Friday, April 10, 2015

5 Rancangan Dekorasi di Astro FYI HD yang saya rindui

* Ni bukan iklan berbayar 

Hari tu kan ada promo Astro FYI HD bermula 6 Nov 2014 to 28 Feb 2015 . Hari-hari duk tengok channel FYI HD jer sampai nak termuntah-muntah. Kalau hari minggu tu lagi la, dari pagi sampai ke malam. Nasib my hubby pun suka jugak deko-deko ni. My Nuha jer la tension sket so, masa saya mandi , masak, solat dia bantai tukar channel lain. hahaha. My Nayla tak reti lagi. Jom tengok rancangan dekorasi yang saya suka tengok masa tu .


1. Flipping Boston  - Yang ni rancangan pasal renovate satu rumah yang dia beli , lepas tu jual balik ke pasaran dengan harga yang lebih tinggi. Tapi yang best tu macam ada drama selalunya nak siapkan rumah yang diorang dah beli ni. Biasanya dorang akan dapat untung lah even rumah tahap renovate teruk gila. 


2. House Vs House - Yang ni rancangan pasal pertandingan dua buah rumah. Dia ada bagi task bilik mana yang kena renovate sendiri menggunakan bahan yang dia bagi. Kalau lagi banyak nampak beza, lagi tinggi peluang nak menang. Tak sangka diorang ni memang kreatif siap boleh buat bed frame , almari sendiri , meja makan dan macam-macam lah. Yang penting kena sendiri buat atau DIY. Rumah yang menang dapat cash $10,000 dollars.



3. Tiny House Nation - Yang ni rancangan pasal buat rumah dengan skala yang keci tapi semua keperluan memang ada termasuk bilik, dapur, ruang makan dan toilet . Ada satu rumah tu dia buat memang atas trak . So boleh berpindah randah dengan trak tu kan. Konsep motorhome gitu lah. Diorang biasa buat kecil ni yang mana nak save budget sebab katanya tak ada permit yang diperlukan kalau buat rumah skala kecil ni tapi kena follow betul-betul lah saiz yang dibenarkan tu. 



4. Picker Sisters - Yang ni rancangan pasal diorang cari barang-barang terpakai kat ceruk mana ntah dan angkut balik bengkel diorang dan jadikan perabot dan jual kat kedai dorang ni. Macam tak sangka barang-barang terpakai tu boleh jadi barangan yang cantik pulak macam rantai besi jadi meja dan motorsikal lama jadi meja. 



5. Hideous Houses - Yang ni macam rancangan realiti. Diorang kena submit cerita pasal betapa buruknya rumah diorang. Nanti orang yang nak renovate rumah ni akan tinjau rumah yang dimaksudkan .Setiap rancangan tak silap ada 3 rumah yang diorang tinjau dan pilih rumah yang paling teruk sekali. Rumah macam puaka pun ada jugak. Confirm la rumah tu terpilih untuk di renovate. 



Korang subcribe Astro FYI HD ? Pernah tak tengok rancangan dekorasi ni ?

p/s: 

Sekarang ada channel lain lagi pasal dekorasi yang tak perlu nak tambah pakej bagai.Tak silap kena tambah RM8 untuk channel FYI ni dah ada lagi 4 channel lain.  Selagi boleh jimat kita jimat. hahahaha. Dan nak ilham dekorasi rumah boleh join FB page banyak dekorasi. hehehe



0 Comments:

Post a comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)