Showing posts with label JJCM Pahang. Show all posts
Showing posts with label JJCM Pahang. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Nasi Lemak Ayam @ Labana Tomyam, Tanjung Lumpur, Kuantan

Ini episod JJCM @ elissmie.com cum nostalgianya@elissmie.com jugak lah. Kalau di blog ni, tempat makan ni versi ulang tayang la sebab dulu pernah cover pasal ni kat entry ini. Ni pulak yang kami pergi bulan lepas.Ini port makan kali pertama my hubby bawak keluar masa saya di Kuantan.Masa tu kitorang tak couple lagi.Keluar pun dengan kawan- kawan dia lepas tengok spring test.Saya ni follow ajer, tak suka sangat tengok lumba-lumba motor ni kan. hahaha. Masa tu saya praktikal kat Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Kuantan. Tapi malam tu dah rasa 'berbunga kat hati' masing-masing tapi dua-dua pun tak berani nak luahkan perasaan lagi sehingga 2 Ogos 2003(Tersama pulak dengan birthday my Nuha) . Abes kisah nostalgia. Tak leh panjang-panjang nanti muntah pulak.


Malam tu menu kami nasi lemak ayam yang simple tapi sedap. Sedap part sambal dia tu. Mula-mula nak makan nasi minyak tapi dah habis pulak.

 Mula-mula my Nayla ok lagi.

 
Makan nasi lemak lagi.Lepas dah kenyang mengantuk nak tidur pulak. Tak sempat sotong celup tepung sampai. 
So tapau sotong tu makan kat hotel.hehehe

 My Nuha memang hantu nasi lemak.

 Memang meriah orang malam tu. Tapi servisnya cepat jugak lagipun kami order yang dah ada kan kecuali sotong tu lambat sket . 

Ulang tayang kat sini Sotong Celup Tepungnya :p 

Labana Tomyam, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan
Lokasi : Foursquare

Untuk tempahan boleh hubungi mereka : 
012 945 7171
012 960 9729

Korang yang pernah sampai Tanjung Lumpur,Kuantan restoren apa yang korang selalu pergi ?
 
p/s:
 
Kalau orang KL mesti Ana Ikan Bakar Petai kan :p 
 
 Hari ni berpuasa ganti sekali harung sekali dengan puasa sunat asyura kan. Tetiba rasa nak makan bubur lambuk pulak..haishhh...Mana nak cari pucuk midin kat sini atau orang KL sebut pucuk paku merah. Dulu-dulu pernah tengok di Pasar Seksyen 6 , Shah Alam tapi jarang sangat lah ada. 

Ini bubur lambuk ulang tayang yang my ma buat masa balik raya aidil adha hari tu. 


Kalau ada sotong besar kat kedai hari ni, rasa nak buat ketupat sotong lagi.



Thursday, November 01, 2012

Nasi Lemak Ayam & Sotong Celup Tepung @ Labana Tomyam, Tanjung Lumpur

Hari ni JJCM di elissmie, jauh sket berjalan. Ni sebenarnya otw balik sempena Raya Haji hari tu. Kitorang plan last minute nak singgah Kuantan. Lama betul tak masuk Kuantan, rasanya ada dalam 6-7 tahun. hahaha. Nak tergelak ke nak menangis tak tahu la.Nampak susur masuk Kuantan / Bandar Indera Mahkota terus masuk lepas tu blur. hahaha. Punyalah lama tak masuk kuantan gitu kekdahnya. Tapi last - last baru jumpa jalan ke Tanjung Lumpur. Nak ke situ ajer sebenarnya. hahaha


Kedai ni terletak betul-betul tepi jalan utama kat Tanjung Lumpur tu . Kat sebelah tu ada kedai jual keropok dan segala produk hasil laut. Kedai ini my hubby yang perkenalkan masa zaman berchenta dulu. Masa tu saya buat praktikal kat JPN, Pahang, tahun 2003. Memang kitorang teringat-ingat la kesedapan Nasi Minyak, memang terengganu style punya lah. Tapi malam tu, hampa betul sebab tak dapat makan nasi minyak sebab dah habis.

 Jom la tengok apa yang kami order malam tu. Masa ni dalam pukul 11 lebih dah..Bertolak pukul 6.30 dari Klang.

Ni ruang makan belah dalam. Memang simple ajer . Tapi kami memilih makan kat luar.

Tuan belog yang macam dipam-pam kena tayang dulu.

 Masa mula-mula sampai moyok sebab baru bangun tidur..

 
Hubby tuan belog tengah garu gatal :p Ni my Nuha yang amik :)


Ni buat-buat menangis :p Apa kes ntah !


Senyum sket lepas dah nampak makanan :) Dia makan sotong jer.
 Kenyang makan nugget mc'D 8 keping dalam kereta :p 


Nasi Lemak Ayam Merah. Terbaik ! RM4

 Yang ni memang betul-betul sedap. Tak liat pulak tu...Haishhhh..terliurrr sangattttt . 
RM18, besar portion dia, memang puas hati.

Total semua : RM 31

Ikan Bakar Berlada pun ada tapi kami tak pernah try sebab aim kesini memang nak makan nasi minyak selalunya :)


 Labana Tomyam, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan
 Lokasi : Foursquare
 Untuk tempahan boleh hubungi mereka : 

012 945 7171
012 960 9729



 Korang pernah JJCM kat Tanjung Lumpur Kuantan ?






 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)