Wednesday, June 17, 2015

Grand Borneo Hotel , Kota Kinabalu

Setelah kami tiba di Kota Kinabalu International Airport Terminal 2 (KKIA), driver UiTM Sabah jemput kami dengan van dan bawa kami ke Grand Borneo Hotel , Kota Kinabalu yang terletak lebih kurang 30 minit dari KKIA. Grand Borneo Hotel terletak di 1Borneo Hypermall, pusat membeli-belah terbesar di Sabah. Kitorang sampai dah boleh terus check in. Bilik pun dah ready.

Sebelum tu bergambar di Kaunter Check in dulu. Bai dan Ad

Saya dan bai pulak tumpang posing. Kami naik flight yang sama so check in sekali lah.

My Nuha dan Nayla. Yang adik memang susah nak duk diam.

Perempuan dengan cermin berpisah tiada :p

Yang ni hari nak check out. Bergambar kenangan depan pintu hotel

Feeling-feeling honeymoon gitu

Anak-anak sibuk kat sini atas troley bag ..Sabar jer la


Jom kita masuk bilik pulak :)


Dapat bilik king bed. Semalam dalam RM 160++

TV flat skrin. Siap ada meja tulis dan kemudahan nak buat air. Ada jug elektrik jugak. 
Kat bawah meja console tu ada peti ais dan peti keselamatan. 
Seterika pun disediakan dalam almari dengan papan gosok sekali. Mudah sangat tak perlu nak call room service. 

Bilik air 

Ruang mandi dengan water heater tapi tak der bath tub :p

Yang penting ada Free WIFI. Plug point pun banyak . Tak perlu berebut nak charge handphone. 

Nah password sekali :p

Permandangan hotel dari luar 

Permandangan masa kami sampai. Hari nak hujan .

Permandangan yang sama hari nak check out. Cuaca cerah. Tak nampak gunung kinabalu kat sini.

Jam 6 petang macam 7 malam

Jam 6 pagi dah macam jam 7 pagi kan.

Subuh pukul 4.30 pagi. Kalau lambat sket bangun dah habis subuh..hehehe

Selfie dengan gunung kinabalu kat lukisan dalam bilik ok lah.

Me and my hubby tumpang wefie.

Dapat free breakfast pax untuk 2 dewasa. Ni jer gambar yang ada kat dining area Grand Borneo Hotel , Kota Kinabalu. Soul Out Coffee House kat tingkat 2. 

Kat situ pun ada kafe kalau nak minum-minum. The Sidewalk Café kat lobi hotel.

Dan yang paling budak-budak seronok semestinya kolam renang lah kan. Kat situ pun ada gym tapi mak tak sempat nak jenguk. Konon nak bergym tapi tak sempat. Diet memang kelaut sepanjang bercuti kat sabah ni. 

My Nuha kalau boleh tidur dalam tu pun dia sanggup .hahaha

GRAND BORNEO HOTEL
TA-00-01, 1Borneo Hypermall, Jalan UMS,
88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Telephone : +6 (088) 526 888
Facsimile : +6 (088) 526 889
General Enquiries: info@grandborneohotel.com
Reservations: bookings@grandborneohotel.com
Website: http://www.grandborneohotel.com/

Dah nak ramadhan, kat sini pun ada buffet ramadhan jugak kalau nak cuba makan disini. 


So overall,  ok lah servis kat Grand Borneo Hotel , Kota Kinabalu especially masa untuk check in dan check out .Bilik pun dikemas dan tuala jugak diganti setiap hari. Cuma makanan dia tak ada banyak sangat pilihan dan menu yang hampir sama setiap hari. Kalau ada pelbagaikan mungkin lebih menarik.Terima kasih warga Grand Borneo Hotel , Kota Kinabalu yang melayan kami disini.


Korang pernah sampai ke Kota Kinabalu  ?

Tuesday, June 16, 2015

Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang Air Asia KLIA 2 - Kota Kinabalu

Alhamdulillah. Selamat pergi dan balik dari bengkel di UiTM Sabah sekali dengan cuti-cuti malaysia ke Sabah. Kami naik flight jam 9 pagi tapi delayed jadi 10 pagi. Pukul 7 lagi kitorang gerak dari UiTM Shah Alam. Kali ni, merasa naik Air Asia. Kitorang booking dari bulan lepas lagi tiketnya sebab masa tu ada promo tak kena GST. Tiket saya ditanggung oleh UiTM dan just bayarkan untuk my hubby dan anak-anak. Cuak - cuak juga nak pergi sebab baru lepas gegaran dan banyak gegaran susulan. Tapi Allah permudahkan , Alhamdulillah.

Tengah beratur untuk drop bag. Kami sampai agak awal tapi rupanya dah panggilan terakhir untuk drop bag. Dalam jadual ada 15 minit lagi sepatutnya baru boleh drop bag. So kalau sampai awal korang pergi cepat-cepat kat tempat drop bag dan tanya samada boleh drop bag ke belum . Di KLIA2, kaunter drop bag untuk Air Asia adalah T dan U . 


Beg masa nak pergi 17KG. Saya beli sampai 40 KG takut tak cukup. Sekali guna separuh jer.Lepas dah siap drop bag, masuk ke ruang perlepasan dan cari gate yang dinyatakan pada boarding pass. Jauh jugak nak menapak tu. Nasib baik my Nayla nak berjalan masa ni. Saya nampak ada kemudahan buggy tapi tak banyak. 


Anak dara pingitan sebelum berlepas ke KKIA Terminal 2

Posing sebelum berlepas dari KLIA 2

Posing bersama anak-anak pulak . Nak tengok kaunter drop bag boleh tengok huruf pada tanda arah kat atas tu.

Kapal terbang sudah tiba

AK 5106  . Terima kasih kepada semua pilot dan crew cabin yang membawa kami ke Sabah dengan selamat. 

Ketua pramugari yang bertugas

My Nayla so far ok jer cuma nak kena pakai seat belt tu yang lemah sket. Meraung-raung dia. Tapi paksa jugak. My Nuha ok jer dia cuma dia takut jugak lah masa nak naik tu. Bila kat atas ok jer. 

Kami 3 beranak satu row

My hubby terpisah dengan laluan orang nak jalan jer 

Ada ajer buat muka dia ni

Haruslah wefie bersama para penjakun. Maklumlah first time naik kapal terbang dan saya first time naik Air Asia.

Baca maklumat keselamatan sampai lebam dan perhatikan pintu kecemasan.

Jangan ambil mudah kan 

Amboi khusyuk baca flyer yer dik sambil hisap jari

Akhirnya tumbang dua-dua sampai KKIA 

Breakfast yang dah kami order online siap-siap

Ini breakfast saya.Chicken Satay Wrap. Sedap jugak RM9.00

Pak Nasser's Nasi Lemak RM12.00 
Kalau bab makan, kejut tak per dia ni. Habis sebekas dia sorang. Adik tak bangun-bangun sampai sudah

Permandangan luar tingkap. Alhamdulillah cuaca ok cuma sedikit berawan.

Membelah awan biru 



Selamat tiba di KKIA Terminal 2

Ni pulak hari nak bertolak balik ke KLIA 2. Semua beg dah beranak pinak gitu. hahaha

Mencabar sungguh otw balik sebab ada bawa barang terlarang. hahaha
Sebenarnya diorang ni bawa balik barang basah seperti ikan, sotong dan ketam sebab memang murah kat sini. Sekali air sotong meleleh . Terpaksa diorang buang sotong yang buat berair tu. Sebelum tu siap cakap ada stok susu dalam tu. Memang ada pun tapi ada tambahan barang basah. Diorang cakap, lain kali nak bawa barang basah, beli polisterin dan bawa naik kat atas lagi selamat . Yang warna biru tu la tong ice box yang diorang letak barang basah tu. 

Drop bag counter di KKIA Terminal 2. Sebab hari tu diorang awal drop bag kat KLIA2 kitorang pergi la tanya nak drop bag awal sekali tak boleh lagi. Dalam 6.30 petang baru boleh drop bag.Flight kami delayed lagi 15 minit so bertolak jam 945 malam yang sepatutnya 9.30 malam.

Terima kasih boz yang baju belang yang merealisasikan impian kami ke sini. Nanti bawa kami ke Sarawak pulak yer..hehehe

Dah bertolak. Tak nampak apa..gelap kan. Cuma cahaya lampu menemani kami. Dalam pukul 1 pagi kami selamat sampai KLIA 2.

Sempat lagi wefie sebelum berlepas. My Nayla dah tidur tak bangun-bangun sampai KLIA 2
AK 5131  . Terima kasih kepada semua pilot dan crew cabin yang membawa kami balik ke KLIA2 dengan selamat. 

Selamat tiba di KLIA 2. Tapi punya lah jauh nak kena dukung my Nayla. Sakit pinggang. Digalakkan bawa stroller lah kiranya kalau dah lewat pagi sampai tu sebab mesti diorang tak nak jalan punya. My Nuha nasib baik ada stroller barang so boleh la naik tu. My hubby lak sakit belakang, terpaksa la mak dukung sampai keluar..huhuhu

Tambang pergi balik dari KLIA 2- Kota Kinabalu RM 1216.26 untuk my hubby dan anak-anak

Semoga ada rezeki lagi lain kali boleh jalan-jalan lagi, In sya Allah. 

Korang pernah naik kapal terbang air asia dari KLIA 2 ? 



Tuesday, June 02, 2015

D'pinang homestay, Melaka

Musim cuti sekolah dah bermula ni kan. Ada merancang percutian ke Melaka?  Hari ni nak promo homestay yang ada kat Melaka pulak . Dah pernah sampai Melaka ker tidak? Kalau tak pernah, boleh la ke Melaka cuti-cuti sekolah ni. Last year kami dah ke Melaka untuk percutian keluarga, Tahun ni kemana pulak yer. Ops.Biarlah rahsia dulu .Ok dah melalut pulak. Ni nak promo D'pinang homestay, Melaka yang terletak di pusat bandar Melaka, iaitu Pantai Klebang dan Pantai Puteri, dpinanghomestay berada ditengah-tengah. Menarik bunyi nyer kan ?

Teringat coconut shake yang saya minum kat Pantai Klebang hari tu. Terasa pulak kat tekak ni. Tapi dah diet ni tak minum dah air manis-manis. Insaf. Tapi kalau korang belum cuba, boleh la cuba, tapi berpada-pada lah yer :)

Antara tempat menarik di Melaka :
  • Zoo Melaka
  • Melaka River Cruise
  • Menara Taming Sari
  • Kota A Famosa
  • Jonker Street
  • Taman Buaya Melaka
  • Dataran Pahlawan

Jom kita tengok kemudahan yang disediakan oleh D'pinang homestay ni .


Dari pandangan hadapan

Garaj yang boleh memuatkan 2 buah kereta


Antara kemudahan yang disediakan antaranya adalah :-

1. Mesin basuh automatik dan ampai yang besar berserta hanger yang banyak supaya memudahkan penyewa untuk menjemur baju (sabun dan pewangi bawa sendiri).

2. Peralatan memasak seperti dapur, kuali, lesung batu, pisau, rice cooker, sudip, senduk, pinggan, cawan dan sebagainya. Bak kata pepatah senang nak masak lah kalau dah bercuti reramai tu kan jimat duit. 

3. Buaian bayi & basin mandian bayi sekiranya pelanggan mahukan, dan ianya PERCUMA. Apa yang anda perlu buat adalah request sahaja!!!!

Ruang tamu 

Ruang menonton televisyen


3 bilik tidur dengan 1 katil queen dan 1 katil double decker dan 2 single



Ada kemudahan dapur disediakan dan peralatan untuk memasak

Peti ais yang disedikan

Antara kemudahan lain yang disediakan



Peta Lokasi

Jalan Klebang Besar
Berada di jalan persekutuan (FT005)
Berhampiran dengan Balai Polis Batang Tiga, Giant Superstore Klebang, Cendol Bakar, Klebang Beach Resort, Palms Condo Villa dan sebagainya.

Kadar harga : 

RM200/malam - Cuti Sekolah/ Hari minggu/ Perayaan

RM180/malam - Hari biasa (Isnin-Jumaat)

RM150/malam - 5 hari berturut-turut 

RM2,000 - Sebulan berturut-turut

Nota : Perlu booking terlebih dahulu. 

Oleh itu, kalau ada sesiapa yang berminat untuk menyewa di d'pinang homestay yang berpengkalan di Klebang, Melaka. Boleh hubungi pemilik seperti dibawah.  Untuk booking rm50 (akan dikembalikan) 

Fairuz : 012-7454751/019-4212782
Hanie : 019-6609951

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)