Thursday, April 06, 2023

Hari Pengumpulan & Pengambilan Baju Sekolah & Baju Raya Anjuran Biro Kebajikan Jakes 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ni pun entry throwback lah jugak. Untuk tahun ni, saya dilantik sebagai salah seorang AJK Jakes ( Jawatankuasa Kebajikan Dan Kesejahteraan Staf Jabatan Infostruktur) dibawah Biro Kebajikan. Salah satu program yang dijalankan adalah pengumpulan baju sekolah dan baju raya  untuk kegunaan staf jabatan kami dan kalau dah tak ada yang ambil kami serahkan kepada pusat kebajikan.  Saya designkan banner guna canva. Mana yang belum pernah guna, boleh rujuk tutorial ni. Memang mudah je. 







Alhamdulillah banyak juga baju yang dikumpul dan masih boleh digunakan lagi. Boleh jimat juga untuk beli baju sekolah. Baju raya pun cantik-cantik lagi. Banyak boleh jimat dan boleh guna duit beli keperluan persekolahan yang lain. Betullah arwah datuk saya belah mat salleh cakap : 

One man's trash is another man's treasure' means: What is useless to one person is valuable to another.

Semoga tahun depan boleh diteruskan lagi aktiviti ni.Lagi lagi tahun ni, baju sekolah dan baju raya dekat-dekat tarikhnya nak kena beli kan. 

Apa pendapat korang tentang aktiviti pengumpulan baju sekolah dan baju raya macam ni? 
Muhammad bin Abi Umar al-Makki telah mengkhabarkan kepada kami, Abdul Aziz ad-Darawardy telah mengkhabarkan kepada kami, daripada Yazid bin al-Had, daripada Ibrahim daripada Isa bin Talhah, daripada Abu Hurairah RA,  bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seseorang hamba apabila mengucapkan sesuatu perkataan tanpa diteliti akan kebenarannya, akan membuatkannya terjerumus ke dalam neraka yang dalamnya sejauh antara jarak timur ke barat." (Muttafaqun Alayhi, hadith riwayat Al-Bukhari, No. 6477, Muslim, No. 2988, Ahmad, No. 8567, lafaz hadith riwayat Muslim) 

Sumber : http://myhadith.islam.gov.my/viewhadiths.php?id=947

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)