Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

Thursday, March 11, 2010

Nyamuk Aedes Kata Kami Insan Terpilih?

Mesti ramai yang tercari-cari dimana aku kan?Hahahaha.Poyo!Sebenarnya aku pergi honeymoon ngan my hubby.My Nuha terpaksa la kami tinggalkan dirumah pengasuh.Kejam bukan?bukan. hahahaha

Tapi heran, tempat honeymoon ni ada benteng la!!! Katil plak asing-asing walau bilik yang sama.Aircond dah ada tapi sejuk menggigil sorang-sorang jugak atas katil!!!Bayar mahal plak tu!


Hahaha.Poyo!Kami kena masuk wad di DE*MC sebab demam denggi!Aduhai..berkampung la laki bini disini :P Semoga ianya mampu menghapus dosa-dosa kecil kami.Insya Allah.Penyakit penghapus dosa kan?Terima Kasihlah nyamuk aedes.Tau yer aku banyak dosa!!

Rutin harian, kena amik darah sampai kadang-kadang 2-3 kali.Tu tak termasuk yang tak jumpa line....Selain tu, 6 botol air sehari terpaksa dimasukkan!Hazab!Nak berak pun bayar wayar air!


Walaupun menggiurkan, tu jer mampu ditelan...Ni menu malam pertama..


Ni menu tengah hari kedua..selepas makan..sayur jer aku leh telan.mabuk mengalahkan orang morning sickness.

Sup ketam! Rm19 sekilo konon dapat menyembuhkan demam denggi..makan jangan tak makan!

Terima kasih kepada yang sudi melawat yer, Niza, Cik Nor, Kak Ros, Sharina,Kak Ema, Anz, Hafidz, Abang Rizal dan ofizmate my hubby..


Bacaan platlet aku hari ini:30
Normal 150 keatas.

Doakan platlet aku cepat naik dan boleh la aku balik umah!Ok la.Need to go!Jap lagi doc nak datang periksa aku!!


DOAKAN KAMI CEPAT SEMBUH!

Wednesday, August 19, 2009

MC 2 hari

Aku batuk , demam dan selsema..pegi DE*MC, doc bagi MC 2 hari..nak melompat lebih tinggi saja sebab boleh bersenang-lenang di rumah layan mata TV .kiranya aku bercuti 4 hari laa campur sabtu ahad..Hari ni , kiranya hari Isnin bagi aku..hikss :)

seb baik my Nuha tak terjangkit dek aku....Alhamdulillah....Ingat nak pi antar dier umah pengasuh tapi sian plak, so aku jaga dier laa selagi termampu...buat laa sepah nak, semahunya...Ummi tak sihat ni...aku baring..tengok2 abes kad-kad ATM bersepah, cover kad tesco hilang, duit bersepah2 kat lantai..mainan dier tok sah citer laa..ngan paper lama...mak ai, macam kapal karam umah aku..huhuhu

doc, tambah laa MC saya jadi 4 hari lagik..huhuhu..kalo laa buleh kan..
hari ni aku duk batuk kung kang kung kang lagik kat ofiz..nak makan ubat batuk, kang ada yang high kat ofiz..hikss..my hubby drop aku 640 kat ofiz sebab dier nak guna kereta...huhuhu....ngantuknya kena mangun awal..ok laa..nak sambung buat keja yang tertonggak 12 :P

Wednesday, July 29, 2009

Bercuti panjang :)

Salam semua..wah, dah bersawang blog aku sebab tak berupdate lebih kurang 1 minggu lebih gitu..
Sebenarnya, my Nuha admitted kat DE*MC dari hari selasa - jumaat  sebab ada jangkitan kuman dalam paru-paru dier kerana kahak selsema dier..poor my little baby :( hari2 kena buat neb dan fisio untuk sedut kahak sampai darah-darah hidung dan muntah2...tapi aktif semacam jer..huhuhu..berkampung laa aku kat situ...mandi pun sekali sehari jer...sebab takut nak tinggal dier, coz takut dier terjun katil..huhuhu..kena tunggu my hubby balik dari kerja...

Panjat memanjat memang hobi dier...huhuhu..ni sakit ker tak ni?
 
ni masa buat neb...kena buat 4 jam sekali...hr terakhir,6 jam sekali plak...

 
sempat lagi berposing :)

hari terakhir, nyaris dier terjun katil...ngeri bila fikir2...kaki dah atas palang dah, seb baik aku sempat pegang..

Lepas my Nuha, discharge, kitorang balik terengganu coz adik aku bertunang..later laa citer psl tunang2 tu :)
hari ni aku tak berapa sedap badan...ingat nak mc dah tapi sebab dah byk cuti so cancel laa..semalam aku balik ke shah alam...penat lagi rasa badan ni :(

Monday, July 20, 2009

Kerana dia....

Malam sabtu, aku pegi Klinik A*nis coz my Nuha selsema..Siap kena pakai mask bagai..aku ler punca my Nuha selsema tu..aku sekali amik ubat....Ironinya, doktor yang bertugas malam tu adalah doktor yang sahkan aku pregnant dulu :) dier cakap, dulu you datang, you disahkan pregant, dan kali ni you datang, you bawak baby :P

 Mask Girl  Women...

My hubby yang asyik melayan nuha...hihihi

Hari sabtu Ahad...memang keja duk umah jer..melayan karenah birokrasi my Nuha....yang kelakar, lalok pun sempat lagi kacau akuarium abah dier..huhuhu..pening laa ikan-ikan tu :P makin sakit, makin aktif :)


damai jer time dier tido :)

  
kain kat kepala kejap jer dah hilang :P
  
kaki siap kangkang2 lagi..anak dara saper ler :P



aku sajer na*kedkan dier dan lap badan dier suh suhu badan dier cepat turun...Alhamdulillah, petang tu dah kurang sket demam nyer..

p/s : hr ni boz aku dah masuk bekerja...so x leh mengular banyak2...hihihi...selamat bekerja semula boz :) dah ada blog baby :) juga... klik disini ... Niza, cepat balik :) kami merinduimu...aku dan ad tak pose ni, kami sedang ditawan jepun :p

p/s: Tiara, sorry sebab tak dapat pegi majlis Ayra :( ada masa kiter jumpa erkk..

Thursday, July 02, 2009

Get Well Soon Bro!



Hari ni, Long aku akan menjalani minor operation gegendang telinga!Moga semuanya selamat2...Insya Allah..

Hari ni aku puasa..Insya Allah, ada 9 hari lagi...huhu..tak sabarnyer nak abeskan puasa ni...yakin boleh!!!

Disini aku nak share email yang aku dapat dari my hubby..bertengkar pun ada teknikk you all...harap2 leh kita praktiskan dalam alam rumahtangga kitr yer..kepada yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin tu sebagai info laa kan..


TEKNIK BERTENGKAR


1. Jgn Terlampau Byk Berckp
Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika
marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan
masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai
suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu
menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak
puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi
bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara
mendalam cara untuk membetulkan keadaan.

2. Jgn Menyebut Kelemahan Pasangan
Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan
sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang
pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang
dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah.
Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya
tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan
meninggikan suara.

3. Jgn Membalas Perbuatannya
Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah.
Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula
bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya
memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda.
Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jgn Cuba Mengubah Pasangan
Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam
keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda
harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan
pandangan anda.

5. Fokus Pada Masalah
Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan
turut menjadi masalah.

6. Jgn Tinggikan Suara
Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara
pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan
semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga
isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat
menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan Panggilan Manja
Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau
'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan
kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah
sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar
termasuklah 'aku' dan 'kau'.

8. Elakkan Terlalu Emosional
Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut.
Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan
ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak
terhadap lawannya.

9. Gunakan Perkataan Yg Baik2
Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak
menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai.
Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang
tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jgn Bertengkar Depan Makanan Dan Di Tempat Tidur
Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan
bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar Luahan Isteri
Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat
menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja
anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri
yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jgn Bergaduh Depan Anak2
Dengan bergaduh di hadapan anak2, anda hanya akan membuatkan anak2 keliru
dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar
atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak2 anda
menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan
menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar
Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan
isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda.
Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis
pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO To Third Party
Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang
lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan.
Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah
anda.

15. Mengalah Tidak Bererti Kalah
Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya
perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jgn Keluar Dari Rumah Sebelum Selesai
Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera
meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini
sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan
keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat
bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.

Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dasyat akan
menyebabkan mereka bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan
memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan.
Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa
anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa
tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan
Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu
meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda
menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar
anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan Dan Kemaafan
Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah
telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda
seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu
tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda
selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih
hebat.

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak
kepada keturunan dan harta kepunyaan kamu, sebaliknya Allah memandang
kapada hati kamu. Maka sesiapa yang memiliki hati yang bersih suci, nescaya
Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang
yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bertakwa di kalangan
kamu. (Riwayat Muslim & Tabrani)


SELAMAT BERAMAL DAN RENUNG-RENUNGKAN!!!

Monday, October 29, 2007

Aku sakit tekak dan lenguh leher

dah makin petang ni, suara aku semakin menghilang..
alamak..mcm mana nak ckp ngan hubby ni..huwarghh...ni laa gara2 minum air apa ntah banyak sangat semalam kat open house one of da sis nyer fwen tu kat Pulau Indah..aku kurang antibodi long aku ckp..shealll jerk..tapi aku sowang jer yg sakit..tapi hubby aku ckp dier pun perit tapi call aku tadi ok jer suara dier..suara aku jer yang kian jauh kian hilang ni...aduhai..hope aku sihat besok..x sanggup nak minum air bebanyak ni, nak napeh pun susah..aku nak buat sup ayam ngan daging black pepper laa petang ni..mesti terangkat..tapi aku x leh nak menelan..maaaaaaaaaaaaaaaaaa...sakitnya....

Friday, September 21, 2007

Danish Masuk Wad Lagi..

Hari ni danish masuk wad lagi..sakit mulut dan demam..ala siannya sikecik tuh..sama plak ngan pak su mie dier ,future uncle, sakit jugak hari ni..alaa siannya dua2 insan yang aku sayang-sayang ni..i'll pray for both agar cepat sihat..

Friday, September 14, 2007

Petua orang tua...

Semalam ma aku mesej aku (kakak aku tulis aku rasa) ckp suh rebus air barli then minum..petang nanti laa aku pegi beli barli then rebus menu...minuman juadah bukak puasa aku laa tuh kiranya..hehehe..hari ni aku melangut kat ofiz, x tau nak buat aper..bosan terasa...adeh2..adeh2...aku nak lipat kad kawen laa..ish...rasa mcm x baik plak buat keja peribadi...tapi aku nak buat aper ni..bosan setengah gila dah ni...bosaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnyaaa...................

Thursday, September 13, 2007

Kencing Kotor

aku baru balik dr klinik uitm..dr kata aku kencing kotor..kurang minum air..sampai sakit pinggang..sian aku...

jap tadi, aku nyaris maut..huhuhu...aku x tukar gear naik bukit yang tinggi tu di uitm..nasib baik aku dengan paniknya telah menukar gear dengan cepat..hahahaha..lain kali aku tukar gear siap2 kat bawah sebelum naik bukit..yang kelakar ada satu motor virago berenti sebelah aku dan suh aku tekan gear..hahahahahaha...lawak btol..aku dlm keadaan gelabah dan ada org tegur lagi laa aku gelabah..sebok jer..hahahaha
anyway, thanks laa utk pertolongan tersebut..

Ni ada info sket tentang Kencing kotor..bahaya jugak...


KENCING KOTOR

Jangkitan kuman pada saluran air kencing selalu berlaku kepada wanita yang kurang minum air dan sering menahan perasaan untuk kencing. Pesakit yang baru menjalani pembedahan yang dimasukkan saluran getah ke dalam saluran kencingnya turut mudah mendapat jangkitan.

Keadaan kencing berdarah spt pesakit batu karang buah pinggang juga mudah mendapat jangkitan pada saluran dan pundi kencing. Tandanya ialah kencing yang tak lawas, kencing pedih dan panas, kencing berdarah, sakit di ari-ari dan perasaan loya.

Jika ia menjadi semakin serius, maka sakit akan mula naik ke bahagian pinggang dan demam pada sekitar suhu 38.5° Celcius. Keadaan ini di panggil ascending pyelonephritis dan memerlukan rawatan antibiotik secara parenteral (intravenous) dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

Bagi yang baru mendapat simtom kencing kotor, dinasihatkan berjumpa doktor untuk memeriksa kencing dan mendapatkan rawatan(antibiotik). Minum air secukupnya iaitu 8 gelas sehari dan jangan tahan kencing.

Gamat boleh membantu melegakan masalah kencing kotor pada peringkat awalnya. Lebih berkesan jika di gabungkan dengan rawatan antibiotik. Ia melawan radang dan membaik pulih saluran kencing yang cedera. Ia juga mempunyai kesan antinosiseptif yang mengurangkan kesakitan. Bioseed pula membantu mengeluarkan toksin dan membantu penyembuhan.

Tuesday, August 28, 2007

Poor Little Danish :(

Semalam seluruh keluarga bersedih kerana Danish yang kami sayang telah disahkan menghidap luekimia..
Insya Allah Danish akan pulih seperti sedia kala kata doktor sebab family history aku tak der yang kena penyakit ni..Doakan kesihatan danish...


LEUKEMIA

Leukemia ialah sejenis barah yang berpunca daripada penghasilan pesat sel-sel darah putih primitif. Sel darah putih berbarah ini akan menyekat penghasilan sel darah merah. Ini menyebabkan pesakit mengalami anemia. Keadaan ini menyebabkan kekurangan sel-sel putih matang dan seterusnya mengurangkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Sel-sel ini juga menyekat penghasilan paletet yang membantu dalam mekanisme pembekuan darah tubuh badan. Kerap kali petunjuk pertama bagi penyakit leukemia ialah anak mengalami masalah anemia dan sebarang jangkitan penyakit yang dihidap oleh anak sukar sembuh.

Tanda-tanda

* Anemia - pucat, letih dan pendek nafas.
* Mudah jatuh sakit.
* Sakit anggota badan. Jika sakit pada bahagian kaki, keadaan ini akan menyebabkan anak berjalan tempang.
* Purpura - ruam berwarna jingga yang tidak hilang apabila dipicit.
* Mudah lebam.
* Hidung kerap mengalami pendarahan.

Apakah yang boleh dilakukan?

Pada suatu ketika dahulu, kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh tetapi dalam dekad ini, terapi yang ditemui telah berjaya meningkatkan peluang mereka untuk sembuh bagi 50 peratus kanak-kanak yang menghidap leukemia jenis biasa.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan dirawat oleh pakar pediatrik yang berpengalaman dalam penyakit leukemia kanak-kanak. Beberapa jenis dadah akan diberikan secara serentak, sama ada secara oral atau suntikan. Bagi jenis leukemia yang biasa, radioterapi dan dadah yang khusus mungkin digunakan untuk membunuh sel barah otak. Manakala pemindahan darah mungkin dilakukan di peringkat awal rawatan. Jika bilangan sel putih jatuh ke tahap yang sangat rendah, anak akan diasingkan untuk mengelak anak daripada diserang oleh sebarang jangkitan. Setiap pelawat diperlukan memakai pelindung dan pakaian khas. Selepas beberapa minggu, anak akan dibenarkan pulang ke rumah. Namun pemeriksaan lanjutan masih diperlukan untuk mengawas keadaannya.

Peranan anda sebagai ibu bapa ialah memberikan sokongan sepanjang rawatannya dengan meningkatkan semangat anak. Kanak-kanak yang menghidap leukemia tidak boleh didedahkan kepada jangkitan kanak-kanak yang boleh menjangkit seperti cacar air, kecuali anak telah diimunkan. Oleh itu, anda perlu memastikan rakan-rakan sepermainan tidak menghidap sebarang penyakit yang berjangkit.

Apakah tindakan doktor?

Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengenalpasti penyakit leukemia. Doktor juga akan melakukan tebukan lumbar. Anak akan menjalani rawatan permulaan selama 2 -3 bulan di hospital. Tempoh rawatan bagi penyakit leukemia ialah antara 2 - 3 tahun.

Friday, April 13, 2007

The Brain:Female Vs Male...

Otak Lelaki Katanya....



Otak Perempuan Katanya.....



Gambar luahan sejuta rasa.........btol tak??hahahahahaha

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)