah Tip Top Auto Spa Seksyen 7 sekarang . [ klik sini]
Baju kurung dan kain pasang pelbagai pilihan, terjah Cotton-Purple. [ klik sini]
 

Thursday, November 08, 2012

Hotel Grand Continental Melaka, Jalan Tun Sri Lanang

 Hari ni dah 3 hari saya berada di Melaka. Kali ini sekali lagi sistem yang saya bangunkan dihantar untuk penyertaan RIID Melaka 2012 pulak.Keputusannya petang nanti. Doakan lah kawan-kawan semua. Tak der taruh harapan yang menggunung dah sebab takut kecewa macam hari tu :p


Untuk penginapan 3 hari 2 malam ni, kitorang book Hotel Grand Continental Melaka. Kat depan hotel ni ada Mahkamah Majisteret Melaka dan kalau jalan kaki boleh sampai ke River Cruise. Tapi kitorang malas nak pergi :p


Mula-mula kena check in dulu yer..Check in pukul 12.00 tengah hari. Hari pertama kami sampai, diorang bagi kami Superior Room (RM 157 nett ). So mari kita tengok kat dalam dia. Terima kasih hantarkan beg kami sampai ke bilik :)


Ni bilik kitorang pada hari pertama. Kesian Ad kena tido katil single, bagi peluang mak buyung selesa :)


Bilik air bersih .


Ada bath tub dan shower.

TV zaman dinosour lagi tak der flat screen, dah la tak de peti ais. Safety box apa tah lagi.Nan hado.
Iron ada disediakan kat depan lif.

Hari kedua kitorang kena pindah sebab malam sebelum tu aircond macam tak berapa nak kuat.Diorang kata nak servis air cond.  Dapatlah merasa Deluxe Room. 



Ni baru best. Dua-dua pun dapat katil twin. Boleh lah nak bawa pasangan masing-masing.hahaha.Berangan jer la.

TV masih TV zaman dinosour tapi up sket sebab ada Astro.Yang Superior tak dapat tengok Astro.
Peti Sejuk pun ada. 


Bilik air pun terjaga dan baru. 


Aircond dua-dua jenis bilik jenis centralized, sampai menggigil2 laa tidur. Part ni kurang syiok lah pulak.


Kat sini pun ada swimming pool ( Tingkat 10) Tapi macam tak terjaga . Dalam website bukan main cantik terjaga :p



Ruang makan terletak kat lobi hotel.

Ada kemudahan wifi percuma tapi kena mintak password ngan diorang.


 Menarik, hitam merah gitu.Kitorang dapat voucher makan percuma untuk breakfast selama 2 hari ni. [Nanti kita review pasal makanan utk JJCM elissmie :p]

Overall, servis kat hotel ini ok la. Boleh la setakat nak tidur ajer pun. Kalau nak berendam, sila cari hotel lain. hehehe. Lagipun ni ajer kot rate yang mampu untuk kitorang kat sini :p




Address:No. 20, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka, Malaysia
Phone:(60 6) 2840 088
Facsimile:(60 6) 2848 125
Email address:reservation_melaka@ghihotels.com.my
Website : http://ghihotels.com.my/



Korang kalau ke Melaka selalu stay kat mana?


p/s:

Sila tinggalkan komen dalam entry ini untuk berpeluang menang FM dari melaka. ( 2 pemenang  - random pick)

My Nuha | Aku Bukan Chef

Monday, November 05, 2012

Gelang inspirasi Lecturer Favourite :)

Ni sebuah kisah inspirasi :p Sumber inspirasi. Bab mengajar lecturer ni (Puan Wan Do) memang best la kan, sebab tu favourite kan, sebab apa yang dia ajer mudah faham dan lulus cemerlang pulak kan.Tapi ada lagi tambahan dia. Gelang inspirasi dari lecturer ni. Kaum perempuan kan, memang tak sah kalau tak pandang aksesori / pakaian  orang lain kan. Alert ajer orang tu pakai baju baru ker, gelang baru ke, tudung baru ke, semua nak pandang. Setuju ? Next :p


Actually, saya dah lama gila berkenan dengan design gelang lecturer ni . Kalau time dia mengajar, asyik duk pandang jer gelang kat tangan dia tu  ( Nasib baik lulus cemerlang subjek yang diajarnya ) Tak silap masa tu part 3 masa diploma kat UiTM Dungun dulu. Dia pun sekarang dah naik pangkat kat UiTM Dungun tu. Tak jumpa pulak dia masa ke Terengganu hari tu.


Ni la design gelang yang dimaksudkan :)Terima kasih my lovely ma sebab bagi hadiah ni :) Ok, sebenarnya ganti gelang saya yang lama.Sebenarnya gelang ni ditempah  tapi tersalah design , tapi ini la design yang saya nak :p Faham tak? My Ma tak setuju dengan design saya ni, last-last bila siap,  design yang saya nak ni, kedai emas ni buat untuk saya..hahaha. Adakah tukang emas ini dapat membaca suara hati saya ? hahaha

 Tu mami jarum dengan little mami jarum , sedang buat tempahan cincin untuk little mami jarum.hahaha. Sibuk my Nuha nak pakai cincin jugak, sebab tengok cincin saya . Nasib baik cucu perempuan baru sorang ! Tahun depan masuk dua orang, Insya Allah..Semoga bertambah rezeki my ma.hahahaha


Harga emas 916 masa tu 24/10/2012 RM170/ sgram.


 Sila jangan pakai topi keledar dalam kedai emas yer :) hihihi

 
Korang ada lecturer favourite tak ?



Friday, November 02, 2012

Repeat Detailed Scan @ 26 Minggu, Fridge Magnet Percuma

Masih ingat detailed scan saya yang lepas [baca sini]  ? Hari ni, doktor scan yang mana tidak kelihatan dengan jelas hari tu iaitu mata dan jantung . Alhamdulillah, dua-dua pun ok. Kat DEMC tiada pakar jantung, so kalau baby ada masalah jantung memang tak boleh proceed kat DEMC .

Doktor cakap baby nakal sebab selalu tutup muka. Memang tak berjaya la nak tengok 3D/4D :( Mulut pun sekali ni jer dia tak cover, lepas tu sampai sudah dia tutup. Sabar jer lah.

 
  
Tengok tangan tu...Haishhh...Alhamdulillah mulut baby NH tiada masalah. 

Jantung hatiku punya jantung pun tiada masalah. Alhamdulillah :)

Dapat lagi sekeping CD.

Nak menang 15K ? Kongsi aktiviti yang buat korang rasa gembira, dan menang !!


Bil hari ni : RM 50 sahaja

Kalau korang buat appointment dengan DEMC, make sure datang setengah jam awal dari waktunya sebab sebelum tu nak kena isi borang panel / GL. Tapi kalau bayar sendiri , tak perlu la isi apa-apa, boleh la datang lewat sket tapi jangan lewat sangat especially detailed scan ni, setengah jam sorang.Kalau dapat no 3 tu dah hampir sejam lebih menunggu.  Tadi kiranya antara yang awal jugak, dapat no 2. Tak de la berjanggut menunggu macam hari tu. Tapi korang boleh jer isi masa terluang kat situ. Selain dapat akses wifi secara percuma, ada kemudahan lain yang disediakan.


Kalau bosan, ada majalah Parenting dan majalah lain.




TV pun ada.

Dan air percuma. Hari ni air anggur.


Kat DEMC ada antenatal class , RM 20 sahaja.
Sessi akan datang : 17 Nov 2012 & 24 Nov 2012
Boleh call diorang : 03 5515 1882/828

Korang kalau bosan menunggu di hospital buat apa?


Tadi singgah kat myNEWS , tengok ada FM percuma. Take me for free. Terus rembat 2 :p Ingat nak rembat lagi banyak tapi segan pulak .hahaha. Ada 4 jenis atlet berlainan sebenarnya, tak tahulah ni percuma kalau beli apa. Tapi kat situ, dia letak jer free, tak yah beli apa-apa :p

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



My Nuha | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)