Kali ni JJCM @ elissmie bersiaran di Kuala Lumpur. Hari tu kitorang attend wedding kawan my hubby kat Hulu Langat dan lajak ke Sentul rumah my Long. Dah lama tak pergi KL sejak dua menjak. So malam tu diorang ajak dinner di Sunway Putra Mall , Kuala Lumpur. Ni kali kedua kitorang sampai sini sejak dah renovate dan tukar nama ni. Dulu makan di Teh Tarik Place. Kali ni kami makan di Teppanyuko. Pekena makanan Jepun sekali. Sushi tak boleh telan, yang ni kita tengok macam mana. Teppanyuko menyediakan cara masakan jepun yang disebut Teppanyaki.
Teppanyaki (鉄板焼き?, panggangan kuali besi) adalah salah satu cara memasak makanan Jepun di atas kuali besi yang rata (teppan). Selain itu, teppanyaki boleh juga bermaksud kedai makanan Jepun yang menyediakan tempat duduk dengan meja berbentuk kaunter, sedangkan kuali besi digunakan tukang masak untuk memasak makanan. Tebal kuali besi yang dipakai sebagai alat masak antara 0.3 cm hingga 1.5 cm. Di bawah kuali besi terdapat dapur gas dengan pengawal suhu atau saiz api. Masakan yang dimasak di atas teppan, misalnya: steak, okonomiyaki, monjayaki, yakisoba, dan pelbagai jenis dari sayur-sayuran, daging, atau makanan laut.
Dengan anak-anak dara mak
Dengan tambahan Mak Long pulak
Ayah long sekali tumpang enterframe
Ok. Dah dapat meja. Posing dalam kedai dulu. Yang join sekali adik Kak Long sekeluarga
My hubby tak kelihatan sampai sudah sebab tukang amik gambar.hahaha
My princess , Nuha & Nayla
Yang kami order hari tu
Harga untuk single set
Yang ni untuk set Combo. Boleh pilih untuk campur-campur.
Lagi set combo
Pilihan minuman
Boleh tengok chef masak depan mata
Yang saya order Combo Teppanyaki Cuttle Fish + Lamb RM 32.90
Pertama kali makan pakai chopstick katanya..
Haruslah, licin pinggan suami isteri.Pinggan jer enterframe. haha
Saya suka sebab ada nasi, sayur dan protein. Nora bagi 4/5 bintang.
Korang suka makan Teppanyaki ?
Teppanyuko , Sunway Putra Mall , Kuala Lumpur
Lot 4-91, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur
Ingatlah kepadaKu niscaya Aku ingat kepada kalian. (Qs. Al-Baqarah 152)