Showing posts with label JJCM Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label JJCM Shah Alam. Show all posts

Tuesday, September 22, 2020

Lunch @ Mr Dakgalbi Central i-City Shah Alam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry throwback je lah hari ni sempena Pakatan Hari Jadi 2019 yang tertunda. Birthday yang terakhir of coz lah, darling babe yang bongsu, Ad. Kali ni dia pilih makan di Mr Dakgalbi ,I-City Central Shah Alam . Jom lah makan makanan korea kekdahnya. Sebelah kedai ni kedai Chicken Plus +, korang boleh order makanan kedai sebelah jugak sebenarnya sebab owner dua kedai ni sama. So nak banyak pilihan boleh makan kat sini. hahaha



Yang diraikan , Ad 


Yang meraikan, Datin Ema and me


Yang meraikan tanpa mask. Dah macam aksesori mask tu kan. 



Mestilah ada gambar berempat. Baru pakatan hari jadi namanya



Dah pegang sudip tu tak sabar nak makan la tu


Sebelum digaul mesra oleh chef 


Close up sket 


Tadda...Fried Rice with Cheese.  Separuh lagi bahan untuk hidangan seterusnya


Yang ni ramen pulak . Ramen with Cheese. 


Sidedish yang ada . Sayur2 dan kimchi. Alhamdulillah habis licin . Terima kasih Ad. Jumpa lagi untuk pakatan hari lahir seterusnya tahun 2020 pulak. Nak makan kemana pulak kita. 

Mr. Dakgalbi Central i-City Shah Alam
Address: L3-32, L3-33, Central i-City, No. 1, Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
 Jalan Plumbum 7/102, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor


Daripada Ka‘ab bin Malik RA katanya, “Aku melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari, apabila selesai, Baginda menjilat jarinya.”
(Riwayat Muslim)

Friday, December 20, 2019

Baby Shower & Birthday Treats @ The Chicken Rice Shop iCity Central , Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ni beberapa minggu lepas ni. Baru ada kelapangan nak update. Maklumlah baru balik bercuti tak ingat dunia kat kampung. Ad pun dah selamat melahirkan bayi lelaki semalam kat Hospital Kuala Pilah. Ni kitorang keluar makan kononnya Baby Shower dan Birthday Rai & Ad. 



Apa-apa posing dulu


Terima kasih la adik Doktor Hospital Shah Alam yang tolong amikkan gambar makcik2. 
Rasanya Doktor Pelatih. Mula-mula ingat pekerja AEON. Sekali Hospital Shah Alam. hahaha 


Yang diraikan


Happy birthday !!


Happy Birthday Ad. Don’t ever change! Stay as amazing as you are, my friend!


Wherever your feet may take, whatever endeavor you lay hands on. It will always be successful. Happy birthday Rai !



Mak terasa nak makan mee wantan


Ni ziera punya apantah namanya. 


My all time favourite Pai Tee


Spring Rolls. Makanan yang lain tak sempat dah nak snap. Mak dah lapar. hahaha

Tunggu Ad cuti habis cuti bersalin untuk sambut birthday dia pulak team Pakatan Hari Jadi yang tertangguh. hehe. Dah nak hujung tahun. Sibuk dengan persedian sekolah anak-anak pulak. Korang dah habis ke berbelanja duit bonus tu? Sekelip mata je dah habis shopping baju sekolah anak-anak. huhuhu. 

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, October 30, 2019

Lunch @ Jombali Plaza Shah Alam, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. JJCM kali ni sempena sambutan birthday untuk Kak Ema. Kak Ema memilih tempat makan di Plaza Shah Alam. Lokasinya adalah di Jombali. Ni outlet yang baru buka di Plaza Shah Alam.Kena turun tangga sampai bawah untuk ke kedai makan ni.

Hari tu saya pilih untuk makan Asam Pedas siakap. Kak Ema pun nak makan yang sama. Ad pulak Asam Pedas seafood. Ida je pilih untuk makan Nasi Goreng Daging Lada Hitam. Overall , makanan sedap dan servis pun cepat. Oh satu lagi, tauhu bakar. Sedap jugak. Kuah macam sotong kangkung gitu. Makan panas-panas pulak tapi lupa nak snap pulak.


Sebelum tu bergambar dulu 


Bergambar selepas dah kenyang sebenarnya


Banyak manager dia amikkan gambar . Kita letak je la semua. haha


Sedia untuk dimakan .


Close up Asam Pedas Siakap. Asam pedasnya rasa macam termasin sikit dan kurang masam. Kalau tambah sikit masam lagi kick. Apapun abes licin je saya makan


Nasi putih lengkap dengan ulam timun, pajeri nenas, papadom dan telur masin. Asalnya set tu nasi hujan panas tapi saya request nasi putih baru kena dengan Asam Pedas kan


Yang ni Kak Ema ulang makan hari ni. Nasi goreng Ayam Berempah dengan percuma air serai katanya 


Promosi lunch


Promosi  dinner


Oh tertinggal satu lagi gambar. Lepas ni nak makan apa pulak yer? Tunggu Mak Yong buat pilihan pulak sempena birthday dia bulan November nanti. 

Apapun Terima kasih kak Ema belanja kami makan. We love u so strong lah :) Siap ole-ole dari Jepun lagi dan hadiah birthday. 

Friday, October 11, 2019

Lunch @ Nasi Hadramot Shah Alam (Concorde Hotel)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mengakhiri minggu ni dengan entry JJCM. JJCM @ elissmie antara entry yang paling banyak peminat di elissmie.com. Ni JJCM throwback tahun lepas .Tahun lepas kan mood swing sebab mengandung kan. Tak per . Biar lambat asal keluar gitu postnya. Kena up sebab orang belanja. Alhamdulillah. Kali ni pilihan makanan ala arab gitu. Nasi Arab lah apa lagi kan.


Nasi Arab . Sedap. Daging kambing lembut dan ayam juicy. 


Ntah apa nama rotinya. Dah hilang ingatan. haha


Hadramot Salad


Menu lain yang ada . Ni kategori Soups & Salad. 


Yang ni Main Meals 


Appertizers


Sesuai ni berdiet. Grills



Bukan nasi je ada. Pasta, pizza dam sandwic pun ada 


Pilihan minuman yang ada


Yang tukang belanja kena tutup atas permintaan. Terima kasih la tukang belanja. haha

Overall, makanan sedap dan portion banyak . Siap tapau pulak lepas tu. Dah la orang belanja. Tempat makan pun memang selesa la. Dalam hotel kot. hahaha. Nak privacy memang sesuai lah makan kat sini. 


Nasi Hadramot Shah Alam (Concorde Hotel)
Address: 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu perniagaan : 
10 am - 2 am
Phone: 03-5510 239

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).

Wednesday, September 25, 2019

Lunch @ Bawal Padu, Seksyen 16, Alam Avenue, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama tak ada entry JJCM @ elissmie kan. Kali ni kita belanja lunch di Bawal Padu, Seksyen 16 , Alam Avenue, Shah Alam. Dah lama dah ni . Tak silap awal tahun hari tu tapi tak sempat pulak nak tulisnya. Dah 2 kali dah jejak makan kat sini. Tahu pasal kedai ni sebab viral dekat fb page Shah Alam Residen (tak suka ban orang). So moh la kita try satu kali. 


Setnya adalah Nasi Putih , ulaman dan sambal. Saya order Set Sotong Bakar RM 16. Sotongnya besar . Dihidangkan dengan 3 pencicah pelengkap rasa. Lembut dan juicy rasa sotong. 

Pilihan air yang ada 


Pilihan menu yang ada

 Ayam Goreng Kunyit RM 7


Ayam Bakar RM 13


Kambing Bakar RM 15


Ikan Keli Goreng RM 9 


Sotong Celup Tepung RM 16


Ikan Talapia Goreng RM 13


Yang ni lah  Bawal Padu RM 15

Gambar yang tiada watermark credit kepada owner Bawal Padu yang saya dapat dari group fb page Shah Alam Residen (tak suka ban orang). Terima kasih :) 

 

Ambience dalam Bawal Padu, simple je. Overall, makan sedap dan harga pun ok.

 

Alamat nya kalau nak terjah kang. Sebelah Hijrah Couture je.



Selit sekali sambutan hari lahir yang unit saya buat untuk saya hari tu.
 Terima kasih uollss. Love you alls. 


Close up sket :) 


Hadiah bunga dari Kak Yat, Rai dan Ziera. Tq uolss...


Kek Hi-Fibre Cream Cheese sponsor dari boz . Tq boz. 

Menjaga Rahsia. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seburuk-buruk manusia disisi Allah Taala dari segi kedudukan pada hari kiamat ialah suami yang menyebarkan rahsia isterinya selepas disetubuhinya.”(Hadith Riwayat Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)