Friday, March 05, 2010

TheHoneybunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever!

Sebagai pembuka tirai 2010, Hanz &  family dengan sukacitanya merasmikan satu lagi giveaway dari TheHoneybunch.Sempena nak menyambut ulangtahun ke-6, anak sulung nya, hubby Hanz, nak buat giveaway bergambar lak kali ni.


Ni gambar yang aku pertaruhkan .


Birthday my Nuha sebenarnya disambut dua kali tahun lepas. Sekali disambut di kampung halaman aku dan hubby iaitu dirumah mak mertua aku pada 30 September 2009.Tapi hari ni nak cerita pasal sambutan yang disambut di Shah Alam [bukan nama tempat sebenar].

Nama : Nur Nuha Humayra
 Tarikh Sambutan:9 Ogos 2009 (AHAD)
Tarikh Lahir : 2 Ogos 2008

Yang tak dapat dilupakan masa sesi potong kek tu, nuha boleh nak sentuh api lilin pada kek.Semua orang menjerit serentak masa tuh.Sungguh tak dapat dilupakan.Seb baik tak kena api tangan yang comel tu.Lagi unik, kitorang siap buat giant bday card, idea Ayah Long Nuha utk tatapan Nuha 4-5 years lagik .Wishes dari tetamu yang hadir .Untuk jimatkan kos[kedekut punya pasal] , aku masak pada sambutan birthday my Nuha tu. Terima kasih kepada my hubby sebab buatkan wording kat wall of fame masa birthday my Nuha tu:) [ni kedekut jugak ker?:P] dan gantung semua belon..Belon tu  aku yang pam kan :) [nak jugak credit tuh]

Menu yang aku masak hari tu :-

Nasi Putih
Ayam Sambal a.k.a Ayam Masak Merah
Sambal Belacan Mangga Muda
Acar Timun Carrot
Air Sirap Selasih
Pisang
Anggur
Puding (door gift)
Chupa Chups (door gift)
Kek aku beli jer since tak pandai kan :) from secret recipe.

Tips : Utk party kecil2an, kalo rajin buat sendirik jer makanan dan hiasan dinding tu...jimat laa sket di musim2 gawat ni[ker dah tak gawat erk?]..hikss..tapi kalo tak pandai masak, baik jangan laa kan, kang ada yang sakit perut..harap2 tadak laa yang sakit perut makan masakan aku dulu tu..hahaha :P

Nak Join? KLIK SINI . Due Date : 15 Mac 2010! Apa tunggu lagi kawan-kawan???
Proudly sponsored by:



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Thursday, March 04, 2010

Kelate tu gapo?

Kelate tu adalah sebuah negeri di pantai timur.Nama betul Kelantan.Dalam loghat kelantan disebut Kelate.Faham? Tak faham sudah! montot terbelah![ayat Tiara-copy sket yer tuan tanah.hahahaha. larikss]Ini adalah sambungan atau kesinambungan entry INI. [Sila baca dulu entry ni ]

Sebagai seorang bathroom blogger yang tegar, harus ada bergambar dalam jamban KLIA dan Pengkalan Chepa nyer airport.Harus! hahaha.Sampai-sampai airport asyik nak kencing jer Niza nih.hahahaha.Keji !


Lepas tu, driver uitm KB bawak kami ke Restoren Yati Ayam Percik 2.Tengok kat dinding, tahap kebersihan A ko.Kata driver tu, hotel sekitar tu pun amik Ayam Percik kat kedai ni tau! Kalo dia bohong, aku bohong korang sekali la.lalalala.Ironinya, awek yang duk meja sebelah tu sama flight ngan kami tadi.Memang famous la kat sini kan? :P

Sila tahan nafsu sekarang!!!!![Ini adalah berbentuk amaran kepada ibu-ibu mengandung dan mempunyai kalori tinggi dalam badan.hahahaha.Opss!]


Mempersembahkan, Ayam Percik.RM4.50 seketul.Sedap dan puas hati!!


Enak dimakan bersama nasi kerabu.RM1.80 tak silap.Sedap dan lazat hingga menjilat daun pisang ko!

Jus Naga a.k.a Dragon fruit, bukan Naga minum tapi aku yang minum!hahaha.RM3 tak silap.

 Lepas tu, kami dihantar ke hotel untuk melayan mata setelah perut kenyang.Hahahaha.Hotel yang sama masa kali pertama aku datang dulu. Ridel Hotel.Ok la biliknya.Twin bed macam ni baru seratus lebih semalam.Ok laa free , tak yah bayar kan :) Toilet pun siap ada heater, apa lagi korang nak?TV pun pasang asteruk.

 Baru perasan konsep hotel Ridel ni ala-ala tema ikan gitu..hahahaha

Disambut dengan welcome drink.Air apa ntah, pahit semacam jer :p

Sesudah bermanja-manja di bilik hotel dengan Niza, hahahaha.Bakal adik ipar aku datang jemput untuk menjadi pemandu pelancong yang tak bergaji untuk kami.Dia bawak kami ke Cerana Villa Resort dan Medan Ikan Bakar.Yang specialnya, atas air ko kami makan.Sungai kelantan beb!! Terbuai-buai kami makan.Perghhh mana nak cari kat KL?


Menu : Kuey Teow Kung fu yang aku ngan Niza makan, Sotong Celup Tepung , Mihun Tomyam(my SIL) , popia goreng dan Teh o ais laici.Not bad la food dia tp mahal sket aku rasa! RM40++ untuk 3 orang makan.


Lepas makan, ke wakaf Yeh Yeh...eh silap, wakaf Che Yeh yang ala-ala uptown laa kat Shah Alam nih.Semua barang made in golok/rantau panjang tak silap aku :P Aku pun rembat la yang mana berkenan di hati kan.key chain Arsenal tu mestilah untuk my laling :P

Setelah abes mengajar guna sistem  kepada staf UiTM KB, kami gi Pasar Siti Khadijah beli buah tangan , sambung lagi ko!ada lagi yang tak terbeli malam tadi kat wakaf che yeh tu.
Korang perasan tak? Aktiviti utama cuma sekejap jer, tapi yang sampingan tu banyak!hahaha.Tu lah kelebihannya kalo keja gomen.Lariksssssss!!!

Ok la, aku sudahi Melawat Kelantan 2010 ni dengan satu set hidangan KFC yang terbaru dipasaran iaitu Shrimp Hearties Combo B RM 11.50! Ke aku yang lama tak makan KFC?Ni makan sebelum naik flight malam bertolak balik ke KLIA.


Ad, tiket warna warni boleh dapat di airport KB sebab dia tak de self check in machine.Hihihihi.Korang perasan ada karpet kuning tepi flight tu? Aku curik amik gambar ni dari KFC.Masa tu MB Kelantan dan exco kerajaan negeri tengah tunggu ketibaan Sultan Kelantan tak silap aku lah.

Pastu dapat hadiah dari UiTM KB.Terima Kasih semua!!!! Dulu bagi kain, sekarang kain lagi.Sutera lagi. :) Jimat budget raya.Yang tahun lepas pun baru pegi jahit hari tu :)


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Wednesday, March 03, 2010

IBM Technology Conference & Expo 2010

Tiap-tiap tahun aku rasa, memang tak miss mengikuti IBM punya event.Semalam adalah tidak update belog sebab menghadiri event IBM Technology Conference & Expo 2010 yang diadakan kat Sime Darby Convention Center, KL.Seronok jugak sekali sekala menghadiri event macam ni sebabnya adalah :-

1) Goodies bag- semalam dapat baju, mug IBM, pen, bag, calculator, payung, buku nota IBM, air tin pun ada :p



2) Lucky draw - Bertuah jugak semalam sebab dapat laptop bagpack.Ingatkan dapat lah LCD tv 32 inci tuh.3 bijik ko !!! Satu pun tak dapat kat aku.hahahaha.Ad dapat pen drive :) Yang lain macam mesin urut kaki Ogawa, VCD player dan microvawe oven .Tu pun tak dapat kat aku.

3) Makan - 3 kali makan.Punyalah heaven.Pagi, tengah hari dan petang.Agak-agak berapa kalori naik ni??


Dan sampingannya[jahat gila] adalah fasilitator yang handsome dan seksi [bonus] semasa menyampaikan produk mereka dengan berapi-rapi sampai tak nak stop!Sampai abes lewat kami semalam.Aduhai.Punyalah semangat nak cari pelanggan depa neh.Siap kondem-kondem produk company lain tuh.Opss!!


Semalam kul 830 baru sampai rumah.Seb baik my hubby tapaukan nasi goreng.So boleh laa rehat dan membuat latihan stamina.hahahaha.

 Korang pernah dengar pasal bathroom blogger?? Ia adalah simpton-simpton blogger tegar sampai dalam bilik air atau dalam bahasa kasarnya dalam jamban pun nak bergambar.huhuhu.


Ini adalah toilet Sime Darby Convention Center.hiks.

 Sesuai sekali kalo pakai tshirt nih kan?RM25 sehelai, boleh beli kat Plaza Alam Sentral tingkat 3.

Cerita pasal trip ke KB esok lah[lagipun banyak gambar makanan. hahahaha].Hari ni, tak sempat nak update banyak-banyak.Petang ni, ada lagi User Acceptance Test untuk user aku, sambungan yang hari tu.Aduhai.Nasib badan.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Monday, March 01, 2010

The Return Of Bila Si Jakun Naik Kapal Terbang

Hari ni sudah bersiaran dari Shah Alam.Tak sempat nak update sangat masa kat KB.Lagipun tak bawak laptop kesana.Tu pun sempat tulis masa training peserta..Orang dah biasa mengular, sekejap pun nak mengular jugak.hahahaha.Ops..

Maaf.Entri harini sarat.Sarat dengan gambar.Hari ni aku nak kongsi pengalaman The Return Of Bila Si Jakun Naik Kapal Terbang.Korang pernah naik kapal terbang?Kalo pernah tak perlah.Hahahaha.

Naik Air Asia pun ok lah .Tapi kapal terbang jenama ni kami tak buleh naik.UiTM buleh naik MAS sahaja :P

Hari ni aku nak ajar Cara-cara nak naik kapal terbang untuk first timer dari KLIA :)

1)Mula-mula mestilah ada nombor eTicket untuk self in check in :) Korang nampak tak Kaunter Daftar Masuk tu.Kat depan tu ada mesin untuk self check in :) Korang follow jer instruction pada mesin tu, buleh pilih bahasa yang anda suka.Dan pilih tempat duduk mana yang kosong.

  
2) Lepas tu collect la tiket yang keluar tuh.Dan telek details yang ada pada ticket tuh.Kang salah time naya pulak. Dan yang perlu dilihat adalah Pintu/Gate.


3)Lepas tu korang masuk pintu Pelepasan Dalam Negeri kalo untuk destinasi cikai dalam negeri, kalo nak gi oversea pintu masuk Pelepasan Luar Negera lah.Masa sampai kat situ anda dikehendaki memasukkan beg dan segala barang yang ada ke dalam mesin scan tu kot-kot terbawa barang berbahaya contohnya dadah ker [kes yang ni terus masuk jel , tak sempat naik kapal terbang lah..hahaha]


4) Lepas tu cari gate yang tertera pada tiket anda.Aku punya gate hari tu adalah B5.So ikut jer lah anak panahnya.Walaupun panah tu keatas,tu bukan naik atas tapi terus jer.hahaha :)


5)Lepas tu, bila dah jumpa tempatnya, korang tunggu sampai ada pengumuman untuk check in atau ada orang kat kaunter masuk kat Gate yang tertera pada tiket tuh.
Pastikan anda bawa IC, kang tak leh masuk..hehehe

 Boleh baca arahan/amaran kat sini berkenaan dengan apa yang boleh dan tak boleh buat/bawak.

6) Lepas tu, tunggu lah dalam tu jap, hingga ada pengumuman suh anda masuk dalam kapal terbang.Kalo delayed dorang akan cakaplah.

7) Bila masuk dalam kapal terbang, gunakan flight mode pada handphone anda.So bolehlah amik gambar :) Tq pada Niza yang cakap kat aku.Kalo dak, sampai sudah aku tak tau hp aku ni ada flight mode , semua fungsi telefon disable tapi kamera boleh guna :) Dulu punya jakun, habis hp aku off.hahahaha

 Sekali sekala jadi jakun tak per, bukan selalu dapat naik kapal terbang kan Niza?hahahaha.larikss..


Ini sayap kapal terbang membelah awan :) Niza tolong aku amikkan :) Tq Niza


 Dan penampilan istimewa , pemilik belog...hahahaha.
Seriyes, dah tak takut sangat kali ni bila naik kapal terbang.hahaha.

8) Bagi yang bawa hand luggage, boleh disimpan kat atas tempat duduk tuh.Alah, macam bas ekspres lah jugak :P


9)Lepas tu dengar panduan keselamatan yang diberikan oleh ketua pramugari dan didemostrasi oleh pramugari /pramugara :) So kena laa pakai tali pinggang keselamatan bila dorang suruh pakai :)


10) Kalo tak jelas,panduan keselamatan ada diselitkan di depan tempat duduk.Bagi yang mabuk, beg Mabuk Udara jugak disediakan .


Baca sampai lebam :)


11) Untuk penerbangan singkat, anda akan dihidangkan dengan kordial buah-buahan dan kacang.Motif bagi Kacang tu untuk kurangkan rasa berdengung dalam telinga tu :)


Air Jambu Batu..

Sepaket kacang jer? :p


12) Akhirnya, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra , Kelantan...Lepas tu, tak reti-reti nak turun?hahahaha



Nantikan episod 2 esok untuk makanan yang lazat yang berjaya kami santap sepanjang berada di KB.hahahaha.

p/s: 

Muka kami keluar lagi kat Majalah Mingguan Wanita (bil 1370, 19-25th February 2010) :)

credit to : here

p/s:

Belog my nuha, keluar dalam Majalah inTrend Mac 2010 dalam ruangan 50 Blog Terbaik Malaysia Pilihan InTrend . Boleh check  kat SINI, kot-kot belog korang pun ada :)

credit to : here


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Thursday, February 25, 2010

Kami di Kota Bharu

Hari ni aku berada di Kota Bharu dengan Niza.Ada bengkel Sistem Rekod Surat Kelantan.Nantikan kemunculan The Return of Si Jakun Bila Menaiki Kapal Terbang minggu depan..Ok,need to go! Adios.Jap lagi nak pergi Pasar Siti Khadijah :p

Selamat Menyambut Maulidur Rasul..Esok cuti! Yeay!!

p/s:

Oh, i miss my hubby and my Nuha :(

Wednesday, February 24, 2010

Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka


Dua tiga hari tu, aku baru terperasan yang Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka buat contest.Hari ni baru berkesempatan nak publish.Tak ajak aku pun yer?hahaha.Dan aku terperasan dia kutuk aku dalam entry INI.Aku cedok sket entrynya.

Akak Elissmie ni garang orangnya, dia suka tarik telinga orang tau.Hik3, gurau je Akak, akak ni memang cool dan peramah. Masa Friso Gold , sempat dia menegur aku walaupun masatu aku tak kenal dialah Elissmie.Cantik nickname akak, apa maknanya ye?

 p/s:
Aku ko panggil kakak?Bak IC ko..hahahaha.Ai muda lagi you!hahahaha.[sila muntah]

p/s: 
Elissmie tu kombinasi nama aku [Eliss] dan nama my hubby [Mie] = Elissmie

Ni aku pulak nak terjah pasal dia.Aku kenal dia masa first time dia menulis dalam MombloggerPlanest.(MBP).Dia adalah MBP contributors dan tulisan pertamanya yang aku suka adalah My First Cheque from Nuffnang.Tertarik aku baca artikel tu dan terus follow belog dia.Sebelum ni memang ada baca belog dia masa dia menang yang Adidas3 tu tapi masa tu silent reader jer la.

Me with Azwa and his baby Alisya, Azwa ni isteri Eyriqazz
 Lepas tu bertemu dia secara live masa event Nuffnang Friso Gold tu , aku tegur dia tapi buleh dia buat dek.hahahaha.Malu mak! Tapi aku bergambar dengan isteri dan anak dia :) dan of course laa idola dia, Redmummy :)
Me with idola Eyriqazz, Redmummy :)


 
Ok , nak kutuk  pulak pasal layout belog dia.Hahaha.Keji nya.Tadak laa kutuk, nak puji jer [bodek]
Header ko memang best sebab ada pelakon kegemaran aku Sorimachi Takashi yang glemer dengan drama siri GTO tuh la :)
Overall aku rasa belog ko simple dan kemas.Tadak gadget2 yang menyemakkan kepala otak dan tulisan pun senang baca dan tulisan pada isi kandungan tak berwarna warni atau kecik besar kecik besar.Isi kandungan pun tak merepek merapu macam aku duk biasa buat.hahahaha.Banyak tips berguna yang boleh dikutip.

Terjah sekarang di SINI. Apa tunggu lagi???



Aku paling suka entry ko yang bertajuk 8 Tips Untuk Kuruskan Badan. [aku rasa entry ni ditulis untuk memberi inspirasi kepada orang yang gemok[macam aku] untuk menjadi kurus.Sungguh bermotivasi sekali [bodek].Apapun, semoga aku menjadi kurus dan ko pun menjadi kurus jugak lah. Aku pun nak pantun jugak lah ;-

Pagi-pagi makan bento,
Sedap diminum bersama jus,
Encik Iman pemilik belog GTO,
Semoga ko cepat2 lah kurus.

p/s:
hahaha larikss..jangan marah naaa..


Untuk memenuhi syarat contest ini, Aku nak tag :-

Raa
Niza
Atia

:)

Apa tunggu lagi?? Terjah cepat sebelum 28 Feb 2010!!

p/s:

Hari ni aku bertolak ke KB.Doakan aku selamat pergi balik semasa menaiki kapal terbang.huhuhu

p/s:


Hari ni adalah terpaksa bawa anak masuk ofiz sebabnya mak pengasuh dia ada urusan di Subang Jaya pada sebelah pagi.Aduhai.



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)