Friday, January 08, 2010

Dalam Hati Berbunga Merah Jambu

Semalam, terpaksa cuti mengejut (EL) sebab my Nuha demam.Actually, aku dah bersiap-siap nak antar my Nuha ke rumah pengasuh dia.On the way pegi antar tu, tiba-tiba hati aku ni rasa sayu plak [menangis plak dah mak budak neh ] terus aku patah balik kat trafik lite . Sampai kat rumah, hubby aku pelik plak tengok isteri dia patah balik .Bila aku cakap aku tak sanggup nak pi antar my Nuha, hubby cakap cuti jer la.Ho yeeahhh cuti!! My hubby tak pergi kerja lagi masa tu sebab meeting kat HQ dia jam 10.Aku ni nampak jer brutal Lin,tapi dalam hati berbunga merah jambu ko.hehehe.


So,semalam aku adalah bercuti la menjaga anak yang demam ker tak demam ni nak, aktif semacam jer aku nampak! Huru-hara jugak lah rumah dikerjakan.Tak per nak, malam kang Abah ko kemas! hahahaha
Dah la liat nak makan ubat.Seksa betul memikirkan cara terbaik suruh dia telan ubat tuh.Last2, aku bagi buh ubat tu dalam susu.Alhamdulillah, mission completed!! hoorayy!

Alhamdulillah, hari ni, my Nuha dah tak demam.Tenang lah hati aku nak hantar dia pergi rumah pengasuh tu.Pagi-pagi ni, syoknya kalo dapat breakfast hidangan yang lazat-lazat umpama hidangan istana masa silam 

Kurang-kurang, mamak roti canai kosong satu !!




Tak pun, mamak roti kosong dan capati satu!!



Kari kambing yer mamak!!

Nak lagi sedap, teh tarik satu mamak kurang manis!! perghh..merecik!




Tapi kalo ada orang nak belanja makan domino pizza pun ok jugak jumaat2 neh..hehehe




1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Wednesday, January 06, 2010

Dating secara rahsia dengan bekas kekasih

Liya, ingat ko sorang je boleh pergi dating dengan ex-boyfren ko? Aku pun boleh la.Siap naik motor bagai lagi.Shyyy, jangan cakap kat sesiapa yer[pandai baca pandai la simpan] .Tapi sebenarnya, aku yang gatal ajak dia pergi dating ! Sebab utama, kerana aku terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan alang-alang dah lewat kan, baik kita lewat terus.hihihihi

Kami pergi dating kat Seksyen 7 .Hari ni bekas kekasih aku yang belanja :) Terima kasih yer , lain kali belanja lagi.Ada ker lain kali ni?


merempit aku hari ni dengan bekas kekasih aku ni.hihihi



Venue :Restoran Molek [kelantanese owner dier nih- tengok nama restoran pun dah tau simply kelatelicious!)
Menu: Nasi Lemak + Teh Ais + Pulut Dakap [tapau plak : Cek Mek Molek+ Pulut Dakap] -for her  Mee goreng +Nasi goreng + Milo Ais-for him
Harga : RM 11
Taste- not bad :) bleh makan lagi lepas ni.


Ni aku yang makan sampai licin.Lenkali jangan goreng bilis neh garing sangat yer :p



Minum milo anda jadi sihat dan kuat!



Kalo tak tahu nak order apa, aku mesti minum Teh Ais.hihihi


Ni menu satu Malaysia katanya :)




Ni pulut dakap (*dakap tu berpeluk la )nama dia
My hubby cakap dia panggil kuih mayat [scary huh?]

p/s: Bekas kekasih aku dalam entry ini adalah my hubby lah yer.Dah jadi suami,mesti la bekas kekasih kan.
Ai tak pernah tau curang murang neh.hihihihi
Ok, Ini plak edisi tunjuk barang menunjuk-nunjuk pula.Semalam dah terima ikat rambut kait dari Oli.Terima Kasih Daun Keladi yer Oli, kalo kait lagi, hantar la lagi.hihihi


Ni my Nuha sibuk nak pakai tapi asyik lari kesana kemari time aku nak snap pic dia.


Ni baju kurung mak aku kirim melalui kazen aku.3 helai semuanya.Yang lain dah selamat pakai dan tak basuh lagi.hihihi



Brooch dari Sabah pun ada, bagus la mak ai ni :)


Ni hadiah dari Mak Teh aku yang balik dari Haji hari tu.



Kek ni Kak Long aku bagi, eh separuh tu bukan aku yang makan ok [sambil menyuap kemulut]
Nak?Boleh beli kat Tescok



Basikal untuk cucu kesayangan pun ada.


Last sekali, lubang-lubang ini milik saya.Tq boz sebab belikan masa pegi IKEA hari tu.I loike!
Updated: Ni tempat letak plastik yer kawan-kawan.Stylo kan! hahaha.Boz ai tau laa i suka pink, tengok gambar tu , sekeliling ada gambar barang pink!
Info Produk:Harga : RM9.00


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Tuesday, January 05, 2010

Kalau tak tahan nafsu, tak perlu tengok entry ini

Ini aku nak cerita pasal nafsu makan.Kalo nafsu lain harap maaf, carian tiada dalam entry ini.Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam, untuk meraikan birthday my hubby.Turut meraikan, Long dan Kak Long aku.Sebab lewat adalah kerana my Nuha tido awal, dan konon2 berharap dia bangun balik dari lenanya.Haram,sebab main sehari suntuk, sampai pukul 10 pun tak bangun-bangun lagi nih dari jam 8.Masing-masing dah lapar, terpaksalah  puteri kecil dikejutkan dari mimpi lena.

Dan sebab kedua kami lewat pergi makan, adalah kerana Boys Over Flower. hihihi. Ni drama bersiri yang Kak Long aku follow.So kita bagi chance kat dia.Dah lama tak tengok cerita korea cakap cina ni.So layan la dulu sementara my Nuha tido tu kan.



pic credit to :here

Jan Di is an average girl whose family owns a dry cleaning store located near the luxurious and well known Shin Hwa College. Jan Di meets the four richest and most spoiled boys known as the F4. After saving a boy from jumping off the roof of Shinhwa High School, she is admitted into the school on a swimming scholarship. Jan Di tries to avoid confrontation with the F4 at all cost because she knows what happens to those that stand against them. However, when Jan Di’s friend, Oh Min Ji, accidentally gets ice cream on the leader of the F4’s shoes, she’s forced to declare war on the leader of the F4, Goo Joon Pyo. credit to:here


Ok.Ok.Back to the main topic.Ni nak tunjuk para pelakon pembantu yang telah selamat masuk ke dalam mulut kami.hehehe

Macam biasa harus ada nama tempat, menu yang disantap dan harga.

Venue:Restoran Shid Seafood Padang Jawa

Menu :Ikan Siakap Masak Stim + Kerabu Perut + Sup Tulang + Kailan Ikan Masin+Telur Bistik Mistik (mengikut turutan yer) - overall sedap hingga menjilat pinggan jari.

Harga : RM70++ (4 orang besar makan siap tambah nasi + sorang budak kecik yang tak reti duk diam- makan ikan jer nasi tak mau dan kuah sup)


 





Kami masih tercari-cari, dimanakah letaknya dua restoran mualaf di Shah Alam yang dipaparkan di Al-Hidayah hari tu.Sesiapa yang tahu, sila la berkongsi alamat dan aroma masakan(sedap ker tidak) .Kami nak terjah ni.Sesekali terasa jugak nak makan dim sum halal.hiks :)

Ok la, bye-bye for now.Macam banyak kerja hari ni.



Warm welcome to Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, VC UiTM yang baru :) Sila update semua sistem yer kawan-kawan! Oh termasuk sistem aku yang tengah duk develop ni.Bila nak nak buat UAT (User Acceptance Test ) ni? berpinar dah mata tengok coding.erkkk..



Sayonara !

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Monday, January 04, 2010

NUFFNANG FRISO GOLD FAMILY DAY OUT

Hari Sabtu hari tu,02-01-10 birthday my Hubby yang ke 31.Happy Belated Birthday Sayang! Semoga impian sayang menjadi kenyataan.I Love You, yesterday, now and forever.

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Hari sabtu jugak, my hubby kena kerja dan kami semua pergi bergumbira di Kidsportz and Gym, One Utama , yang terletak kat wing Jusco setelah malu bertanya sesat jalan  terpergi kat wing lain.hahaha.Tu pasal lewat sket sampai tapi masih ramai yang register.


Bergambar dulu kat banner NUFFNANG FRISO GOLD FAMILY DAY OUT  :)


Terima Kasih kepada Kak Long , my SIL yang sudi teman aku dan amik gambar aku ngan my Nuha :)




Terima Kasih kepada Long aku yang bawak kami kesini dan pergi tengok wayang :P

my Nuha diberi saiz L plak bajunya tapi sebab Umminya yang kreatif, nampak macam pakai skrit gitu :)My Nuha la yang paling seronok sebab dapat main dan Ummi nya lah yang paling penat sebab mengejar dia.hihihi


Dan paling best dapat jumpa ramai blogger :) dan ada jugak belog yang aku jadi silent reader tapi aku segan nak tegur, lepas ni bleh la aku follow dan tak jadi silent reader dah :) insaf..hahahaha




Azza & Airyll ( tak terambil lak gambar ngan ko kan.huhuhu)



Dilla & Ziyyad



Kak Ros & Izzah




Mommy Lyna & Hafiy



Ni isteri saper, cepat ngaku!!! hehehe - Azwa , Alisya dan suami nya, Iman






kawan baru :), Honey

dan blogger2 yang tak sempat nak bergambar


Munirah, Harith,Athirah,Uzair






Tq jugak kepada Kheirul , sebab ada amik gambar Nuha cantek2 di SINI :) saya mintak izin copy yer :)

Last sekali, Tahniah kepada Kak Ros,MBP sebab menang Grand Prize!Syoknya pegi Hong Kong Disneyland, untuk entry yang hebat INI p/s :bawak laa saya sekali, ada kosong lagi satu kan?hahaha.



Last but not least, Terima Kasih Friso Gold dan Nuffnang sebab kami memang enjoice habes dan penat 2 malam berturut-turut.hahahahaha.






1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)