Thursday, May 13, 2010

Siapa Mahu Watermark FREE?

** TEMPAHAN DITUTUP

Apa ke benda watermark tu? Waterpark ke, wadepak ke, waterface ker tau lah aku , kata si Anon :P Watermark ni adalah proses menambahkan informasi pada gambar. Watermark ni kiranya cop mohor kita pada gambar yang kita masukkan dalam belog ni lah. Watermark boleh jadi tulisan, macam aku duk biasa buat ataupun logo yang aku baru buat ini dan korang pun boleh dapatkan sama.Teruskan pembacaan sampai abes :p Kang terlepas lagi peluang keemasan.



Ini aku duk selalu buat...


Ideanya dari free watermark yang aku dapat dari belog INI.
Untuk tempahan watermark, korang boleh berhubung terus la dengan pemilik belog ok.

Perlu ke ada watermark pada gambar?

Perlu bagi aku untuk lebih meng'secure'kan gambar milik kita. Pastu, susah sket orang nak buang credit bila ada watermark pada gambar.Mesti tak jadi cilok punya. Kalo aku lah, nak cilok gambar dari belog orang lain,mesti pilih gambar yang tak der watermark.hahahaha.Jangan tiru aku ok!Kadang-kadang , ada ajer orang amik gambar kita tanpa creditkan balik kat kita macam yang berlaku pada Niza a.k.a kancilbiru.
Patutnya cara ini pun salah jugak tapi atleast kita ada credit la kepada empunya gambar kan.Nampak la hasil kerja dia dihargai.

Tutorial : Cara-cara nak masukkan watermark pada gambar ?

Masih ingat photoscape?? My all time peberet software .Download dulu kat SINI.

Klik ada gambar permandangan tu untuk masukkan logo korang.

Klik kat photo.

 

Pilih opacity gambar korang.Aku pilih 121. Pastu save.Tadaa..Siap..



 Sekarang, aku sudah ada logo buatan tangan..hehehe


Siapa Mahu Watermark FREE?

Untuk berkongsi kegembiraan aku sebab dah ada watermark buatan sendiri, aku memberi peluang kepada semua yang menjadi Follower belog aku selama ini untuk mendapatkan Watermark FREE seperti aku dengan nama belog anda sendirilah dengan mengikuti syarat seperti dibawah :







1. Mestilah seorang Follower belog elissmie.com . Kalau bukan follower tidak layak untuk mendapatkan Watermark FREE ini. Kalo nak jugak, terpaksa lah jadi follower seumur hidup.hahahaha.

2.Buat satu entri yang Title :Saya Mahu Watermark FREE dari elissmie.com . Untuk Permohonan seterusnya, juga WAJIB membuat entry sekali lagi.

3.Nyatakan nama belog , warna dan font  yang anda inginkan pada Watermark FREE anda tu.Sila nyatakan font apa pada Nama belog dan font apa untuk Copyright Reserved © tu.

4. TERBARU - BOLEH TAMBAH GAMBAR SEPERTI CONTOH TERBARU WATERMARK YANG DISEDIAKAN YER..TU CONTOH AJER..





Pilihan font yang anda dalam PC aku.Klik untuk pembesaran sempurna.

3. Jangan lupa masukkan LINK-LINK berikut di dalam entri anda:

 http://www.elissmie.com/2010/05/siapa-mahu-watermark-free.html

 http://elissmiejunior.blogspot.com

http://mieeliss.blogspot.com/


3.Tinggalkan permalink pada comment box entry ini lah.

4. First Come First Serve.Bagi aku masa 2-3 hari bekerja yer untuk siapkan ok.Dan jangan lupa tinggalkan sekali alamat email anda yer untuk dihubungi.

Korang nak tak???Mulalah buat entry sekarang, apa tunggu lagi?





Tadaa...Hasilnya...



p/s: 

Dato' Sahol balas komen aku pada facebook nyer semalam.glemer mak! 

Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar commented on your wall post:

           "Terima kasih Eliss Mie di atas sokongan dan penghargaan... UiTM Sentiasa di Hatiku..."



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 
Ain

Wednesday, May 12, 2010

Panggilan Pulau?

Memandangkan semalam tiada tekaan yang berjaya dibuat pada waktu ditetapkan. Aku bagi hadiah la kepada semua yang meneka.Tapi yang tak teka tak dapatlah.Ni antara peserta yang meneka pada waktu yang ditetapkan.
Hati-Ema
UmmiDaddy a.k.a Kak Sue
Nafiraa


So, nanti lepas aku balik dari bercuti, 31-05-2010 hingga 02-06-2010, ada lah ole-oleh untuk korang bertiga yer.Insya Allah.Sila email elissmie [at] gmail [dot] com dan bagi alamat ok ! Kemana kami nak pergi bercuti?? Jawapannya : Pulau Pangkor.Long aku dah tempah bilik kat Pangkor Village Beach Resort seperti di SINI.

Map nak ke Pangkor.credit to :here

Bila baca website tu, terasa-rasa pulak keseronokan berada kat sana.Harap-harap menjadi la percutian kali ni.Come to enjoy the peace, tranquility and adventures that Pangkor Village Beach Resort has to offer:-

- Get Some Sun




- Enjoy Our Cuisine





- Fun At Beach





- Explore The Nature




- Remembrance Shopping


All pics credit to : here

Tak sabar pulak aku rasa nak bercuti ni bila tengok gambar-gambar kat dalam website tu.Snorkeling tak boleh nak join la sebab aku ni tak tahu berenang.Kang lemas, sesia ajer..hahahaha

p/s:

Hari ni, ada Sepagi bersama Datuk NC UiTM. Aku nak sampaikan sket lah tawaran dia :TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM untuk golongan berpendapatan rendah dan berbangsa MELAYU.Rujuk terus kepada beliau dengan bawa salinan IC dan keputusan SPM. Dia cakap result SPM, belakang kira.Yang penting mesti betul-betul anak orang berpendapatan rendah. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Datuk VC di page beliau di facebook : Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar .

p/s:

Tak sangka Datuk VC hebat dalam Muay Tai dan boxer! Majulah UiTM !

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 

Tuesday, May 11, 2010

Popia Satar??

Korang pernah ker makan satar? Kalo orang pantai timur mesti kenal sangat kan? Kalo tak kenal saja sangat lah kan?Bagi yang tak pernah tengok, ni hah gambar Satar.Bukan Aziz Satar ok!



Satar Kuala Kemaman yang dirindui...

Tapi hari ni, aku nak tunjuk Popia Satar.Kawan aku yang bagi semalam.Dia baru balik dari Terengganu.Rupanya, Popia Satar ni, luarnya adalah kulit popia, instead of daun pisang. Isinya sama lah dengan satar yang asli.Kreatif jugak kan? 



Boleh tahan jugak rasanya..

Korang pernah ke rasa?


Sebut pasal pemberian, last week, aku dapat 2 hadiah dari kawan-kawan blogger.Terima kasih Nia dan Mama Tisya :)


Dapat hadiah,sebab bagi tips untuk elak stage fright



Sebab btol teka percutian honeymoon Mama Tisya :), ole2 dari Langkawi .

Ada sesiapa nak kasi aku hadiah tak??

Aku pun nak kasi hadiah la.Akhir bulan nanti, aku nak bercuti! Korang cuba teka destinasi percutian aku! Teka sekali sahaja seorang! Tidak terbuka kepada bebudak unit ofiz aku(email , web dan portal) 
!!! Hadiah nyer ole-ole dari sana la, tapi korang jangan la expect mahal-mahal sangat yer..hahaha

Tarikh Tutup Teka : 11/05/2009 Sebelum Pukul 12.00 A.M


p/s:

Ini percutian pertama family aku cum honeymoon aku lah.
Seriyes, aku belom honeymoon lagi.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Monday, May 10, 2010

Misi Jelajah Jakel Shah Alam

Hari Jumaat lepas, Kak Ema telah meracuni aku dan Ad untuk ke Jakel.
Jakel kat Shah Alam ni, antara gedung diorang yang TERBESAR PUNYA tau!!
Bila masuk ajer kat dalam Jakel, terus ada happy hour gitu..."Kain 2 Pasang RM 50" tapi aku tak teruja sebab poket nipis.Lagipun, 2 helai kain yang aku dapat masa pergi demo sistem, tak terjahit lagik.hahaha.Kak Ema rembat kain yang harga RM100++ 2 pasang.Berbaloi-baloi..
Misi bermula, lepas satu floor ke satu floor aku jelajahi dengan Ad.Niza pulak tak dapat join dalam misi jelajah ke  Jakel kali ini sebab busy nak demo sistem.Maybe lain kali yer Puan Niza :)

 Kalo poket tebal, banyak buleh dirembat. Langsir, cadar, kain ela dari murah sampai mahal..
sediakan duit ajer..


Misi aku cuma cadar.
Aku beli kain cotton untuk cadar katil single aku di bilik tetamu ajer..
p/s:
Abaikan model cilik yang tidak berbayar di situ :p

Map ke Jakel Shah Alam

Semalam, balik dari ikut my hubby, sebagai tanda meraikan hari emak-emak, my hubby bagi cuti memasak pada aku.TQ yer sayang.Kitorang tapau ajer kat kedai peberet Niza. hubby Niza :)


Inilah restoren kegemaran Niza hubby Niza :) Aku snap dari dlm kereta ajer..hahaha


Venue : Restoren Sani
Seksyen 7
Menu : Char Kuey Teow Special 
Harga : RM4 (aku bilang, udang ada 6 ekor :P)
p/s:
Keropok dan cili potong adalah sdn bhd :) -tidak termasuk ok!!!



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Sunday, May 09, 2010

Sudah elissmie.com !!

Hari ni bersiaran dari ofiz my hubby.Yer, hari ni hari Ahad.Terpaksa membatalkan plan yang sudah lama di rancang untuk sama-sama memeriahkan  1Superkids-MBP Family Day. Terkilan jugak tapi memandangkan my hubby banyak keja terpaksa la berkorban sket.Harap ada lagi lain kali yer Mommy Lyna dan Kak Ros :) Ribuan maaf dari kami sekeluarga.

 Bukti, my hubby banyak kerja..tengok laa meja dia..huhuhu

Rata-rata tanya aku, apa kelebihan ada domain sendiri ni?Ni aku senaraikan kelebihan bagi yang ada domain sendiri dan Tips untuk memilih domain.Aku rasa kelebihan mempunyai domain sendiri ni bergantung kepada tujuan dan kegunaan sesuatu belog jugak.Ini aku senaraikan kelebihan  berpandukan apa yang aku tahu lah.

Kelebihan memiliki domain

1. Hak Penamaan  - Sebuah nama domain hanya boleh didaftarkan sekali dan untuk satu pembeli sahaja. So, orang yang pertama yang daftarkan domain tu mempunyai hak kepada domain tersebut.Kot-kot ada orang lain nak beli nama domain yang korang miliki, jual ajer dengan harga yang tinggi? berbaloi tak?hahaha.Ada sesaper nak beli elismie.com? kalo redmummy.com laku lah kan?

 2. Identiti sendiri  - Samalah seperti nama jenama atau logo, nama domain merupakan suatu identiti yang pengunjung senang ingat.So peluang untuk diorang datang balik ke belog anda tinggi lah kan?Nak-nak ada iklan Nuffnang plak duk berkelip-kelip kat dalam belog.Lagilah masyuk.Macam lah banyak sangat iklan kat belog aku.

3. Simplicity -Ni bukan produk Datuk Siti yer..hahaha.Kalo kita guna blogger, kan ke panjang kan alamat URL tu, tapi bila ada domain sendiri, alamat URL belog anda lebih pendek dan senang orang ingat.


4. Nampak Pro- Nampak pro la kan dalam berbelog guna domain sendiri padahal kandungan ntah apa-apa macam aku ni. Mana la tahu kot-kot aku jadi blogger pro lepas ni.Who knows kan??? hahahaha.Ada hati!

5. Pengiklanan Yang Lebih berkesan- Biasanya pengiklan lebih memilih nama domain dari sebuah nama domain sub.So , ada sesiapa nak buat iklan kat belog aku? Silakan lah, email aku : eliss@elissmie.com {chewahhh..siap ada email sendiri pada domain pulak ok!!!)

6.Senarai teratas di enjin carian. Biasanya, kalo ada domain sendiri, kat search enjin macam yahoo, google, diorang senaraikan yang ada domain sendiri dulu.So, banyaklah trafik ke belog.Itu yang korang nak kan? Tipu lah kalo yang ada nuffnang tu cakap, tak nak ramai orang baca belog.Sebab lagi banyak orang baca, lagi banyak duit masyuk.hahaha

Tips memilih domain.

1. Senang diingati - Kalo panjang sangat nama domain, susah pulak orang nak ingat kan.Macam elissmie.com. Senang kan korang nak ingat?


 2.Elakkan sama/iras dengan domain orang lain  - Untuk orang lain confuse atau pergi ke belog lain. contohnya macam bluekancil.com , marah plak si Kancilbiru.com tu :), atau kalo nak kena marah dengan anakPerak.com korang pergi letak anakPeghok.com .Sila-sila :) MommyMerah.com pun available lagi .hahaha.Pilihan ditangan korang!


3. Pilih Dot Com  - Kalo korang nak beli domain, mula-mula sekali , check la available ker tak nama yang korang nak yang versi dot com.Sebab rata-rata orang, kalo buat carian mesti taip dot com kat belakang kan dulu dari dot versi dot yang lain.


Macam-macam versi dot yang ada untuk korang pilih. 

Teruja tak nak ada domain sendiri??? Apa tunggu lagi, daftar lah sekarang kat NetKL.com

 Macam mana nak configure domain yang korang beli pada blogger.com , boleh rujuk tutorial dari Kancilbiru.com di SINI. Semalam, pukul 6 pagi, Kancilbiru.com SMS aku cakap elissmie.com dah keluar.Akhirnya.Lebih kurang 12 jam kot elissmie.com berjaya diaktifkan ke seluruh dunia.Biasa paling lama 72 jam ajer.

Walaupun sudah berdotcom, tapi entry aku tetap macam biasa, aku akhiri dengan juadah lunch aku untuk hari ini.Beli ajer dekat dengan ofiz my hubby tadi.Ada lagi ke tak lunch?


Banyak btol lauknya -
Menu :Gulai daging, sotong masak lemak, ketam masak lemak, terung berlada dan ikan goreng.
Harga : RM 20
Venue : Dekat dengan Loji Sg Langat (aku lupa nama kedai dia daa)


SELAMAT HARI IBU PADA SEMUA IBU DI DUNIA TERUTAMA

 Ibuku & Ibu Mertuaku...


p/s:



Terima kasih ma kerna membesarkan eliss
dan terima kasih mak, sebab lahirkan anak emak untuk eliss yang menyintai dan menyayangi eliss :)


welcome elissmie.com !



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Friday, May 07, 2010

Aku sudah beli domain !

Sebab terpengaruh dengan Kancilbiru.com ,akhirnya, hari ni, pagi-pagi buta lagi aku beli domain.Takkan nak pakai domain uitm.edu.my pulak kan?hahahaha.My hubby la yang paksa aku suh beli domain.Ok tipu! Dia cakap beli lah tak paksa pun.RM 30 setahun ajer kan.eh, sayang, eliss guna CIMB Clicks sayang lah buat pembayaran domain tadi.lalalalalala :) mintak izin yer..dah selamat bayar baru mintak izin.Nanti eliss top up kan sayang RM10 selama 3 bulan erk..

Dimana aku beli domain?Aku beli di NetKL.com



nasib baik elissmie.com masih available :)
kalo tak tak jadi beli domain :p





macam macam jenis domain ada...pilih sahaja dari serendah RM 29.95-RM 117.00

korang bila nak beli domain sendiri pulak?

p/s:
murah lagi dari harga top up RM30 :P


p/s:
 
Sayang, web yang nak buat gabungan anak dengan muka selebriti tu, seperti DI SINI dah kena belock laa kat UiTM..Ada hati yer nak tau muka anak yang ada iras dengan Angelina Jolie + Tiz zaqyah. :P


macam mana yer rupa baby my hubby dengan Tiz Zaqyah???



bibir angelina jolie ngan bibir my hubby lebih kurang ajer kan?hahahahaha.


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Thursday, May 06, 2010

Ini bukan belog berlucah

Semalam, belog aku kena filter dan tak boleh diview oleh sebarang makhluk di ofiz.Semua manusia kelam kabut dengan berita ini.hahahaha.Glemer ok belog aku tetiba.Hari ni, semua belog pulak kena block.Tinggal belog aku ajer yang selamat.Terima kasih yer Encik Azhar & Kancil biru :) Niza pun selamat laa sebab dia dah ada domain sendiri.Aku bila lagi? RM30 pun tak mampu ker? kata Niza di dalam hati.hahahaha.Belum bersedia ok!


p/s:
Domain ni aku reserve untuk aku ok! Jangan sesiapa cuba amik.Hahahaha.




p/s:

Boleh ke saya nak apply domain ni Encik Azhar?hahahaha.




Ni lah yang keluar bila aku terjah belog orang atau blogger.com.Skang tinggal 50 minit lagi.Sayang gila nak guna.Hahahaha.

Tapi sebab sayang kuota, aku ada satu alternatif untuk korang.Guna Google Reader untuk baca belog.

Google Reader

Skang aku  terjebak plak dengan formspring.me So, kalo nak tanya aku apa-apa sila-sila lah tanya di sebelah yer yang mana tak berkaitan dengan entry hari ni.Kalo berkaitan dengan entry untuk hari tu, sila lah tanya atau komen di kotak komen lah :) Aku akan jawab



 p/s:

Hari ni aku puasa.
WAIT ! WAIT ! WAIT!

Kalau nak tengok koleksi-koleksi hangat dan sensasi di dalam toilet a.k.a jamban boleh tengok kat SINI. 
Kalo nak resepi masakan dan info semasa boleh tengok kat SINI
Kalo nak jadi menantu aku,pastikan cukup umur dulu yer,  tengok kat SINI.
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Wednesday, May 05, 2010

Hadiah Birthday Untuk Alisya


Masih ingat si manis Alisya yang kami temui dulu kat Nuffnang Friso Gold Family Day out dulu??Hari ni, sebab belog aku dah tak kena block, aku merajinkan diri join contest yang dianjurkan oleh papa Alisya .Nak join? Klik SINI.




Alisya tak tengok kamera lah pulak, tengok aku :p

Apakah Hadiah Birthday yang Paling Ideal Daripada Saya dan Isteri untuk Alisya dan kenapa?

-> Aku cadangkan hadiah dari LEGO® DUPLO® Large Brick Box


The perfect start to LEGO® DUPLO® building and creativity!
This sturdy and reusable storage container with transparent lid includes an inspirational building booklet, lots of child-safe basic LEGO® DUPLO® bricks, and plenty of special elements for creating rolling cars, planes, houses and much more. With LEGO DUPLO, the possibilities are endless!
  • A great way for beginning builders to learn while they play!
  • Build houses, planes, cars and more!
  • Storage container makes clean-up time simple!

Details, boleh tengok kat SINI .

p/s: Lego ni boleh membentuk daya kreativiti Alisya.Dan yang aku pilih ni memang sesuai untuk 1-1.5 tahun.


Aku suka entryNuffnang Friso Gold Family Day Out,  sebab ada muka aku dalam belog ni.
Bukan senang muka nak masuk belog handalan ni.hahahaha

p/s:

Vote/Like Saya di Eyriqazz for Guest Blogger Project Alpha Season 3  -Aku dah vote :p






Untuk memenuhi syarat contest ini, Aku nak tag :-


Raa
Kancilbiru.com
Hati-Ema

p/s:
hahaha larikss..jangan marah naaa..
 p/s: Sila cakap sebab aku korang join contest ni ok!!
Apa tunggu lagi??
Tarikh tutup adalah pada 13 June 2010

15 Tahun Tak Jejak Melaka

Hari ni bersiaran dari ofiz.Bila bukak blogspot, siap ada kuota plak dah untuk view blog kat blogspot iaitu 60 minit.Apakah??? Maknanya masa untuk mengular sudah terhad.Huhuhuhu.Pelik btol la.Inilah karenah birokrasi.hahahaha.Opss!


Semalam demo sistem kat Melaka, semua ok.Tunggu siapkan 2 sistem untuk diorang, dan akan kesana lagi dalam awal Jun untuk bengkel.Berjalan lagik lah kami.Gila kentang lama aku tak jejak Melaka.Last sekali dulu, aku ada sayembara puisi minggu bahasa kat MRSM Jasin.Masa tu Form 1 ok.Kalo berani, cuba lah teka umur aku sekarang??



Siap ada keris lagi
Semangat Hang Tuah gitu :)


Menu sahur aku Isnin lepas.

p/s:

entry balas dendam gamaknya.

p/s:

Buat entry makanan, dibalas entry makanan.hahahaha.

p/s:

masa aku cuma tinggal 40 minit lagi ni untuk blogging.cencaluk!!


WAIT ! WAIT ! WAIT!

Kalau nak tengok koleksi-koleksi hangat dan sensasi di dalam toilet a.k.a jamban boleh tengok kat SINI. 
Kalo nak resepi masakan dan info semasa boleh tengok kat SINI
Kalo nak jadi menantu aku,pastikan cukup umur dulu yer,  tengok kat SINI.


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Tuesday, May 04, 2010

Anak aku dengan Brad Pitt?

Semalam, blog walking sana-sini.Aku terjumpa satu site yang boleh hasilkan anak hasil cantuman gambar.[Kalaulah buat anak sesenang ni :P-hari-hari orang buat anak kan?hahaha .Lariks]


So kalo nak berangan dapat anak dengan Brad Pitt pun boleh la.
Untuk sama-sama berangan, sila lah ke SINI

1.Upload gambar korang/sesiapa yang korang nak.
2.Start Morphing.
3.Tunggu hasilnya.


tengok tang mata baby tu?Tak tahan seh..hahahaha
 ada macam my nuha sket-sket kan?apakah?


Adakah ini Muhammad Nasrul Haque © yang dinanti? hehehe


 
 
WAIT ! WAIT ! WAIT!

Kalau nak tengok koleksi-koleksi hangat dan sensasi di dalam toilet a.k.a jamban boleh tengok kat SINI. 
Kalo nak resepi masakan dan info semasa boleh tengok kat SINI
Kalo nak jadi menantu aku,pastikan cukup umur dulu yer,  tengok kat SINI.

p/s:

Aku dalam perjalanan ke Melaka hari ni.Ini entry auto publish :)

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)