Friday, October 05, 2012

Salah guna produk , korang pernah ?

Dah lama rasanya tak share barang-barang kat rumah yang saya rasa bagus untuk dikongsikan untuk kemaslahatan bersama. Chewah, macam ustajah pilihan pulak pagi-pagi ni, padahal nak tayang produk untuk kegunaan kat dapur jer pun.

Ni hah, produk terbaru dari CIF ( Ok, ini bukan iklan berbayar tapi kalau CIF nak bayar, saya terima ;p)
Amik kau, sekali beli sampai 4 botol sekaligus. 

RM8.90 sebotol @ Tesco 


Tapi yang nak tunjuk tu salah guna produk. Hubby sebenarnya yang telah menyalahgunakan produk tersebut.Dia gunakan produk CIF yang warna kuning tu ( untuk kegunaan dapur) untuk lap lantai rumah kitorang.Mula-mulanya, dia lap air milo yang my Nuha tumpahkan. Sekali bila lap, tanggal semua daki hitam pada lantai rumah kitorang sampai putih melepak gitu . Habis satu rumah jugak dia kerjakan sampai abes CIF tu. Tu pasal malam tadi pergi beli kat Tesco, sampai 2 botol dia beli yang warna kuning .

 Ni jenis lantai rumah kitorang, broken marble.

Yang best guna produk ni sebab tak perlu bilas dan ianya tak melekit macam sesetengah produk tu. Saya mesti pilih mengundi :p Tapi yang paling best , kegunaan asal (didapur tu) , memang mantap habis la. Saya rasa lebih hebat dari Mr Muscle ( saya guna sebelum ni ). Yang ni yang daki hitam gila dekat dapur sebab minyak degil tu pun boleh tanggal.Apa tah lagi setakat percikan minyak biasa-biasa tu.



2 produk CIF yang lain tu saya belum guna, iaitu untuk kegunaan cermin ( warna biru)  dan bilik air ( putih ). Lepas ni saya review lagi yer, macam mana ok ke tak ok ! Kalau ok, saya share balik. Saya tak sabar nak guna yang untuk tingkap tu, sebab tingkap dapur saya tu memang daki minyak yang keras tu, (previous owner masak kat ruang dapur belakang sebelum ni tak guna perangkap minyak)

 

Owh, ni satu lagi produk. RM13.00 sesuai untuk meja makan marble kitorang. 
Mungkin lepas ni, kitorang guna CIF ajer lah :p Lagipun ni botol kecik ajer.

Korang pernah ke salah guna produk ? Jangan salah gunakan dadah sudah ! hehehe :)

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Thursday, October 04, 2012

Workstation Ibu Mengandung di pejabat ?

Sejak dah berbadan dua ni ( sudah masuk minggu ke 21) , dan sudah hilang mabuk, maka pagi-pagi dan petang-petang memang selalu lapar ajer. Kiranya perkataan LAPAR tu adalah rakan baik untuk ibu mengandung. Setuju ?



Jom kita tengok workstation saya sebelum hamil dan selepas hamil. Ada perbezaan tak ?


Sebelum hamil :)



Selepas hamil :) - Ada tambahan little pantry dalam workstation. 
Nasi lemak tu breakfast pagi ni, ofiz mate, Shikin  jual . Sedap pulak tu :)

Close up sket apa yang ada :p


Paling suka makan biskut marie cicah milo panas- panas :p



 p/s:

Kalau boz baca entry ni, mati.hehehehe.Keja ko ni programmer ker makan ni ? hahahaha. 




Wednesday, October 03, 2012

Siakap Stim Halia @ Shid Seafood Restaurant Klang


Hari Jumaat last week, kitorang nak pergi makan kat Shid Seafood Ikan Bakar Kampung Jawa tapi saya baru teringat yang masa saya temankan Ad pergi tengok rumah dia, ada ternampak cawangan lain kat area Klang ( kira-kira 7 minit jer dari rumah saya) .Lagi dekat kan, harus cuba.Tak perlu bayar tol pulak tu.


Masa kami sampai tu tak ramai orang pun sebab masih awal lagi. Lepas dah order semua, kejap jer makanan dah sampai. Servis memang terbaik dan mantap macam cawangan di Padang Jawa. Ok, jom kita cuba makanan dia pulak !

Sebelum tu harus posing dulu..


Saya dan my Nuha

Kawasan dia luas dan selesa.


Tak habis-habis posing :p


 
Posing dengan makanan yang kami order..

 Menu adalah yang biasa kami order. Korang yang dah biasa baca belog saya, mungkin boleh hafal :p
Nasi Putih (3) + Ikan Siakap Masak Stim Halia + Daging Masak Merah + Kailan Ikan Masin + Telur Dadar + Air Teh O Ais (2)



Ni memang betul-betul stim halia. Tengok banyakkan halia dia :)
 Sesuai jugak ni untuk ibu berpantang :)

My Nuha dengan aksi mulut itik depan ikan :p

Cer teka berapa harga makanan kami !

-




-






-



-




-




-



-




-




-



 RM45 !!!

Memang terbaik lah ! Makanan dah la rasa sama di cawangan Padang Jawa dan servis terbaik :) 
Saya mesti pilih mengundi.keh keh keh

Recommended !

 

Siapa nak mencuba restoren ni, ianya berdekatan dengan Carrefour Klang . Dari  Carrefour Klang, amik jalan menghala ke Lebuhraya Selat Klang dan anda nampak H 2 O (TRUCK) One Stop S/B , sebelah tu adalah Shid Seafood Restaurant Klang. ( Jalan Kapar)

-SUDAH BERPINDAH LOKASI  DI JALAN KAPAR 



Tengok Maplah yer ( Bertanda hijau)

Selamat menjamu mata ! hahahaha. Larikss


Tuesday, October 02, 2012

Sekitar IID Terengganu 2012, nampak toyol?

Betul ke nampak toyol masa kat IID Terengganu 2012 hari tu ? Mula-mula kena tayang dulu toyol. Tapi ni bukan sebarang toyol tapi toyol comel :p


 
Ni hah, toyol comel yang dimaksudkan, my Nuha.
Yang menyibuk ajer kat booth kitorang hampir separuh hari menghabiskan gula-gula :p
Petang tu, my Ma dan Abah bawak dia main kat pantai.

Sijil penyertaan. Padahal dah kena bayar RM200 untuk register, 
nak dapat salinan lebih kena caj lagi RM10 :p

Puan Azima selaku pembentang sistem dan yang paling frust kot
 bila sistem kitorang tak menang apa-apa.Saya pun frust jugak sebenarnya.


My Nuha with Puan Azima.


Tarikh: 20 SEPTEMBER 2012 (KHAMIS) 
Tempat: DEWAN ASPIRASI,
 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (TERENGGANU), 
KAMPUS DUNGUN 

Ruang pameran yang disediakan sebelum dideko. Kategori Staf - RM200
Booth selepas terdelete pulak..hahaha. Sabar jer la :p


Jom tengok orang lain punya pulak.
Antara sistem/ research/ prototype lain yang dipertandingkan.
Rasa-rasanya poster yang saya amik semua tak menang. Yang ni lebih kepada IT

e- Help Premiers

Intelligence Announcement System


Wireless Mobile Metal Detector - Yang ni student diploma yang buat

Ni produk dia - Wireless Mobile Metal Detector. Tak menang apa-apa jugak :p

LISS - Lecturer Information Search System for Mobile Devices - Senang nak usha lecturer single ker dah kawen.hahahaha :p

Sistem Pengurusan Perkhidmatan Pengasuh


Automated Parking System


Salah satu punca kekalahan rasanya tidak membuat permohonan Harta Intelek :p

MRSM KT pun ada jugak. Hai Cikgu Fizah :)
 Harap-harap salam saya disampaikan :) Kategori sekolah pun ada.

Korang pernah join event macam ni ?

November ni, ada lagi satu IID yang saya akan join di UiTM Melaka. Harap-harap dapat menang pingat. Tak kisah la pingat apa pun :p Mood masih kecewa dengan penjurian IID Terengganu 2012.



Monday, October 01, 2012

Ulek Beach Resort, Dungun , indah khabar dari rupa?

Hari ni baru berkesempatan nak update pasal tempat tidur saya dan kawan-kawan yang menyertai IID Terengganu 2012 tu. Kami bermalam satu malam sahaja kat resort ni tapi pada awalnya diorang bercadang nak balik keesokan pagi tapi driver kata larat ajer nak balik petang tu jugak, so diorang decide balik terus.


 Ada banyak jugak tempat yang boleh nak stay kalau ke Dungun ni. Sebelum ni ada kawan pernah stay kat Mayangsari Resort Dungun tapi kat situ tempat semacam tidak terjaga kata mereka dan macam haunted sket.hahaha.So, mereka decide cuba resort lain. Akhirnya mereka memilih Ulek Beach Resort, Dungun untuk tempat beradu kami kat situ. 1 KM ajer dari UiTM Dungun dan sebelah ajer dengan Dungun Golf and Country Club.


Masa check in adalah dari pukul 3.00 petang  dan check out pukul 12.00 tengah hari tapi kitorang awal-awal pagi lagi dah check out. Check in pulak dalam pukul 5 sebab pergi setup dan register booth dulu kat UiTM Dungun.

Deko yang menarik di area menunggu sementara nak uruskan check in

Kat sini tempat breakfast keesokan harinya. 
Dah lupa nak snap esoknya, sebab teruja dapat makan nasi dagang even tak sehebat my MIL punya masakan :p

Kat sini ada banyak barangan yang klasik, ada gong , tembikar , tampi,
 apa ntah lagi kat belakang tu :p

Nak makan mengadap laut boleh duduk kat sini :) 

Jom masuk bilik pulak !

 Bilik kami


Ni bilik Puan Azima, depan bilik kami.


Saya dan Niz, berkongsi bilik , so kami amik bilik Standard Twin Room. Semalam dalam RM200++
 ( termasuk breakfast. Kalau bawak anak bawah 12 tahun, free of charge kalau guna tilam sedia ada ). 
Kat dalam website kata ada wifi tapi tak der pun bila masuk dalam bilik ;p

Teman sebilik, Niz :)

 
 Unik jugak tingkap dia sebab guna kayu berfungsi macam blind tu.

 Toilet satu jer tak puas hati sebab tak der hos . Style mancut macam toilet KLCC ;p

Fasiliti yang disediakan :  TV ada channel Astro tapi terhad , telephone tak nampak pulak kat mana :p Barangan berharga boleh simpan dengan selamat sebab ada Safety Deposit Box. Ada aircond tapi kalau tak der pun tak per sebab malam memang sejuk sampai kena tutup aircodn.Ada Hot Tub, Iron, Desk, Wooden / Parquet floor, Wardrobe/Closet, Shower, Hairdryer, Free toiletries, Toilet, Bathroom, Tea/Coffee Maker,  Electric Kettle, Alarm Clock, Towels.

Jom kita jenguk-jenguk kawasan kat luar bilik pulak.



Memang bersih dan terjaga kawasannya. 


Kalau tak der air, boleh mandi kat Perigi Mak Ngah :)


Tak pun boleh terjun ajer kat sini. Tak berkesempatan pun nak main air. 
Sebab petang keluar cari keropok lekor kononnya.

Titi Kak Long.


Kalau tak pernah duduk rumah kampung, gini la gayanya :)

Ni berhadapan dengan swimming pool tadi, boleh request berbeku tu kat sini kot.

Overall, servis kat sini memuaskan hati. Bukan indah khabar dari rupa. Biasalah kalau nak booking, kita biasa baca review dan tengok website mereka dulu. Makanan breakfast pun sedap tapi makan malam kena makan kat luar sebab kat sini tak disediakan makan malam. Kalau ada transport tak der hal sebab banyak kedai makan kat area sini. Yang susahnya kami la sebab datang dengan bas.hahahaha. Nak makan kat tepi-tepi pantai ( konon cari celup tepung dan keropok lekor) jauh nak kena menapak. Ada satu gerai dalam 5 minit berjalan, tapi western food pulak :p

Korang pernah stay di mana kalau bercuti kat Terengganu ?

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)