Thursday, March 03, 2016

Baiki Kasut Sekolah Anak Sendiri

Hari ni nak tunjuk cara baiki kasut sekolah anak sendiri. Sebenarnya kasut my Nuha tu tak jejas pun lagi tapi bahagian yang velcro tu jer yang tertanggal so tak melekat lah nak zap kasut dia tu. My hubby cakap, dia ada beli velcro tu, so malam tadi misi menjahit kasut sekolah anak sendiri lah. Velcro ni korang boleh beli kat kedai alat tulis. My hubby beli untuk pameran kat ofiz dia tapi tak jadi nak guna. Dia pun dah tak ingat berapa harganya. 

Mula-mula sediakan velcro mengikut saiz tali kasut anak korang. Yang saya ni sedikit besar, tak ada masalah pun sebab boleh potong lebihan tu. 

Sediakan peralatan menjahit. Tetas dulu velcro yang lama. 

Mulakan menjahit . Jahitan dah ada yang asal tu kan..Follow ajer yang tu. Guna lah benang putih kan nampak pelik pulak kan. 

Akhirnya dah siap. Abaikan jahitan mak dia yang bersepah tu. Janji melekat. hahaha. Jahit tangan dengan penuh kasih sayang gitu. Mampu ? hahaha

 Taddaaa....Dah siap sepasang kasut yang di jahit dengan kasih sayang seorang ibu. hahaha
Selagi boleh jimat kita jimat yer :)

Korang pernah baiki kasut sekolah anak sendiri ?


p/s:

Bertambah lagi tugas seorang supermom, tukang kasut. :)


Kelebihan Solat Sunat Witir

Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Jadikanlah sembahyang witir sebagai sembahyang terakhir bagi kamu pada waktu malam”.


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

14 Comments:

  1. Menarik idea velcro tu.. Kebetulan kasut Jasmin pun dah tak lekat. Boleh la try kaedah ko ni.. beli velcro baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. selagi boleh jimat kita jimat..hehehe

      Delete
  2. bagus gak tak perlu membazir kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sayang kasut masih elok lagi. baru 3 bulan beli.

      Delete
  3. TERbaiklah kak.. lg pon kasut elok lg..syg lak nk buang..
    jimat n berbaloi-baloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tak sangka pulak boleh baiki velcro tu.hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. bleh la cuba untuk kasut sekolah anak jue pulak yer :)

      Delete
  5. kreatinya... kasut nampak masih elok syg jgk klu buang mcm tu..nasib baik maknya kreatif..jimat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak nyer macam tak boleh fikir jugak tu boleh jahit kasut anak sendiri. bapaknya yang bagi idea.hehehe

      Delete
  6. pandai ko ek.. meh sini sket ilmu ko tu ek hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu yang mana ada mesti kena kongsi :) ilmu kan milik Allah. sharing is caring gitu. hehehe

      Delete
  7. setakat nih x pernah plak baiki kasut. semua kasut rosak tahap x boleh baiki dah. hahahahaha

    ReplyDelete
  8. memang x pernah la baiki sendiri, eliss.
    so far so good.
    and it is a very marveles idea.
    instead of beli baru, ganti aje velcro tu kan.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)