Showing posts with label deco. Show all posts
Showing posts with label deco. Show all posts

Friday, April 10, 2015

5 Rancangan Dekorasi di Astro FYI HD yang saya rindui

* Ni bukan iklan berbayar 

Hari tu kan ada promo Astro FYI HD bermula 6 Nov 2014 to 28 Feb 2015 . Hari-hari duk tengok channel FYI HD jer sampai nak termuntah-muntah. Kalau hari minggu tu lagi la, dari pagi sampai ke malam. Nasib my hubby pun suka jugak deko-deko ni. My Nuha jer la tension sket so, masa saya mandi , masak, solat dia bantai tukar channel lain. hahaha. My Nayla tak reti lagi. Jom tengok rancangan dekorasi yang saya suka tengok masa tu .


1. Flipping Boston  - Yang ni rancangan pasal renovate satu rumah yang dia beli , lepas tu jual balik ke pasaran dengan harga yang lebih tinggi. Tapi yang best tu macam ada drama selalunya nak siapkan rumah yang diorang dah beli ni. Biasanya dorang akan dapat untung lah even rumah tahap renovate teruk gila. 


2. House Vs House - Yang ni rancangan pasal pertandingan dua buah rumah. Dia ada bagi task bilik mana yang kena renovate sendiri menggunakan bahan yang dia bagi. Kalau lagi banyak nampak beza, lagi tinggi peluang nak menang. Tak sangka diorang ni memang kreatif siap boleh buat bed frame , almari sendiri , meja makan dan macam-macam lah. Yang penting kena sendiri buat atau DIY. Rumah yang menang dapat cash $10,000 dollars.



3. Tiny House Nation - Yang ni rancangan pasal buat rumah dengan skala yang keci tapi semua keperluan memang ada termasuk bilik, dapur, ruang makan dan toilet . Ada satu rumah tu dia buat memang atas trak . So boleh berpindah randah dengan trak tu kan. Konsep motorhome gitu lah. Diorang biasa buat kecil ni yang mana nak save budget sebab katanya tak ada permit yang diperlukan kalau buat rumah skala kecil ni tapi kena follow betul-betul lah saiz yang dibenarkan tu. 



4. Picker Sisters - Yang ni rancangan pasal diorang cari barang-barang terpakai kat ceruk mana ntah dan angkut balik bengkel diorang dan jadikan perabot dan jual kat kedai dorang ni. Macam tak sangka barang-barang terpakai tu boleh jadi barangan yang cantik pulak macam rantai besi jadi meja dan motorsikal lama jadi meja. 



5. Hideous Houses - Yang ni macam rancangan realiti. Diorang kena submit cerita pasal betapa buruknya rumah diorang. Nanti orang yang nak renovate rumah ni akan tinjau rumah yang dimaksudkan .Setiap rancangan tak silap ada 3 rumah yang diorang tinjau dan pilih rumah yang paling teruk sekali. Rumah macam puaka pun ada jugak. Confirm la rumah tu terpilih untuk di renovate. 



Korang subcribe Astro FYI HD ? Pernah tak tengok rancangan dekorasi ni ?

p/s: 

Sekarang ada channel lain lagi pasal dekorasi yang tak perlu nak tambah pakej bagai.Tak silap kena tambah RM8 untuk channel FYI ni dah ada lagi 4 channel lain.  Selagi boleh jimat kita jimat. hahahaha. Dan nak ilham dekorasi rumah boleh join FB page banyak dekorasi. hehehe



Friday, February 06, 2015

Pelapik untuk wardrobe dan kitchen kabinet @ MR D.I.Y , Tesco Setia Alam dan wishlist barangan IKEA

Hari ni baru nak cerita tujuan utama ke  MR D.I.Y , Tesco Setia Alam hari tu. Kira segmen deko @ elissmie.com lah hari ni yer :) Tujuan kesana sebenarnya untuk cari pelapik untuk saya alas dalam wardrobe baru my Nuha tu. Selalu saya lapik pakai surat khabar jer tapi hari tu ada terbaca kat blog mana ntah cakap dia beli pelapik kitchen kabinet di MR D.I.Y. 

Sekali pergi tengok memang ada jual, terus beli . Mula-mula beli 2 roll. Rupanya, tak cukup . Saiz dia 60 X 120 cm jer satu roll tu. Untuk keseluruhan wardrobe saya, kena guna 7 roll la lebih kurang. Malam tu pergi lagi sekali kesana untuk selesaikan misi wardrobe saya ni. 

Mula-mula beli corak bunga ros. Bagi nampak gegirl wardrobenya.hehehe

Ni yang kali kedua beli. Dah tak der design bunga ros yang saya beli mula-mula tu. Frust jugak tapi dah tak de pilihan belasah jer la corak oren dan strawberry ni. Satu roll ni RM4.50.

Yang ni setelah dipasang. Kertas ni belakang dia ada garis-garis so senang nak gunting tapi berpeluh ketiak jugak sebab  wardrobe saya ada macam-macam saiz kan. Yang lebih ada saya guna kat kitchen kabinet. Kat situ lipas asyik la makan kertas surat khabar saya. Dah macam-macam petua dah cuba untuk halau lipas tu tapi still ada jugak dia datang. Ada sesiapa boleh bagi tips lain? 


Dah alang-alang deko ni, moh la berangan sekali. Tak kena bayar. Bawah ni ada 4 barangan yang saya nak sangat beli kalau ke IKEA. Bila ntah nak pergi pulak tak tahu lah. Last sekali pergi beli papan hitam untuk my Nuha tu 2 tahun lepas.


Total burst berangan RM 1058.90 jer pun :p 

Yang ni memang dah lama sangat mengidam sebab saya rimas dengan bekas sudu atas table top tu. Lagipun memang ada space kat ruang dapur tu untuk pasang rod ni. 
Yang ni RM670 . Tak der pulak contoh gambar yang besar macam yang dalam wishlist tu tapi secara visualnya lebih kurang macam ni lah. Yang ni saya nak letak kat bilik ketiga yang bakal dijadikan separa stor dan separa bilik tetamu. 

Yang ni kerusi cum tangga untuk panjat nak simpan barang-barang kat kitchen kabinet yang belah atas. Selalu guna pakai tangga yang 5 step tu. Mak dah tak kuasa nak.hahaha



Lampu bunga tu untuk memang nak beli untuk bilik tidur my Nuha. Cantikkan comel terletak kat dinding macam tu. Sebabnya bilik nuha sekarang memang gelap gila dan terpaksa pasang lampu bilik air kedua bagi cerah sket. Maklumlah anak-anak mak dari kecik lagi diajar tidur dalam gelap dan ada cahaya lampu samar-samar. 


p/s:

Ok. Dah habis berangan. Ada sesiapa nak ke IKEA , nak kirim barang-barang kat atas..hehehe. Nak beli yang last sekali jer pun tapi terberangan banyak benda pulak .Ops! hahaha


Monday, January 26, 2015

Kos Built In Wardrobe Bilik Tidur Kedua

Tercapai jugak impian nak buat built in wardrobe untuk bilik tidur kedua. Bilik tidur my Nuha lah. Siapa lagi kan. Tak sabar jugak nak asingkan dia tempat tidur. Selagi bilik belum siap katanya selagi tu la dia tak nak tidur kat bilik sendiri. Sabar jer lah. Macam biasa , kali ni pun masih mengekalkan kontraktor sama yang buat Kabinet Dapur dan Kabinet TV rumah saya iaitu ABS Trend Master S/B.


Ini quotation untuk Wardrobe yang saya idamkan tu. RM35 sekaki untuk Wardrobe pintu melamin macam ni.Dapatlah diskaun RM100. Boleh la kan.


Lori sampai dalam pukul 10 pagi

Barang-barang sedang dipunggah keluar. 2 pekerja jer. 

Ingat nak makeover warna bilik dulu tapi tak sempat dah..

Kalau sorang-sorang memang tak leh buat kerja. Ada sorang tu pekerja sama yang datang pasang kitchen kabinet saya :) Dia pun masih ingat lagi.


Tengah pasang wall unit pulak. Yang ni RM165 sekaki. 


Dah nampak rupa. Tinggal pasang pintu pulak. Lepas dah siap, dia siap sapu seluruh almari dan sapu bilik. Tapi bilik tu hubby mop balik la kan macam biasa. hehehe

Tadda dah siap..Alhamdulillah. Dalam 3 jam jugak pemasangan dia. Mak suka dan puas hati sangat dengan hasil kerja diorang.

Katil pun dah sampai sebelum pasang wardrobe . My Nayla kemain posing atas katil kakak. Dia tak tahu , nanti dia pun akan disub kan ke bilik ni jugak nanti. hahaha

Minggu ni tak start lagi tidur bilik sendiri sebab tak kemas lagi bilik ni .Banyak barang yang dari bawah katil lama tak tahu nak campak mana. hahaha
Katil ni jenis pull out. RM 450. 


Ok. Kalau nak buat Built In Wardrobe jangan segan-segan contact mereka yer. Boleh minta quotation sekali :) 


ABS TREND MASTER SDN.BHD 
No. 81, Jalan Cokmar 1, Mutiara Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-3342 7660

SYAFIQ - 0133887671
NORFAEZAN-0133417660




Friday, August 29, 2014

Deko hari raya dan hari kemerdekaan di pejabat

Aci tak lagi cerita deko raya ni ? Nasib lah yer walaupun syawal dah berakhir. Tapi hujung minggu ni ada lagi open house kan dan jamuan raya gabungan jabatan kitorang hari ni. Tuan belog sibuk macam lebah pulak minggu ni. Malam semalam siap pergi ofiz sebab nak migrate server .Nasib baik sampai kul 10 malam lebih diorang suruh balik sebab estimated 1 hari siap rupanya dapat siap pukul 5 lebih pagi semalam.Alhamdulillah semua dah ok bila test! Tinggal lagi satu server tak sempat buat. Sekali lagi kena datang tengah malam nanti. Moga dipermudahkan.Aaaminn..


Mula-mula cerita raya jabatan kami...


Tuan pengarah pun ada sekali..


kami @ Jabatan Pembangunan Sistem



Try #Wefie sekali :p


Geng tudung Zawara in the ofiz :p


Ni geng tudung sugarscarf vs Zawara eh :p Silap, Bikaya :p


Geng Purple pulak


Nak selit jugak hari berkabungMalaysia hari tu 

Ini pulak hari raya pejabat kami...Macam biasa mestilah ada pertandingan deko booth. Macam tahun lepas, tahun ni pun deko ikut rumah sukan.



Merah juara tapi dari belakang..



Rumah saya, kalah tapi bukan erti mengalah. hahaha



Ini deko raya rumah juara.
Rumah Kuning



Ini pulak deko raya Naib Juara
Rumah Biru



Ini pulak deko raya yang ketiga, Rumah Hijau, rumah Ad



Kak Ema pun datang hari raya jabatan kami .


Gambar dirumah kuning berlatarbelakang rumah biru

With loyal advertiser ,Tauke Tupperware ni,  Wan :)

Sempena nak menyambut kemerdekaan yang ke 57, atas inisiatif sendiri kami kumpul duit beli bendera untuk hias ofiz. Maka terhasillah deko hari kemerdekaan .Terasa sangat patriotik pulak bila masuk ofiz. Lain macam perasaan tu kan.


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 !
#disinilahirnyasebuahcinta #malaysiamerdeka57
Kat ofiz korang ada deko sempena hari kemerdekaan tak?


Wednesday, July 23, 2014

Rod langsir kayu patah , spare part boleh beli kat PSM Home Centre @ Jalan Meru, Klang

Setelah hampir 3 tahun, rod langsir kayu saya ni berkhidmat, akhirnya kecundang jua minggu lepas. Pagi tu , my Nuha tengah tarik langsir, sekali bunyi bedebuk. Rupanya tombol rod dia sebelah kiri patah.Jenis asal yang kepala bulat tu. Mula-mula pergi kedai hardware belakang rumah, dia recommend satu kedai kat Jalan Meru,Klang iaitu PSM Home Centre. Kalau biasa lalu ke Setia Alam, akan nampak kedai ni kat belah depan Mc Donald's Klang Sentral tu.


Ni lah kedainya. 

Spare part yang dicari.Tombol rod langsir . RM 21 untuk sepasang lepas less 30% (Harga asal RM30). Ingat nak cari yang macam asal iaitu jenis bulat tapi tak der , so beli yang separuh ni jer lah. 

Ingat nak beli blind untuk dapur. Sampai sudah tak beli. Lepas ni boleh datang melawat sini lagi yer sayang.hehehe

Berkenan tengok para ini tapi harga 300-400 jugak satu set. Ikea ada jugak kan.

Best pulak tengok Momento Special Effect Paint ni. 
Lepas raya lah projek cat baru yer sayang . 

Close up sket. Cun kan ?

Macam-macam ada dalam PSM Home Centre, dari dapur, tandas , pintu , cat .Semua barangan keperluan rumah ada lah senang cerita. 

 Cantik Dilihat, 
Cantik Dipegang,
 Sekali Pecah, 
Duit Melayang :) 

Pantun tak jadi. Patutnya Cantik di Keleh :p ( Keleh = Lihat dalam loghat kelantan )



Korang pernah sampai PSM Home Centre @ Jalan Meru, Klang ?



Lot 5083, Off 5 Miles, Jalan Meru, 41050, Klang, Selangor 41050‎
Tel 03-3392 4685 /82
Fax 03-3392 4598

Alang-alang dah patah tu, moh ler kita basuh langsir.Seminggu hantar dobi baru siap basuh.Punya la ramai hantar langsir untuk raya katanya.
RM28.80 untuk langsir dan day curtain ni.


Seminggu buat langsir dengan cadar :p



Terima kasih my hubby tolong pasangkan langsir dan baiki rod yang patah tu :) Yeay dah boleh raya. Eh :p



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)