Lama dah tak main masak-masak dalam blog ni kan. Maklumlah blog macam-macam ada ni. Ikut mana sempat jer saya nak update apa. So hari ni Jom Masak @ elissmie nak share resepi yang korang boleh google ajer tapi jadi dengan tak jadi jer lah. hahaha. Yang ni saya buat confirm menjadi dan sedap kat anak tekak saya , my hubby dan anak-anak. So saya share kat sini untuk guidelines saya kalau nak buat lain kali .
Weekend hari tu, kalau follow IG saya [elissmie] mesti nampak ada 2 masakan yang saya kongsikan iaitu Ikan Celup Tepung dan Kuih Abuk-abuk . Resepi pertama, Ikan Celup Tepung la. Tak Terengganu lah kalau resepi ikan celup tepung pun tak reti nak buat. Ok. Memang tak reti. Sebelum ni memang tak pernah buat sendiri. Terus la telefon my ma tanyakan resepi . Telefon di hujung jari. Google memang banyak tapi yang ni yang saya makan dari kecik kan. So memang sedap untuk citarasa saya.
2 cawan tepung beras ( 7-8 ekor ikan sederhana)
1 biji telur
1 sudu kunyit
1 sudu air kapur
2 sudu garam
Air secukupnya ( Yang ni main agak-agak . Kalau bancuhan tu melekat kat sudu, maknanya dah ok la tu, kalau tercair tambah tepung beras balik )
Cara-cara:
Masukkan telur, kunyit dan garam di dalam tepung beras. Masukkan air. Bila dah sebati masukkan air kapur. Air kapur membuatkan adunan jadi berwarna merah. Jangan terkejut pulak. Lepas tu celup la ikan, dah melekat elok tu kira lepas lah tu. Goreng dengan api yang sederhana. Sos kerepok lekor pulak buat cicah. [ Resepi kat entry ini]
Yang kedua pulak Resepi Abuk - Abuk. Biasanya saya beli ajer kuih ni yang ada di jual kat kawasan rumah saya tapi dah lama makcik tu tak letak kuih tu. Bila saya google, tak la susah mana nak membuatnya. Kebetulan Ad pulak ada bagi daun pisang, memang sesuai sangat la kuih tu.
2 cawan sagu
1 cawan kelapa
2 sudu garam
Gula melaka secukupnya
Daun pisang yang dilayurkan
Cara-cara :-
Rendam sagu sampai kembang dan toskan airnya. Lepas tu gaul sagu tersebut dengan kelapa parut yang dicampur dengan garam. Hiriskan gula melaka. Bentukkan kon dengan daun pisang, lapisan pertama masukkan sagu yang digaul kelapa tadi , kemudian masukkan gula melaka dan tutupkan dengan sagu yang digaul kelapa tadi sekali lagi. Kemudian kukuskan lebih kurang 15 minit.
Dan resepi terakhir, adalah Cek Mek Oh Cek Mek. Sebenarnya kat kafe ofiz ni ada jer jual kuih Cek Mek . Tapi dah berapa bulan dia tak hantar Cek Mek ni kat kafe ni. Memang sedap Cek Mek dia dan sampai beberapa kali percubaan pun masih tak dapat rasa Cek Mek yang saya nak tu. Tak tahu la kat mana silapnya. Cek Mek dia garing kat luar dan sedap ajer.Memang terasa ubinya. Rahsia garing tu yang saya tak dapat rungkaikan lagi sampai sekarang. hahaha. Kot sapa tahu, boleh la share yer.
4 biji keledek
Tepung gandum secukupnya
Gula
Cara-cara :
Rebus keledek sehingga empuk. Toskan airnya. Kemudian, lenyek keledek tersebut. Masukkan gandum sedikit demi sedikit . Jangan banyak sangat nanti keras pulak. Bila dah boleh uli kiranya, dah tak perlu tambah gandum lagi. Bentukkan , dan masukkan gula satu sudu. Dan tutup kembali adunan. Sedia untuk digoreng.
Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie
"Jika kalian bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmatKu untuk kalian." (Qs. Ibrahim 7)