Showing posts with label homestay review. Show all posts
Showing posts with label homestay review. Show all posts

Monday, March 03, 2014

Homestay Husniyah, Pasir Pekan, Wakaf Bharu @ Tumpat, Kelantan

Korang ada merancang percutian keluarga di kelantan ? Tercari-cari homestay di Kelantan ? Homestay Husniyah menyediakan perkhidmatan homestay yang selesa di Pasir Pekan, Wakaf Bharu. Cuma 2KM dari Pusat Bandar Kota Bharu. Musim cuti sekolah dah hampir tiba. Boleh la booking sekarang jika sudah merancang percutian di Kelantan tapi masih belum booking mana-mana hotel  !

Berikut adalah serba sedikit makumat berkenaan dengan Homestay Husniyah :-

Alamat Homestay :-

PT100, Pasir Pekan Tengah 16250 Tumpat Kelantan 


Kemudahan yang disediakan :-

Dilengkapi 2 katil Queen, dan 2 katil single, Televisyen , seterika,  dan kelengkapan dapur untuk kemudahan memasak. Ruang parking berbumbung utk 3 buah kereta. Sesuai untuk keluarga yang besar yang bercuti di Kelantan.

Kadar Sewa :-

Sewa RM150 sehari . ( Boleh nego lagi jika berminat )



Ruang parking berbumbung 

Katil Queen 

Katil Queen 


2 Katil Single 



 Ruang dapur


Tempat makan

Peralatan yang disediakan : Peti, tong gas dan dapur 


Seterika 


Bilik Air


Homestay Husniyah Berdekatan dengan : -

 1) Tesco - 1km
 2) Pusat Bandar Kota Bharu - 2km
 3) Pasar Siti Khadijah - 3km
4) Wakaf Che Yeh - 5km
5) Pengkalan Kubor - 12km
6) Rantau Panjang - 30km

Tempat-tempat menarik di Kelantan untuk dilawati :-

Pantai-pantai yang menarik seperti Pantai Cahaya Bulan, Pantai Tok Bali, Pantai Sabak dan lain-lain
Kampung Kraftangan
Bank Kerapu
Bank Pitis
Muzium Di Raja
Makam Tok Kenali
Pasar Besar Siti Khadijah
Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang atau Pengkalan Kubor


Untuk tempahan boleh hubungi :-

Ustaz Haji Hussin: 09-7197107 019-9153603
 Salwani - 01119737449


Kepada sesiapa yang telah membuat tempahan dan sekiranya ingin membatalkan tempahan, diharap dapat beritahu kepada pemilik homestay dengan kadar segera untuk mengelakkan kekecewaan penyewa lain.

Korang dah pernah bercuti ke Kelantan ? 


Monday, January 13, 2014

Homestay Banglo @ Kemaman, Terengganu , Nurbayu Guest House

Korang ada bercadang untuk percutian keluarga di Kemaman Terengganu tapi ingin merasai sedikit kelainan ? Jika inginkan pengalaman bercuti di banglo homestay dalam ciri kemodenan dan suasana yang bersih dan damai , boleh lah merasai pengalaman ini di Nurbayu Guest House yang terletak di Kampung Gong Limau Kemaman iaitu lebih kurang 5 minit perjalanan dari Bandar Cukai. 



Berikut adalah serba sedikit makumat berkenaan dengan  Homestay Nurbayu ini.Homestay banglo setingkat ini mempunyai 2 wing untuk disewa. Terdapat kawasan lapang yang boleh digunakan untuk aktiviti keluarga seperti sukaneka atau BBQ. 

Alamat Homestay Banglo :

Nurbayu Guest House
2551 Lorong Limau Nipis, Kg Gong Limau, 24000 Kemaman , Terengganu.

1) Wing A

Kemudahan yang disediakan :

  • 1 ruang tamu besar dan 1 ruang tamu sederhana
  • 3  bilik tidur  dan 2 buah tandas
  • Dapur dilengkapi peti sejuk, meja makan dan multipurpose cooker ( tong gas tidak disediakan)
  • TV dilengkapi Astro disediakan
  • Kadar : RM350/sehari

2) Wing B

Kemudahan yang disediakan :
  • 1 ruang tamu 
  • 4 bilik tidur  dan 2 buah tandas
  • Dapur dilengkapi peti sejuk, meja makan dan multipurpose cooker ( tong gas tidak disediakan)
  • TV dilengkapi Astro disediakan
  • Kadar : RM350/sehari

Bahagian depan 


Bahagian tepi 


Bahagian laman tepi

Bilik tidur


Bilik tidur

Kemudahan asas di bilik tidur

 
Ruang tamu


 Tandas

 Ruang dapur

 Kawasan lapang 



Kenapa perlu menyewa di Homestay Banglo ini ? 
  • Kedudukan yang sangat strategik
  • Berdekatan dgn Bandar Cukai (5minit sahaja)
  • Berdekatan kedai makan dan kedai runcit
  • Berdekatan dengan kemudahan asas ( bank, hospital dan pasaraya ) 
  • Di dalam kawasan kampung yang aman dan tenang
  • Sesuai untuk percutian keluarga yg besar dan  ramai dengan kos yang berpatutan
Homestay ini bukan sahaja boleh di sewa untuk percutian keluarga malam boleh di sewa untuk majlis perkahwinan atau sebagai rumah persinggahan bagi yang datang dari luar Kemaman yang berkahwin dengan orang Kemaman untuk majlis perkahwinan.

Pakej Perkahwinan 
  • 3 Hari 2 Malam - RM2900.00
  • Khemah Jamuan disediakan
  • Kemudahan Lobi untuk pelamin ( pelamin tidak termasuk didalam pakej)
  • Ruang untuk makan beradab
  • Kami juga ada menyediakan khidmat jurugambar dengan photobook ( tidak termasuk didalam pakej )
Tempat-tempat yang menarik di Kemaman untuk dilawati 
  • Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman
  • Pantai Teluk Mak Nik @ D'Monica Bay
  • Pusat jualan keropok, satar dan otak-otak serta hasil laut di Geliga Kemaman
  • Kedai Kopi Hai Peng
  • Pantai Kemasik
  • Pantai Telaga Simpul
  • Hutan Lipur Air Menderu
  • Pantai Penunjuk
  • Kelip Kelip Sg Yak Yah

Untuk tempahan boleh hubungi :-

* Deposit RM100 untuk pengesahan tempahan (Akaun bank dimaklumkan melalui telefon).
* Baki bayaran boleh dibuat semasa daftar masuk.
Mimi - 0179243422 ( WhatsApp / SMS / Telefon) 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)