Hari ni JJCM @ elissmie.com di Kuala Lumpur. Tak silap bulan lepas kitorang datang sini. Tekak rasa nak makan makanan sarawak, moh ler kita ke Dapur Sarawak . Nak pergi Sarawak tak tahu bila kan. Pernah dulu makan Laksa Sarawak tapi tak kena dengan tekak saya pulak tapi saya teringin nak makan Mee Kolok. Tak banyak sangat tempat nak makan sebab satu pintu jer kedai dia tapi boleh makan belah dalam dan belah luar. Nasib baik hari tu sampai-sampai ada lagi meja kosong.
Bergambar bersama pemiliknya , pelakon Mahmud Ali Basha. Boleh la dari jauh pun.kekeke.
Tragedi Aaron Aziz berulang kembali.
Deko barangan dari Sarawak
Kak Long dan my Nuha
Cashier. Kek lapis Sarawak pun ada jual.
Harga minuman. Memang berpatutan
Harga makanan pun paling mahal RM11 jer kalau tak silap
Ini yang Kak Long dan my hubby makan. Laksa Sarawak RM7
Saya bukan penggemar laksa sarawak so bagi saya kalau nak rasa yang bau jamu tu, memang ini lah laksanya..hehehe
Saya punya Mee Kolok Goreng Udang RM8.50. Sedap macam meggi goreng tekstur mee dia.
Mee goreng my Nuha. Pun sedap tapi tak sama rasa dengan mee kolok goreng tu. RM 4.50.
Korang suka makan makanan sarawak ? Kalau suka, boleh la menikmati hidangan dari Sarawak di Dapur Sarawak ni yer. Lain kali rasa nak try nasi aruk ( nasi goreng) buah dabai tu pulak.
Alamat :
HP 0166105858 / 0143652325
Waktu Operasi: 10.00 Pagi - 10.00 Mlm (ISNIN Hingga SABTU) AHAD CUTI
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Restoran-Dapur-Sarawak/144268825600110