Tuesday, October 16, 2012

Air tangan suami dan Workstation baru

Dah beberapa hari guna workstation baru. Ok, bukan workstation ibu mengandung. Yang tu masih sama lagi. Akhirnya pc yang telah berkhidmat kepada saya selama 5 tahun lebih ni, terpaksa digantikan atas desakan bos saya. hahaha. 


Saya sket punya sayang workstation lama sebab macam-macam dah software yang saya install untuk memudahkan kerja-kerja kat ofiz ni . Nak kena carik installer pulak satu hal. Hangen satu badan. Dulu , dah install main delete jer installer. Lagi satu padan muka, saya buat backup hari sebelumnya, dan dengan  confident gila saya pergi delete semua fail asal kat dalam pc yang memuatkan fail-fail sepanjang perkhidmatan saya. 

Tapi mujur fikiran masih waras ( padahal dah menangis sebabak sebelum tu.hahaha) dan google nak dapat fail tu balik. Rupa-rupanya , zaman dah semakin canggih, fail tersebut dapat diselamatkan dengan software Restoration even dah empty trash ok dengan syarat baru didelete lah. Lama-lama memang tak boleh jugak la ! [ boleh download kat sini ]



Selamat datang workstation baru, lenovo. Semoga dapat berkhidmat dengan jaya.
Apsal window ni asyik tertutup sendiri ye? Apa pulak tak kena dengan kau ni..


Selamat jalan romeo ! Eh, workstation lama  !

Ok, nak cerita bab air tangan suami pulak. Semalam saya request nak makan roti goreng telur bawang lada [ resepi disini] air tangan suami. Suami layankan saja isteri dia kan. Petang tu , saya siap-siap beli bahan-bahan untuk my hubby beraksi didapur.

My hubby tengah buat sentuhan terakhir.

Tadda, our dinner last night ! Roti Telur Bawang Lada.
My hubby cakap, roti sempena anniversary ke 5 :)
Terima kasih sayang !

Ni side dishes ajer, saya goreng nasi goreng cina ajer malam tadi, konon nak bagi nuha makan, last-last semua makan sebab banyak , harung bawak bekal pi ofiz pagi ni. Begitu jugak dengan roti :)

 Jarang dapat makan hasil air tangan suami ni kan, setuju para isteri ?hahaha


My Nuha | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)