Showing posts with label my nayla. Show all posts
Showing posts with label my nayla. Show all posts

Friday, March 02, 2018

Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 2019 & 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Korang ada anak Tahun 1 2019 & 2020? Pemohonan penempatan murid Tahun 1 ke sekolah rendah bagi tahun 2019 dan 2020 dah dibuka bermula semalam . 



Pendaftaran secara online dari 01.03.2018 hingga 31.03.2018

Lahir 02.01.2012 hingga 01.01.2013 sesi 2019
Lahir 02.01.2013 hingga 01.01.2014 sesi 2020

https://public.moe.gov.my

Awal lagi saya klik rupanya pukul 10 baru buka semalam. Terus register my Nayla. My Nayla tahun 2020 baru masuk tahun 1. Saya pilih sekolah yang sama dengan my Nuha jer. Senang. Nanti bila my Nayla Tahun 1, my Nuha dah Tahun 6 nak amik UPSR. Sekejap pula rasanya.

Untuk kali pertama, korang klik DAFTAR MASUK 


Untuk daftar kena masukkan maklumat kat atas. 

Antara maklumat yang diperlukan adalah maklumat ibu bapa dan maklumat imunisasi. Nasib ada tulis kat blog. Hahaha

 
Rekod imunisasi my Nayla


Boleh rujuk jadual kalau tak faham

Pastikan membuat pengesahan 2 minggu lepas tarikh mohon ke sekolah yang dimohon dengan membawa dokumen diatas

* Updated - Dah pergi sekolah yang dimohon. Dokumen yang tertinggal - Sampul surat beralamat sendiri dengan setem RM 1 dan salinan kad imunisasi. Bulan September 2019 kena datang sekali lagi untuk pengesahan



Bila dah hantar permohonan boleh klik Semak Permohonan.


Jangan lupa cetak Surat Permohonan Sekolah dan Surat Persetujuan Kesihatan

Korang ada anak Tahun 1 Tahun 2019 atau 2020 ? 


Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Biarkanlah aku dengan apa yang aku tinggalkan kepada kamu semua. Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum kamu tidak lain kerana banyak persoalan dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka. Maka apabila aku melarang kamu daripada sesuatu urusan, jauhilah ia dan apabila aku memerintahkan kamu dengan suatu urusan, lakukanlah sekadar yang termampu."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 7288)

Thursday, February 15, 2018

Beli basikal murah @ GM Klang

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua. Lengang betul jalan hari ni. Turun rumah lewat pun mampu sampai awal 15 minit. Semua bercuti sakan lah yer. Mak jadi penunggu ofiz lah nampaknya hari ni. Boleh la sapu blog bersawang. Telefon pun harap tak ada lah berdering sangat hari ni.

Ni kisah hadiah hari lahir buat My Nayla. Alang-alang nak belikan basikal sempena hadiah hari lahir my Nayla, so sekali harung la belikan basikal baru untuk My Nuha.Lagipun basikal dia pun dah lama sangat , 5 tahun dah usianya. Kiranya hadiah birthday in advance untuk my Nuha. 

Ada kisah kelakar sebenarnya pasal basikal ni. Masa birthday Nayla ni, kitorang ingat nak beli basikal tu kat Terengganu. Kitorang balik hujung tahun lepas sebab kebiasaanya memang balik Terengganu untuk beli persiapan persekolahan my Nuha. So kami memulakan perjalanan balik Terengganu, sepanjang perjalanan balik Terengganu tu dia cakap nak beli basikal. Hahaha. Ah sudah. Dia dah start zikir. Sampai dia tertidur. Ingat bangun tak ingat dah. Sambung lagi zikir. hahaha. Bila nak beli basikal? Sampai la kat kampung. Alhamdulillah , berjaya pujuk cakap nak beli basikal bila balik rumah. Sebab tak muat nak bawa balik sebab nak beli basikal kakak sekali. Sepanjang duk kampung dia dah tak sebut dah. Bila perjalanan balik, dia start balik zikir. Kebetulan awal tahun baru kan, kedai yang kami nak pergi tu tutup pulak.Memang tak boleh tunggu dah. Serabut dengan dia duk berzikir bila nak beli basikal tu.  Google sekali jumpa ada kedai basikal kat area GM Klang. Terus pergi sana. 

Ada 2 buah kedai basikal kat area depan GM Klang tu. Kedai yang saya masuk tu Cosmo Toystation Enterprise. Kedai ni ada 2 basikal yang kitorang nak. Harga dengan kedai sebelah tak ada beza tapi kedai sebelah tak ada basikal City Bike yang my Nuha nak. My Nayla dah aim dah nak basikal warna purple. UiTM dihatiku sungguh anakku ni. Nampak je basikal warna purple tu tak nak yang lain dah la. Basikal my Nuha tak ada pilihan. Tinggal satu tu jer. Diorang request minta tukar loceng je. Yang tu diorang tukar free je. Pilih loceng yang mana ada kat basikal lain je. Layankan ajer. 

Basikal 20' City Bike - RM 310
Basikal 16 Kid Bike - RM 190 

Alamat kedai : Cosmo Toystation Enterprise
16 Jalan Kasuarina 1, 
Bandar Botanic, 
41200 Klang Selangor
HP : 016 206 8050 

Yang ni kedai mula-mula kitorang tengok tu

Banyak juga pilihan basikal kanak-kanak 

Kalau my Nuha confirm pilih pink ni 

Ni kedai kedua. My Nayla tengok basikal ni terus berkenan. 

Tak nak tengok yang lain dah. Purple lepas tu gambar Princess pulak. Hurm. Kira jadi terus lah. 

Tu basikal my Nuha pulak. Tak ada pilihan. Satu tu je. 

Basikal yang lagi kecil pun ada ni saiz 12


Basikal Fixie pun ada tu. Tak reti la jenis -jenis basikal ni.


Sebelum beli basikal dah cakap , kalau dah beli basikal kena tidur dengan kakak

Takut sangat kena hantar basikal, redha kena tidur dengan kakak. Dah masuk bulan kedua tidur dengan kakak. Ada dua malam lari masuk bilik Ummi. Ugut nak hantar basikal dah tak lari dah. hahaha. Kejam tak mak? 

 Seronok dapat main basikal


Layan video dua beradik ni main basikal depan rumah


Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).

Tuesday, January 02, 2018

Persiapan Persekolahan dan Hari Pertama Persekolahan 2018

Hari ni anak-anak dah mula hari pertama persekolahan. Alhamdulillah, walaupun minit minit terakhir, berjaya juga melengkapkan persiapan persekolahan untuk my Nuha dan my Nayla tahun ni. Tahun ni saya balik Terengganu dan membeli semua kelengkapan persekolahan di sana. Boleh la jimat sikit . Tahun ni belikan baju sekolah ajer untuk my Nuha sebab kain dia semua ok lagi. Macam tak tinggi pulak dari tahun lepas. Boleh repeat lagi sampai tahun depan sebab kain semua labuh dan saya lipat je. Tahun depan tinggal buka jahitan je .hahaha

My Nayla muka tak puas hati tu. Dia menangis pagi tadi sebab risau nak masuk kelas 5 tahun. Mungkin dia ingat sekolah lain. haha. Kakak first time pakai tudung macam tu. Harap elok la sampai balik. Sekolah kebangsaan sesi pagi tahun ni, tak ada lewat sangat sampai rumah hari ni sebab sekolah agama habis 5.30 petang. 

Hari tu balik Terengganu beli juga kat Hari Hari jugak macam tahun lepas sebab dapat voucher dari sekolah my Nuha 10%. Tapi kat situ tak ada baju sekolah kuning my Nuha. Bawah ni saya rekod pembelian baju sekolah. Senang nak rujuk balik dan boleh buat perbandingan harga. 

Baju putih sehelai RM 17.90 ( Hari Hari) 

Baju kuning sehelai RM 24.99 ( Ten Ten) 

Baju kuning sehelai RM 22.50 ( Kedai Jamal) 

Tudung putih RM 6.90 sehelai jenis satu layer ( Pasaraya Ku) 

Tudung kuning RM 14.90 sehelai jenis yang dua layer ( Ten Ten) 

Kasut putih RM 35.90 (Kedai Kasut Miguel) 

Kasut hitam RM 39.00 ( Kedai Kasut Metro)

Voucher Hari Hari ada sekeping lagi boleh pergi beli kalau ada yang tertinggal lagi.
 Valid sampai 31 Januari ni. 

Persiapan persekolahan sampai penuh seat belakang. Pandan tu amik kat rumah my Ma sebab kebun mini kami kat rumah tu dah dimakan serangga. huhuhu

Nampak lah baju kuning my Nuha tu ada dua warna berbeza sebab beli dari 2 kedai berbeza. 
Baju Nayla tu ada baju kakak dia dulu 3 helai. Boleh la buat bergilir sebab elok lagi. 


Untuk stationery saya beli kat kedai Eco. Semua RM 2.12 kan so kita borong yang mana ada. Sebab dah hujung-hujung kan, banyak stok dah habis. Untuk pensil warna pulak beli kat Ten Ten . RM 9 untuk 24 batang jenama Stabilo. Tengok kat Popular RM 17 jugak. So beli lah 2 untuk my Nuha. Ni pulak pencil colours case yang Ad buatkan untuk saya. Terima kasih Ad. 

Tahun ni yuran Van Sekolah my Nuha pun naik pulak jadi RM 130 ( Tambah RM10 dari tahun lepas) Yuran tadika my Nayla pun bertambah RM40 jadi RM320 sebulan. Yuran permulaan hari tu RM900, tu pun dah jimat RM110 sebab dapat baju tadika dari Wina sebab anak dia tak jadi tadika tempat my Nayla tahun lepas. Rasanya habis RM1500 untuk perbelanjaan anak-anak naik sekolah tahun ni. Alhamdulillah akhir tahun dapat pinjaman pendidikan dari ofiz my hubby dan kerajaan pun dapat bonus RM 1000. Nasib UiTM bayar awal dan boleh tampung yang mana kurang tu. hahaha

Selamat memulakan persekolahan anak-anak dan menempuh jam untuk ibu bapa. Alhamdulillah jimat RM 2 pergi balik untuk tol Sungai Rasau hari ni untuk masuk ke UiTM sebab dah dihapuskan tolnya . Tu pun ramai lagi tadi yang touch kat touch n go . Dah tulis dah kat situ tak beroperasi lagi mahu bayar. hahaha. #jangankecamsis



Tuesday, August 22, 2017

Wet World Water Park , Shah Alam

Baru nak up dekat blog. Perginya 2 minggu sudah. Akhirnya hari yang dinantikan my Nuha sudah tiba. Malam tu hujan agak lebat. Memang harap esoknya jangan la hujan. Alhamdulillah cuaca berpihak kepada kami dengan izin Allah. So lepas dah breakfast , kami bergerak ke Shah Alam. 


Sampai di kaunter, bagikan e-ticket yang dah beli siap-siap secara online . So cashier dia akan bagi pass masuk untuk di pakai pada tangan dan untuk masuk memang diorang akan scan gelang ini. So simpan sampai nak keluar yer . Sebab nak keluar pun, dia akan scan balik gelang ni. Sebelum masuk ada pemeriksaan beg, tapi memang dia tengok dari luar beg jer. Sebab tak ramai lagi orang agaknya. Menyesal tak bawa bekal. Tapi ada la bawak biskut untuk diorang.


Mula- mula sampai survey dulu kawasan. Tengok memang ada tempat duduk berbayar dan percuma. Confirm lah kami pilih yang percuma. Lagipun memang dah budget pukul 2 nak keluar dah dari situ. Even locker pun kami tak sewa. Dasar cheapskate. 

Kaunter sewaan

Cabana ada 2 jenis, ada yang RM 100 ( Deposit RM 50 ) dan RM 150 (Deposit RM 100) 
Tube RM 25 ( Deposit RM 25 ) 
Locker RM 20 ( Deposit RM 20) 

Masa ni dah siap tukar baju nak balik. Kat dalam ni ada surau sekali. 

Ruang duduk berbayar. Kat tepi yang kecik sket tu free.

Contoh ruang duduk berbayar. Memang dikunci. 

Locker untuk simpan barang 

Hair dryer pun ada disediakan untuk sewa tapi tak perasan pulak berapa 

Kat situ pun ada sewa tube, so kalau nak main mainan yang guna tube kena la sewa. Kalau nak jimat, boleh la kongsi satu tube ramai-ramai. hahaha. Nasib anak-anak pun dasar penakut. So main dalam kolam kanak-kanak je pun. Naik slide yang besar tanpa tube tu pun diorang takut. Nasib la takut. Kalau tak dengan mak sekali kena main slide tu. 

Makanan memang ada dijual kat dalam tu. Harga memang agak mahal sket dari kat luar. Ayam popcorn dengan fries kejung pun dah RM 5. Tu je yang saya beli alas perut sebab nak keluar lunch pulak lepas tu. 

Salah satu kiosk makanan yang ada

Ayam popcorn dengan fries kejung pun dah RM 5 dan biskut seludup. hahaha
Air masak boleh bawa masuk

Skill terapung masih ada

Alhamdulillah lega my Nayla nak juga masuk dalam air


Banyak tempat boleh posing kat dalam tu, sesuai buat photobook

Yang ni Kiddy Typoon Lagoon


Island of Treasures

 
Bermuda Triangle . Kat sini my Nayla hampir lemas. hahaha. Dia nak tiru skill kakak menyelam sekali memang betul-betul menyelam. Nampak la dia terapung tapi nafas tak cukup kot dia tertelan air. Lepas tu macam fobia balik . Masa awal-awal kemain seronok dah dia main air. Risau jugak dia tak nak turun sebelum tu. Rugi beli tiket nak.

Last-last ajak naik dan tertidur. hahaha. Sempat tidur sejam. Kakak memang tak berenti dari 10 pagi sampai 2 petang main air. Puas hati mentang-mentang birthday treat dia kan. 

Kat atas ni Monsoon Buster. Mengerikan jugak tengok diorang naik tu. haha

Ulang-ulang je la main slide ni. Ni je yang Nayla berani nak main tapi my hubby atau mak kena pegang la 

My hubby bawa dia turun 

Overall ok la kat dalam ni untuk anak-anak main air. Dah lama rasanya tak main air tapi klorin agak kuat juga so berhati-hati bagi yang tak tahan kan especially yang ada athma. 

 

Bagi korang yang berminat ada lagi ni promo merdeka , tarikh akhir pembelian 16  Sept 2017
dan boleh beli tarikh voucher sehingga 31 December 2018   : http://wetworld.my/shah-alam/tickets/


Wet World Shah Alam

Waktu Operasi

Isnin- Jumaat 10AM - 6PM
Sabtu - Ahad  10AM - 6PM
Cuti sekolah dan cuti umum 10AM - 6PM
Tutup pada hari rabu kecuali Cuti sekolah dan cuti umum

Harga Tiket

Percuma untuk kanak-kanak bawah 90 CM

Kanak-kanak
Normal (90cm - 130cm): RM 35
MyKad (90cm - 130cm): RM 25

Dewasa
Normal (130cm & above): RM 40
MyKad (130cm & above): RM 30

Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah) (Al-An’am: 162-163)

Monday, January 16, 2017

Baju Pengawas antara Kelengkapan Persekolahan 2017

Baru nak cerita pasal persekolahan anak tahun 2017. Nasib la, atleast boleh la buat guidelines untuk korang yang ada anak yang bakal dilantik jadi pengawas tahun 2018 pulak kan. Tahun 2017, my Nuha dilantik menjadi pengawas sekolah kebangsaan. Saya dulu darjah 4 dilantik jadi pengawas sekolah jugak. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Ciri-ciri pemimpin tu ada. hahaha. Mati la mak nak, kena kecam #jangankecamsaya.My hubby pun pengawas sekolah jugak. Kan bias pulak kalau tak tulis. Tapi sekolah saya dulu baju pengawas tak ada lah hebat macam sekarang siap kena pakai vest dan tie bagai. Siap mak kena google lah cara nak ikat tie tu. hahaha. So mak dah expert dah. 

Saya guna cara ni . Simple dan mudah. Buat kat tangan jer.10 saat jer siap.  Video ini memang awesome. 

Saya beli kelengkapan baju pengawas kat Hari hari jer. Baju sekolah agama tahun ni siap-siap beli kat Pasaraya Bintang kat Terengganu masa cuti sekolah hari tu. Nak beli baju pengawas kat Terengganu takut tak sama pulak kuningnya dengan baju pengawas kat sini. Kalau kat Terengganu, baju pengawas warna biru bukan kuning.  Untuk my Nuha masa dapat surat lantikan pengawas tu, cikgu dan siap tulis keperluan untuk baju pengawas iaitu :

1. Kain biru susun belakang
2. Kemeja warna kuning air
3. Tudung warna kuning air

So tak ada la mak menggagau kan nak beli baju macam mana. Mula-mula kitorang terjah Hari hari lah kan. Alhamdulillah ada baju sekolah kemeja warna kuning. Tapi saiz pulak tak ada. My Nuha dah la naik badan dia sekarang ni. Ada sehelai saja saiz dia. Saya pergi Pusat Pakaian Hari hari Seksyen 18 , Shah Alam. So try la cari kat kedai kat area tu termasuk Mydin Seksyen 18. Memang tak ada yang jual baju kemeja sekolah warna kuning. So kami call Pusat Pakaian Hari hari yang lain. Masa tu kat Shah Alam, so try la call Taman Sri Muda tapi tak ada jugak saiz my Nuha . Then telefon Klang ada. So kami terjah kat Klang pulak. Dapat lah beli baju My Nuha. Baju saiz tu memang padan tapi tangan pulak labuh. Kain pun sama. Terpaksa hantar jahit pulak. 

Harga Baju Pengawas Pusat Pakaian Hari hari

1. Kain biru susun belakang  RM 35.90 Alteration Roshni @ Shah Alam RM10 
2. Kemeja warna kuning air  RM23.90  Alteration Roshni @ Shah Alam RM5

Tudung warna kuning pulak beli kat kedai dalam Giant Klang (RM 12)  dan tepi Giant Seksyen 18 (RM13)  

Vest RM 30 ,tali leher RM 8 , badge pengawas RM8 kena beli dengan sekolah 

Total 1 pasang baju pengawas , 1 helai tudung, vest dan tali leher  : RM 125.80

Ni jenama yang biasa-biasa sahaja untuk sepasang .  Kalau pilih yang branded tak tahu lah yer. Alhamdulillah mampu menyediakan 3 pasang baju pengawas untuk my Nuha. Harap baju mampu bertahan lah sampai tahun depan. hahaha


Balik sekolah baru boleh snap gambar. Gembira boleh jadi pengawas. 

Gambar minggu kedua persekolahan

Tahun ni saya dah hantar my Nayla ke tadika . Dah masuk minggu ketiga, masih lagi menangis. Bila tanya kenapa menangis, dia cakap sebab nak Ummi . Aduhai. Lagi satu sebab mengantuk katanya. Sabar jer la . Tapi adik nangis sekejap ajer. haha. Macam-macam ragam, tak boleh tanya banyak-banyak nanti kena marah. Tanya nama cikgu, hari pertama dia cakap cikgu gemuk dan cikgu kurus. Habislah kalau cikgu dapat tahu. Hari kedua tanya dia kata, nama cikgu dia , cikgu jer. hahaha. Pening mak nak. Apapun Ummi doakan anak-anak Ummi diberi kefahaman untuk menerima pelajaran dan mendapat ilmu yang bermanfaat. Aaminn...

Korang ada anak yang dilantik menjadi pengawas tahun ni ? Kat mana korang shopping baju sekolah anak-anak untuk sessi persekolahan 2017 ? 




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)