Tuesday, September 27, 2016

Pengalaman Sambung Ubat Di Luar Daerah

Cerita dah basi namun nak share jugak . Semoga perkongsian bermanfaat dan rujukan masa akan datang. Setiap bulan saya perlu mendapatkan bekalan ubat . Ubat cuma diberi sebulan sekali. Minggu sebelum raya, saya dah aware yang saya perlu sambung ubat pada 14 September iaitu jatuh pada hari saya sedang bercuti hari raya aidil adha tu, so awal-awal saya dah pergi klinik UiTM macam biasa sekali stok ubat tu tak ada. Staf kat bahagian Farmasi cakap, boleh ajer pergi amik dekat panel dengan tunjukkan buku rawatan saya tu jer.


Buku Rekod Pesakit saya :) 

Masa minggu raya tu kebanyakan klinik tak buka lagi, so kitorang pergi la kat Klinik Kesihatan Paka. Sampai-sampai tanya nurse nak sambung ubat, dia rujuk dulu ubat saya ke bahagian farmasi. Dia kata ada tapi kena jumpa doktor dulu. Nasib baik masa tu tak ada orang sangat. Lepas jer daftar , terus nombor saya dipanggil. 

Masa ni lah baru segalanya bermula.Masuk-masuk bilik doktor, doktor tengok nama ubat sebab saya cakap nak sambung ubat jer. Nama ubat yang tak familiar, dia call farmasi katanya dua-dua ubat saya ubat List A . Blur sekejap. Doktor terangkan ubat mahal ni, ubat yang hanya boleh dikeluarkan oleh doktor pakar sahaja di hospital kerajaan. Dia tengok balik kad rawatan saya, doktor biasa jer yang keluarkan ubat tu. Bila check BP , BP saya 140/90. Border line katanya. Sebolehnya dia nak bagi juga saya ubat. Terima kasih doktor yang bertugas pada hari kejadian yang saya lupa nak tengok namanya. Dia terus call doktor pakar , dan tanyakan boleh atau tidak untuk keluarkan ubat untuk saya. Doktor 'Datin' tu bagi ubat tapi cuma sehingga Isnin sebab saya cakap Isnin baru saya boleh pergi dapatkan ubat . Alhamdulillah , dapat jugak ubat darah tinggi dan kolestrol saya sehingga Selasa 19/9/2016. Terima kasih doktor Klinik Kesihatan Paka yang bertugas hari tersebut dan Doktor Datin yang membenarkan ubat saya disambung .

Dua jenis ubat yang saya makan sekarang ni. 


3 biji jer yang dapat dari Klinik Kesihatan. Yang ni ubat kolestrol, ubat darah tinggi dah campak mana lah plastiknya. haha


Yang ni baru amik dekat Klinik Ajwa. Amik kau RM 182.00 sekotak. hahaha. Nasib klinik panel. 



Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (QS. An-Nahl/ 16 : 97)


0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)