Friday, January 22, 2010

Mengandung lah pulak?



Bukan aku lah weh yang mengandung!! hahahaha.Tu Puteri Liyana atau O-Mei (ingatkan chomel :P rupanya nama siam) dalam Slot Akasia Terbaru TV3 tuhhh, Na-O-Mei. Setiap Isnin-Khamis jam 6.30 Petang .Terlayan lah pulak! Syok plak layan citer ni almaklomlah, rumah aku tadak astro asteruk, layan TV3 jer lah.huhuhuhu

Tahniah kepada semua sahabat yang selamat melahirkan baby , Bie, Aween, Isteri Haffizae dan Azlin.
Yang tengah tunggu turn pun ada, Sharina, my bozz &  Kak Yan my degree mate!
Kepada Niza, Aida, Iela , teruskan perjuangan!!!hehehe..jangan marah! larikss.

Photobucket

Adam Mukhriz, baby boy of Azlin





baby girl of Haffizae





Ni siapa lah cakap teman serumah dia sangat bodoh??? Kesian minah ni! huhuhu. Mesti dia yang dikatakan bodoh oleh teman serumahnya!!Cepat ngaku!!!

Tutorial Untk Buat Twitter Badge Terapung-rapung di side belog





Sebelum tu, jangan lupa add aku kat Twitter :) kalo nak lebih berkat, pos pulut kuning barang sepinggan,ayam golek ker barang seekor, email pun boleh la, boleh blah! :P

1) Dashboard ----> Layout ------->Edit HTML--->Expand Widget Templates(apa2 hal backup la dulu)

2) Cari line coding bawah ni, tekan Ctrl+F untuk memudahkan pencarian yer


3) Lepas tu, paste coding ni sebelum coding yang kat atas tu



4) Cari line coding bawah ni pulak , tekan Ctrl+F sekali lagi untuk memudahkan pencarian yer



5) Lepas tu, paste coding ni sebelum coding yang kat atas ni.


6)Preview dulu.Kalo tak keluar maknanya ada laa salah mana-mana.huhuhu.Lepas puas hati, save template!
gambar tu korang boleh tukar la ikut suka hati korang.Kalo tiru sebijik macam ni, memang keluar gambar burung biru yang chomel ini ajalah.

Tapi, kalo guna wordpress, just pegi SINI, siap boleh pilih color-color yang korang nak lagi.Dan paste jer coding macam diminta.Tapi bila aku paste kat template aku tak jalan plak.Katanya mungkin template aku ni yang tak btol.hurm entah lah.Cuba korang try jadi tak. Mak jeles :( Ni rasa nak beli domain sendiri ni.Tunggu duit nuffnang ribu-ribu lah.

tutorial credit to :here

Jumpa hari Ahad ini yer kawan-kawan MBP!!! 


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Thursday, January 21, 2010

Aku Bukan Celebrity Chef

Aku Bukan Celebrity Chef macam chef wan ni :p



Tapi hari ni, nak cerita pasal bahan masakan yang aku tak boleh tinggal kalo masak.
Dilla, ko jangan la kagum sangat dengan aku, walaupun masak hari -hari, aku banyak menggunakan secret weapons!!! hahaha. Nak tahu ker secret weapons itu??



Senjata Utama - Sos Perisa Tiram Maggi , Kiub Ayam Knors, Serbuk lada sulah Tesco, Serbuk lada hitam Tesco


Kadang-kadang majalah RASA ni hah ada sekali.kantoi!!
p/s: Ni majalah mak aku tau yang bapak aku beli utk mak aku :p bukan rembat, mak aku kasik! muahahaha
p/s: kadang-kadang print siap2 resepi yg nak dicuba dari belog masakan contohnya SINI, SINI dan tentulah





Aku Bukan Chef


  SINI jugak :)

Hasilnya...(tak sah kalo tak letak gambar makanan kan belog aku ni, see the body laaa :p)



Ops.Ini juadah masa Majlis Prokom ofiz aku hari tu la :P lalalalala



Ni yang aku masak - Ayam masak Halia (my Nuha's favourite) , Mushroom masak caca merba dan Ikan Panggang Masin cicah dengan air asam- terbaik dari ladang punya!!!

simple dan pantas!

walaupun panggang ikan di dalam kuali sahaja tapi hasilnya adalah licin!


KORANG ADA SECRET WEAPONS?


p/s:Keropok ikan tamban terengganu -Dijamin sedap! RM 12.00 Satu paket! Beli 2, RM 24 la.hahahaha.mai la jengah kat ofiz aku kalo berminat!- tinggal satu jer lagi pun!!!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 



Dan

Wednesday, January 20, 2010

Kolestrol boleh dibeli?

Semalam, semasa sudah membeli kolestrol kat pasar, terserempak dengan Jiji. Kerana aku amat cam sekali dengan Anis Manis itu, Anis Mardihah :) Comel btol! Dah la tercalon dalam Finalist Cutest Baby of the Planet 2009 !! Shah Alam (bukan nama tempat sebenar) dan makin kecil ke?



Korang pernah beli kolestrol?
Makanan yang tinggi dengan kandungan kolestrol termasuk daging merah, kuning telur, makanan laut dan organ haiwan seperti hati - source here
Ni antara kolestrol yang aku beli semalam! Masih ingat entry INI ? Confirm naik balik la kolestrol aku minggu ni.Aduhai.Minggu ni last makan kolestrol! huhuhu.Lepas ni, minum minyak kelapa dara balik.



Kolestrol bernama sotong



 Kolestrol bernama udang

Kenapa yer, tokey ikan tu gelak kat aku bila aku cakap, "ikan tak payah siang"


Setakat ikan besar-besar ni jer.



Tengok gadget yang ada kat dapur aku! Ingat aku tak reti siang ikan sendiri ka?
Seb baik bagi diskaun 50 sen kalo dak aku debik.hahahaha

Ingat tak aku pernah ajar macam mana nak letak URL belog/entry kita pada komen dekat comment box  belog orang lain tu pada ENTRY INI?

Ni nak ajar cara paling senang pulak instead of kena taip (aku sure ramai orang malas nak taip coding HTML tu!)

1) Klik pada new post



Ada nampak butang-butang tu kan? Klik pada LINK

2) Text to display  : Apa-apa yang korang nak tulis la. Link to : URL belog korang/entry korang(permalink)



3) Klik pada edit HTML.Copy semua coding tu.


4) Bila taip komen kat belog orang, bleh la paste coding tu dalam comment box diorang.Boleh naikkan hits ke belog anda juga.

Satu lagi tips, kalo korang nak letak URL orang lain dalam belog korang, pastikan korang edit sket pada coding HTML tu dengan menambah target ="_blank" atau target="_new"  supaya pembaca yang sedang baca belog korang, TIDAK terlari ke belog yang korang duk refer tu! sebab by default, destinasi link tu on top pada belog kita.


Iklan Sebentar!Iklan Sebentar!Iklan Sebentar!Iklan Sebentar!Iklan Sebentar!Iklan Sebentar!



p/s: Xlim Wear semalam, hutang RM 60 (2 Kali bayar) tak termasuk harga pos, kalo beli cash RM50. Nak tengok /try (bagi penduduk PSMB) , mai la jengah kat ofiz aku.Berminat? email me elissmie[a]gmail[dot]com


p/s:Keropok ikan tamban terengganu -Dijamin sedap! RM 12.00 Satu paket! Beli 2, RM 24 la.hahahaha.mai la jengah kat ofiz aku kalo berminat!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 


Tuesday, January 19, 2010

Ini bukan key chain, Ini pen drive

Sekarang, IT gadget dah makin canggih.Sampai tak boleh nak beza, key chain ke pen drive.Ad, memang kalo aku berada di tempat ko pun, turut terkonfius maa!


Nampak macam key chain.


Hakikatnya adalah pen drive.
Dan ini bukan laptop dan pen drive aku. Ni Cik Nor punya :P
Mac ko! tak mampu!
Info Produk: Personalized pen drive-boleh tukar kulit yang dikehendaki, RM10 ++
tapi harga pen drive tu bergantung kepada kapasiti la ok!

Ingatkan handphone jer boleh tukar cover kan!Canggih btol skang ni.Teringat zaman dulu-dulu, angkut CPU ko pegi present kat lab.Maklumlah, zaman dulu tadak pen drive mahupun external hard disk.Benci tau korang ni(yang buat IT Gadget tu la) , menyenangkan student  zaman sekarang sahaja!
Adakah korang sama zaman dengan aku masa belajar dulu??


Nampak kat my hubby ni, mau dirembatnya satu pen drive ini!!
Maklumlah kipas-susah-mati Arsenal !

Pic credit to: SINI


Jangan terliur dulu tengok kek ni!

Hakikatnya,


Ini adalah USB hub semata-mata. huhuhuhu



Cepatnya zaman berubah!! Dulu 128 KB pun dah ratus-ratus ko!sekarang dah macam prepaid top up murahnya!huhuhu

Perhatian Ahli Mom Bloggers Planet,  1st gathering sudah confirm tarikh dan tempat!
Sila confirmkan kehadiran anda dan menu makanan anda di SINI !!



*Date: 24th January 2010, Sunday 8.30am – 12.00 noon (Registration starts at 8am)

*Venue: Tasik Shah Alam Timur (Taman Rekreasi Raja Lumu)

* Meal-Style: Potluck (Bring your special food. Drinks will be provided)*

*Theme: Go Green!

p/s: Kak Ros, my hubby tiada baju hijau la. pakai baju kerja boleh? lalalalalalalala - mati mak kena cerca ngan my hubby! kesian nya my hubby tiada baju berwarna hijau selama ini.Misteri!! mana pergi semua baju hijau nya?Di curi ceplos kah?huhuhu

 Iklan Sebentar! 

 Iklan Sebentar! 

 Iklan Sebentar! 



 Sesiapa yang berminat untuk membeli Xlim Wear ini, size S, sila email aku, elissmie [at] gmail [ dot] com dengan kadar segera! Terhad! 2 helai sahaja. 2 Kali bayar pun ok! Harga : Boleh runding!

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Monday, January 18, 2010

I'M Not V-Kool

Biasa kat kereta tampal I'm V-Kool kan.Bleh tak aku tampal I'M Not V-Kool? Hahaha.
Apa ke benda V-Kool ni? Ni jenama tinted film yang mahal la kan.Macam-macam ada.Air Cool La, Ais Cool la.Macam2 Cool la.Semalam, my hubby pegi tukar tinted film Cinta Bersulam Rindu :) Ho yeah! cerah masa depan! pandangan dari sisi dan belakang yang selama ni agak berbalam-balam sebab tinted dah rosak teruk!



Ini antara pilihan yang ada untuk kami pilih.

Dan my hubby pilih kaler Gold/Shine tu. Upah untuk buang tinted lama sahaja pun dah RM 80 kalo tak silap.Tinted satu kereta, kecuali cermin hadapan harganya RM 400++ .Mak aih.Mahalnya.



Sesungguhnya ini bukan Cinta Bersulam Rindu . Harap kaler kereta jer sama.hahaha.Yang ni konpem kena saman!

Perhatian!!

Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda :-
  1. Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
  2. Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.


source : SINI

Elok jer semalam lepas tinted , kitorang pegi cuci kereta, sekali ada sekatan JPJ.Maka berbondon-bondon kereta yang kena tahan sebab cermin kereta gelap! so berwaspadalah kawan-kawan yang ada cermin kereta gelap tu yer, diorang tengah buat operasi skang ni!! kalo dak melayang RM500 :) dari bagi polis, baik bagi aku, yer dak??




1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Friday, January 15, 2010

Glemer gitu muka keluar paper NST

Semalam, lepas baca artikel DI SINI, dan DI SINI, cepat-cepat aku suh my hubby beli paper NST.Gila jakun, sebab ala-ala first time gitu muka keluar paper.hahaha.My Nuha kiranya second time la sebab dah pernah keluar Majalah Pa & Ma hari tu.Tajuk artikel tu 'A chip off the old blog'.



Aisey, nape tak cakap nak keluar muka aku kat paper, kalo dak mesti aku pandang kamera!
p/s: Aku yang baju hijau tudung hijau ok! Yang baju hitam tu, SIL aku.

Dah beberapa hari tak letak gambar makanan.Jom layan gambar makanan yang kitorang masak

Tips untuk membuat BBQ

1. Pastikan bilangan korban lebih banyak dari jumlah yang ingin mengorbankan korban tersebut

p/s: Jumlah tetamu dan makanan yang ingin disediakan adalah main agak-agak jer, so makanan tak berapa nak cukup malam tu.huhuhu

2.Pastikan arang, penyepit, bekas pembakar cukup lengkap!

p/s:kerana arang basah, abes rentung ayam aku pada mulanya!

3.Pastikan bahan perap yang betul disediakan

p/s: aku perap ayam tu macam nak buat sate :) tapi terlebih bahan. Mak aku cakap jangan buh bawang merah untuk elak ayam tu hangus :p tapi aku main belasah jer lepas tu baru call mak aku.hahaha

Ingin menu perap ayam BBQ ala rempah sate ? Klik SINI.


Antara yang terkorban


Yang ni selamat sket


Nasi goreng minang oleh Shikin


Sesi tayang anak-anak
Eza & Irfan , Aku & my Nuha, Shikin & Ashraf.



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Thursday, January 14, 2010

Ini pengalaman pertama kemalangan aku

Al-Fatihah buat abang ipar , Umar yang meninggal hari Selasa yang lepas kerana serangan jantung dan strok.Al-Fatihah. 1957-2010.

Ini lah punca 2 hari aku tak sempat membelog.

Korang pernah kemalangan? Aku pernah.Ini pengalaman pertama aku kemalangan.Tarikh kejadian adalah hari Isnin yang lepas.Masa tu aku otw balik dari ofiz nak pegi amik my Nuha dirumah mak pengasuh dia.

'Apabila memberi signal ke kanan, saya perhatikan tiada kenderaan dibelakang dan dihadapan, dan bersedia untuk membelok ke kanan di hadapan Unit Kenderaan, semasa saya membelok, tiba-tiba ada sebuah motor melanggar sisi kereta saya.Saya ingin menyelesaikan masalah ini secara bersama  ' - itu laporan yang aku buat di Unit Keselamatan UiTM. Ala-ala macam report polis gitu.


Ni budak yang langgar kereta aku.Doc cakap cuma sakit terhentak jer, tak patah pun.


Tips Menghadapi Kemalangan

1. Jangan panik.

(p/s: aku amatlah panik sebab yang jatuh dari motosikal tu anak orang.kalo anak tekak ker, lain lah kan.huhuhu)

2.Alihkan kenderaan ke bahu jalan.Jangan menghalang lalulintas.Orang yang lalu lalang, kalo dah ada orang memberi pertolongan , korang boleh la beredar.Jangan kusutkan keadaan!

(p/s: aku menggigil, aku suh budak mana ntah bawak kereta aku ketepi)

3. Minta bantuan ambulans.Kalau parah, jangan mandai2 nak angkat,my hubby cakap, kalo tersilap angkat mungkin boleh menggadaikan nyawa orang yang kita nak tolong tu.Mesti kena ada basic keselamatan la kan.

(p/s: tapi kes aku ni tak parah mana kan, so diorang papah masuk dalam kereta saper ntah antar pi klinik uitm)

4. Berbincang tentang gantirugi.Jangan lupa mintak no telefon !

(p/s: my hubby cakap, biar jer la kita bayar sendiri, dia bayar dia punya(my hubby ckp motor dia 20 hengget jer).Setakat bawah rm500 , biasa polis buat dek jer dan insuran pun tak leh claim kan, so settle lah secara baik!)Kalo teruk, boleh la report polis dan claim insuran!

5.Tanya la khabar orang yang cedera tu! Tapi sampai hari ni budak tu tak reply SMS aku.Agaknya takut aku mintak duit ganti rugi untuk kereta aku! hihihi.Aku halalkan dik!Opss! My hubby halalkan :P My hubby redha lah agaknya.huhuhuhu


Sekian!!

Masih ingat IID 2009? Kami Menang Gold.Tahun ni , IID 2010 yang berlangsung pada 12-14 Januari 2010 dengan mempertaruhkan sistem E-Mesyuarat yang di develop by Ad, (aku tumpang nama sekali..hehehe) .Kami menang Silver pulak kali ni!Alhamdulillah!




Ni medal dan certificate of award yang kami dapat!


Gina, aku nampak Daddy Jack, dia menang aper yer? Siap curik2 amik gambar lagi tuh.hahahaha




 Aku  salah seorang pemenang untuk pledge kat Tupperware's eco by Tupperware's website untuk minggu ini.Kalo korang buat pledge jugak, nak check nama korang , sila rujuk SINI.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Monday, January 11, 2010

Pergi

Weekend, kitorang buat BBQ party konon2 untuk meraikan kawan yang nak pindah rumah , sekali yang diraikan tak dapat hadir la pulak,pelik kan? gambar update later :) lagipun, gambar makanan jer, kang korang terliur plak.hihihi

Ahad, macam biasa kami ke Su*bang Para*de untuk menyelesaikan masalah negara.Luckily , terjumpa plak dengan Liyana. Hish, aku ni suka buat orang terkejut macam kena pukau agaknya.Semalam, muka Liyana, memang obvious sangat terkejut.hihihi.Serik aku nak tepuk bahu orang.Hari tu kat pasar, aku tepuk bahu seorang kawan jugak, cepat-cepat dia nak pergi sampai tertinggal ikan yang dibelinya.huhuhu.Berbisakah kuasa tepuk aku ni?Macam kena pukau erk?

Belah malam, layan AJL 2009.My Nuha pun sekali layan.Dia paling suka lagu Yuna lah sebab dulu hari2 aku mainkan lagu tu dalam handphone bagi dia main. My hubby ingat Faizal Tahir yang menang! Kalo tak pakai tongkat mesti dah menang kot!Ala-ala MJ gitu.kelas! hiks.



Agak-agak, kalo Aizat masih shape macam ni, ramai dak peminat dia?


Nak kena belajar dengan Aizat nih, macam mana dia boleh jadik kurus sampai macam ni sekali!99HTN kah?

Lemak-lemak jahat , pergi lah jauh-jauh..
pergi...pergi...

1st Place AJL- Aizat, Pergi & Persembahan Terbaik dari ladang
2nd Place- Yuna
3rd Place - Faizal Tahir
Black- Vokal Terbaik jugak dari ladang


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Friday, January 08, 2010

Cutest Baby of the Planet 2009



Nama: Nur Nuha Humayra
DOB : 2 Ogos 2008
  pic credit to:here


MBP masih mencari 6 lagi pencalonan untuk menghangatkan contest Cutest Baby of the Planet 2009!
Lihat SINI untuk membaca selanjutnya yer tentang terma dan syarat pertandingan  :)

Apa tunggu lagi cepat Nominate your baby NOW!!
Nomination starts from 22nd December 2009 to 10th January 2010

Cutest Baby of the Planet 2009 Prizes

1 x Grand Prize – Total Prizes worth RM2,180

  • The Photolicious Outdoor Photography Package (Klang Valley)
  • Lil Kai Store Hamper
1 x 1st Prize – Total Prizes worth RM680
  • LittleStori Outdoor Photography Package (Klang Valley)
  • Gymboree Outfit from Cupcake Chic Children’s Boutique
1 x 2nd Prize – Total Prizes worth RM580
  • LittleBigShots Family Photography Session (Klang Valley/Putrajaya)
  • Gymboree Outfit from Cupcake Chic Children’s Boutique
1 x 3rd Prize – Total Prizes worth RM355
  • LensaMama Outdoor Photography Session (KL/Putrajaya)
  • Book hamper from Little Red Reading Nook
1 x 4th Prize – Total Prizes worth RM239
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM100
  • Jet Crystal and Pearl Pendant Jewelry Set from Sabah Accessories
  • One Drop Perfume Celebrity Women from Adrini’s
1 x 5th Prize – Total Prizes worth RM200
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM100
  • Nursing Dress from Adrini’s
1 x 6th Prize – Total Prizes worth RM180
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM100
  • Book hamper from Little Red Reading Nook
1 x 7th Prize – Total Prizes worth RM130
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM50
  • V-Pattern Jet and Light Sapphire Crystal from Sabah Accessories
  • Shopping Voucher from Adrini’s worth RM50
1 x 8th Prize – Total Prizes worth RM130
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM50
  • Shopping Voucher from EverythingForYouFromMe worth RM50
  • Shopping Voucher from Adrini’s worth RM30
1 x 9th Prize – Total Prizes worth RM80
  • LensaMama Photography Session Voucher RM50
  • Shopping Voucher for Avent ISIS Manual Breastpumps from Nabila House worth RM20
  • Shopping Vouchers for Perfume Essence Perfume For All from Nabila House worth RM10
1 x 10th Prize – Total Prizes worth RM70
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM50
  • Shopping Voucher for Avent ISIS Manual Breastpumps from Nabila House worth RM20
9 x Consolation
  • Shopping Vouchers for Perfume Essence Perfume For All from Nabila House worth RM10 each
Hadiah semua syok-syok! Tak salah untuk mencuba, kita mesti BERANI UNTUK GAGAL mencuba ok!!

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)