Thursday, January 07, 2016

Hot Pot King Steamboat & Grill, Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam

Hari ni hari pertama hantar my Nuha ke sekolah agama. Rutin ni tahun lepas my hubby yang buat tapi tahun ni sejak my hubby dah tukar management masuk ofiz pukul 8, so nampaknya mak la yang kena hantar anak ke rumah pengasuh dan ke sekolah. Agak kelam kabut jugak tapi kalau turun awal-awal ok lah. Hari ni ok jer punch tak lewat.

Sebagai pembuka JJCM @ elissmie.com untuk tahun baru ni, kita pekena steamboat and grill kat Hot Pot King Steamboat & Grill, Alam Avenue Seksyen 16, Shah Alam. Restoren ni terletak sederet dengan restoren Mee Tarik Warisan Asli, Shah Alam.Kali ni tukang belanja haruslah Ad. Penutup pakatan hari jadi tahun 2015. Memang susah nak jumpa restoren Steamboat & Grill yang beroperasi waktu tengah hari . Balik-balik Johnny's Restaurant jer la yang mengikut piawaian tekak.

Terdapat banyak pilihan seafood, sayuran, mee , bebola, sos dan 2 pilihan sup, tomyam atau sup ayam 

Ada nasi putih dan nasi goreng disediakan dan pelbagai sos dan 2 pilihan air kordial . Tembikai dan aiskrim pun ada untuk pencuci mulut.

Setiap meja disediakan dapur untuk Steamboat & Grill

Dewasa : RM28.90 per pax
Bawah 12 tahun : RM14.45 per pax
Senior citizen ( Bawah 50 tahun) : RM14.45
Bawah 4 tahun : Percuma

Bayar kat sini :)

Tukang belanja. 

Kak Ema. Tapi gambar Ida dan mak, mak lupa nak amik. hahahaha. Sebab semua tengah senyap makan. Seronok makan sebab tengah hari tu kami 4 orang jer conquer satu restoren . Tak perlu berebut-rebut dan makan dengan tenang. hahaha

Makan sampai lebam :) Yang paling saya suka daging kambing perap paprika tu. Lembut jer dagingnya. Seafood macam kurang fresh. Bebola tak amik sangat sebab takut cepat kenyang. Rugi..hahahaha. Amik jugak mee.

Katanya kena caj kalu membazir RM8 untuk 100 gram tapi tak der orang tengok pun. Tapi memang kami makan sampai licin. hehehe

Overall, ok la ada pilihan jugak nak makan Steamboat & Grill waktu tengah hari. Cuma pilihan seafood tu kalau boleh sediakan yang segar. Kalau dah tak berapa nak segar, elok jangan letak lah kan. Hari tu seafood yang ada ketam, kerang, udang, lala buluh , lala dan udang lipan. Tapi yang fresh udang dan lala jer rasanya. Lobsters tak der macam kat insta :p kecewa. Rindu nak makan lobster lagi macam kat Sabah. hahaha


Ketam dalam gambar kat instagram macam sekor-sekor rupanya dah belah 4 kot.hehehe. Mak dah lah peminat ketam. Kecewa mak nak. Apapun , saya mungkin akan repeat lagi jika ada orang nak belanja. hehehe. Sup dia sedap tapi tomyam kurang kick. Tapi ada satu sos dia yang sedap tapi kalau ada sos macam kat  Johnny's Restaurant lagi sedap. 


Alamat : No 15-G Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi K16/K, 
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.
Untuk tempahan : 0125583440/0125696325
Waktu operasi; 11 pagi - 1 pagi setiap hari

Korang suka makan steambot dan grill ? 

Facebook : https://www.facebook.com/Hot-Pot-King-1508943729422492/
Instagram : https://www.instagram.com/hotpotkingrestaurant/

Terima kasih Faidah untuk brooch dan Kak Ema untuk Fridge Magnet  Masjid Al Aqsa. 
Selamat menunaikan umrah .


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan pula hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang tidak ramai hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai jumlahnya.” Dalam riwayat Imam al-Bukhari disebutkan “Dan orang yang muda kepada orang yang tua.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

6 Comments:

  1. suka juga steamboat & grill...lama tk mkn...tp lg suka jenis grill je hehe

    **yg kita pegi mkn tu bkn restoran korea tp restoran jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ingat restoren korea sebab duk imagine sushi jer yg tak boleh telan tuh. makanan korea pun mcm gitu jugak jenisnya kan tak tahu la boleh makan ke tidak..hehehe

      Delete
  2. tukang belanja tu bila nak belanja wak pulakk., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukang belanja , belanja geng pakatan hari lahir jer.. wak kena masuk group mak la kalu nak suh belanja..hehehe tapi wak kena belanja mak2 masa birthday wak la kekdahnya..

      Delete
  3. Raa suka makan steam boat n grill tapi pemalas nak bakar2kan minatang2 tuh.
    tau nak ngap jer. tu pasal kalo gi kedai camnih, Raa bantai celop dlm sup or tomyam jer. trus boleh makan.
    yang grill2 tuh tunggu orang lain tolong bakar kan.. Raa tinggal ngap jer. hahahahahaha.

    ReplyDelete
  4. dah lama tak makan grill dan steam ni.

    ada budak kecik..susah sikit nak bawa makan tempat macam ni.

    kang meragam aje.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)