Showing posts with label JJCM Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label JJCM Shah Alam. Show all posts

Thursday, January 31, 2019

Lunch @ Me'nate Steak House, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor

Entry throwback last year punya ni hah. Mesti kena ada kenangan kat belog. Nak pergi pulak entah bila kan. Ni pun pergi sebab orang belanja. Baby shower la kononnya. Mom to be for the third time. So abaikan la muka macam tak siap tu. Masa ni tak silap dah 8 bulan mengandungkan my Nawfa.Tunggu masa nak beranak je ni. 



Ni yang saya punya . Mestilah kambing jadi pilihan. Tak silap pilih daging kambing yang lebih RM50 sebab nak air free flow dan dapat free side dish. Tak tahu la promosi tu memang berjalan sepanjang masa atau masa kami pergi tahun lepas. Yerlah sekali tu je perginya. hahaha

Mak buyong nak makan kambing


Ziera pun makan kambing jugak

Tiga mak dara pingitan


Pilihan daging yang ada . Tak makan daging, ayam pun ada. Tepuk dada tanya poket orang nak belanja. hahaha.


Dah pilih daging . Terus cakap nak masak macam mana. Saya pilih well done .Tak reti nak makan medium -medium ni. Daging yang mahal diorang masak dulu even amik daging sekali ramai-ramai dalam group tu. hahaha. So kita tahu la siapa yang amik paling mahal. eh. hahaha


Yang tak suka daging, pasta pun ada. Seafood pun ada jugak. Dessert pun ada. Sedapnya Creme Brulee. Eh. hahaha


Menu sampingan dan menu untuk kanak-kanak pun ada. Jangan bimbang memang boleh bayar. 

Lokasi boleh waze atau google

- Me’nate Setapak (Starparc Point)
- Me’nate Ampang Jaya (Jln Kolam Air Lama)
- Me’nate Bangi (Seksyen 9)
- Me’nate Shah Alam (Vista Alam, Sek. 14)
- Me’nate Johor Bahru (Jalan Glasiar, Taman Tasek)
.
Waktu operasi

11pg-11mlm (setiap hari) kecuali Jumaat (3ptg-11mlm)

Book ke whatsapp link

- wasap.my/60194771047/RSPV+MENATE
- wasap.my/60192611047/RSVP+MENATE
- wasap.my/60168795947/RSVP+MENATE
- wasap.my/60193911047/RSVP+MENATE
Credit : https://www.facebook.com/pg/menatesteakhub

Daripada Abu Hurairah RA berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa melaksanakan haji semata-mata kerana Allah, lalu dia tidak menuturkan (perkataan) keji dan tidak melakukan fasiq (keluar dari ketaatan), dia akan kembali kepada keadaannya seperti baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa)." (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 1521, 1829, Muslim, No: 1350, An-Nasaie, No: 2627, Ibn Majah, No: 2889)

Friday, March 16, 2018

Lunch @ BBQ Chicken , Seksyen 7 , Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mengakhiri minggu ni dengan entry JJCM. JJCM @ elissmie antara entry yang paling banyak peminat di elissmie.com. 

Ni JJCM berapa minggu entah . Tapi yang pasti hari Jumaat lah. Rasa macam tiap-tiap hari Jumaat keluar makan sekarang ni. Lepas makan balik ofiz. Kalau time gaji, panjang la sikit langkah. Tak ada la lepas makan balik ofiz terus. hahaha. Kali ni Ziera dan Ad nak cuba rasa makanan korean pulak. So layan je lah. Sebenarnya agak ragu-ragu nak try , takut tak boleh terima kat tekak kan. Sushi sampai sekarang pun tak boleh telan. 


 Sebelum makan wajib posing dulu. Tuan tanah kedaung dengan Ziera


Ad dan Yatt


Ni Ad punya Chicken Mayo Dol Sob Bap RM 16.90


 Ni Ziera punya. Bulgogi Beef Korean Rice Ball with Hot hot Chicken RM 26.90



Ni saya punya. Bulgogi Beef Korean Rice Ball RM 17.90



Ni Yatt punya. Charbroiled Galbi Chicken and Shrimp Fried Rice RM 16.90


Korean Rice Ball Meal. Boleh pilih nak jenis mana, nak ala carte, grilled atau fried. 


11 Jenis Ayam yang boleh dipilih dari menu

Starters pun ada

Dinner set RM 23.10

Lunch Set siap Soup dan Air RM 16.90


Antara menu lain yang boleh dipilih

Overall , rasa 3 bintang, suasana 3 bintang, servis 3 bintang

Korang pernah cuba makanan korea? In ke tidak dengan tekak? Bagi saya boleh la. Boleh la telan. Mungkin tak suka seaweed pada nasi tu. Mungkin lepas ni boleh cuba menu lain pulak. 

Alamat : 

29 Jalan Plumbum R7/r, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor 40000

Waktu perniagaan: 

Daily: 11:00 - 22:30

Telefon : 

+60 55238081 

http://bbqchicken.com.my/
https://www.facebook.com/pg/bbq.chic.sek7/
https://instagram.com/bbqchickenmalaysia/

 Korang pergi mana cuti sekolah ni? Kami anak beranak duk rumah jer lah. Nasib la my Nuha ada lawatan ke Kidzania dengan sekolah dia, harap dia enjoy la sebab tak jadi nak balik kampung. huhuhu. 

Selamat balik kampung bagi yang balik kampung dan selamat bercuti bagi yang bercuti 

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2956)


Tuesday, February 13, 2018

Lunch @ Restoren Famous Thai , Plaza Shah Alam

Ni cerita sambutan untuk geng pakatan hari jadi yang tertunda. Penutup tahun lepas sempena birthday Ad. Sambutan bulan Januari lepas. Biasalah, sejak dua menjak ni mood blogging selalu kelaut dalam. Banyak membebel kat IG. Jangan lupa follow IG : elissmie. Hahaha. Sempat promote. Kali ni kami memilih untuk lunch di Restoren Famous Thai yang terletak dalam Plaza Shah Alam, Seksyen 9.



Haruslah bergambar dengan geng pakatan hari jadi 

Ahli macam biasa. 

Sebelum makan kena posing dulu sebelum makanan posing pulak

Bersama yang diraikan , Ad 
  
Tempat yang selesa 

Sesuai dengan kedai Thai, haruslah order Tomyam

Terliur pulak tomyam dia. Terasa pedas-pedas manis masam kat mulut

Close up sket Tomyamnya. Pergh sedap hirup panas-panas

Kangkung Goreng Belacan 
 
Ayam masak gajus

Overall, servis bagus ( maklumlah ada caj servis kan) dan makanan pun sedap. 



Anyway, terima kasih belanja kami makan. 

Restoren Famous Thai
Address: Lot No.F1, First Floor, Shah Alam Mall E9/9, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9e, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Facebook : https://www.facebook.com/famousthaiplazashahalam/

Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)." Berkata Abu ‘Isa : Hadith ini hassan, sebagaimana riwayat at-Tirmizi, No. Hadith : 2459)


Monday, October 30, 2017

Lunch @ The Teapot Deli, SACC Mall, Shah Alam

Hari ni entry throwback macam biasa dalam segmen JJCM @ elissmie. Kali ni sempena birthday Datin Ema pada 4 Oktober lepas. Kali ni Kak Ema pilih di SACC Mall. Senang nak cuci mata lepas makan kekdahnya.Lagipun dekat sangat dengan ofiz kan. Memang betul, banyak masa kitorang cuci mata lepas makan tu. hahaha. Layan gambar je la yer. 

Haruslah muka ahli pakatan hari lahir macam biasa 

Sebelum ni Ida tak sampai lagi

Ini pandangan dari luar. Konsep restoren ni macam English style gitu. Kena sangat dengan citarasa Kak Ema. 

Awal-awal memang kosong tapi dah waktu lunch memang full house . So datang lah awal

Selfie empunya blog sebesar talam dulu 

Ida

Ad

Datin Ema

Hampir penuh.. 

Cantik lukisan dalam restoren ni

Mula-mula makan kek dulu 
 
Cheese Cake RM 8. Banyak gila cheese dia.Kalau crust dia lagi tebal sket lagi sedap.


Victoria Sandwich Cake RM5.50 . Sedap makan panas-panas.

Yang ni Ida punya. Country Beef Pie RM 12

Roast Chicken RM 17 . Yang ni Kak Ema dan Ad makan
Ayam panggang dengan sos blackpepper. Sedap jugak 

Saya makan ni. Chicken Kiev Rm 17
Gravy sket sangat dan ayam agak kering sket. So kalau letak sos black pepper baru sedap sket. 
Suka-suka hati adjust menu orang. hahaha

Overall : 

Food

4 ***

Ambience

5 *****

Service

3 ***

Korang pernah makan di The Teapot Deli, SACC Mall, Shah Alam ? 

Lot 2F.29,Second Floor, SACC Mall, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor 40000

Waktu Operasi : Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
11:00AM—09:30PM

Friday, Saturday, Sunday
11:00AM—10:00PM

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu."

Monday, October 09, 2017

Restoren Nasi Gegey,Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Dah lunch ke? Kalau belum boleh la cuba lunch di Restoren Nasi Gegey ni. Tapi jangan pergi hari ni sebab tutup.haha. Cuba lagi esok.  Lokasi shop lot betul-betul sebelah Hospital Shah Alam tu. Ni kitorang lunch hari Jumaat lepas. Shop lot ni asalnya dulu adalah Restoren Big Brother yang telah menutup operasinya. Rasa sebelum ni Restoren Yati Ayam Percik atau sebelah yang sudah tak beroperasi jugak. 



Sebenarnya nak try western tapi katanya siap dalam masa 20 minit. Tak daya nak tunggu sebab dah lapar sangat . So kami pilih makan Nasi Gegey dan Nasi Kerabu Gegey . Sebenarnya Nasi Gegey ala-ala Nasi Kak Wok lah jugak. Ok la. Sedap jugak. Sambal pedas sket. Biasalah tak tahan pedas. hahaha. 


Macam Nasi Kak Wok jugak lah, makan dalam kertas !


Nasi Gegey RM 6.50
Nasi putih. ayam goreng, sambal belacan , kuah gulai dan keropok


Nasi Kerabu Ayam Percik RM 8
Nasi tak ada warna. Selalu makan yang berwarna kan. Ad kata ayam percik dia sedap dan lembut. 


Nak makan kena order dulu kat sini .Macam fast food kekdahnya.


Dekorasi kedai yang minimalis


Ada ruang permainan kalau mak nak makan dengan bertendang. Eh, bertenang. hahaha


Korang tau ke apa maksud Gegey tu? Gegey tu maksud dia bising :p
Cara nak sebut ge macam sebut (Tarian Gelek) so ge + gey



Air yang ekstrem pun ada kat sini. Tapi saya minum air kosong jer. Free flow lagi. haha
RM 14.90


Alamat :

Restoren Nasi Gegey, Shah Alam
No 12 & 14, Jln Plumbum N7/7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.
Waktu Operasi : 11 pagi 10 Malam 
ISNIN (Tutup)

Telefon :  013-8809896 

Maps :  https://goo.gl/maps/ULdZmPsaAQ72
Facebook : https://www.facebook.com/restorangegey/
Instagram : https://www.instagram.com/restorangegey/

* credit gambar tanpa watermark facebook Restoren Gegey

Sesungguhnya Allah Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam segala urusan.” (HR. Bukhari Muslim).


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)