Tuesday, November 22, 2016

Aktiviti Team building @ Marina Cove Resort

Sebelum memori terpadam begitu sahaja, saya muatkan gambar aktiviti team building sepanjang 2 hari di Marina Cove Resort. Hari pertama sessi perkenalan dan pembahagian kumpulan. Kumpulan kitorang dengan motto Belasah Jer . Nama kumpulan pun Belasah Jer. Sabar jer lah. Krik krik bunyi kumpulan. Bunyi cengkerik . 



Hari kedua pulak menawan Bukit 300 yang terletak kat sebelah Marina Cove Resort Lumut. Tak sangka sampai jugak atas.



View Bukit 300 dari Marina Cove Resort


Kita wefie dulu


Selfie pulak dah.. Sis cuba


Gambar kenangan di puncak Bukit 300


Dalam perjalanan naik bukit masih lagi sempat selfie 


Ada lagi nak mencelah , layankan ajer


Tak habis lagi selfie kat atas bukit


Yeay dah sampai atas


Nampak tu 300 meter ok !!


Ida, junior ku merangkap teman satu kumpulan jugak 


Kak Yatt dan Kak Ina


Bukti dah sampai atas ni. 


Haruslah gambar mak yang sebesar talam

Aktiviti seterusnya adalah bina sesuatu dari barang terbuang yang dikutip sepanjang naik Bukit 300 tu. 


Katanya mini gazebo.. belasah ajer 



Yang ni pulak aktiviti sambung PVC tengok kumpulan mana yang paling tinggi naik. 


Mak tak join sebab bukan kepakaran mak. Panas-panas pekena aiskrim lagi best...larikss



Mak mampu tengok ajer...


Malam terakhir ada persembahan dari kumpulan. Kami buat sketsa dan diakhiri dengan nasyid Teman Sejati 


Dengan ahli kumpulan dan teman sebilik, Madiha :) 


Aktiviti mandi kolam hari terakhir di Marina Cove Resort . Sebenarnya sebelum tu ada aktiviti isi air dalam tong drum berlubang tapi sebab semua dah basah tak ada gambar pulak. 


Dah lama tak mandi kolam, kalau ada anak-anak ni mau tak naik-naik


Mak dan bapak budak yang terlebih seronok , hilang stress


Sekian sudah aktiviti teambuilding untuk kali ini. Ada ke kali lain? Kalau ada mohon buat kat Cameron Highlands atau Langkawi Ok !! hahaha

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.
(Riwayat Muslim)

Monday, October 24, 2016

Marina Cove Resort, Lumut , Perak

Hari ni entry throwback. Sebelum lupa nak tulis apa baik kita tulis cepat-cepat. haha. Kitorang bertolak dari Shah Alam lebih kurang pukul 9 pagi dan sampai hampir pukul 2 petang.3 buah bas semua sekali. Satu bas lelaki dan dua bas perempuan. Tak penuh mana pun sebab rasanya ramai juga yang naik kereta. Tapi sebab pergi sorang, saya naik bas jer. Mula ingat nak pergi dengan family tapi saat-saat akhir cik Vina buat hal, makanya mak sorang ajer lah pergi. Kiranya me time lah. Anak-anak abahnya yang jaga. Dah besar pun kan.  


Muka ceria naik bas. Lama tak naik bas katakan. Last tahun lepas rasanya masa balik Terengganu. 



Lama tak tinggal dia, terus mak dapat surat cinta. Mengalir lah jugak air mata mak. haha. Dua-dua hati tisu. 


Selamat tiba di Marina Cove.Welcome drink pun tak ada ni. 


Masa kitorang sampai kaunter pendaftaran ni tak ada orang pun. Urusetia dah amik kunci siap-siap, so masa kitorang sampai terus dapat masuk bilik. 


Harga bilik yang ada. 


Siapa nak beli apartment kat sini pun boleh. Baik jangan kot. hahaha
Kalau nak beli, renovate kaw-kaw dengan dekorasi moden,  buat homestay persendirian lawan Marina Cove Resort. hahahaha 


Bilik kitorang Premier Suite RM439 semalam . Ada 3 bilik. 2 bilik  ada 2 katil single dan 1 bilik katil queen. Masuk-masuk bilik terus rasa nak lari balik rumah. Hotel zaman dinosour mana pulak lah kitorang datang ni. hahaha. Memang nampak sangat tak update perabot-perabot dan hiasannya. Dah la baru ni terbaca pasal senarai hotel berhantu dan Marina Cove Resort termasuk dalam senarai. hahaha. Bilik nasib baik aircond berfungsi sebab baca review banyak dapat bilik aircond tak ok. hahaha. Towel dan cadar siap kuning lagi macam dah lama tak guna. Mohon beli cadar dan tuala baru jangan ingat nak untung sahaja. 

6 buah meja makan . Tak sempat pun nak makan kat sini. Buat sidai tuala jer. 

Peti sejuk nasib ada . Ada kettle tapi tak lalu nak minum pun . Nasib ada bagi air mineral. Kitchen kabinet zaman bila pun tak tahu. 


Ada almari dan meja solek

Toilet lupa pulak nak amik gambar. Sebab duk level 7, air shower slow sangat. Terpaksa mandi dengan hose dan siap pintu toilet satu bilik air tu tak dapat kunci. Pandai-pandai la korang mandi. hahaha



Ruang tamu .Nasib baik bukan tv zaman dinosour. Channel 1,2,3 jer kot ada. 

 Depan tu ada balkoni. 


Dari balkoni ni nampak permandangan yang menarik. Sejuk sket hati .hahaha


Gambar tiada nur. hahaha


Mak cuba nak. 


Gelap jugak. Nasib korang lah. Buat-buat nampak sudah. 

 
 Kolam pool kanak-kanak/ dewasa  ni sahaja pool yang bersih dan terjaga



Pool bahagian outdoor ni siap berlumut tapi ada jugak orang main kat situ. Mak is takut gatal jer.



Dari Agoda.com yang saya update kemudahannya


Overall, biasa-biasa sahaja menginap disini tak macam hotel ada bintang pun. Makanan buffet pun tak banyak sangat pilihan . Siap kena amik sejadah sendiri kat bahagian room service. Poor room service. Bagi saya, Pusat Latihan Kampung Gajah,UiTM yang taraf hotel budget tu pun lagi bagus dan selesa..hahaha..Cuma tadak view yang menarik jer lah.  matilamak nakk.. 


 MARINA COVE RESORT, Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.

Tel: +605-683-6666

Email: reservation@marinacoveresort.com.my
Website: www.marinacoveresort.com.my



Wednesday, October 05, 2016

Lunch @ Seoul Garden, AEON Mall Shah Alam

Hari ni entry throwback macam biasa dalam segmen JJCM @ elissmie. Sebenarnya pakatan hari lahir yang tertunda ni. Dari bulan 4 , sambutannya dalam bulan 9. Maklumlah semua busy mengalahkan pak menteri esp yang Datin sorang tu kan. hahaha.. Larikss..Pakatan hari lahir dimulakan dengan Faidah di Seoul Garden atas permintaan hakak. hahaha. Sebab tak pernah makan kat situ. Boleh? Boleh ajer, orang belanja..Layankan ajer gambar pemakan dan makanan yang ada dan sempat di snap. 

Ahli pakatan hari lahir macam biasa


Destinasi JJCM kali ni Seoul Garden @ Aeon Shah Alam


View kat luar Seoul Garden

Me and kak ema.. opss..Datin Ema..


Gambar dengan spek fresh from oven..

Wefie pulak seround.. Apsal macam runcing sangat tu muka..hahaha


Yang diraikan dan tukang belanja, TQ ida... apsal tak ada gambar solo dengan ida ni...


Ada pelbagai pilihan seafood dan bebola serta sayur-sayuran


Ayam dan daging pun ada. Kambing jer tak ada. 


Pelbagai sos yang ada tapi yang in dengan tekak mak, sos cili thai jer.. hahaha


Aiskrim pun banyak pilihan. Skip.. Kalori. hahaha


Try jugak makan sushi tapi tak banyak sangat pilihan. Bila dip dalam sos cili thai baru boleh telan. 

Sedia untuk di grill dan distimboatkan..


Model aiskrim Seoul Garden


Harga buffet . Kalau ada student card lagi jimat, so datang dengan student dapat less RM3. hehe


Jangan tamak ok ! So far ok lah.. Tapi tang sos dan sup tu la tak boleh lawan lagi Johnny's Restaurant. 


Seoul Garden AEON Mall Shah Alam
AEON MALL No. 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13
Shah Alam, Malaysia
03-5524 7386
http://www.seoulgarden.com.my/

Dah kenyang makan kita bergambar kat luar pulak. 

Tema Musim Sejuk. 


Macam dekat Tokyo ke Beijing dah ni kan..Lunch kat Seoul.. hahaha..


Close up sket.. Gambar ni dah dijadikan gambar kanvas untuk kenangan


Faidah dengan Kak Ema

Kak Ema dan Ad

Kak Ema dan tuan tanah kedaung macam biasa

Korang dah pernah makan ke kat Seoul Garden? 

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang di antara kamu menguap, maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak ditutup ketika menguap.”
(Hadith Riwayat Muslim)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)