Showing posts with label bday org. Show all posts
Showing posts with label bday org. Show all posts

Tuesday, September 28, 2021

Sambutan Hari Lahir Nur Nayla Hazeeqa & my hubby 2021

Assalamualaikum. Hari ni kita kasi throwback lah .Sambutan birthday my Nayla untuk tahun 2021. Birthday my Nayla biasa berkongsi dengan my hubby je lah. hahaha. Nasib la birthday dekat -dekat . Tahun 2021, kebetulan ada kat kampung masa tu, sebelum MCO masa tu , sempat lah sambut birthday Nayla kat kampung dengan family my hubby. Lupa nak buh nama my hubby kat kek sekali. Sebab my Nayla yang pilih sendiri kek kan. hahaha. Ampun sayang. hahaha


My Nayla dengan kek pilihan dia 


Gambar family . Tengok siapa yang terlebih senyum


Pizza sponsored by anak buah my hubby. Tq Nina. Kawan dia katanya buat pizza tu. 


Dah kenapa muka kena pukul sorang-sorang ni. hahaha


Ok la last. Tu je gambar yang ada


Dah 8 tahun dah usia anak dara Ummi. 


Happy 8th Birthday Nayla. Kami doakan semoga Nur Nayla Hazeeqa menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti, menjadi contoh yang baik untuk adik, saling berkasih sayang sesama adik beradik dan tak selalu sangat sentap. hahaha. Semoga kejayaan selalu menjadi milik 'adik' dan setiap doa Ummi dan Abah akan selalu mengiringi setiap langkah adik. Ummi , Abah, Kakak dan adik sayang 'adik' sangat-sangat tau. Tetap 'adik' dihati Ummi selalu walau dah jadi kakak tetap panggil 'adik' . 






Untuk my hubby, happiest 42nd birthday. Tahun kedua dah 4 siri. Tahun depan eliss pulak 4 siri. hahaha. Semoga kita saling cinta menyintai kerana Allah sampai syurga abadi. Semoga cita-cita sayang tercapai dan setiap doa akan mengiringi setiap usaha yang sayang usahakan.  


Hadiah hari lahir tahun ni . Bijak kan beta tapi jarum jam tak bergerak dah . Nanti tolong baiki ye. Lagi satu, bila nak sambung mengecat rumah. hahahaha. Tak sabar dah nak pasang frame baru dan lampu retro kat bilik belakang tu. Slot deko @elissmie pun dah lama tak bersiaran. hahaha

Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak berhajat untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya.”  - Sahih Al Bukhari 


Friday, October 02, 2020

Lunch @ Secret Recipe, The Chicken Rice Guy & Cendol Pulut Laksa Utara Jitra Mai, Seksyen 7

Assalamualaikum. Ni bukan lunch sempena Pakatan Hari Jadi tapi Geng Bini Orang. Banyak kluster sahabat saya ni. hahaha. Tu belum masuk Geng Meja Bulat lagi tu. Jenuh nak buat majlis macam gini. hahaha. Kali ni meraikan birthday September babes iaitu saya dan Rai. Masa birthday saya , kitorang makan di Secret Recipe Seksyen 7 . Nak makan kek katanya tekak saya tu. hahaha. Terima kasih korang belanja mak makan . 


Geng Bini Orang


Beli 2 slices je kongsi2 . Tak boleh makan banyak-banyak kencing manis. hahaha. 


Ni saya punya 


Rai punya


Ziera punya. Yang Ad dan Kak Yat tak sempat nak snap dah. hahaha

Seterusnya birthday Rai, Rai ajak makan di  The Chicken Rice Guy, Seksyen 7 . Saya pernah tapau kat sini dulu tapi tak kena dengan selera pulak nasi ayamnya. Kali ni saya cuba Nasi Itik pulak. Ok , Nasi Itiknya lagi sedap dari Nasi Ayam. Peminat itik tegar namanya ni. Sekarang bini tokey Itik Telur. hahahaha . Tapi portionnya bagi saya agak kecil bagi yang berperut besar . Patut ada double Nasi Ayam / Itik dalam menunya. Yang tu sesuai la untuk berperut besar . 










Nasi Itik


Nasi Ayam


Wantan Goreng

 The Chicken Rice Guy 
Address: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Lepas dah makan habis licin sepinggan, eh boleh pulak ke Cendol Pulut Laksa Utara Jitra Mai pulak. hahaha. Tak reti kenyang ke macam mana tak tahu lah. hahaha. Pekena Cendol Tapai Pulut dan Laksa pulak. Tapi kongsi makan je lah. Sebab dah penuh perut kan. hahaha. Tapi tak habis gosip lagi kan. Bergambar pulak kat sini. Gitulah berakhir celebration birthday Rai hari tu. hahaha.


Efek kurus disitu



Makan kerana terpaksa. hahaha



Cendol pulut. Tapai sebelah. hahaha



Sedap makan time panas-panas. 


Happy Birthday Rai once again !

Jumpa lagi di celebration hari lahir seterusnya Geng Bini Orang. 


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. apabila disajikan makanan kepadanya, beliau bertanya tentang makanan itu: "Apakah hadiah atau sedekah?" Jikalau dikatakan sedekah, beliau mengatakan kepada sahabat-sahabat: "Makanlah!" dan beliau tidak turut memakannya. Kalau dikatakan hadiah, beliau mengambil dengan tangannya, lalu beliau makan bersama-sama. Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1211.

Wednesday, January 08, 2014

Happy 1st Birthday Nur Nayla Hazeeqa, pengalaman caesarean kali kedua


Hari ni tahun lepas sedang pening-pening di ofiz akibat tekanan darah yang meningkat yang sudah kekal darah tinggi hari ini. Lahirnya puteri kedua secara c-sect untuk kesekian kalinya jam 1019 pm.. Happy Birthday anje Ummi ,adik cendawan, koala bear Ummi, Nur Nayla Hazeeqa Yang Pertama. Semoga jadi anak yang solehah yang boleh menjamin kami ke syurgaMu Ya Allah.. Ummi, kakak dan Abah sayang adik ketat2 :* - Status FBku pagi ni

Tak sangka. Rasa macam baru semalam tulis kat blog pasal Pengalaman Casesarean kali kedua [ boleh baca balik kat sini ] . Rupa-rupanya dah setahun ianya berlaku. Cepat betul masa berlalu kan ? Budak yang panjang 49CM tu skang dah besar. 

Nur Nayla Hazeeqa. Dari halus mulus sekarang dah berisi sket. Tapi masih maintain duduk dalam newborn carseat. Dulu mandi dalam bekas tupperware, sekarang mandi kat sinki. Dah pandai hulur pipi bila sebut sayang. Dah pandai berebut barang dengan kakak. Dah pandai buat muka bila sebut busuk atau geram.Dah pandai merajuk. Tapi masih meraung lagi bila Ummi nak buat kerja. Koala bear Ummi ni. Adik jangan cepat sangat besar.Nanti Ummi rindu baby lagi terpaksa bagi adik kat Nayla pulak.hehehe. 

 Buat busuk . Ni lah rambut cendawan. Rambut baru bangun tidur..hehehe

 Buat geram


Pandai main masak-masak

Pandai merajuk
 Newborn carseat still muat
#benihbenihcintasaya

Happy 1st Birthday Nur Nayla Hazeeqa ! #partyishere



Wednesday, January 02, 2013

Bersalin awal tahun dan hari pertama tadika

Bukan saya yang bersalin awal tahun, tapi ibu mertua saya, 34 tahun yang dulu :) Terima kasih mak sebab lahirkan kekasih hati dunia akhirat saya 34 tahun lalu dengan penuh kepayahan dan kasih sayang. 



Sayang, selamat hari lahir yang ke 34. I love you more than anythings in the whole wide world. Semoga apa yang sayang citakan tahun 2013 ni akan menjadi kenyataan. Sayang, di setiap hela nafasku hanya ada dirimu.Semoga dirimu senantiasa ada untukku dan menjadi pelindungku dunia dan akhirat  :* 308 kali 

p/s: 

Hadiah hari lahir tunggu bulan depan yer :)  In sya Allah, 5 Feb depan :)


 My Nuha, selamat bersekolah tadika. Belajar rajin-rajin :) Jangan manja-manja dah sebab tak lama lagi dah nak jadi kakak :)

p/s:

Tahun ni 2013 berkesempatan untuk gosok baju sekolah anak buat pertama kalinya :)


 Korang pulak hari apa yang bermakna pada awal tahun 2013 ni ?


Thursday, November 24, 2011

Misteri Kotak Besar Kat Ofiz ?

Ok, ini bukan cerita seram :p Minggu ni, setiap hari orang lalu depan partition me akan tanya ? Apa ni? Peti Ais ker? Semua macam nak tahu sangat apa yang ada dalam tu kan. Ok, hari ni me nak reveal lah, sebab kotak tu pun dah selamat diangkut oleh my hubby semalam. Tq darling ! Jom kita tengok kotak besar sebelum dipindahkan semalam.Cuba korang teka !!Jangan tengok dulu :p





Sebenarnya kotak besar ini adalah




-






-



-





-



-






-





-



-



-






-





-



Jeng jeng jeng 

pssst: Abaikan batang-batang cat yang tak simpan lagi sebab ada dinding tak tercat lagi :)


Taddaaaa....



Red Ferrari you in the house ! Jom tengok Model Ferrari tersopan abad ini !




 
Duduk bersimpuh tak boleh tahan



Abah pakaikan seatbelt dulu ! Safety first !


Peace yo !!


Vrooooooooooommmmmmmmmmmmmm..


Actually ni hadiah birthday dari hubby and me [nak jugak kredit :p] untuk my Nuha sempena birthday dia yang ke 3 hari tu. Dah la celebration pun tumpang majlis ayah mertuakan, hadiah pulak lambat :p Tapi better late than never kan nak ! :p


Me beli melalui carian di mudah.com. Bawah ni dia punya spec la, credit to : here . Servis memang terbaik sebab me order Jumaat , Isnin dah sampai. Tu pun sebab stok habis hari jumaat tu. Kalo tak rasanya, jumaat tu terus dah sampai kot.Siap follow up balik tanya dah sampai ker tak.Memang betul-betul memuaskan . Tapi hubby pening jugak kepala semalam sebab nak kena pasang kereta tu:p Ingat dah assemble siap-siap. Seb baik setelah bertungkus lumus baca manual, setengah jam ajer dah siap pun pasang.

Price : RM 350 + RM30(Pos servis - kanggaro ) 

Kereta Mini Ferrari F430 berbateri 6Volt BERWARNA BARU di dalam kotak!



Ciri-ciri:

1. Boleh di laraskan
( ke depan dan belakang, membuat
pusingan ke kiri dan kanan)
2. Bateri boleh di cas semula 'penjimatan elektrik'
3.Set lengkap di dalam kotak termasuk charges, remote disediakan
4. lampu bercayaha di hadapan & belakang
5. Sesuai dijadikan hadiah yang unik untuk kanak² berumur 1-6tahun.
6. Max. speed: 3km/h
7.Max. loading: 30kg
8.Product size: 91 x 60 x 52cm


** Ada music jugak tau, so naik boleh dengar lagu dan bila nak start enjin tu, bunyi dia macam kereta btol tapi me rasa tu bunyi yang dah dirakam kat situ lah :p

Bagi yang berminat boleh berhubung dengan : Cikgu hafiz Toy Bike and Car Mini Interprise: 0134563419


pssst :


Kecik-kecik lagi dah dapat kereta ferrari :p Kereta ni nama dia HD - Hasad Dengki ? Kah kah kah.
No Plate dia ada mirip2 dengan no plate motor Abah dia yang baru :p




Tuesday, November 22, 2011

Pekena Steamboat @ Johnny's Restaurant , siap tak cukup gitu :p

Hari ni lambat sket bersiaran sebab nak bawak korang menikmati jalan-jalan cari makan di elissmie. Kang kalo publish awal-awal, ada yang tak makan lagi, menjejes pulak air liur. Ni aktiviti makan-makan pakatan hari lahir yang terakhir untuk tahun ni. Lepas ni bayar sendiri sendiri pulak la kalo nak kuar makan-makan. Tak gitu geng pakatan hari lahir? :p


Kali ni sambut birthday Ad pulak [Semoga panjang umur dan murah rezeki yer Ad] .Pilihan dia kali ni, sama macam Kak Ema last year ;p Johnny's Restaurant


Venue :  Johnny's Restaurant   Lot G22, Jusco Bukit Raja Shopping Centre,
Persiaran Bukit Raja Klang,
Bandar Baru Klang,
41150 Klang, Selangor.

TEL : 03-33416182 FAX : 33419182
Business Hours: 10.30am – 10.30pm (Sunday to Friday)
10.30am – 11pm (Saturday)

Lokasi branch lain, boleh rujuk [sini yer]


Jom la layan gambar deko dan makanan yang sempat me amik. Lepas tu tak dan lah, sebab masing-masing laju ajer makan sampai titisan kuah yang terakhir [ok , exaggerate kat situ :p]


 Deko ala-ala Bali


Waiter dia yang tak silap ada assistant manager kat situ yang sabar melayan karenah kami :p Tq yer :)


Tuan Tanah sedang memilih order menggunakan kuasa veto :p


Ad kelentong apa ntah kat Niza, siap terpejam-pejam mata..hahaha


Kak Ema pun tertidur sebelah me :p


 Buku menu & tisu :p


close up sket

Sebelum diisi kuah tomyam


  
Setelah segala mak nenek dimasukkan untuk distimkan :p

Moral of the day : Jangan minum kuah steamboat banyak-banyak nanti cepat kenyang. Tapi jangan tak hirup kuah sangat sebab nanti rasa tak kenyang. hahaha. Kali ketiga pergi nanti, kena order lagi banyak kot ;p

p/s: 

My Nuha tanya, kenapa dalam gambar kat atas ni dia tak ada. Katanya sampai hati Ummi tak bawak dia. Abah dia kata, lenkali Abah dia bawak pergi situ :) hehehe. Jom sayang, bila? :p lalalalariksss

Korang suka tak makan steamboat?

  

Wednesday, November 16, 2011

Motor idaman my hubby, sudah pun booking

Nak kata idaman, rasanya tak sampai tahap idaman dia lagi sebab yang dia nak CC lagi besar dari yang ini. Tapi buat masa ni, ini ajer termampu me belikan untuk my hubby.Kiranya ni hadiah hari lahir untuk my hubby yang ke 32 tahun, awal tahun depan la. (2.1.2012) Boleh gitu sayang? hahaha. lariksss 


Jom la kita layan gambar yang me amik time pergi booking motor hari tu. Untuk booking kena bayar cuma RM1000.Selebihnya bayar masa nak amik motor nanti.Plate pun siap booking sekali. No plate WWC. Masih tak tahu lagi nak letak nama apa WWC my hubby ni :p Kalo CBR, Cinta Bersulam Rindukan :) Warna Warna Cintakah? or Wordless Wednesday Chenta ;p Cuba korang fikir sama :p


Ni tempat beli motor , warna dinding sama dengan bilik tidur kitorang..hahaha, sempat lagi me tengok :p

Address:No 133,Jln Cokmar1,Mutiara Bukit Raja,Off Jln Meru,Klang
Phone No:0333428321
Fax No:    0333428322

Harus posing dulu depan kedai ;p



Ni lah motornya :) Kawasaki Ninja 250 . Tapi ni warna hijau..


Yang diorder adalah warna merah hitam ni, cun tak ? credit to here.


My Nuha pun nak cuba naik .Dia pun siap mintak Abah dia belikan motor jugak.
Dalam tu ada motor kecik dalam RM400++. 
Tapi Abah dia dah janji nak belikan kereta remote terus dia diam :p

Tengah menunggu harga motor. Berapa lah isteriku nak kena bayar ni yer :p


My Nuha sibuk nak peace semasa proses booking !



Korang ada motor idaman hati?

p/s:

My hubby cakap kat me, nanti dia belikan full face helmet untuk me, so boleh la pergi dating berdua naik motor ni.My Nuha kita tinggal kat rumah pengasuh yer Sayang :p

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)