Showing posts with label JJCM KL. Show all posts
Showing posts with label JJCM KL. Show all posts

Monday, May 11, 2015

FoodTruck Fest 2015 @ UiTM Shah Alam

Hari ni cerita pasal makan lagi. Again? Hahaha. Sorry.Ni kejadian bulan lepas, ada FoodTruck Fest 2015 kat Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam. Maka, boleh la cuba makanan yang lain selain makanan kafe kat bawah ofiz ni. Jemu kot duk mengadap makanan sama dah hampir 8 tahun kerja sini.Hari ni ada GST pulak tu kat kafe ofiz ni. hahahuhu. Tak tau nak gelak ke nak nanges . Esok kena bawa bekal macam gini.


Nasi segenggam, ikan keli seekor dan sayur-sayuran RM5.10 (Sebelum GST RM4.80)

Ok la habis cerita pasal kafe tu. Cerita pasal FoodTruck Fest 2015 yang konsepnya adalah menjual makanan terus dari trak . Nak kata trak tak der la trak sangat tapi van la kot. hehehe. Antara foodtruck yang mengambil bahagian seperti kat bawah ni :-

1) Pasta La Pasta
Facebook : https://www.facebook.com/pastalapastadotcom
Insta : https://i.instagram.com/pasta.la.pasta/
Lokasi biasa :  Jalan 1/23A, Off Jalan Genting Klang, Setapak
Tel : 013-237 2412


Saya makan Chicken Bolognese, kuah agak cair sedikit tapi kalau lapar habis jer. hahaha. Harga ok RM5.50 tak silap.


2) CP Cooks
Facebook : https://www.facebook.com/cp.cooks19
Insta : http://instagram.com/cp_cooks
Lokasi biasa : 6pm to 11pm at Celcom Center Seksyen 9 Shah Alam.
Tel : 013-271 1176



Saya order Chicken Quesadillas. Ok, not bad rasa dia tapi RM9 rasa macam mahal sket.

3) Little Fat Duck
Facebook: https://www.facebook.com/littlefatduckmalaysia
Insta http://instagram.com/littlefatduckmalaysia
Lokasi biasa :
SS15 (Pasar Open Air Parking)
Little Fat Duck : Highway Gourmet
Opening Hours : Everyday (except Tuesdays) 8pm - 12am

1 Utama Shopping Centre(Old Wing LGK 103)
Little Fat Duck : Express Gourmet
Opening Hours : Everyday 10am - 10pm
Tel : 03-5613 2087



4) DS Tajima
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Tajima-Burger/527304313994264
Lokasi biasa :
Steam n' Grill Homemade Burger (Call 010-824 1082)
(Location Landmark: Petronas NGV Ara Damansara/Citta Mall/Air Port Subang/TESCO Xtra Ara Damansara)
Tel : 010-824 1082

 

5) Big Hug Burger
Facebook:https://www.facebook.com/BigHugBurgers
Lokasi biasa :CT-G-03, Subang Square Corporate Tower, Jalan SS15/4G, Subang Jaya, Selangor, Petaling Jaya, Malaysia
Break from 4pm to 6pm.
Tel : 03-5613 4788

Teringat menu dia Soft Shell Burger tak sempat try sebab 2 hari jer event ni.

6)The Cheff Teddy's Kitchen
Facebook : https://www.facebook.com/chefteddykitchen?_rdr
Tel : 6016 9030 711



Credit  : https://instagram.com/foodtruck_fest/

Korang pernah cuba makan kat foodtruck kat atas ni ? 


Wednesday, February 04, 2015

Mee Kolok Goreng Udang @ Dapur Sarawak,Jln Sarikei , Kuala Lumpur

Hari ni JJCM @ elissmie.com di Kuala Lumpur. Tak silap bulan lepas kitorang datang sini. Tekak rasa nak makan makanan sarawak, moh ler kita ke Dapur Sarawak . Nak pergi Sarawak tak tahu bila kan. Pernah dulu makan Laksa Sarawak tapi tak kena dengan tekak saya pulak tapi saya teringin nak makan Mee Kolok. Tak banyak sangat tempat nak makan sebab satu pintu jer kedai dia tapi boleh makan belah dalam dan belah luar. Nasib baik hari tu sampai-sampai ada lagi meja kosong.

Bergambar bersama pemiliknya , pelakon Mahmud Ali Basha. Boleh la dari jauh pun.kekeke. 
Tragedi Aaron Aziz berulang kembali. 

Deko barangan dari Sarawak

Kak Long dan my Nuha

Cashier. Kek lapis Sarawak pun ada jual. 

 Harga minuman. Memang berpatutan

Harga makanan pun paling mahal RM11 jer kalau tak silap

Ini yang Kak Long dan my hubby makan. Laksa Sarawak RM7
Saya bukan penggemar laksa sarawak so bagi saya kalau nak rasa yang bau jamu tu, memang ini lah laksanya..hehehe

Saya punya Mee Kolok Goreng Udang RM8.50. Sedap macam meggi goreng tekstur mee dia. 

Mee goreng my Nuha. Pun sedap tapi tak sama rasa dengan mee kolok goreng tu.  RM 4.50. 


Korang suka makan makanan sarawak ? Kalau suka, boleh la menikmati hidangan dari Sarawak di Dapur Sarawak ni yer. Lain kali rasa nak try nasi aruk ( nasi goreng) buah dabai tu pulak.



Alamat : 
No.19, Jln Sarikei off Jln Pahang( Belakang Hospital Tawakal )
HP 0166105858 / 0143652325
Waktu Operasi:  10.00 Pagi - 10.00 Mlm (ISNIN Hingga SABTU) AHAD CUTI
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Restoran-Dapur-Sarawak/144268825600110



Wednesday, September 03, 2014

Lunch @ Black Canyon, Aeon AU2 dan FM Petronas Twin Tower Malaysia

Memulakan hari baru minggu ini dengan JJCM@ elissmie.com. Hari ni baru dapat bernafas sebab sistem dah siap sepenuhnya.Delay sebab skrin saya jer seketul tak siap.hahaha. Petang ni pulak, sambungan server yang malam hari tu. Nasib baik petang. Tak perlu datang malam dah.

Ni JJCM dua minggu lepas. Pergi KL sebab my hubby kena daftar untuk event COSH 2014 yang berlangsung di KLCC. Setiap tahun memang dia pergi event ini. So lepak rumah Long di KL then JJCM hari Ahad sebelum daftar di Hotel Impiana.Lokasi makan kali ni di Black Canyon, Aeon AU2 . Pernah makan restoren ni tapi cawangan lain iaitu di Centre Point Damansara.

Haruslah #wefie dulu . 

#wefie dari belah kanan pulak. 
Terima kasih Long. Tukang belanja :) 

Long suh tayang cincin dia :p 

My Nayla seronok dapat pinggan dan sudu garfu plastik

Ruang memasak

Kami order set D RM41.90 ++

Stir fried chicken with cashew nut
                                       
 Nasi putih

Chicken Green Curry

Stir Fried Mix Vegetables in Oyster Sauce

Spicy Glass Noodles Salad

Yang ni my Nuha punya.



Alamat :

G71, Gnd Flr Aeon AU2 Shopping Center, 6,
Jalan Taman Setiawangsa (Jalan 37156),
AU2 Bandar Baru Ampang, 54200, Kuala Lumpur

Tel : 03 - 4251 2328 Fax: 03 - 42515329

Korang pernah lunch di Black Canyon ? Menu apa yang korang suka ? #jjcm #makanbest #foodies

Ni pulak di Hotel Impiana tengah tunggu my hubby daftar untuk COSH 2014

tak habis lagi #wefie. Macam nak kena beli jer monopod ni..hahaha

Sempat pow my hubby di Hotel Impiana. RM19 seketul..hahaha.Tak tahu pulak mahal sangat . Kalau tahu tak amik :p Orang nak belanja, terima saja

Bukan hadiah birthday in advance kan sayang ??? hahaha..


Nak ni boleh ? hahaha. rayuan hadiah hari lahir di blog nama dia :p


Thursday, July 03, 2014

Terlepas sahur , FM dari Mekah dan Supper @ Concorde Inn

Pagi tadi terlepas sahur. Yang paling kesian my Nuha sebab dia beriya-riya nak sahur dengan balance tom yam ayam malam tadi. Malam tadi makan siap bertambah-tambah sebab tom yam ayam tu antara lauk kegemaran dia dan ummi dia juga :p Tapi dia nak puasa jugak. Bila di selidik, rupanya dia takut tak dapat hadiah dari kami kalau tak puasa hari ni. Rupanya tu kekuatan dia selama beberapa hari berpuasa ni. Tadi dia pulangkan paku buah keras, bukannya mati pun kalau puasa !! hahaha . Sekejap lepas tu, Ummi, kakak lapar..hahaha.Kalau dia mampu bertahan, tak tahu lah. Tadi dah pesan kat cikgu kalau dia lapar bagi dia berbuka.

Ni FM dari Mekah yang saya dapat dari kazen my hubby yang pergi menunaikan umrah hari tu.Diorang pergi umrah dengan kereta sebab sekarang bekerja di Qatar. Untungnya.Terima kasih Mie dan Jue :)


Banyak FM saya yang dah terkorban :((


Baru-baru ni , diorang pulang Malaysia 3 minggu bercuti. So kitorang jumpa diorang dulu sebelum berangkat balik ke Qatar.Macam tahun lepas jugak, kami jumpa di Concorde Inn dan supper di Melting Pot . Diorang ni jumpa setahun sekali tapi cepat mesra. Mungkin ada hubungan darah kat situ kan :) Dah la muka iras-iras ajer :)

Di Melting pot, orderkan anak-anak banana boat ! RM7.90 untuk 3 skop aiskrim dan pisam..hurmmm...

Damia dan Nayla 



Kemain posing masing-masing tak nak kalah

Humairah, Nuha dan Damia


Kaum bapa pun nak posing :p Dua-dua kurus masa pertama kali ku kenali , sekarang dua-dua dah bam bam..lalalalarikssss :p


Selain FM, dapat perfume sekali :)

Baju ni untuk my Nuha. 


Ok..Sampai sini dulu ! Selamat berbuka yer :) Harap-harap jalam tak jem tapi hari ni hubby cakap beli jer lauk tak yah masak tapi ruginya pahala memasak untuk orang puasa !


Friday, May 30, 2014

Lunch @ Mee Tarik Warisan Asli , Dang Wangi

Selepas hantar my Ma & Abah naik bas kat Hentian Putra Ahad lepas, kami pergi Sogo.Ramai orang dah shopping untuk hari raya rasanya. Lepas dah habis shopping kat sogo, beli baju dan kasut anak-anak ajer. Bukan untuk hari raya pun tapi baju harian.

Dua beradik ni berposing dengan kasut baru. Kasut umminya jer yang kurang baru :p


 Lepas tu kami lunch di Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Jalan Dang Wangi bagi slot JJCM @ elissmie.com untuk hari ini. 

 Lanzhou beef noodles soup, berasal dari Dinasti Tang katanya...

Cashier

Owner Mee Tarik Warisan Asli Muslim China

Menu untuk Menu Mee Sup

 Menu untuk Menu Nasi

Menu untuk lauk pauk


Menu untuk Menu Mee Basah ( Wet Mee) 


Menu ayam 

Pilihan air

Ini yang kami order

Dekorasi ruang makan yang simple 

My Nuha berposing dengan Ayah Long 

Mak Long sekali ...

My beloved hubby and me.. Tengok aksi nayla kat tepi tu..

Kepala mesti senget..pengaruh Ummi :p

Amik gambar dia pulak sorang-sorang

Nasib baik behave sepanjang makan .. Kat rumah susah nak duduk dalam kerusi makan.

Comel sangat lah tu posing macam tu..hehehe 

Servis ok. Tak sangka satu portion tu boleh makan untuk 2 orang. Senak perut nak habiskan . Waktu menunggu pun tak lama sangat. Makanan pun boleh lah makan. Mee dia memang tak sama dengan mee kuning . Memang mee dia recommended.


Wet Mee Fried Mushroom and Beef
RM9.80

Egg Fried Rice 
RM6

 Rice Fried Green Pepper and Beef 
RM 8.80
Rice with Mushroom and Beef
RM8.80

  Ada budak dah kenyang.. Sepanjang kitorang makan dia bantai tidur :p 


Korang pernah makan kat sini ? 


Mee Tarik Warisan Asli
No. 14-20G Jalan Dang Wangi
50100 Kuala Lumpur +60326021978
 (Coordinates: E101° 42' 1.0" N3° 9' 21.2")


Jom beli tupperware  : [ klik sini]

Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)