Showing posts with label dekorasi bilik tidur. Show all posts
Showing posts with label dekorasi bilik tidur. Show all posts

Tuesday, October 10, 2017

Katalog IKEA 2018 | Make Room For Life

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Akhirnya sampai juga ke muka pintu rumah saya Katalog IKEA 2018 yang ditunggu. Mampu belek katalog je lah.Hahaha. Nama je duk sini, boleh bilang berapa kali pergi IKEA tu. Kita cuci mata kat katalog ajer lah yer. Rasanya sepanjang tinggal kat sini tak pernah lagi tak dapat katalog IKEA ni. Memang kawasan target customer IKEA agaknya perumahan kami ni. Selalu nampak lori IKEA kat sini. Yang tak dapat katalog IKEA 2018 versi hardcopy tu, boleh la cuci mata dengan versi online kat sini yer. Dah jangan sedih :)

Katalog IKEA 2018




Yang ni lagi hebat, siap hafal katalog IKEA 2018. Berbaloi bagi katalog kat dia :)

Jom lah kita tengok apa yang menarik kat dalam katalog IKEA 2018 kali ni yer. Tema kali ni 'Make Room For Life'



Ruang Makan. Lampu besar gedabak macam tu kat ruang makan, industrial look sangat nampak kan?


Ruang Tamu . Menarik pulak kalau buat stor macam kat belakang tu kat bilik belakang rumah kitorang yang tergendala tu. Siap ada tangga naik atas ke tempat stor. Menarik kan.


Dapur . Idaman kalau ada island kat dapur ni.


Bilik Tidur . Menarik pulak ada langsir belakang katil tu kan. Dah lama dah nak makeover bilik tidur kitorang tu. Tunggu my Nayla sub ke bilik My Nuha




Bilik Air . Bila ntah nak beli pokok letak kat bilik air tu. Menarik tengok ada tumbuhan segar.

 Antara produk baru di IKEA. Stylo pulak lampu meja tu.

 Simple je nampak sofa tu kan. Armchair tu pun nampak menarik.

Korang dah ada ke Katalog IKEA 2018 ?

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW telah memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini, Nabi SAW bersabda, “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” Katanya (yakni Anas) : lalu para sahabat Rasulullah menutup muka mereka  dan menangis teresak-esak.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, September 18, 2015

Katalog IKEA 2016, sampai depan pintu

Tahun lepas, bulan September jugak Katalog IKEA 2015 sampai kat pagar rumah. Tahun ni pun sama, Katalog IKEA 2016 dah sampai kat pagar rumah. Seronok duduk kawasan perumahan saya ni, banyak dapat katalog. Window shopping kat katalog jer la nampaknya.Jimat sangat. hahaha

Jom la kita tengok apa yang ada kat dalam katalog terbaru 2016 ni. Bagi yang nak tengok versi digital, boleh tengok kat sini yer ( Klik sini )
Wishlist tahun depan nak kemas bilik belakang jadi bilik stor cum bilik tetamu yang sedap mata memandang. hahaha. Projek tergendala kekdahnya. Jom lah tengok dekorasi terkini termasuk ruang penstoran yang ada dalam katalog terbaru IKEA 2016 ni. 
Yang ni berkenan dengan buaian dia tu sebenarnya.RM159


Katil tu RM1699 elok sangat letak kat bilik tetamu. Long saya beli kat kedai perabot terpakai yang macam tu IKEA punya RM300. Elok lagi. Syok btol.
 

Kemas jugak ruang dalam almari tu tapi kena tutup dengan pintu pulak. Kalau extend bilik belakang tu kat kebun sayur yang tak seberapa belakang rumah tu bagus jugak tapi kekangan budget lah pulak kan. hahaha
 
Ingat nak beli shelf Algot RM775 yang macam kat belakang tu la nak buat stor.Beli langsir buat tutup macam idea pintu. Menarik pulak idea ni kan Sayang? hahahaha. Mestilah kena tanya sayang, duit sayang kan :p

 Ini ruang storan dalam bilik air. Retro pulak almari macam ni saya nampak kan.RM129

 Cantiknya idea bilik air biru ni dengan almari simpanan yang nampak retro jugak tu dan lantai checker.Yang ni murah sket RM39.90. Kena beli banyak baru cantik kot :p

Wednesday, June 05, 2013

Bilik terhad nak buat store , boleh guna idea ni :)

Lama dah tak ada segmen deko @ elissmie.com kan . Sebenarnya, saya dan hubby nak convert bilik tetamu kami yang kat belakang tu sebagai bilik stor tapi bukan nak guna keseluruhan bilik lah kan. Katil tu masih maintain la kat situ. Tetamu datang bukan guna almari bagai kan. Memadai lah ada ruangan untuk sidai pakaian dan ada cermin nak bersiap.Penyelesaiannya, kami nak buat built in Floor to Ceiling Shelving .Jom tengok deko yang menarik untuk idea ni.


 Yang ni design yang paling saya suka  dan kalau boleh nak susun-susun bakul atau kotak macam kat bawah ni kat ruanganrak-rak ni.

Kena carik bakul-bakul atau kotak storage yang comel gini kan baru nampak menarik.

Boleh ker bercakap dengan TV ?Boleh, klik sini 

 Yang ni memang cun jugak tapi ruangan rak dia kecik-kecik. Saya ada banyak barang nak di storekan ni :p


 Yang ni pun menarik. Slot dia ada yang besar dan kecik. Praktikal jugak.

Yang ni pun menarik. Rak tu dia ada macam sliding macam wardrobe bilik tidur utama saya.

Kalau memang nak buat rak buku ajer memang boleh buat rak tu dengan slot-slot kecik macam ni.

Yang ni simple tapi ruang tak digunakan sepenuhnya. Rugi space tu. hehehe

Korang rasa yang mana paling menarik ?


pic credit to  

http://holzmaninteriors.com/2012/10/22/maximize-bedroom-storage/ 
http://pinterest.com/meghankhan/ideas-for-girls-room/
http://wovenhome.blogspot.com/2012/04/design-shuffle_278.html
http://blog.custommade.com/2011/02/built-in-wall-units-ideas-for-a-more-organized-home/
http://www.sensusushi.com/category/teen-room-designs/

Monday, May 07, 2012

5 Ilham Bilik Tidur dari Hotel 5 Bintang

Sebenarnya saya teringin sangat nak deko bilik tidur ala hotel 5 bintang gitu tapi disebabkan kekangan ruang dan tersalah memilih perabot untuk bilik tidur utama , saya redha ajer dengan apa yang ada :p Hari ni saya nak tayang deko yang memang betul-betul saya ambil dari website hotel bertaraf 5 bintang di seluruh dunia untuk dijadikan inspirasi korang bagi deko bilik tidur korang nanti.





''






Premier Guest Room @ Melbourne Marriott Hotel



Deluxe Room @ Hilton Arc de Triomphe Paris


p/s:

Kalau perasan, kebanyakan katil hotel 5 bintang jenis divan :)
Ada iras dah saya punya master bedroom ;p  

p/s:



Hari ni ingat nak poskan FM seperti yang dijanjikan hari tu tapi Sorry FM UiTM sudah kehabisan stok. Jika dah ada nanti, saya buat giveaway yer. Yang mana saya dah janji nak bagi, Insya Allah saya bagi yer.


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)