Wednesday, April 17, 2013

Souvenier perkahwinan saya dulu...

Hari tu, my Nuha duk main-main dengan kipas tangan yang saya masih simpan satu iaitu souvenier perkahwinan saya lah kiranya untuk tetamu-tetamu special yang hadir . Untuk orang tak berapa special :p  bagi bunga telur dan dodol dalam bekas kecik-kecik tak silap saya.


Ni gambar saya dan hubby tengah buat preparation goodies bag .
 Masa ni sehari sebelum selamat dinikahkan :p

Inilah kipasnya..
 Nostalgianya kan ? Siap ada tampal nama saya dan suami. 
Tu saya buat sendiri tau tampal menampal kat kipas tu ;p Gigih kan ? hehehe

Sekarang ni macam-macam souvenier yang ada dipasaran saya tengok. Mungkin boleh bagi idea kat korang yang mencari-cari souvenier apa yang nak dibagi kat orang yang datang. Biasanya souvenier yang special ni untuk kawan-kawan rapat lah kan. Jom tengok-tengok souvenier kat bawah ni :-



Round candy box . Selain boleh letak gula-gula, mungkin boleh letak brooch ker.
credit to Reown Gift


Sekarang pun ada lagi kipas tangan macam saya punya tapi lebih menarik sket lah kan.


 Yang ni pun menarik dan berguna jugak. Manicure and beauty set.


 Korang masa kawen dulu, bagi souvenier apa
Yang tak kawen lagi tu souvenier apa yang paling korang suka?


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)