Thursday, February 04, 2016

Harga Runtuh Jubah Amani , CalaQisya Shah Alam

Dah beberapa kali jugak pergi CalaQisya Shah Alam ni. Sebab memang aim nak beli kasut Orchid , CalaShoes tu tapi selalu warna yang nak tu tak ada. Yang saya minat warna pink atau purple gitu. Tapi pergi time tahu ada sales lah kan. RM50 jer pun sepasang. Kalau tak RM60. hahaha. Tu agaknya selalu tak ada warna idaman. 

Orchid idaman hati  - Credit https://www.instagram.com/thecalashoes/

Hari tu pergi lepas Aliff belanja makan Nasi Ayam Penyet AP kat sebelah CalaQisya dan kebetulan Zira dan Ad nak beli jubah, so masuk la dalam CalaQisya . Sekali amik kau, ada pulak sales Jubah Amani. Dah tiga-tiga beli jubah yang sama. RM50 jer pun. Harga asal RM159. Berbaloi baloi lah kan. Rugi pulak tak beli. Kira jubah yang paling murah la pernah beli setakat ni .Ingat dulu RM70 jubah Aqeela paling murah dah pernah beli kan. 



Saya amik saiz XL, ingat tak muat. Sekali try ok lah pulak.Biasa saiz baju 46-48. Kiranya cutting dia agak besar jugak la. Dan labuh sket kena alter lah. Saya tinggi 159cm.

Dah shopping haruslah bayar dulu kan

Bergambar dengan pintu masuk CalaQisya is a must :p

Semua pink kat sini termasuk pintu masuk. hehehe
Dah rasmi jubah baru ni masa Farewell untuk jabatan kitorang last week..hehehe. Tapi lupa nak amik gambar penuh. Nampak la sipi-sipi kan. Warna mint green gitu. 


Ni gambar model pakai . Cantik kan? Model pakai semua cantik..hahaha


Lagi satu gambar. Credit https://www.instagram.com/calaqisya/


Yang ni masih available kalau beli online, http://www.calaqisya.com/product_info.php?products_id=593

Korang dah pernah beli jubah di CalaQisya ? 


CalaQisya Shah Alam

7a Jalan Plumbum P7/P

Seksyen 7, 40000

Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : 

Isnin- Sabtu : 9 pagi  - 6 petang

Tel :  03 55243987


Daripada an-Nawas bin Sam ‘an RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan yang bimbang dalam hati dan engkau tidak mahu perbuatan itu diketahui orang lain.”
(Hadith Riwayat Muslim)

2 Comments:

  1. sale giler2 tu wajib beli.. hehehe

    ReplyDelete
  2. rm50 ???!!!!
    terbaik sales nyer tu eliss :)
    raya nanti sure ada sales gitu ekk.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)