Tuesday, June 15, 2010

Love Bite Sempena Hari Ayah?

Laju ajer korang klik bila tajuk Love Bites kan?hahaha.Bila Hari Ayah?20 Jun kan? Aku tak sambut pun sebab setiap hari, aku sayang Abah aku tanpa hari-hari tertentu [ok, aku anak Abah].Dan sayang pada Abah kepada anak aku setiap hari,setiap saat dan di setiap hembusan nafas ini tanpa ragu! [jiwang karatzz plak :P] Same goes with my Nuha[ok, dia pun anak Abah].Even garu perut pun tak nak orang lain garukan, nak Abah yang garu.hikss [selamat aku!]Kalo nenen ada pada Abah, alamak Ummi memang dilupakan sajalah.

Petang semalam, balik ajer dari rumah pengasuh,dia buat balik love bite untuk Abah dia sempena Hari Ayah.hehehe.Ada kesan lebam pada pipi mungil anak daraku.Aku tanya dia.

Aku : Ni pipi kenapa?Abang Syahmi ke geget?
My Nuha : Ahmi geget.
Aku: Nangis tak kena geget?
My Nuha : Nangis.[masukkan efek menangis disini] Bunyi macam mana dia menangis pun dia cakap.

Terus text kak pengasuh tu tanya nape pipi anak aku lebam.Katanya, anak buah dia geget masa dia dalam bilik air.Aduhai ! Kesian.Sampai lebam biru gitu pipi mungil anak daraku.

Kalo Ummi yang jaga awak, mesti semua ni tak terjadi tapi Ummi redha ajer lah.Ikut hati, Ummi geget balik budak tu sampai sama lebam! hahahaha.


 kalo dapat love bite macam dato' ct dulu tak aper lah jugak kan?hehehe.


 p/s: hp tertinggal kat rumah so tadak laa gambar pipi yang kena geget tu!


Hari ni aku nak buat tutorial sebab rasa dah lama tak buat tutorial.Tutorial ni adalah kesinambungan tutorial yang macam mana nak letak blog badge kat sidebar.[Rujuk Entry INI]

Macam mana nak letak Text Area dalam posting. 

*Text area ni boleh digunakan apabila kita nak orang copy coding blog badge untuk tujuan contest dan bertukar banner dan sebagainyalah.

Kalo korang tak faham, ni contoh aku bagi.

Aku ada gambar macam kat bawah ni.







ElissMieNuha



Coding untuk gambar atas ni :

<center><a href="http://elissmie.com" target="_blank"><img border="0" alt="ElissMieNuha" width="150" src="http://4.bp.blogspot.com/_pW55UUmoyxI/Ss7o_MMPorI/AAAA
AAAAECY/UUmTjs7SXnc/s200/my+dolly.png" /></a></center>

*nak tukar gambar sendiri : tukar lepas src="link gambar anda"



Untuk wujudkan text area dalam posting macam bawah ni :




Coding yang digunakan :

<textarea cols="20" rows="4" name="textarea"><center><a href="http://elissmie.com" target="_blank"><img border="0" alt="ElissMieNuha" width="150" src="http://4.bp.blogspot.com/_pW55UUmoyxI/Ss7o_MMPorI/
AAAAAAAAECY/UUmTjs7SXnc/s200/my+dolly.png"/></a></center></textarea>


Macam mana nak buat button highlight macam sidebar aku ?

Coding yang digunakan :

<center><div><form name="copy"><div align="center"><input value="Highlight" onclick="javascript:this.form.txt.focus();this.form.txt.select();" type="button">
<textarea rows="1" cols="22" name="txt" >Korang paste balik coding atas tu </textarea></div></form></div></center>

Hasilnya:








Tak faham tanya, jangan diam ! Nak suh aku codingkan, email ajer aku kat elissmie [a] gmail [dot] com !!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
Sue

Monday, June 14, 2010

Wajib Datang KLCC bila datang KL?

Semalam,bawa anak-anak buah my hubby ke KLCC since sorang anak buah aku tu, tak pernah jejak kaki lagi ke KLCC.Mula-mula my hubby nak bawa pi Sunway jer.Since my Nuha tak pernah lagi bergambar dengan mercu tanda tersohor Malaysia tu, aku insist dengan my hubby pergi KLCC.

Hentian Padang Jawa.
 
my Nuha dah bosan gila.Tak duk diam!

"Komuter tu 'menatang' apa??" kata anak buah ku..alahai.Kesian.So, semalam pergi KLCC menaiki komuter lah.Bagi yang nak pergi KLCC naik komuter, dari stesen Shah Alam, kena turun kat stesen KL Sentral.Dari KL Sentral nak ke KLCC kena naik Putra LRT pulak.So semalam, 2 public transport lah my Nuha dan anak-anak buah dapat try. Dah la komuter delayed satu trip.Hampir sejam lebih baru sampai kat KLCC.Menungga sahaja dah 1/2 jam.Tension btol!!

Dalam komuter, my Nuha tak reti duk diam dan menangis ajak turun.Setiap stop, dia ajak turun.Mencabar tak mencabar?Malu satu hal.Mungkin ini pertama dan terakhir nak ko naik 'menatang' bernama komuter.hehehe.Tips Membawa Toddler Kali Pertama Menaiki Komuter Ada tak?? Sila share yer kawan-kawan.Sharing is caring!

Akhirnya, sampai jua kami di KLCC.So apa lagi? Amik gambar dan cepat-cepat balik.Boleh? Hahaha.Memang pergi amik gambar semata-mata.Seriyes! Lagipun kami keluar selepas lunch dan solat zohor di rumah.Jimat kos!


Cinta Hati aku : my hubby dan my Nuha.
My Nuha yang punyalah mengamuk tak nak amik gambar.

 Tak reti duk diam, Taman KLCC
 Amik gambar sampai lebam sebelum pulang!!

Solat Asar di hentian KL Sentral sambil minum petang di restoren makanan segera berasal dari Kelantan, Mek Di :p  (psst : kata ganti nama untuk perempuan di kelantan, di panggil Mek apa..hehehe)

Lepas tu, balik lah.Mujur, perjalanan pulang lebih smooth sebab kami naik express Komuter yang berenti di stesen terpilih sahaja.Nyesal tak bawak nursing cover, sebab my Nuha melalak bagai nak rak, menjerit nak nenen dalam komuter.Nasib baik dia cakap nak 'Bek' iaitu bahasa rahsia yang aku ngan dia ajer yang faham.Hahahaha.

Dalam komuter pun suh Abah garu perut dia :p

Korang rasa KLCC tempat wajib lawat ke bila datang KL untuk kali pertama???
Atau tempat lain? Apa yer?Sila la berkongsi pendapat pendapatan :)

pssst  : umah aku dah ada peti ais baru!! hahaha.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Friday, June 11, 2010

Masuk I-City Sudah Dikenakan Bayaran?

 Ya Btol! Memang sudah dikenakan bayaran.RM1 sekali masuk untuk parking.So kalau tak nak dikenakan bayaran parking, jalan kaki ajer lah.Hehehe.Hari tu, masa balik ke Terengganu, anak buah my hubby ikut kami balik sini . So, kami bawa lah diorang ronda-ronda di sekitar Shah Alam. Kota lampu kan kegilaan warga Shah Alam sekarang ni? Layan gambar ajer lah.Lepas ni, kita layan makanan pulak yer? Hahaha.


Akhirnya, boleh jugak amik gambar bertiga di I-City :)


Anak-anak buah my hubby, Nina dan Luqman


My Nuha yang bosan kena paksa bergambar..hehehehe

psst : Untuk map ke I-City, boleh lihat entry INI.

Ok, dah habis cerita pasal I-City.Sekarang nak cerita pasal makanan yang sempat disantap sepanjang kepulangan aku ke Terengganu baru-baru ni.Kalo yang belom breakfast, sila lah tekan [x] pada browser anda sekarang.hehehe.larikss...


Menu : Rojak Ayam tapi aku biasa panggil Rojak Keling.Ala-ala pasembor di Penang.Ada Tauhu, Mee Kuning, Ayam, Sengkuang, Timun dan dicurahkan dengan kuah kacang.
Tempat Beli : Restoren Nasi Kukus, Paka
Harga : RM 4 (tak silap lah)

Menu :Sate Ikan a.k.a Lokcing
Tempat Beli :Pasar Malam Ketengah Jaya
Harga :RM 1( 5 cucuk)

Menu :Jely Kelapa
Tempat Beli : Kuala Kemaman
Harga : RM 1


psst: Aku letak butang Exchange Link Here kat bawah header baru aku tu, so sesiapa yang nak bertukar link, boleh la tinggalkan blog's link korang kat kotak komen aku yer :)

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Thursday, June 10, 2010

Pulau Pangkor Day 3

 Hari ketiga percutian ke Pulau Pangkor diteruskan. Breakfast pagi tu, my Long dan my Angah pergi carik breakfast kat Pulau Pangkor.Kami makan nasi lemak, pulut pagi dan kuih-muih.Mood adalah lapar, dan tak sempat dah nak snap gambar makanan.





Siap ajer makan, apa lagi.Kita mandi dulu! Hari terakhir jangan disia-siakan untuk mandi yer.Dan main pasir puas-puas.Sebab bila dah balik Shah Alam mana nak cekau pasir nak buat main.Betul tak?My Nuha baru ada mood nak mandi laut. Dah laa, hari sebelum tu siap cakap sakit bila kaki pijak pasir pantai.Punyalah manja!Mengada-ngada jugak!

Pukul 11 lebih, kami semua balik ke challet sebab pukul 12 tengah hari tu dah kena check out.Mandi dan pack baju semua, terus bergerak ke receptionist.Sebelum tu sempat jugak bergambar di hadapan challet.Bukan boleh selalu datang sini kan.Amik gambar sampai lebam!





 Honeymoon yang tertunda :P

Tengok selipar rasmi aku disana, buatan Jepun ajer..hehehe.sempoi tak?

 Eliss + Mie = Nuha

 Very the pink kan taxi van ni?

Lepas dah settle semua, kami tahan van teksi. Aku rasa van yang very the pink ni , ajer teksi yang ada kat Pulau Pangkor. Dari jeti ke resort ni, RM10 / van.



Bergambar dalam feri pulak masa on the way balik tu sambil menikmati panorama laut yang mengasikkan.Jelez tak??

Kalo dah ke Pulau Pangkor tu, tak reti-reti ker nak beli souvenier untuk kawan-kawan kan? So, kami singgah di kedai cenderahati dan seafood yang dikeringkan.Banyak pilihan yang ada.So pilih sampai lebam!


Teruja tak dengan percutian kami? Apa tunggu lagi, tempah lah sekarang. Check it out HERE . So far, semua ok lah disana dengan budget percutian kami yang serendah RM 400 ++ :)



Kalo tak cukup duit, mula lah menabung sekarang!Hahahaha.Larikss..


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Wednesday, June 09, 2010

Pulau Pangkor Day 2

Percutian ke Pulau Pangkor disambung semula setelah bercuti beberapa hari sebab balik Terengganu.Berjalan saja aku macam tadak kerja.huhuhu.Padahal banyak gilos kerja kat ofiz ni.

Hari kedua, dimulakan breakfast yang disediakan oleh pihak resort.Kena tambah RM 6 sekepala sebab hanya 2 kepala ajer satu chalet dalam pakej tu yang disediakan brekfast.




Venue : Restoren Tok Sidang
Menu Breakfast: Nasi Lemak + Mihun Goreng + Teh Tarik

Lepas ajer breakfast, apa lagi, kita mandi dulu! Kalo muka tak nak kasi hangus, harus lah pakai sunblock!Aku rembat kak ipar aku punya ajer.hehehehe.


 pic credit to : here


Masa kitorang syok mandi,Long dan Ngah aku pergi pasar untuk carik bahan untuk buat BBQ malam hari. Motosikal pun boleh disewa kat sini.RM 15/ sehari.Lepas tu baru diorang berdua datang meramaikan majlis.Tengah hari pulak, kami masak simple-simple dan makan dalam challet ajer.Penat mandi laut, mesti syok makan walaupun makanan tak seberapa.




  vrooooooooooomm!!!

 Tengah hari tu jugak, aku dan my hubby ditugaskan untuk mencari lauk tambahan untuk anak-anak.Merempit dalam Pulau Pangkor lah. Kat sini, aku nampak ramai ajer yang selamba tak pakai helmet.hehehe.Biasa yang pakai helmet tu , pelancong lah.Kami lah tu..Vrooooooooom! My nuha siap nanges tak nak naik motor tapi bila dah jalan baru ok, siap tangan macam titanic lagi sebab hembusan angin pulau yang menyamankan! [ayat kasi gegar!!]


Menu Lunch : Nasi Putih + Ikan Singgang + Sambal Sotong + Ulam -ulaman
Venue : Family Challet 7

Malam hari, Ngah dan my hubby ditugaskan untuk membakar udang, ikan dan sotong. Untuk BBQ, pihak resort kenakan bayaran RM 15(tak silap lah, lupa plak) untuk arang dan tempat bakar tu. Aku pulak, masak nasi goreng yang simple tapi lazat (hahahaha) menggunakan rice cooker ajer. hebat bukan?



Menu Dinner : BBQ udang, sotong dan ikan pari + Nasi Goreng
Venue : Family Challet 7



p/s:

Kat Pulau Pangkor, kalo nak save budget especially yang datang ramai macam family aku ni, adalah masak sendiri! Lauk fresh memang murah tapi kena cepat lah pergi pasar!


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Friday, June 04, 2010

Pulau Pangkor Day 1

Bertolak ke Pulau Pangkor dengan menaiki kereta Long aku.Muatan memang penuh.Kalo ada orang tahan tengah jalan , memang tak boleh tumpang lah.Bertolak jam 9 pagi dan singgah breakfast dulu. Perjalanan hampir 3 jam lebih ke Jeti Lumut. Lunch kat Lumut sebelum bertolak menaiki feri .




Jangan lupa tiket pun nak posing.
Info : Tambang Dewasa : RM10 (Pergi balik)
Kanak-kanak atas 5 tahun :RM5 (Pergi balik)



Harus bergambar di Jeti Lumut.



Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.My Nuha memang seronok duk dalam feri.Maklumlah jakun, first time naik feri.Lepas kena marah baru reti duk diam.Oh silap, tu otw  balik :)



Harus bergambar di Jeti Pangkor.



 Check in dulu. Kami menginap di Pangkor Village Beach Resort. Aku kongsi bilik dengan Long aku (Family Room) - Ada 2 katil Queen dan 1 tilam single (untuk my Nuha) + Ngah aku (Deluxe Room - 1 Katil King dan 1 Katil Single). Chalet ni memang betul-betul mengadap laut sampai Long aku mimpi dia kena tsunami lah.hehehe.Ada aircond! Memang syok habes sampai my Nuha tido sorang-sorang pun tak sedar langsung.Haruslah aku tido atas katil :) [Jangan fikir bukan-bukan, kami berkongsi bilik yer]




Sempat jugak main air kat pantai sebelum air pasang.Sempat lagi tu sebab Danish dah tak sabar main pasir :)


Total : RM 590 (3 H 2M)




Permandangan betu;-betul depan chalet aku duk tu :) syiok habes!


Malam tu, makan kat bilik ajer dan order kat Restoren Tok Sidang, chalet tu punya ajer.
Makanan tak sempat nak snap sebab lapar sangat dan korang tengok bil ajer lah. Itu ajer aku nak update hari ni.Kalo rasa muak, maaflah. Aku nak buat sampai Day 3 :)

 p/s:
Malam ni aku balik Terengganu sampai hari Selasa.So jangan rindu aku ok! ahaks ! chow!



  p/s:
 Semalam, dah sampai basikal senaman yang dibeli ke rumahku.

 p/s:
Doakan aku rajin mengayuh dan kembali slim ok!hahahaha.




AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Wednesday, June 02, 2010

Pulau Pangkor Jauh Ketengah...

Gunung Daik Bercabang Tiga.Hehehe.Maklumlah, baru balik dari Pulau Pangkor semalam kan.Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali.Hari ni, bz sangat.Tak sempat nak update apa-apa pasal percutian keluargaku yang tentunya best lagi menyeronokkan [ayat kasi bombastik] hahahaha.Lagipun, gambar aku tak amik sangat kat sana.Sebabnya Long aku yang amik gambar dan kamera digital my hubby lak buat hal.

Aktiviti snorkeling memang aku tak buat lah sebab tak reti berenang.Cuma merangkak di dalam air ajer yang termampu aku buat.Hahaha.Dan yang paling best main pasir dengan my nuha.My hubby paling banyak main air sebab dia sorang ajer yang reti berenang pun. Nanti-nantilah aku cerita bila dah dapat gambar dari Long aku.

Ni satu-satunya gambar kami bertiga yang ada dalam kamera hp cikai aku ni.


My Nuha berlatarbelakangkan Feri di Jeti Lumut.

p/s: Kepada 3 orang yang bertuah pada entry INI, sila bagi alamat yer untuk tujuan pengeposan souvenier di alamat email elissmie[at]gmail[dot]com

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)