Wednesday, November 25, 2015

Homemade Playdough (Plastisin) Yang Sangat Mudah Tanpa Cream of Tartar dan idea Playdough 3D

Musim cuti sekolah dah skang ni kan. So hari minggu boleh buat aktiviti main plastisin dengan anak-anak. Biasanya saya jumpa orang share resepi playdough (atau plastisin) yang ada tambah cream of tartar kan. Ni saya guna resepi buat playdough tanpa guna cream of tartar. Tengok bahan semua ada dalam almari, so marilah kita main playdough buatan sendiri hari ni. Selalu beli ajer, hari tu mak terlebih rajin dan geram tengok dua beradik tu duk berebut plastisin yang entah jumpa kat mana tu, tu pasal terus google buat playdough sendiri tu. Rupanya resepi yang saya guna tu tak perlu panaskan atas api pun boleh. Tapi hari tu saya panaskan dalam kuali. 

Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan garam
2 sudu besar minyak masak
1 cawan air
Pewarna makanan ( atau kalau tak ada sangat boleh guna sirap)

Cara-caranya :

1. Masukkan air, minyak masak dan pewarna dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan garam dan minyak masak.
3. Kacau sebati sampai doh licin dan lembut.
4. Bahagikan adunan mengikut pewarna yang korang ada. Masukkan pewarna.
4. Gaul pewarna dengan doh sampai sebati. Simpan dlm bekas kedap udara, atau beg ziplock dan simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. Hari tu, simpan kat luar pun dah ok tak keras pun. 


Doh yang merah tu cuba jaya sebab ada pewarna kuning je dalam peti ais.Sekali yang tu pulak paling cantik bila masukkan sirap tu.hahaha

Selalu budak berdua main tu mesti buat donut ker,karipap ker, kuih la senang cerita.Playdough berasaskan makanan. Maklumlah mak tak kreatif nak menguli kan. Bawah ni idea untuk korang buat untuk playdough versi 3D gitu kan.Seronok jugak main playdough ni.Dulu mak main masa tadika jer. So boleh la lepas gian. hahahaha







credit https://www.pinterest.com/oliadolia/play-dough/
  http://innerchildfun.com/2011/02/play-dough-bakery.html


Korang pernah buat plastisin atau playdough sendiri ? 



6 Comments:

  1. ko buat ke anak ko yang buat ni hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni orang punya gambar.. mak tak kreatif..hahahaha

      Delete
  2. Replies
    1. ni orang punya gambar.. mak tak kreatif wak..hahahaha

      Delete
  3. Replies
    1. selamat tu penting esp with toddlers kan...semua nak dirasanya..hehehe

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)