Thursday, November 08, 2012

Hotel Grand Continental Melaka, Jalan Tun Sri Lanang

 Hari ni dah 3 hari saya berada di Melaka. Kali ini sekali lagi sistem yang saya bangunkan dihantar untuk penyertaan RIID Melaka 2012 pulak.Keputusannya petang nanti. Doakan lah kawan-kawan semua. Tak der taruh harapan yang menggunung dah sebab takut kecewa macam hari tu :p


Untuk penginapan 3 hari 2 malam ni, kitorang book Hotel Grand Continental Melaka. Kat depan hotel ni ada Mahkamah Majisteret Melaka dan kalau jalan kaki boleh sampai ke River Cruise. Tapi kitorang malas nak pergi :p


Mula-mula kena check in dulu yer..Check in pukul 12.00 tengah hari. Hari pertama kami sampai, diorang bagi kami Superior Room (RM 157 nett ). So mari kita tengok kat dalam dia. Terima kasih hantarkan beg kami sampai ke bilik :)


Ni bilik kitorang pada hari pertama. Kesian Ad kena tido katil single, bagi peluang mak buyung selesa :)


Bilik air bersih .


Ada bath tub dan shower.

TV zaman dinosour lagi tak der flat screen, dah la tak de peti ais. Safety box apa tah lagi.Nan hado.
Iron ada disediakan kat depan lif.

Hari kedua kitorang kena pindah sebab malam sebelum tu aircond macam tak berapa nak kuat.Diorang kata nak servis air cond.  Dapatlah merasa Deluxe Room. 



Ni baru best. Dua-dua pun dapat katil twin. Boleh lah nak bawa pasangan masing-masing.hahaha.Berangan jer la.

TV masih TV zaman dinosour tapi up sket sebab ada Astro.Yang Superior tak dapat tengok Astro.
Peti Sejuk pun ada. 


Bilik air pun terjaga dan baru. 


Aircond dua-dua jenis bilik jenis centralized, sampai menggigil2 laa tidur. Part ni kurang syiok lah pulak.


Kat sini pun ada swimming pool ( Tingkat 10) Tapi macam tak terjaga . Dalam website bukan main cantik terjaga :p



Ruang makan terletak kat lobi hotel.

Ada kemudahan wifi percuma tapi kena mintak password ngan diorang.


 Menarik, hitam merah gitu.Kitorang dapat voucher makan percuma untuk breakfast selama 2 hari ni. [Nanti kita review pasal makanan utk JJCM elissmie :p]

Overall, servis kat hotel ini ok la. Boleh la setakat nak tidur ajer pun. Kalau nak berendam, sila cari hotel lain. hehehe. Lagipun ni ajer kot rate yang mampu untuk kitorang kat sini :p




Address:No. 20, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka, Malaysia
Phone:(60 6) 2840 088
Facsimile:(60 6) 2848 125
Email address:reservation_melaka@ghihotels.com.my
Website : http://ghihotels.com.my/



Korang kalau ke Melaka selalu stay kat mana?


p/s:

Sila tinggalkan komen dalam entry ini untuk berpeluang menang FM dari melaka. ( 2 pemenang  - random pick)

My Nuha | Aku Bukan Chef

Monday, November 05, 2012

Gelang inspirasi Lecturer Favourite :)

Ni sebuah kisah inspirasi :p Sumber inspirasi. Bab mengajar lecturer ni (Puan Wan Do) memang best la kan, sebab tu favourite kan, sebab apa yang dia ajer mudah faham dan lulus cemerlang pulak kan.Tapi ada lagi tambahan dia. Gelang inspirasi dari lecturer ni. Kaum perempuan kan, memang tak sah kalau tak pandang aksesori / pakaian  orang lain kan. Alert ajer orang tu pakai baju baru ker, gelang baru ke, tudung baru ke, semua nak pandang. Setuju ? Next :p


Actually, saya dah lama gila berkenan dengan design gelang lecturer ni . Kalau time dia mengajar, asyik duk pandang jer gelang kat tangan dia tu  ( Nasib baik lulus cemerlang subjek yang diajarnya ) Tak silap masa tu part 3 masa diploma kat UiTM Dungun dulu. Dia pun sekarang dah naik pangkat kat UiTM Dungun tu. Tak jumpa pulak dia masa ke Terengganu hari tu.


Ni la design gelang yang dimaksudkan :)Terima kasih my lovely ma sebab bagi hadiah ni :) Ok, sebenarnya ganti gelang saya yang lama.Sebenarnya gelang ni ditempah  tapi tersalah design , tapi ini la design yang saya nak :p Faham tak? My Ma tak setuju dengan design saya ni, last-last bila siap,  design yang saya nak ni, kedai emas ni buat untuk saya..hahaha. Adakah tukang emas ini dapat membaca suara hati saya ? hahaha

 Tu mami jarum dengan little mami jarum , sedang buat tempahan cincin untuk little mami jarum.hahaha. Sibuk my Nuha nak pakai cincin jugak, sebab tengok cincin saya . Nasib baik cucu perempuan baru sorang ! Tahun depan masuk dua orang, Insya Allah..Semoga bertambah rezeki my ma.hahahaha


Harga emas 916 masa tu 24/10/2012 RM170/ sgram.


 Sila jangan pakai topi keledar dalam kedai emas yer :) hihihi

 
Korang ada lecturer favourite tak ?



Friday, November 02, 2012

Repeat Detailed Scan @ 26 Minggu, Fridge Magnet Percuma

Masih ingat detailed scan saya yang lepas [baca sini]  ? Hari ni, doktor scan yang mana tidak kelihatan dengan jelas hari tu iaitu mata dan jantung . Alhamdulillah, dua-dua pun ok. Kat DEMC tiada pakar jantung, so kalau baby ada masalah jantung memang tak boleh proceed kat DEMC .

Doktor cakap baby nakal sebab selalu tutup muka. Memang tak berjaya la nak tengok 3D/4D :( Mulut pun sekali ni jer dia tak cover, lepas tu sampai sudah dia tutup. Sabar jer lah.

 
  
Tengok tangan tu...Haishhh...Alhamdulillah mulut baby NH tiada masalah. 

Jantung hatiku punya jantung pun tiada masalah. Alhamdulillah :)

Dapat lagi sekeping CD.

Nak menang 15K ? Kongsi aktiviti yang buat korang rasa gembira, dan menang !!


Bil hari ni : RM 50 sahaja

Kalau korang buat appointment dengan DEMC, make sure datang setengah jam awal dari waktunya sebab sebelum tu nak kena isi borang panel / GL. Tapi kalau bayar sendiri , tak perlu la isi apa-apa, boleh la datang lewat sket tapi jangan lewat sangat especially detailed scan ni, setengah jam sorang.Kalau dapat no 3 tu dah hampir sejam lebih menunggu.  Tadi kiranya antara yang awal jugak, dapat no 2. Tak de la berjanggut menunggu macam hari tu. Tapi korang boleh jer isi masa terluang kat situ. Selain dapat akses wifi secara percuma, ada kemudahan lain yang disediakan.


Kalau bosan, ada majalah Parenting dan majalah lain.




TV pun ada.

Dan air percuma. Hari ni air anggur.


Kat DEMC ada antenatal class , RM 20 sahaja.
Sessi akan datang : 17 Nov 2012 & 24 Nov 2012
Boleh call diorang : 03 5515 1882/828

Korang kalau bosan menunggu di hospital buat apa?


Tadi singgah kat myNEWS , tengok ada FM percuma. Take me for free. Terus rembat 2 :p Ingat nak rembat lagi banyak tapi segan pulak .hahaha. Ada 4 jenis atlet berlainan sebenarnya, tak tahulah ni percuma kalau beli apa. Tapi kat situ, dia letak jer free, tak yah beli apa-apa :p

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, November 01, 2012

Nasi Lemak Ayam & Sotong Celup Tepung @ Labana Tomyam, Tanjung Lumpur

Hari ni JJCM di elissmie, jauh sket berjalan. Ni sebenarnya otw balik sempena Raya Haji hari tu. Kitorang plan last minute nak singgah Kuantan. Lama betul tak masuk Kuantan, rasanya ada dalam 6-7 tahun. hahaha. Nak tergelak ke nak menangis tak tahu la.Nampak susur masuk Kuantan / Bandar Indera Mahkota terus masuk lepas tu blur. hahaha. Punyalah lama tak masuk kuantan gitu kekdahnya. Tapi last - last baru jumpa jalan ke Tanjung Lumpur. Nak ke situ ajer sebenarnya. hahaha


Kedai ni terletak betul-betul tepi jalan utama kat Tanjung Lumpur tu . Kat sebelah tu ada kedai jual keropok dan segala produk hasil laut. Kedai ini my hubby yang perkenalkan masa zaman berchenta dulu. Masa tu saya buat praktikal kat JPN, Pahang, tahun 2003. Memang kitorang teringat-ingat la kesedapan Nasi Minyak, memang terengganu style punya lah. Tapi malam tu, hampa betul sebab tak dapat makan nasi minyak sebab dah habis.

 Jom la tengok apa yang kami order malam tu. Masa ni dalam pukul 11 lebih dah..Bertolak pukul 6.30 dari Klang.

Ni ruang makan belah dalam. Memang simple ajer . Tapi kami memilih makan kat luar.

Tuan belog yang macam dipam-pam kena tayang dulu.

 Masa mula-mula sampai moyok sebab baru bangun tidur..

 
Hubby tuan belog tengah garu gatal :p Ni my Nuha yang amik :)


Ni buat-buat menangis :p Apa kes ntah !


Senyum sket lepas dah nampak makanan :) Dia makan sotong jer.
 Kenyang makan nugget mc'D 8 keping dalam kereta :p 


Nasi Lemak Ayam Merah. Terbaik ! RM4

 Yang ni memang betul-betul sedap. Tak liat pulak tu...Haishhhh..terliurrr sangattttt . 
RM18, besar portion dia, memang puas hati.

Total semua : RM 31

Ikan Bakar Berlada pun ada tapi kami tak pernah try sebab aim kesini memang nak makan nasi minyak selalunya :)


 Labana Tomyam, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan
 Lokasi : Foursquare
 Untuk tempahan boleh hubungi mereka : 

012 945 7171
012 960 9729



 Korang pernah JJCM kat Tanjung Lumpur Kuantan ?






Wednesday, October 31, 2012

Facial Mask dari Korea 4 keping RM10 @ Sasa AEON Bukit Raja

Korang selalu pakai mask? Saya jarang sangat pakai mask ni. Masa muda remaja dulu, memang selalu pakai sebab masa tu muka boleh tahan teruk . Selalu pakai cucumber peel off mask Avon punya tu ! 


 

Baru-baru ni ada cuba yang Garnier lightening peel off mask tapi tak kuat sangat macam saya pakai Avon punya dulu . Yang Avon dulu tu, macam tertanggal segala kulit mati kat muka bagai kan . So rasa tak best dan tak puas hati. Nasib beli 1 keping jer dan boleh guna 2 kali setiap 1/2 keping macam kat atas tu. Tapi bau dia memang best, bau lemon.Harga dia RM5 lebih.Mask ni  beli kat Tesco Shah Alam.



Hari tu masa pusing-pusing dalam AEON Bukit Raja, terpandang SASA outlet. Masuk dalam tu dan cari la facial mask. Nak try yang jenis topeng pulak. Dulu pernah pakai jenis topeng rembat yang adik saya punya (dia banyak free sample beauty product ni, sebab kerja Watsons)  Ternampak pulak offer ni, RM10 untuk 4 keping. So pilih Mulberry, Rose, Tea Tree dan pomegranate.

Harga asal RM 4.90. Made in Korea. K-Pop facial mask la kiranya ni kan? hahaha


Saya dah cuba pakai yang pomegranate. Buah delima gitu tapi tak terbau pulak buah delima :p Memang nyaman jer kulit muka masa pakai mask ni sampaikan terlena, ker sebab memang mengantuk tak tahulah.hahaha. Lepas setengah jam (15 minit sepatutnya dia tulis kat belakang tu tapi sebab terlelap tu terlajak )bila tanggalkan mask , muka rasa fresh padahal baru bangun tidur .Yang lain belum saya cuba lagi pulak. Macam sayang pulak nak pakai.Boleh macam tu ? :p

Korang pernah pakai mask? Jenama apa ?


Sasa AEON Bukit Raja Shopping Centre - OUTLET
 Lot F36, 1st Floor, Jusco Bukit Raja Shopping Centre,
 Persiaran Bukit Raja 2, Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
No telephone : 03-3341-2926
Waktu Operasi : 10:30am - 10:30pm
3° 3' 38.232" N, 101° 29' 19.428"
Email: ml.marketing@sasa.com
URL Link: http://www.sasa.com.my 
 Lokasi lain :http://blog.sasa.com.my/store-list/



Tuesday, October 30, 2012

Pengiklanan blog pada lori ? | Mr Noh Otak Otak JB Jom Otak




Mr Noh Otak-otak JB, menggiurkan pulak bila tengok iklan pada lori ni kan ?
 Kalau iklankan blog sekali ni mesti laris , tak pun facebook page.

Apa pendapat korang?



 

 Terima kasih Nuffnang dengan 8 kempen CPUV yang meriah menari-nari di belog :)



Dan semua sponsor di elissmie.com di sidebar . Mulakan pengiklanan pertama korang di elissmie.com [klik sini]


My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, October 25, 2012

IceKimo @ Daily Fresh , aiskrim yang tak rasa aiskrim?

Hari tu lepas Kak Ema belanja di Pak Long Nelayan Steamboat & Luk Luk tu, konon nak pekena dessert, sekali sadis tak ada dalam menu. Sebab Kak Ema nak belanja sangat kan, ada lagi kiosk lain kat dalam Plaza Massalam tu. Dan kitorang nampak aiskrim, terus ok jer kan .Orang nak belanja. tak puas hati sebab bil murah lah tu :p



Kitorang  beli IceKimo tu kat Daily Fresh. 


IceKimo is made out of a unique combination of fresh fruits, natural flavoured ice & fruit toppings. IceKimo is served in a cup. It is shaved to produce very fine and thin slices of ice that is smooth and refreshing as soon as it touches your mouth. Available in many different variety of fruit flavours which includes Honeydew, Mango, Soursop, Strawberry, Pineapple. All naturally made to taste.



Ada banyak juga pilihan perasa dan saya pilih Vanilla. RM 3.90


Selain aiskrim ada jugak jagung manis dengan pilihan topping yang menarik jugak.
 Yang ni ada harga RM 3.00 ( biasa) dan RM3.50 (topping)
Waffle pun ada dijual. Tak snap pulak !Bau dia memang sedap, rasa tak tahu lah :p


Yang penting ada pensijilan HALAL. Sengetkan kepala nak baca..hahaha


 Pandangan sisi :p

 Rasa dia tak macam aiskrim sangat. Rasa dia macam tawar gitu dan nasib baik ada curahan coklat atas tu baru terasa sket. Yang Ad punya mango dan rasa dia masam dan tak sedap sangat :p


Korang pernah cuba IceKimo ?

Daily Fresh, 
Level 1, Plaza Shah Alam, 
Jalan Tuanku Ampuan Zabedah 9 E/9
Seksyen 9, 41000 Shah Alam, Selangor
Website : Daily Fresh

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)