Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Kelahiran Nur Nayla Hazeeqa @ 36 Wks

Sehari selepas entry terakhir saya hari tu, malam tu saya terpaksa pergi hospital sebab tekanan darah semakin tinggi dan tinggi. So doktor tak nak amik risiko dan terpaksa melakukan pembedahan emrgency gitu laa kekdahya. Ubat sawan terpaksa diberikan untuk mengurangkan risiko sawan. Dah ada tanda sawan iaitu kehadiran protein dalam air kencing.Demi menyelamatkan baby dan ibu, terpaksa la sekali lagi saya dibedah. Yang tak best didengar tu, doktor cakap, kalau ada rezeki sorang lagi memang terus kena pembedahan jugak la. Maka, 3 jer la anak saya nanti :p Insya Allah.


I'm officially mummy of 2 princess :) 


Born @ 36 Weeks , 1.9 KG , DEMC , 10.19 p.m - Nur Nayla Hazeeqa ( Cahaya Orang Yang Berjaya Yang Pandai )

tiny little feets


Terima kasih kepada semua doktor dan nurse yang terlibat dalam membawa khalifah kecil ini kedunia dengan Izin Allah..Terima kasih kepada my hubby dan family dan kawan-kawan yang datang melawat.

Sayang, 

hadiah hari lahir untuk sayang ni awal pulak tiba :)


Proud Tok Ki dan Tok Ji, cucu ke 5 . Cucu perempuan kedua :)


My Nuha yang sayang sangat kat adik dia, tapi dalam masa yang sama jelez jugak :p 

Skang my little princess terpaksa ditahan di DEMC sebab kuning . Doakan my princess cepat keluar. Sedih hari ni tak dapat pergi tengok dia dan breastfeed dia sebab my hubby dah kerja hari ni.Harap-harap dapat pergi tengok dia lepas hubby balik kerja karang, kejap pun jadilah...Rindu sangat....

p/s: 

My Nayla lahir tak perlu dimasukkan dalam inkubator sebab semua organ dia dah matang dan boleh bernafas sendiri cuma saiz ajer kecik :) Terima kasih atas ingatan dan doa semua :)


Tuesday, January 08, 2013

Scan 36 Minggu dan Tekanan Darah Tinggi Di hujung kehamilan

Semalam saya dah buat pemeriksaan untuk minggu 36. Alhamdulillah, berat baby NH makin bertambah tapi yang tak sedap didengar tiba-tiba tekanan darah saya tinggi pulak. Mungkin sejak akhir-akhir ni, kalau terjaga jer masa tidur , nak tidur balik tu punyalah susah.



 Ni bacaan tekanan darah saya ( 149 / 107) . Melebihi ( 140 / 90)  Tinggi kan?
Berat badan bertambah lagi 3 kg. Syabbas...82 kg dalam sejarah !

Berat baby 2.4 kg. Kedudukan kepala dah kebawah.

 
 Terpaksa makan ubat darah tinggi ni dan buat pemeriksaan tekanan darah setiap hari selama 2 minggu ni.

Semalam doc cakap la risiko darah tinggi ni jika makin tinggi walaupun dah makan ubat ni. Mungkin dia akan tambah dos , kalau naik lagi. dia akan induce bila dah cukup due nanti ( tak boleh tangguh2) , tapi kalau makin hari makin tinggi, terpaksa c-sect terus sebab ada risiko ibu terkena sawan, ada bleeding belakang rahim, boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi. Aduhai...Seram sejuk pulak saya mendengarnya. Ya Allah permudahkan lah urusanku membawa khalifah kecil Mu ke dunia ini..

Korang ada petua untuk dikongsikan atau pengalaman darah tinggi semasa hamil ?


Total bil : RM 362.51


Thursday, December 27, 2012

Koleksi FM terkini ,Barut Bayi dan Mandi Serung

Mula- mula nak tayang dulu ole - ole dari Langkawi. Ada coklat dan fridge magnet. Memang dah pesan awal-awal nak ole- ole FM dari Langkawi :) Terima kasih Ad :) Bertambahlah koleksi FM mak noks !

 Coklat tu makan sorang ajer kat ofiz :p keh keh keh

 Dah 2 FM Langkawi saya dapat dari Ad sebenarnya :) Dulu dah pernah bagi.


 Ni koleksi terkini yang belum di update sebelum ni. Dari atas Cherating - dari penchenta FM jugak, Nafira, yang Bukit Merah tanda kenangan bercuti kat situ hari tu, yang lagi dua, dari ofiz my hubby :) Tq lalings :*


Penuh sudah peti ais ku kat pintu atas :) Nak tampal kat tepi pulak. Sebab future adiknya tak tahu lagi perangai macam mana kan. keh keh keh

Ni barut yang saya dah tempah dari ofiz mate, ET  :) Jimat kos pos sebab sama ofiz jer kan:)
 RM 22 / 5 helai.

Berminat ? Klik sini laju- laju


Terima kasih jugak bagi mandian herba ini percuma sebab beli barut tu .
 Yang ni RM 8 / pek. RM 22/ 3 pek.
Khasiatnya : Menghilangkan bau badan, melancarkan peredaran darah, mengelakkan angin, tegang urat kendur, cantikkan kulit dan ibu lebih sihat dan wajah berseri lepas pantang. 
 
Saya pun nak beli jugak sebelum balik berpantang kat terengganu nanti. Senang kerja tak perlu cari daun-daun herba ( daun kunyit, daun mengkudu, daun serai wangi, jambu batu, dukung anak dll) kalau berpantang kat bandar. Kalau kat kampung , abah saya ditugaskan untuk petik daun herba (ada kat rumah ajer )  dan rebus untuk saya mandi. Tahun depan, tak tahu la abah sudi buat tak lagi untuk anak manja dia sorang ni :p

Korang pernah mandi serung / mandian herba masa berpantang ?



My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, December 20, 2012

Perlukah beli diaper New Born ? Beli barut / bedung moden bayi online ?

Dah dihujung-hujung kehamilan ni mula la nak gelabah tak tentu hala kan :p Hahaha. Rasakan. Yer la, hujung-hujung baru dapat bonus katakan. So haruslah digunakan sepenuhnya bonus yang ada tu. Orang sibuk shopping baju sekolah anak, kita sibuk shopping baju anak yang bakal lahir. Tapi dah hujung-hujung ni, lagi selesa pulak shopping online kan ? Minggu ni dah order bedung bayi online. Tak sabar pulak nak tunggu parcel sampai. Dah la kat ofiz hubby.



Ni yang saya order.Love Purple. RM 35 satu. Tapi rata-rata semua jual harga sama jer.
Cuma design ni banyak yang dah habis stok.
Beli kat sini

Sekarang tengah survey-survey lagi harga yang terbaik untuk barut bayi pulak. Nak jahit sendiri tak berapa nak reti. My Ma cakap upah ajer RM 4 kat kampung saya kat terengganu tu, tak termasuk nak kena beli kain dan tali lagi tu.Bawah ni ada few website yang saya jumpa , kot-kot korang berkenan , boleh la pilih dan tinggal order ajer :) Kalu korang tahu tempat lagi murah pun bagitahu saya yer :)



Saya nak jenis kain cotton bercorak dan ada tali yang panjang.
Ni salah satu contoh dari Little Dje. Comel sangat :p


WEBSITE
UKURAN
HARGA / PCS
15.24 X 53.34

9 / 8.50

13.97 X 50.8

5 / 6
15.24 X 53.34

5
15.24 X 48.26

5/5.50



16.51 X 45.72

6.50 / 6

15.24 X 46.99

6.5 / 6

19 X 53

6

12.7 X 45.72

4
16.51 X 53.34

5.4
15.5 X 46

8















Korang dulu beli tak diaper New Born ? 

Saya dulu beli sepaket lepas tu siap tak habis sebab my Nuha membesar dengan jayanya. Masuk sebulan dah kena pakai saiz S. Saya memang setia dengan Drypers tambah-tambah skang ni pelekat dia dah diperbaharui.

Saiz New Born ni  ada  4, 14, 28, and 64 sepaket.
Saya dapat sample Ad bagi. Korang nak  sampel percuma [ klik sini ]


Saya dah beli satu pek saiz S ni yang 58 sepaket .Yang ni ada  4, 16, 32, 58 sepaket.

Ada sesiapa tahu kat mana ada sales baju baby kat area Klang / Shah Alam ? :p


Monday, December 17, 2012

Minum air gula , Scan baby 32 Minggu dan susu percuma

Hari Sabtu lepas ada checkup bulanan di DEMC. Alhamdulillah, baby dah naik 1.7kg ++. Baby pun aktif sahaja. Dah 32 minggu rupanya saya membawa baby NH dalam perut ni. Tak sangka. Lebih kurang 50 hari ajer lagi untuk melihat baby NH secara live ;p Tak sabar dan takut pun ada .



Ni ukuran kepala. Normal , tak besar dan tak kecil sangat . Doktor nasihatkan saya supaya jangan makan banyak sangat :p


Sebabnya,  tengoklah berat saya , naik 3.5 kilogram dari bulan lepas .
 Maklumlah, nak bersalin normal kali ni jika tiada apa-apa risiko.



Ujian darah checkup hari tu tiada masalah, dan saya masih kekal berdarah O positif :p hahaha


Minggu ni kena buat MGTT ( Modified Glucose Tolerance Test ) senang cerita minum air gula la untuk cek samada korang ada diabetes ker tidak . Prosedur dia,puasa dari 12 malam.Then sampai-sampai kena amik darah ( 9 pagi ) then minum air gula, lepas dua jam ( 11 pagi )  , datang sekali lagi untuk amik darah balik.Tak dibenarkan makan.Nak minum boleh tapi air kosong ajer tu pun doktor cakap, kalau tak haus, tak yah minum.  Melangut dua jam di DEMC lepas minum air gula. Nasib baik air ribena bukan plain air gula . Saya suka ! Saya suka ! Ni la tempat nak kena amik darah dan minum air ribena tadi. Elok sangat, kena cucuk kiri kanan untuk amik darah.

Bacaan sebelum minum air gula  : 4 ++
Bacaan selepas minum air gula : 6 ++

Tiada diabetes ! Alhamdulillah :)


Aktiviti masa lapang ( 2 jam tu ) , baca belog . Tak berebut tablet dengan anak sebab saya bagi dia tengok cerita Boboiboy menggunakan harta DEMC. Satu skrin dia tengok sorang2 ! hahaha



Total bil kali ni : RM 323. 00

Dapat sample susu percuma untuk baby NH. Masih dilema, nak exclusive bf atau compliment bf.

[ Boleh baca kat sini untuk penjelasan lanjut ]

Korang pernah kena minum air gula atau MGTT ni ?


My Nuha | Aku Bukan Chef

Monday, December 03, 2012

Durian Crepe dan Pavlova 2 Layer, tertunailah hasrat di hati

Hujung minggu lepas, tertunailah hasrat di hati sebab dapat merasa Durian Crepe dan Pavlova 2 layer oleh Irma :) Rasa tak sabar-sabar dah nak makan pavlova yang saya idamkan dan Durian Crepe yang diidamkan oleh my hubby :)


Tayang gambar kami berdua dulu ( Saya @ 30 Weeks) , sebelum gambar makanan yang menggiurkan keluar .Ini kali pertama kami jumpa, sebab masa amik pavlova yang tempah dulu, hubby dan Long saya yang pergi amik tanpa saya, kes kena tinggal. keh keh keh. Akhirnya bertemu jugak kita yer :)

Pavlova yang saya menang cabutan bertuah di blog irma :)
Harga : 850g RM45 - 1kg RM65
Tempahan : Klik sini

Pandangan dari tepi :p Menjejez air liur bila tengok.

Pandangan dari atas. Tinggal suku ajer lagi dalam peti ais, tak sabar nak balik makan lagi.

Ini durian crepe yang hubby mengidam tu. Beli 2 paket @ RM20.
Tempahan : Klik sini 

Durian crepe setelah dipotong dua . Aduhai gebunya...Kulit dia pun tak macam ketayap.Bila baca kat blog, resepinya menggunakan 7 jenis tepung. Rasanya pun ada iras-iras Durian Crepe yang pernah saya cuba dulu yang dibeli oleh Cik Nor masa tahun 2010 dulu kat Sumptuous Desserts @ The Gardens, Midvalley .Memang boleh beli la :) Recommended !

Korang terliur dak ? terliur dak ? lalalalariksss....

p/s:



Terima kasih AnakPerak, bagi key chain dari Singapore ni :)



My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, November 27, 2012

Hubby mengidam durian crepe, saya mengidam pavlova dan Pai Tee

Orang lain yang mengandung, orang lain yang mengidam . Layankan jer la dia yer. Bagi hubby peluang nak mengidam jugak. Mesti dia baca entry Eyriqazz pasal Durian Crepe ni Durian Crepe Gebu dan Sedap. Semalam cakap kat saya suh order durian crepe dengan Irma. Hari ni, saya masuk jer blog irma, sekali terpandang entry baru Tempahan Durian Crepe Sudah Dibuka. Memang fenomena jugak Durian Crepe skang ni kan. Tak pasti la irma guna resepi apa, adakah guna resepi 5 jenis tepung ?




Buat semua penggemar durian. Tempahan sudah dibuka.Pengambilan hari SELASA 27 Nov 2012 bermula pukul 3 petang hingga 10 malam atau JUMAAT 30 Nov 2012 pukul 12 tengahari hingga 10 malam.[ korang nak order, klik sini] Sedihnya, ingat nak amik hari Sabtu ni tapi cuma sampai jumaat sahaja bukanya.




Pavlova yang saya menang hari tu pun, dan irma janji nak buatkan 2 layer tu, tak terambil-ambil lagi ni. Dah terliur sangat dah ni. Minggu depan family day ofiz pulak kat Bukit Merah Laketown Resort ! Bila la nak merasa pavlova free ni asyik tertunda-tunda ajer :( Pandangan Peribadi Pavlova Irma boleh baca kat sini.



Dan Pai Tee, yang ni saya makan 2 minggu lepas dengan mantan boz Ida , di TCRS Tesco Shah Alam. Rasa nak makan lagi :p

Korang rasa nak mengidam sama ker ? hahahaha. lariksss..



Monday, November 26, 2012

Dah boleh shopping barangan untuk baby ke?

Dulu tak perasan pulak bila saya mula beli barangan untuk baby. Tapi rasanya saya beli masa kandungan dah 7 bulan keatas.Ni dah 7 bulan lebih sket, jantina baby pun dah tahu , so senanglah sket nak shopping kan. Since, baju kakaknya ada dalam satu  storage box besar yang masa lahir dulu [ bila masa la saya beli banyak-banyak ni dulu , hahaha :p ]so saya tak gelabah sangat lah.


Ok , kita tengok dulu baju yang ada. Yang mana boleh guna lagi kita amik, yang mana dah kusam sangat kita ketepikan. Tapi ada sesetengah baju ada macam bintik kuning-kuning gitu. Mungkin sebab lama sangat dalam storage box tu. Petang nanti nak try beli klorox, kot-kot boleh tanggal. Sebab baju semua elok lagi. Kalau boleh tanggal, jimat lagi kat situ. hahaha. Kedek sangat ! ;p



Baju sebelum dipilih untuk dibasuh.


Cuaca petang semalam memang panas betul, cepat ajer kering baju- baju ni. 
Abaikan toyol comel kat tepi tu, sempat lagi dia berdiri kat tengah panas tu :p


Semalam, my Nuha yang paling sibuk pilih sama baju baby :) Siap jumpa headband dia, dan cakap muat, sampai ke malam dia duk pakai . Masa baby dulu asyik tanggalkan :p Dah besar kemaruk pulak.hahaha. Makin tak sabar nak beranak , bila tengok baju-baju kecik-kecik dan sarung tangan dan kaki yang comel-comel ni..alahai..


Korang rasa, bila waktu yang sesuai untuk shopping barangan baby ikut pengalaman korang?


Checklist barangan baby apa yang perlu untuk beli, boleh rujuk sini dan print [ klik sini ]



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)