Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, December 17, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Agaknya mungkin ini contest terakhir yang aku akan join untuk penutup tahun 2009. Apa pun keputusannya, aku mesti HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dan memberanikan diri jugak untuk join contest anjuran encik Denaihati ni.
Aku tahu tentang contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"  adalah dari blog dier sendiri, Yang Terbuku Di Hati sebab aku memang subscribe blog ini melalui email sebab perkara pertama aku buat sebelum buat kerja adalah check email dan kemudian berblogging :) itu wajib la kan, melainkan bz tahap dewa-dewa 19.

Kita mesti HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dalam hidup ini.Kegagalan bukanlah kekurangan yang perlu kita kesali buat seumur hidup.Hasil kegagalan itulah membuatkan aku bangkit dan terus berjuang.Aku tertarik dengan pepatah dari PM Izzy(yang femes amous dengan tagline renung-renungkan dan selamat beramal tu).Masa tu aku sekolah MRSM.Pepatah dier macam ni la, dan buat aku selalu tersedar dan tidak alpa bila mendapat sesuatu kejayaan :-

Jangan berasa selesa dengan kejayaan masa lalu !

Ini kisah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL aku yang harap dapat dijadikan pedoman buat semua.Aku ni bukan budak yang pandai sangat pun tapi kira pandai la jugak.hahahaha.Lepas UPSR (dapat 4A) , aku ditawarkan masuk MRSM kat Dungun (yang skang dah pupus).Masa tu aku ni pioneer laa sekolah tu yang seramai 138 orang ajer.Siapa sangka,panas bukan sampai ke petang.Dengan result PMR(5A 3B) yang ntah apa-apa ntah, aku kena tendang dan terpaksa membuat rayuan untuk ke tingkatan empat di MRSM.

Tapi pada masa tu, hati aku betul-betul tertutup untuk masuk MRSM dah [merajuk laa konon], sebab tahu aku akan dihantar bersekolah di MRSM yang baru buka lagi (MRSM Kota Putra).Lepas tu aku nekad nak masuk sekolah teknik tapi keluarga menghalang sebab aku pilih Kejuruteraan Elektrik yang katanya tak praktikal untuk bebudak perempuan padahal aku masa tu semangat HIDUP BERANI UNTUK GAGAL membara gila.Sebagai anak yang taat,akhirnya,aku bersekolah biasa jer kat rumah dan Alhamdulillah, dengan result SPM yang tak seberapa hasil HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, tu pun setelah direject matrix pengambilan awal(kami adalah tikus eskperimen matrix 1999), aku masuk belajar di Terengganu Advanced Technical Institute. 

Pastu tetiba dapat lak tawaran UiTM yang menjadi impian aku.Ntah nape aku nak masuk UiTM ni aku pun tak tahu.Mungkin sebab Elly Iskandar, Azwan Ali atau Dato' Farid or Farid Kamil(tipu laa kan sebab aku lagi tua dari dier..hahaha) psstt : dulu masa degree, pernah aku jumpa Farid Kamil kat lab kat ofiz aku kerja skang ni.Siap duk sebelah tu dalam lab,pastu dia tanya macam mana nak save data dalam disket.hahahaha.poyo jer mamat ni.Lab tu dah pupus dah skang ni yer awak.Ops..




Alhamdulillah, akhirnya berkat HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, aku berjaya menghabiskan diploma dengan cemerlang [cemerlang laaaaa sangat] dan sambung ijazah dan juga berjaya menghabiskan ijazah jugak dengan cemerlang [cemerlang laaaaa sangat].

Hasil HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, akhirnya aku dapat kerja di UiTM berkat tidak memilih kerja pada awal pembabitannya.[poyo-macam artis plak] Aku pernah kerja gaji RM300 ko, jadi kerani insuran cum basuh berak anak boz cum maid cum cleaner. Lepas tu keja secretary plak dengan gaji RM1000++ di tengah2 bandar KL yang durjana.Tapi berkat HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, akhirnya aku dapat surat interview keja skang ni.Interview dengan ramai pesaing untuk position skang ni, Alhamdulillah, rezeki berpihak ditangan aku,setelah setahun jugak menjadi calon simpanan[skang sedang menunggu surat sah jawatan- boz, up la sket SKT tahun ni yer-sempat lagi buat rayuan di blog..hahahaha]

Semoga aku  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL untuk tahun seterusnya dan melangkah setapak lagi kehadapan.Tiada aral, master mungkin dalam genggaman ku, Insya Allah..Doa2 kan lah aku yer wahai kawan-kawan.Senak dah kepala ni main coding.Ops!


Terima kasih buat sponsor yang bermurah hati
dan Saudacare.

Untuk join sekali, dan jadikan aku refferal , sila klik S.I.N.I



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

15 Comments:

  1. memang betul.. cuba perbaiki sikit2.. consistent.. jangan selesa ngan keadaan sekarang

    ReplyDelete
  2. cayalah elis..wa tabik sama lu beb......huhuuu

    ReplyDelete
  3. harap2 menang la contens ni yer..

    aminnn

    ReplyDelete
  4. kalau ko masuk KP, dah 1 sekolah ngan aku. hehehe

    ReplyDelete
  5. gud luck k!!

    gambar muda mudi!! comel giler!!

    ReplyDelete
  6. Banyak terima kasih kerana subscribe blog saya, kongsi kisah dan join contest. Insyallah pasti ada pengajaran untuk kita kongsi bersama.blog ni peserta ke 107.

    ReplyDelete
  7. gud luck..all the best..ha kalau tak jd kawan wafaa dah..:P

    ReplyDelete
  8. bagus lah kalau ade prinsip mcm nie...sentiasa berani menghadapi cabaran...org yg tak pernah merasai kegagalan dia tak kan tau erti kemanisan hidup.

    ReplyDelete
  9. Good luck Eliss! Suka baca perkongsian pengalaman Eliss ni..

    Dah ramai join contest ni..me teringin tapi ntahlah!

    ReplyDelete
  10. owh nmpknye eliss peserta yg ke 107..
    rase agak ssh ni na menang kontest cz ramai btui pro bab seo teknik..huhu

    ReplyDelete
  11. http://wawwi.com/hidup-berani-untuk-gagal/9:07 pm, December 17, 2009

    Hi kak elis,

    Tahniah kerana berjaya dapat approve tuk sertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini dan kesanggupan berani gagal. :-)

    Yang penting dalam join contest ini dapatlah kenalan2x baru dan pelawat pun mai ramai :D

    Selamat berkenalan dari AJ ye :D

    ReplyDelete
  12. sungguh berliku perjalanan hidup berani utk gagal mu itu..good luck

    ReplyDelete
  13. alhamdulilah...biar maintain wlupun tidak CEMERLANG bangatttt...

    tahniah.

    ReplyDelete
  14. dilot singgah sini...

    salam kenal dari dilot..=)

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)