Hari ni, pukul 11 cik abang aku amik aku kat umah pegi Bukit Besi..lepak dulu di Tasik Puteri Bukit Besi..Syok view kat sini..dari jauh nampak 'Golongan Orang Lemah Fikiran'syok duk pukul kayu golf..rugi tak der kamera..kalo x leh letak gambar kat sini..hah...ok..sini ada gambar aku jumpa setelah menggogle..tapi ni tempat aku lepak semalam, tapi dlm proses pembinaan dalam gambar ni..
Ni tempat aku lepak...
Sunday, September 02, 2007
Tasik Puteri Bukit Besi
Saturday, September 01, 2007
Ke Kuala Trg
Wednesday, August 29, 2007
Danish Pindah Hospital
Setelah danish disahkan luekimia, dia dipindahkan ke hospital Besar penang coz doktor tu kata kos rawatan lebih murah dan pakar juga ramai dalam perubatan luekimia di hospital KERAjaan.Hari ni sikecik ni kena amik sekali lagi air sumsum dan tulang belakang..tentu sakit..sedihnya tak terhingga tapi utk kesihatan danish aku kuatkan dan cekalkan hati..Semoga danish cepat semubh...Amin
Tuesday, August 28, 2007
Yahooo!!Sayang Dapat keja!!Yahoo!!
Poor Little Danish :(
Semalam seluruh keluarga bersedih kerana Danish yang kami sayang telah disahkan menghidap luekimia..
Insya Allah Danish akan pulih seperti sedia kala kata doktor sebab family history aku tak der yang kena penyakit ni..Doakan kesihatan danish...
LEUKEMIA
Leukemia ialah sejenis barah yang berpunca daripada penghasilan pesat sel-sel darah putih primitif. Sel darah putih berbarah ini akan menyekat penghasilan sel darah merah. Ini menyebabkan pesakit mengalami anemia. Keadaan ini menyebabkan kekurangan sel-sel putih matang dan seterusnya mengurangkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Sel-sel ini juga menyekat penghasilan paletet yang membantu dalam mekanisme pembekuan darah tubuh badan. Kerap kali petunjuk pertama bagi penyakit leukemia ialah anak mengalami masalah anemia dan sebarang jangkitan penyakit yang dihidap oleh anak sukar sembuh.
Tanda-tanda
* Anemia - pucat, letih dan pendek nafas.
* Mudah jatuh sakit.
* Sakit anggota badan. Jika sakit pada bahagian kaki, keadaan ini akan menyebabkan anak berjalan tempang.
* Purpura - ruam berwarna jingga yang tidak hilang apabila dipicit.
* Mudah lebam.
* Hidung kerap mengalami pendarahan.
Apakah yang boleh dilakukan?
Pada suatu ketika dahulu, kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh tetapi dalam dekad ini, terapi yang ditemui telah berjaya meningkatkan peluang mereka untuk sembuh bagi 50 peratus kanak-kanak yang menghidap leukemia jenis biasa.
Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan dirawat oleh pakar pediatrik yang berpengalaman dalam penyakit leukemia kanak-kanak. Beberapa jenis dadah akan diberikan secara serentak, sama ada secara oral atau suntikan. Bagi jenis leukemia yang biasa, radioterapi dan dadah yang khusus mungkin digunakan untuk membunuh sel barah otak. Manakala pemindahan darah mungkin dilakukan di peringkat awal rawatan. Jika bilangan sel putih jatuh ke tahap yang sangat rendah, anak akan diasingkan untuk mengelak anak daripada diserang oleh sebarang jangkitan. Setiap pelawat diperlukan memakai pelindung dan pakaian khas. Selepas beberapa minggu, anak akan dibenarkan pulang ke rumah. Namun pemeriksaan lanjutan masih diperlukan untuk mengawas keadaannya.
Peranan anda sebagai ibu bapa ialah memberikan sokongan sepanjang rawatannya dengan meningkatkan semangat anak. Kanak-kanak yang menghidap leukemia tidak boleh didedahkan kepada jangkitan kanak-kanak yang boleh menjangkit seperti cacar air, kecuali anak telah diimunkan. Oleh itu, anda perlu memastikan rakan-rakan sepermainan tidak menghidap sebarang penyakit yang berjangkit.
Apakah tindakan doktor?
Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengenalpasti penyakit leukemia. Doktor juga akan melakukan tebukan lumbar. Anak akan menjalani rawatan permulaan selama 2 -3 bulan di hospital. Tempoh rawatan bagi penyakit leukemia ialah antara 2 - 3 tahun.
Monday, August 27, 2007
Danish yang Cik Su Sayang2
Alhamdulillah..dah sedar pun danish..harap2 tak der pa per la..kul 5 ni result keluar..harap2 danish sihat dan ceria mcm selalu...
Malam Nisfu Sya'ban
Malam ni ma aku cakap malam nisfu sya'ban iaitu sebaik jer waktu maghrib malam ni.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (malam ni)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (malam ni)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk
beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada
Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Hari ni patutnya)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit
dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam




