Thursday, December 30, 2010

Kenapa aku baru tahu esok cuti?

Hampeh btol! Tak tahu pun esok cuti.Kalau tak cuti pun,aku sudah apply cuti esok ! Hari ni memang aku cadang nak half day ajer sebab nak balik Terengganu sempena meraikan kejayaan sulung Malaysia dalam Piala Suzuki AFF dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Ok, tipu :p Aku balik kampung sebab hari tu tak menjenguk lagi mertua balik dari Tanah Suci Mekah.Lagipun ada kenduri sket hari Jumaat ni, buat doa selamat.Mungkin sempena balik Mekah dan Viva baru :p Insya Allah hari ni keluar la Si Viva tu.

Malam tadi aku tengok jugak bola tuh.Sama naik aku tendang dengan player malaysia tu.Tetiba naik sheikh orang kata. Seb baik tak tertendang my hubby ajer.Hahahaha.Aku bukan minat bola sangat tapi sebab semangat 1 Malaysia, tu aku layankan ajer. Eh, silap,kat Selangor tak leh guna 1 Malaysia kan :p tak semangat lah !


pic credit to : here
Syabas dan tahniah buat pasukan malaysia yang berjaya menamatkan kemarau 14 tahun :p

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 -sumber : sini


Harap-harap tiada yang datang kerja esok ! hahahaha :p

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)