Monday, May 18, 2020

Hari Pertama & Kedua Bekerja Dari Office Semasa PKPB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni hari kedua saya bekerja dari office. Jadual minggu lepas 2 kali je seminggu.Tiba-tiba keluar pekeliling baru, minggu ni 3 hari pulak bekerja. Mak is redha je lah. Kalau boleh beraya di Terengganu, rasanya minggu ni tak nampak bayang dah ni. hahaha.

Datang office dengan norma baru (new norm) . Pagi-pagi dah prepare mask dan sanitizer dalam beg. Buat ujian saringan dulu sebelum masuk office. Sampai office pulak, dalam kereta dah clock in. Tak perlu punch dah . Ok jugak. Dekat mesin punch tu berapa juta kuman duk ada kan.

Sampai je pintu office, ada staf Admin yang berkorban masa dan tenaga menyukat suhu kami . Terima kasih guys ! Dan tak lupa ingatkan kami untuk check in pulak setiap pintu masuk ke dalam office. Untuk rekod sejarah perjalanan dalam office. Pun boleh.

Masuk office, duk kat cubicle sambil merenung skrin workstation yang besar. Maklumlah duk rumah pakai laptop skrin kecik tu dekat 2 bulan. Pelik pulak tiba-tiba. Alhamdulillah dapat buat kerja dengan aman tanpa gangguan. Telefon pun berbunyi dan perasaan lega boleh membantu aduan secara live. Spesis suka bercakap gini lah. hahaha

Selalu kat rumah pagi-pagi layan si kecik makan dulu. Mandi dan susukan dia. Rindu jugak si kecik tu . Yer la bongsu pulak tu kan. Sekejap je dah besar. Ingat boleh la work from home sampai bulan 8. Tak rasa ralat sangat tak mengepam kat office. hahahaha. Tapi apakan daya, akhirnya kena jugak datang office. Jom lah kita kerja sekuatnya dalam minggu akhir Ramadhan ni. Kat rumah, penat boleh baring-baring kejap kan. Duk office tak reti nak baring-baring ni. Nasib la pukul 4.30 dah boleh balik kan. Cumanya rushing la sket part nak masak berbuka karang. Hari ni pun my hubby pergi kerja. Sepatut minggu ni dia work from home. Mesti sepi isteri dan anak-anak tak ada tu pergi kerja jugak kot. hahaha


My workstation


Baru puas mengadap tiket


Deklarasi harian . Kategori yang boleh masuk ofiz D/E


Clock in secara online


Team Admin hari ini kat belakang tu :)


Kerusi yang dibuat penjarakan sosial jugak



Dalam lift pun ada penjarakan sosial 


Semua tempat ada QR Code nak kena check in


Masuk ofiz baru tanggal mask. Ni hari pertama kerja last week. Rabu lepas .


Bekalan harian


Selfie sejurus sampai ofiz


Miss my office mate kecik


Miss work from home 


Miss my 3 ketul . Semoga Allah selalu jagakan mereka untukku 


Last but not least, miss him too . Bukan senang nak seoffice dengan hubby kan. 

Korang dah mula kerja dari office ?

Persiapan hari raya dah selesai ke? Banyak ke belinya? Mak sorang sehelai je baju kurung macam biasa untuk mak dan anak-anak dan sehelai baju melayu untuk my hubby dan top up baju kasual sehelai sorang jugak. Buat syarat. Kuih raya pun beli 5 balang. Nasi minyak gulai ayam terengganu , rendang dan lemang pun dah order untuk hari raya. Eh macam beria-ria sangat nak raya tahun ni . hahahaha. Maklumlah first time beraya diperantauan dan boleh pakai hashtag #teamrayaselangor tahun ni. hahahaha. Sedih. Dah bayar ke tu zakat fitrah ? Bagi yang berada di Selangor , kalau belum bayar zakat fitrah, boleh klik ajer : https://fpx.zakatselangor.com.my/
Sebaik-baik sedekah adalah selepas mencukupi keperluan, dan mulailah daripada orang-orang yang berada dibawah tanggunganmu  - Hadis Riwayat Imam Bukhari (1426)

1 Comments:

  1. memang perlu diambil langkah berjaga2. musuh kita ni musuh tak nampak tu lagi bahaya. take care ya..

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)