Thursday, April 16, 2015

Koleksi Fridge Magnet Terkini dan fakta menarik

Sekarang dah suam-suam kuku dah hobi mengumpul fridge magnet saya. Sejak banyak koleksi yang ada terjatuh, dijatuhkan dan menjatuhkan berlaku, jadi down gila nak tambah koleksi fridge magnet tapi kalau nak bagi percuma, saya terima dengan tangan terbuka seluas-luasnya gitu. Over mak tau. hahaha


Hari ni nak tayang la koleksi-koleksi terkini fridge magnet yang saya dapat dari kawan-kawan dan kawan-kawan my hubby . Tq yer semua :) Ada 4 keping fridge magnet terbaru yang saya dapat .Sekali dengan info yang saya dapat dari wiki. Disamping menambah ilmu yer :) Semoga bermanfaat.


Dua Fridge Magnet dari Makkah iaitu pemberian Ad dan Zira yang balik dari umrah hari tu.


Satu gambar Kaabah pemberian Ad. Bestnya kalau dapat sampai sana. Rindu walaupun tak pernah jejak kaki kesana.

Binaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji.Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. - http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaabah


Satu gambar unta yang sinonim dengan tanah arab kan dari Zira.

Unta (bahasa Inggeriscamel) ialah mana-mana satu daripada dua spesies ungulat yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genus Camelus, iaitu:
  • Camelus bactrianus (ponok kembar) yang terdapat lebih jauh di utara dan timur Asia tengah.
Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun. Istilah unta juga digunakan secara umum untuk merujuk kepada mana-mana satu daripada enam haiwan yang seakan-akan unta dalam famili Camelidae: dua jenis unta benar, dan empat jenis kamelid Amerika SelatanLlamaAlpakaGuanako dan Vikuna. Nama unta dalam bahasa Inggeriscamel datang melalui bahasa Greek κάμηλος (kámēlos) daripada bahasa Arab جمل (jamal) atau bahasa Ibrani גמל (gahmal). - http://en.wikipedia.org/wiki/Camel

Yang ni dari ofiz mate my hubby . Saper erk?? Krik krik krik.. lama sangat dah lupa 

Daerah Khusus Ibukota Jakarta (DKI JakartaJakarta Raya) merupakan ibu negara Indonesia, dan juga merupakan satu-satunya bandaraya di Indonesia yang bertaraf provinsi. Jakarta terletak di bahagian barat laut Pulau Jawa. Dahulunya, Jakarta pernah dikenali dengan nama Sunda Kelapa (sebelum tahun 1527), Jayakarta (1527-1619), Batavia, atau Jacatra (1619-1942), dan Djakarta (1942-1972).
Jakarta memiliki luas sekitar 661,52 km² (lautan : 6.977,5 km²), dengan penduduk berjumlah 7,552,444 orang (2007)[4]. Wilayah metropolitan Jakarta (Jabotabek) yang diduduki sekitar 23 juta orang, merupakan kawasan metropolitan yang terbesar di Indonesia dan kedua terbesar di dunia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Jakarta

Yang ni pun dari ofiz mate my hubby. FM dari Shanghai

Shanghai yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur ialah bandar raya terbesar Republik Rakyat China serta bandar raya yang kelapan terbesar di dunia. Dianggap secara meluas sebagai kubu kotaekonomi moden China, bandar raya ini juga bertindak sebagai salah satu pusat kebudayaanperdagangankewanganperindustrian, dan komunikasi yang terpenting di China. Dari segi pentadbiran, Shanghai ialahkawasan perbandaran Republik Rakyat China yang berperingkat provinsi statusnya. Pelabuhan Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia, dan pernah menjadi pelabuhan kargo yang terbesar di dunia pada tahun 2005.[4] - http://ms.wikipedia.org/wiki/Shanghai


Korang ada Fridge Magnet dari negara diatas ? 



2 Comments:

  1. koleksi saya pun banyak yg pecah.

    ReplyDelete
  2. sume ada..
    ada kejadian terjatuh,menjatuhkan dan dijatuhkan tu sbb letak kt fridge ke? try la beli board khas, in shaa Allah xde kejadian camtu berlaku lg...

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)