Thursday, June 18, 2015

Pulau Manukan dan Pulau Sapi, Sabah

Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua pembaca elissmie.com yang beragama Islam. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan menambah amalan di bulan penuh barakah ini. In sya Allah.


Tak habis lagi cerita pasal Sabah. Hari ni kita cerita pasal percutian ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi, Sabah. Untuk ke pulau disekitar Sabah korang boleh naik kat Jesselton Point dan akan dikenakan cukai jeti (RM 7.20). Nak jimat budget kami naik kat terminal belakang Pasar Besar KK . Sewa bot dengan kawan driver UiTM Sabah, Encik Toby.


Jesselton Point

Pukul 9 pagi kami naik boat ke Pulau Manukan. Sebenarnya kami tak sewa bot so ada orang lain dalam bot. Kebetulan diorang nak ke Pulau Sapi yang sebenarnya tiada dalam plan kami, tapi driver bot cakap ikut jer tak kena bayar. Kalau tak kena tambah lagi RM10. Sebut free haruslah kena ikut rombongan yang lain kan. hehehe

Tiket Dewasa : RM 23
Tiket Kanak-Kanak : RM 18
Sewa bot : RM 200 ke Pulau Manukan boleh balik bila-bila masa korang nak
Conservation Fee : RM 3 sekali bayar dan valid untuk kemana-mana pulau
Google dan Life Jacket : RM 15


 Terminal belakang Pasar Besar KK

Lebih kurang 20 minit kami sampai ke Pulau Manukan. Disarankan pakai baju nak terjun laut siap-siap sebab tandas jauh kebelakang jugak nak menapak tu. Di Pulau Manukan, kami diberi mandi manda dan snorkeling sampai jam 11 pagi sebab nak pergi ke Pulau Sapi pulak lepas mandi manda kat sini. 

Kat dalam bot memang dibekalkan life jacket. Yang bayar life jacket kat atas tu untuk snorkeling kat pulau.

Ternganga pulak mulut mak..hahaha

My dear hubby

Selamat sampai di Pulau Manukan

Posing tiga beranak dulu di Jeti Pulau Manukan

Ikan di Pulau Manukan. Yang ni kat bawah Jeti. 



Kaunter di Pulau Manukan untuk pembayaran Conservation Fee


Dewasa warganegara RM 3
Kanak-kanak bawah 18 tahun - RM 1

Posing dulu sebelum snorkeling. Konon snorkeling padahal berendam jaa..
My Nayla tu selalu spoilkan gambar..huhuhu

Bai dan Amin di Pulau Manukan

Bai dan Nad. Kat Pulau Manukan best sebab ada banyak bangku disediakan untuk duduk-duduk lepas puas mandi manda dan snorkeling

Mak posing solo sebelum terjun laut:)

My Nayla mula-mula takut nak masuk air. Kena paksa baru ok. Dah ok dia tersadung kaki pulak dalam air, terus tak nak lepas mak.

My hubby seronok la sebab dia pandai berenang, sampai ke tengah perginya

Mandi manda di Pulau Manukan aktiviti anak-anak yang paling best la. Sampai naik hitam badan. 

Kenyang ikan hari tu dapat makan roti dan pizza :p

Tak amik gambar pulak tengah bagi ikan makan. Letak gambar Naim tengah bagi ikan makan :)
Kami tak pergi bawah jambatan ni. Kat sini ikan dia warna warni sket. Yang kat sebelah sana, banyak ikan macam bawal dan kerapu gitu. Besar-besar gitu macam sedap jer kalau bakar. hahaha..haippp

Pulau Manukan memang best

Siap bawak prop gitu tapi tak bergambar banyak sangat pulak

OK jom kita ke Pulau Sapi pulak. Kitorang tak salin baju dah. Basah-basah gitu terus tunggu bot kat Jeti untuk ke Pulau Sapi. Dalam 15 minit macam tu sampai ke Pulau Sapi. 

Selfie di Kaunter Pulau Sapi untuk pembayaran Conservation Fee
Tak perlu bayar dah sebab dah bayar tadi. Just tunjukkan tiket yang korang dah bayar tu jer untuk masuk Pulau Sapi

Ada banyak Pulau dalam Tunku Abdul Rahman Park

Atia dan my Nuha

Kat sini memang ada aktiviti diving sekali selain snorkeling. Ramai pelancong kat sini dan sotong bersidaian kat tepi laut. Kat sini macam panas sket dari Pulau Manukan. Tak disarankan datang la kalau setakat nak mandi manda. Tapi rombongan yang kami ikut tu diorang nak makan tengah hari disini. Ada buffet tengah hari RM50 sekepala, siap ada BBQ katanya tapi kami tak makan .Dah bawak bekal pizza, jajan-jalan sebelum masuk ke Pulau sebab diorang kata makan memang mahal kat pulau. 

Tempat duduk yang macam kat Pulau Manukan pun tak disediakan. Kena sewa tikar RM10 dan RM5 akan dipulangkan untuk deposit.

Panas-panas pun diorang tetap main air. Kat sini, ikan lagi cantik-cantik banding dengan Pulau Manukan tapi. Kat tepi ni jer pun dah cantik tapi budak-budak seronok main air jer.

Saya pun masuk sekejap jer tu pun sebab my Nayla kencing. Hahahaha. Pergi basuh kencing jer sentuh air kat Pulau Sapi. Dah la panas berdenting

Tiga kanak-kanak riang, selamba jer main air tengah panas.

Sorang kanak-kanak main pasir sampai sudah. huhuhu

Bangku ada tapi tak banyak sangat. Kat sini jer teduh sebab bawah pokok

Posing dulu sebelum pulang

Cantik pulaunya ,Masya Allah...

Awas obor-obor dan jangan pegang ikan ke sign board tu? hehehe

Belanja satu keping lagi gambar Pulau Sapi.

Pukul 2 kami bertolak balik ke daratan. Dah siap-siap tukar baju dan mandi kat Pulau Sapi

My Nayla dan mengantuk. 

My Nuha dan atia dah rentung main air. huhuhu

Ad dan Am = Adam :)

Terima kasih adik yang bantu saya dan anak-anak naik bot

Korang dah pernah ke pulau-pulau di Sabah ? Pulau mana yang paling korang suka ?

p/s:
Tamat sudah percutian ke pulau. Lepas ni kita pergi pasar Filipina pulak yer :) Tunggu...next entry..


Wednesday, June 17, 2015

Grand Borneo Hotel , Kota Kinabalu

Setelah kami tiba di Kota Kinabalu International Airport Terminal 2 (KKIA), driver UiTM Sabah jemput kami dengan van dan bawa kami ke Grand Borneo Hotel , Kota Kinabalu yang terletak lebih kurang 30 minit dari KKIA. Grand Borneo Hotel terletak di 1Borneo Hypermall, pusat membeli-belah terbesar di Sabah. Kitorang sampai dah boleh terus check in. Bilik pun dah ready.

Sebelum tu bergambar di Kaunter Check in dulu. Bai dan Ad

Saya dan bai pulak tumpang posing. Kami naik flight yang sama so check in sekali lah.

My Nuha dan Nayla. Yang adik memang susah nak duk diam.

Perempuan dengan cermin berpisah tiada :p

Yang ni hari nak check out. Bergambar kenangan depan pintu hotel

Feeling-feeling honeymoon gitu

Anak-anak sibuk kat sini atas troley bag ..Sabar jer la


Jom kita masuk bilik pulak :)


Dapat bilik king bed. Semalam dalam RM 160++

TV flat skrin. Siap ada meja tulis dan kemudahan nak buat air. Ada jug elektrik jugak. 
Kat bawah meja console tu ada peti ais dan peti keselamatan. 
Seterika pun disediakan dalam almari dengan papan gosok sekali. Mudah sangat tak perlu nak call room service. 

Bilik air 

Ruang mandi dengan water heater tapi tak der bath tub :p

Yang penting ada Free WIFI. Plug point pun banyak . Tak perlu berebut nak charge handphone. 

Nah password sekali :p

Permandangan hotel dari luar 

Permandangan masa kami sampai. Hari nak hujan .

Permandangan yang sama hari nak check out. Cuaca cerah. Tak nampak gunung kinabalu kat sini.

Jam 6 petang macam 7 malam

Jam 6 pagi dah macam jam 7 pagi kan.

Subuh pukul 4.30 pagi. Kalau lambat sket bangun dah habis subuh..hehehe

Selfie dengan gunung kinabalu kat lukisan dalam bilik ok lah.

Me and my hubby tumpang wefie.

Dapat free breakfast pax untuk 2 dewasa. Ni jer gambar yang ada kat dining area Grand Borneo Hotel , Kota Kinabalu. Soul Out Coffee House kat tingkat 2. 

Kat situ pun ada kafe kalau nak minum-minum. The Sidewalk Café kat lobi hotel.

Dan yang paling budak-budak seronok semestinya kolam renang lah kan. Kat situ pun ada gym tapi mak tak sempat nak jenguk. Konon nak bergym tapi tak sempat. Diet memang kelaut sepanjang bercuti kat sabah ni. 

My Nuha kalau boleh tidur dalam tu pun dia sanggup .hahaha

GRAND BORNEO HOTEL
TA-00-01, 1Borneo Hypermall, Jalan UMS,
88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Telephone : +6 (088) 526 888
Facsimile : +6 (088) 526 889
General Enquiries: info@grandborneohotel.com
Reservations: bookings@grandborneohotel.com
Website: http://www.grandborneohotel.com/

Dah nak ramadhan, kat sini pun ada buffet ramadhan jugak kalau nak cuba makan disini. 


So overall,  ok lah servis kat Grand Borneo Hotel , Kota Kinabalu especially masa untuk check in dan check out .Bilik pun dikemas dan tuala jugak diganti setiap hari. Cuma makanan dia tak ada banyak sangat pilihan dan menu yang hampir sama setiap hari. Kalau ada pelbagaikan mungkin lebih menarik.Terima kasih warga Grand Borneo Hotel , Kota Kinabalu yang melayan kami disini.


Korang pernah sampai ke Kota Kinabalu  ?

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)