Tuesday, August 12, 2014

Review Portable Air Conditioner Morgan

Balik kampung hari tu, memang panas jugak .Suhu lebih kurang 32℃ . Mula lah datang risau puteri lilin kami yang sorang tu. Berapa kali dah pengalaman tidur dalam kereta kalau balik kampung ni angkara puteri lilin kecil kami yang tak tahan panas tu.Masa kat sini lagi kami survey harga portable air conditioner ni. Harga dalam lingkungan RM1K .


Sampai kat Paka, esoknya keluar nak pergi beli aircond. Biasa kitorang beli kat satu kedai ni. Sales person dia suggest beli jenama Morgan sebab katanya brand ni yang kurang problem. Harga yang dia letak RM1400 tapi bila dah nego dia bagi RM1200. Kitorang nak survey lagi mana tahu dapat lagi murah kan. So pergi kedai lain pulak. Bila tanya Sales person dia kata RM1100. Terus kitorang nak beli la. Teruja dapat jimat RM100 dari kedai yang sebelum ni. hahaha. Sekali kerani dia pulak kerek semacam , dia kata betul ker RM1100, you check betul-betul dulu dia cakap kat Sales person yang offer kami tu. Rupanya betul salah harga. Dia suruh tambah lagi RM30 . Ok la, jimat RM70 dari kedai yang offer sebelum tu.hahaha. Rupa-rupanya dua kedai tu owner yang sama. Kitorang kena pergi amik barang tu kat kedai yang sebelum ni. Tak per la, janji dapat jimat kan.hahaha.


Inilah aircond yang kami beli tu. 1HP.Memang bulky. Letak kat bonet terus tak boleh letak apa-apa. Kitorang memang tak angkut balik sini. Senang nak angkut balik rumah my ma dan my mil..
Sales person tu cakap bulky sebab ada compressor. Kalu tak nak bulky dia suggest air cooler tapi kena isi ais pulak yang tu. Leceh pulak.Dan sejuk dia tertumpu dan tak menyeluruh macam portable aircond ni.

Kat rumah my hubby dah tak de tingkap bilik, so kena tebuk lantai untuk halakan hos udara panas tu. Nasib lah tukang rumah kan.

Ni kat rumah my ma ok lah sebab ada tingkap, hos tu keluarkan kot tingkap. Kena tiup angin panas la cili my ma kat tepi bilik tuh..hahaha

Review saya , Portable Air Conditioner jenama Morgan ni memang sejuk macam aircond biasa cuma tang berat (29 KG) dan saiz ( 88 x 39.4 x 49.4)  tu macam gedabak sket. Tapi jangan bimbang ada roda boleh tolak sebelum angkat ke kereta .Bunyi agak bising tapi tak ada lah sampai menggangu tidur. Boleh bagi 2 bintang per 5 bintang. 

Puteri lilin kami tidur tak bergerak pun malam tu. Punya lah syok tidur dalam aircond. Tapi bil elektrik tak tahu la macam mana. Harap-harap tak melambung. 5 hari jer pun kan. hahaha.
Ni seronok main dalam bilik aircond. Duduk kat luar panas berdenting meragam. Masuk bilik senyap.Sentap mak !!



Tengok kat lazada tengah ada sales tu. Harga RM969.00 sebijik sama macam saya punya.


Korang pernah beli portable aircond ? 


16 Comments:

  1. macam best jer~ macam best jer~
    kat rumah ma haitu x de lah panas sgt.. siap ade hujan lagi.

    anak2 zaman skrg.. demand tinggi.. kena tido dlm ekon jer ye~
    kalo datang umah untie panas leh sayang.. xde ekon umah untie. tapi boleh duduk dlm kete.. ade ekon.. kikikiki

    ReplyDelete
  2. xpenah plak beli..
    dulu masa musim panas dah terniat nak beli
    tp sampai skrg tak jadi
    dah asek hujan je ni, sejuk dah..

    ReplyDelete
  3. boleh trahan ek harga dia..kami punya yg biasa je...takde salura air tu..jenis letak ais dlm air con tu..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Cadang nak beli satu. Dah lama pakai so mcm mn? Ada meragam tak? Anggaran bil brp sbln?

    ReplyDelete
  5. Agak2 bil melambung tak?
    baru pakai gak ni..tapi brand MEC.
    Kalo bil melambung next month nak letgo la..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak sure sebab saya beli khas utk kat kampung dan tinggal kat rumah parents saya..hehehe. diorang tak guna.kami balik jer kami guna.

      Delete
  6. salam puan,
    masih ok lagi ke air cond ni ? kalau dari tarikh post ni dah hampir 2 tahun guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih OK lagi sebab saya guna time balik kampung ajer. parents pun tak guna, kami balik jer kami guna

      Delete
  7. salam puan
    nk tau kena tmbh air ke pape ke kt aircond ni? ke mcm aircond biase, x yah buat pape?
    tq ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. portable aircond x perlu ltak air.. kalau air cooler perlu air@ais..

      Delete
  8. Sya pun guna air cond ni...skrg dh dtg pnyakit...on suis kat dinding skrin dia kan kluar tnjuk suhu dan E 1....besalang seli...bila on kipas dia pusing kejap kuat kejap slow....xtahu ape punca...๐Ÿ˜ž

    ReplyDelete
  9. In addition don't buy an oversized air-con if your area is too small simply because you only wasting power and bringing down your unit's capacity to dehumidify the whole area.
    air conditioning repair

    ReplyDelete
  10. Salam sis...nak tya portable ekon sis ni ada saluran utk kuarkan air tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tempat bekas air kat bawah aircond tu. so kena buang la takut penuh.

      Delete
  11. However, by taking good care of your air conditioner, and providing some preventative maintenance and tender love and care, it will run smoothly and efficiently without the risk of breaking down on you. professional contractors

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)