Friday, February 15, 2019

Macam mana nak lipat kain Teknik KonMari, Marie Kondo

Sekarang ni tengah viral Teknik Konmari kan.Founder dia Marie Kondo, orang Jepun. So mak pun tak nak kalah.Ralit pulak tengok video-video dia melipat kain sampai mak pun rasa nak terjebak sekali. Tapi yang tak syok tu kalau almari yang tak ada rak. Kena masukkan kotak la kot dalam rak tu. Kalau yang jenis ada laci memang sesuai guna teknik ni. Mak pun semalam balik terus KonMarikan drawer kain baju kurung mak. Baru siap satu laci anak menangis kat tepi. So baru siap satu laci. Malam kang sambung balik. hahahaha



Cara lipat seluar Jeans

Cara lipat baju/sweater yang ada hoodie


Cara lipat tshirt lengan pendek


Cara lipat tshirt lengan panjang


Cara lipat baju yang fesyen pelik-pelik ni. hehehe
Cara lipat dress



Cara lipat stokin. Kalau mak suka buat bulat-bulat stokin ni. hehehe


Cara lipat panties dan boxers pun ada hah. hehehe

Drawer ni mak guna untuk letak kain baju kurung. Baju kurung mak gantung je. Semalam pun dah susun baju kurung ikut warna. Lupa pulak nak snap. hahaha. So ini je lah hasilnya. Mak lipat kain baju kurung ni macam lipat jeans tu.


Yang penting dia boleh duduk terletak macam tu. So baju dan kain baju kurung boleh follow macam lipat jeans tu. Kalau boleh duduk terletak tu kira dah master la Teknik KonMari tu. Amacam? Menarik tak teknik ni?


Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)." Berkata Abu ‘Isa : Hadith ini hassan, sebagaimana riwayat at-Tirmizi, No. Hadith : 2459)

0 Comments:

Post a comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)