Tuesday, December 29, 2020

13th Anniversary Celebration @ Swiss Garden Residence Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, pada 14 Oktober yang lepas genap 13 tahun usia perkahwinan kami . Happy Anniversary yang ke 13 Sayang. Dah 13 tahun alam perkahwinan. Dah tingkatan 1 tu. Semoga terus menyintaimu sampai PHD sayang ❤️ Tak cukup PHD kita saling berkasih sayang di syurga pulak In Sya Allah. Semoga hubungan ini diberkati dan dirahmati Allah selalu. Terima kasih menyintaiku seadanya sebagaimana aku turut menyintaimu sayang ❤️ I love you sayang much more than you imagine ❤️

Memandangkan waktu check in pukul 3 petang. Hampir pukul 2 jugak baru kami bertolak ke rumah Long di KL. Sampai pun dalam 2 lebih then terus ke hotel Swiss Garden Residence Kuala Lumpur untuk check in. Ngam boleh check in. Sekali masa check in diorang cakap pool tak boleh guna due to Covid 19. Berhuhu lah anak-anak sebab diorang ni memang nak mandi kolam. Dah la tak sabar, alih-alih macam ni pulak. Masa booking, Long pun tak perasan pool tak boleh guna. Kena repeat kat tempat lain la ni. Tahun depan yer anak-anak. hahaha


Kami booking yang ni. Premier Two- Bedroom Suite. Tambah tilam RM40. Siap datang dengan katil sekali. haha. 


Posing dulu sementara diorang check in. haha


Jom check in at the heart of Kuala Lumpur ni. Tingkat 29 tuh . 


Posing dalam lif dulu satu kali. Ada 36 tingkat kat sini. 


Harus check bilik tidur dulu. Dua-dua bilik sama twin bed.


Ruang tamu lengkap dengan sofa dan tv dan set meja makan. 


Ruangan dapur. Memang lengkap la. Ada fridge, dapur dan mesin basuh sekali. 


Bilik mandi tak ada bath tub. Kalau ada tak lah ralat kan tak boleh mandi kolam. haha


Bilik air. Tak best sebab bidet je tak ada hos. Macam tak puas gitu kan. haha.
Melayu kampung sangat kekdahnya. 


Tu tilam tambahan yang kami request. Siap dengan katil lagi . 

Posing la dulu suami isteri feeling-feeling tak ada anak. Bila lagi kan. Kata anniversary. 


Tak kan satu kan. Sekurang-kurang dua. Kaki my hubby tu terseliuh masa kat Tanah Aina. Sabar je la. 

Ok last . hahaha. Harap ok la sebelum balik kampung nanti. 


Ni wefie baru nampak muka setalam kat blog . haha


Bergambar satu keluarga pulak. Macam kena dera muka sorang-sorang


Dengan tambahan Long & Kak Long


Bawak level 6 tengok kolam. haha


Ada playground. Boleh la kasi enjoy sket budak-budak ni. haha .
Playground ni satu level dengan Gym dan Kolam kat level 6. 


Gym ada dan buka je 


Selfie sampai lebam. haha


Wefie dengan My Nayla


Wefie dengan My Nuha


Actually diorang ni sambut Anniversary ke 17 pada 25 Disember yang lepas. Happy Anniversary korang , Semoga berbahagia sampai syurga . Tq korang ajak kami anak beranak menempel. hahaha

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]

8 Comments:

  1. happy 13th years anniversary..sronok dpt check in hotel walaupun dlm kl kn

    ReplyDelete
  2. tahniahnyer., semoga terus berkekalan., aminn

    ReplyDelete
  3. Wow! Grand tempat ni...

    Eh apa ni? Bila nak update 2021 punya cerita? Nak masok Feb dah! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah uncle. kemalasan melanda. cuba nak tulis. mood asyik kelaut . hahaha

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)