Showing posts with label JJCM Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label JJCM Shah Alam. Show all posts

Wednesday, September 25, 2019

Lunch @ Bawal Padu, Seksyen 16, Alam Avenue, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama tak ada entry JJCM @ elissmie kan. Kali ni kita belanja lunch di Bawal Padu, Seksyen 16 , Alam Avenue, Shah Alam. Dah lama dah ni . Tak silap awal tahun hari tu tapi tak sempat pulak nak tulisnya. Dah 2 kali dah jejak makan kat sini. Tahu pasal kedai ni sebab viral dekat fb page Shah Alam Residen (tak suka ban orang). So moh la kita try satu kali. 


Setnya adalah Nasi Putih , ulaman dan sambal. Saya order Set Sotong Bakar RM 16. Sotongnya besar . Dihidangkan dengan 3 pencicah pelengkap rasa. Lembut dan juicy rasa sotong. 

Pilihan air yang ada 


Pilihan menu yang ada

 Ayam Goreng Kunyit RM 7


Ayam Bakar RM 13


Kambing Bakar RM 15


Ikan Keli Goreng RM 9 


Sotong Celup Tepung RM 16


Ikan Talapia Goreng RM 13


Yang ni lah  Bawal Padu RM 15

Gambar yang tiada watermark credit kepada owner Bawal Padu yang saya dapat dari group fb page Shah Alam Residen (tak suka ban orang). Terima kasih :) 

 

Ambience dalam Bawal Padu, simple je. Overall, makan sedap dan harga pun ok.

 

Alamat nya kalau nak terjah kang. Sebelah Hijrah Couture je.



Selit sekali sambutan hari lahir yang unit saya buat untuk saya hari tu.
 Terima kasih uollss. Love you alls. 


Close up sket :) 


Hadiah bunga dari Kak Yat, Rai dan Ziera. Tq uolss...


Kek Hi-Fibre Cream Cheese sponsor dari boz . Tq boz. 

Menjaga Rahsia. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seburuk-buruk manusia disisi Allah Taala dari segi kedudukan pada hari kiamat ialah suami yang menyebarkan rahsia isterinya selepas disetubuhinya.”(Hadith Riwayat Muslim)

Friday, July 05, 2019

Lunch @ Dubuyo , Central Mall i City

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lunch ke belum? Hari ni kitorang pergi lunch sempena Pakatan Hari Jadi untuk Ida. Tempat makan yang dipilih hari ni adalah makanan korea iaitu di Dubuyo, Central Mall i City. Senang nak pergi sebab dekat sket kan. Pertama kali untuk Kak Ema. Dia jadi grab driver kami hari ni. hahaha. Terima kasih Kak Ema bawa kami pergi makan pakej siap hantar anak Ad, pergi sekolah lagi.hahaha

Jom lah tengok apa yang kami order harini. Boleh telan ke tidak ni? Dah banyak kali cuba makanan korean, kebiasaannya boleh la telan sebab jenis suka sayur-sayur kan. Bila la nak terbuka hati lagi nak makan sushi. Sebelum makan haruslah kita posing dulu yer . 


Birthday girl , Ida


Bukan birthday girl . Tudung senget dont care

Kak Ema ajak bergambar dekat tiang warna warni dalam Dubuyo ni. 

Cantik jugak tiang ni. hahaha


Kita kasi chance Datin Ema posing 


Mini love 💗


Dengan makanan pulak

Jom tengok makanan pulak. Ni buku menu. hahaha


Pilihan makanan yang ada. Ada yang set dan ada ala carte


Lagi pilihan makanan yang ada

Pilihan air yang ada. Tak banyak pilihan air


Ini Ida punya. Sekali sampai terkejut sampai 6 ketul ayamnya. Ayam dia rasa macam ayam percik sebab macam ada serai gitu. Yang ni Set Kimchi Gogi Chicken RM 18.35


Mak dengan Ad makan menu sama je. Kami makan Set Bibimbap Beef RM 23



Portion Nasi memang banyak tapi beef dia sikit je. Kenyang sebab brown rice je ni.hahaha. Apapun boleh telan. Licin mak telan



Tak tersnap menu Kak Ema. Japchae ke haper. Macam Noodle Glass dalam kuah santan dengan seafood. Not bad rasa dia. Dubuyo ni kat Level 3.


Lepas makan posing lagi 


Cantik payung-payungnya kan


Payung kraf dari Thailand 🌂
 

Posing sampai lebam gitu


Dah habis posing . Jom balik , dah kenyang kan. hahaha


Last sekali, Happy Belated Birthday Ida. Semoga tercapai semua yang diidamkan. Aamin...
Terima kasih belanja kami semua hari ini :)


TABAYYUN DALAM PENERIMAAN DAN PENYAMPAIAN BERITA

Rujuk Sumber Asal: http://bit.ly/TabayyunBerita
Album Infografik: http://bit.ly/albumphf

Wednesday, April 03, 2019

Lunch @ Mios Kitchen,Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry throwback je lah hari ni sempena Pakatan Hari Jadi 2018 yang tertunda. Entry berkaitan Pakatan Hari Jadi 2018 yang tahun lepas korang boleh baca dekat sini Pakatan Hari Jadi 2018 . Birthday yang terakhir of coz lah, darling babe yang bongsu, Ad. Kali ni dia pilih makan di Mios Kitchen,Shah Alam . Ini kali kedua saya makan kat sini. Sebelum ni boz belanja. Masa tu roh blogging hilang entah kemana . 

Kali ni saya cuba makan Spaghetti Lamb Chop. Sebelum ni makan Grill BBQ Lamb Shoulder. Memang daging lembut dan juicy. So kalau pilih dua menu ni memang dapat daging kambing grill yang sama. Carbona dia pun ok jugak. So memang berbaloi la makan sini di hari-hari istimewa. Makan selalu bengkok. Ni orang belanja, lagilah berbaloi. Terima kasih Ad dan Happy Belated Birthday yang ke err 26.... + 10. hahahaha. Overall saya bagi 4/5 bintang untuk makanan dan servis. Siap dapat free aiskrim lagi hari tu. Katanya amal jariah di hari Jumaat. Alhamdulillah :) 

Jom la layan gambar kami di Mios Kitchen,Shah Alam .


With my lovely geng pakatan hari jadi




Suasana dalam Mios Kitchen 





Spaghetti Lamb Chop RM 24.90


Grill BBQ Lamb Shoulder RM 18.90



Yang diraikan, Ad


Bersama yang diraikan


Kak Ema dan Ad


Dengan Ida







Bandar Kinrara 5 : wasap.my/+60173396877
Shah Alam Sek 15 : wasap.my/+60162108996
Alamat : 13 Jalan Tukul N15/N (Seksyen 15) 
Shah Alam, Malaysia 40200
Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah seseorang itu, apabila namaku disebut-sebut di hadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku, celakalah seseorang itu, apabila Bulan Ramadhan menemuinya kemudian telah berakhir sebelum dia mendapatkan keampunan (daripada Allah), dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana kebaktiannya).” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 3545, Ahmad, No. 7139, al-Baihaqi dalam sunan al-Kubra, No. 8295, al-Tabrani dalam Mu’jam al-Awsat, No. 8989, al-Hathami dalam al-Majma’, No. 17319, Ibn Hibban dalam sahihnya, No. 916, Ibn Khuzaimah dalam sahihnya, No. 1786).


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)