Wednesday, March 19, 2014

Pencarian Mannequin & Dress Sedondon Kanak-kanak @ GM Klang

Hari Ahad lepas, kitorang pergi GM Klang untuk beli patung atau mannequin yang auntie my hubby kirimkan. Sebab minggu ni kitorang akan balik terengganu sebab kenduri kawen kazen saya kat Kuala Terengganu. Ini kali ketiga kitorang pergi sejak bangunan GM dah siap ni.

Alang-alang dah sampai GM Klang, terus beli sekali lah dress untuk dua beradik yang sedondon. Banyak kedai yang jual dress kat dalam GM Klang tu tapi nak cari yang sedondon tak banyak sangat yang ada untuk saiz 1 dan 6 tahun ni. Akhirnya terjumpa jugak satu kedai tapi maafkan saya sebab memang terlupa nak amik nama kedai tu. Tapi yang pasti kedai tu terletak kat level 3.


Dress my Nuha dan my Nayla yang sedondon . Cantik kan ? 
Untuk dapat harga borong kena beli 3 helai .RM40 sehelai.  Ada satu helai lagi beli untuk my Nuha.


Berbalik kepada tujuan  asal. Mannequin yang auntie nak tu jenis mannequin hanger badan wanita dan lelaki.Kat situ nampak macam ada satu kedai ajer yang nampak terus jual mannequin ni iaitu KST Display System (M) Sdn Bhd . Lepas dah habis shopping kat GM Klang, kat sini kitorang terjah paling last sebab mula-mula ingat auntie hubby nak yang jenis half body tu. Yang tu saya tengok ada promosi RM65 sekali dengan stand.Harga asal RM85.


Yang wanita ni RM7


Yang lelaki ni RM10



KST Display System (M) Sdn Bhd
 A-2-154, 158, 159, 160, 2nd Floor,
Blok A, GM Klang Wholesale City,
Jalan Kasuarina 1,
Bandar Botanic Capital,
 41200 Klang.
Tel: 03 - 3325 2388


Korang pernah pergi memborong di GM Klang ? 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)