Thursday, March 15, 2018

Kehamilan 14 Minggu, BSP dan Insulin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, minggu ni minggu ke 14 kehamilan saya yang keempat dan mungkin kali terakhir. In sya Allah. Pada minggu ke 13 , bacaan gula saya tinggi selepas MGTT iaitu 10 . Saya dirujuk kepada pakar dietician. Selepas 2 minggu bacaan BSP saya diambil. setelah ikut diet yang dianjurkan bacaan gula puasa BSP saya tetap tinggi iaitu melebihi 5.3. Dah la 2 minggu berturut-turut. Bacaan untuk HbA1c pun 6.4 dimana sudah border line. Maka terpaksalah saya diberi suntikan insulin untuk tidak merisikokan kandungan saya. Dah la berat turun 3KG gara-gara diet. Harap baby baik-baik sahaja. Lagi 2 minggu kena buat BSP lagi sekali dan scan baby. Last scan hari tu masa 12 minggu, Alhamdulillah baby dalam keadaan baik dan membesar mengikut carta. 

Setiap malam ni lah rutin saya. Jadi doktor sendiri. Nasib jarum insulin ni halus je dalam 4mm je macam tu. Tak rasa apa pun. Teringat dekat Makcik Fatimah.  Apa khabar dia sekarang. Sekarang dah sama macam Makcik Fatimah kena belajar cucuk insulin. 


Jarum untuk suntikan insulin yang dibekalkan oleh pihak klinik

Bacaan gula puasa selepas suntikan insulin . Terima kasih Rai bagi pinjam Glucometer ni
Sekali je kena buat dekat klinik untuk first time. Kali kedua dan ketiga buat kat rumah jer


Bacaan BSP kena ambil 4 kali . Pukul 8 pagi ( sebelum tu malam sebelum tu puasa sebelum pukul 10 malam) , lepas makan pukul 8 tu terus puasa , Pukul 10 ambil bacaan, makan tengah hari dalam pukul 12 dan terus puasa, pukul 2 ambil bacaan dan last sekali makan petang pukul 6 petang dan terus puasa , pukul 8 ambil bacaan.

Gula puasa <5.3 dan yang lain < 6.8 

Tempat yang boleh cucuk insulin. Tapi bahagian perut paling cepat kadar penyerapan insulin dan lebih seragam berbanding tempat lain.Bila dah cucuk kat perut memang kena cucuk kat perut jer la tak boleh kat bahagian lain pulak


Teknik Suntikan Insulin 

A) Penyediaan Pen

Buka penutup dan pusingkan pen. Masukkan rod piston dengan menekannya sehingga ke dalam.
Masukkan kartrij insulin ke dalam pemegang kartrij. Bahagian kartrij yang berwarna dimasukkan dahulu.
Tutup semula pen dengan memusingkan dengan ketat. Jikalau kandungan insulin anda adalah jenis yang keruh, katrij perlu digoncangkan dahulu sebelum guna (sila rujuk TIPS).

B) Periksa Aliran Insulin (Priming)

Gunakan jarum yang baru untuk setiap suntikan. Tanggalkan pelindung jarum dan masukkan jarum pada bahagian kartrij insulin yang berwarna. Buka penutup ‘luar’ dan simpan. Buka penutup ‘dalam’ dan buangkan.
Tarik butang dos and dial insulin sebanyak 2 unit.
Pegang pen secara menegak dan ketuk pen perlahan-lahan beberapa kali supaya gelembung udara naik ke atas kartrij insulin. Tekan butang dos sepenuhnya sehingga angka ‘0’. Titisan insulin sepatutnya kelihatan di hujung jarum. Jika tidak, ulangi langkah 4-6 sehingga titisan insulin kelihatan.

C) Memilih Dos

Tarik butang dos dan pusing sehingga mendapat dos insulin yang dipreskrib oleh doktor anda.
Butang dos boleh dipusing ke depan atau ke belakang semula jika terdial dos yang salah. Insulin hanya akan dikeluarkan apabila butang ditekan.

D) Menyuntik Dos

Tolak jarum ke dalam badan secara perlahannya. Tekan butang dos sehingga menunjukkan angka ‘0’. Biarkan jarum di bawah kulit selama 10 saat sekurang-kurangnya untuk semua dos insulin masuk ke dalam badan. Tarik keluar jarum selepas habis suntikan.

Penyimpanan Insulin

Stok insulin yang tidak digunakan harus disimpan dalam peti sejuk.
Insulin pen yang sedang digunakan disimpan di suhu bilik.
Insulin yang tidak disimpan dalam peti sejuk akan luput selepas 1 bulan.
Simpan di tempat yang jauh daripada sinaran matahari.
Jangan simpan insulin di dalam kereta.
Tanggalkan jarum selepas setiap suntikan.

Kesan Sampingan

Insulin boleh menyebabkan hipoglisemia (paras gula rendah dalam darah). Hipoglisemia berlaku apabila tahap gula lebih rendah dari 4.0 mmol/L. Tanda-tanda hipoglisemia adalah seperti menggeletar, berpeluh dingin, pening, lapar, gelisah dan berdebar-debar. Hipoglisemia boleh berlaku apabila:

Tidak makan selepas suntikan insulin atau makan terlalu sikit
Senaman berlebihan
Dos insulin yang terlalu tinggi
Masalah buah pinggang
Jika anda mengalami sebarang tanda hipoglisemia, ambil makanan/minuman bergula seperti 1 sudu besar madu, ¾ cawan jus, 3 sudu kecil gula dengan segeranya.

Sentiasa bawa bersama anda snek yang bergula seperti gula manis untuk menangani symptom hipoglisemia.

credit : http://www.myhealth.gov.my/teknik-suntikan/

Korang pernah ada pengalaman kena cucuk Insulin dan prosedur BSP?


Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik." Hadith semakna juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah.  Abu Isa berkata; Ini adalah hadith hasan sahih.
(Hadith riwayat at-Tirmizi, No.Hadith : 1987)

4 Comments:

  1. aku dulu pun bsp gak, tapi aku rasa happy je p ambik darah tu, hahaha.. lagi 1 sebab bsp aku tak makan merapu, naik 5kilo je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bsp saja ok. ni dah kena cucuk insulin. huhu. bsp aku buat kat rumah je. kat klinik sekali je

      Delete
  2. Sy nk tny puan spnjg kena cucuk insulin pernah tk puan hypo

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah hypo. kalau hypo maknanya dos terlebih. kena bagitau doktor segera.

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)