Wednesday, December 06, 2017

Hari ICT 2017 Terbaik !

*Awas. Entry ini banyak gambar. Ok skip.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama sungguh tak bersiaran ni. Rindu nak menaip dalam blog. Kerja hakiki pun tak pernah habis, ditambah pulak baru sudah event yang besar penganjurannya untuk ofiz saya. Saya cuma AJK kecil yang menyumbang untuk Hari ICT 2017. Tahniah dan syabas buat kawan-kawan yang menyumbang seluruh tenaga untuk event ni. Alhamdulillah, event berjalan lancar seperti yang dirancang. 

Kat blog saya sendiri pun saya tak sempat nak hebahkan. Kesian. Hari ICT 2017 ni sebenarnya hari bertemu pelanggan ofiz saya. Ianya terbuka bukan sahaja untuk staf tapi orang awam jugak. Pengisiannya adalah talk berkenaan  IT dan ada selit juga ceramah agama. Untuk jabatan kami, kami buatkan booth pameran untuk setiap unit yang ada. So kalau ada masalah pasal sistem atau servis di jabatan kami hari tu , boleh walk in dan tanya. Masa dua hari berlangsung tu pun, ada jualan makanan menggunakan food truck dan syarikat luar yang jual barangan IT. Vico siap datang bagi air percuma lagi sampai 2000 cawan. Celcom pun ada juga. Macam menyesal pulak tak upgrade amik telefon baru. hahaha 


Ni banner Hari ICT 2017 oleh En Jasni. Cantik kan? Tumpang bangga sebab dibawah Jawatankuasa sama, AJK Hebahan. 

Bergambar belakang backdrop HICT 2017. 

Hari pertama tema baju hitam dan blazer dengan tudung turqoise sedondon. 

Fokus kat kasut kuning. Mati kena kecam dengan Rai. hahaha

Hari kedua tema baju batik . Sorry Rai, tak sempat nak bergambar dengan baju kuning. hahaha

Masa ni pengerusi hari pertama datang berkunjung untuk buat promosi booth saya. 
Haidir the best MC of the day !

Team saya 

close up sket 

Yang ni masa hari kedua. Emel dan Aplikasi Pejabat

Tak cukup korum sorang untuk Unit Automasi Pejabat

Love katanya ! haha

Poster kat booth kitorang

Poster ni print kat Print Expert Seksyen 3, RM 15 untuk sekeping size A2

 
Semuanya 8 poster di booth kami


Bergambar di booth


Tuan tanah kedaung. Belakang tu je poster yang saya buat. Yang kat atas tu by En Sofi.


Zira, floor manager HICT 2017 ! Tahniah Zira dan team !


Bookmark untuk pengunjung ke sistem aduan kami

Masa ni juri datang melawat. Apa yang aku kelentong ni tak tahu la. 

Beriya sangat tu

Ni booth adik beradik kami. Bawah Unit sama. 

Bagi yang rindu Niza the Kancil biru, IT Pulau Pinang pun kami jemput buka booth kat sini . 
Ada jeruk Pak Ali lagi . 

Pemenang booth terbaik ! Sorry yang ada gambar masa hari persediaan je. 


Ada demonstrasi drone lagi


Untuk hari kedua saya MC untuk talk sepanjang pagi tu . Dah la last minute ada mat salleh bagi talk wakil dari IBM International yang baru touch down dari Australia. Terspeaking la tanpa sengaja. Harap tak ada grammar nazi yang datang. kah kah kah 

Orang suh posing, kita posing ajer..

Love lagi with Kak Aisyah IT Negeri Sembilan. 

Mat Rock 

Vico

Rezcool Fast Stands Cafe

Dr Fried Chicken

Boost

Truck dari Unifi


Kemuncak event kami hari tu adalah perasmian penutup oleh Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Dato' Dr Hassan Said. Alhamdulillah, dapat jugak orang nombor 1 UiTM datang event kami !


Sempat VC melawat ke booth kitorang. Apsal lupa nak selfie. hahaha 

Booth terbaik dapat RM200. Tak pe la tak menang yang penting effort tu kan. Ayat orang kalah. kah kah kah


  Alhamdulillah. Selesai sudah Hari ICT 2017. Tahun depan akan adakah lagi ? Kita tengok penganjuran dari jabatan mana pulak tahun depan yer ! Semoga Allah memberi kami ganjaran pahala dan memandang kami dengan rahmat atas keringat dan penat lelah Sekretariat HICT 2017 sepanjang program berlangsung. Aaminn...

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu."(Hadith riwayat Muslim, No. Hadith : 2564)



0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)