Wednesday, September 24, 2014

Kos tukar drive shaft kereta Kia Spectra dan tampal tayar

Tahun ni tahun kesembilan bagi Cinta Bersulam Rinduku dan secara rasminya kereta ku ini bukan milik bank lagi. Tapi ada jer sakit-sakit sengal tulang bila dah tahun kesembilan ni.hahaha.Macam mintak tukar baru jer..Ops. Hari tu bila corner, bunyi 'tak tak tak' kat bawah tayar. Lain macam pulak bunyi ni. Bila pergi pomen, diorang cakap bunyi drive shaft tu. So suh pomen orderkan drive shaft sebelum dia patah. Kang banyak pulak kos tersembunyi bila dah patah tu kan.

Hari Isnin sebelum Hari Malaysia hari tu, saya cuti sebab nak pergi tukar drive shaft baru. Saya dah biasa bawa pergi servis kereta kat bengkel pomen ni yang terletak kat pintu belakang masuk i-city seksyen 7 tu. Pomen ni jiran saya sebenarnya, Dulu saya biasa pergi Definite Power Services Sdn Bhd kat situ jugak tapi bengkel tu dah tutup. So sekarang memang saya baiki di bengkel jiran saya tuh lah.


Inilah drive shaft saya yang bunyi tak tak tak tu :p
CV joint dia dah koyak dan batang pun dah hampir patah.


Kos yang dikenakan untuk sebatang drive shaft yang hampir patah. Sebatang RM285.00. Kos upah RM40. So total RM 325.00. Pomen cakap kalau kereta keluaran proton RM 100 lebih jer sebatang. Lepas ni kena beli kereta Malaysia lah nampaknya...huhuhu

Don’t let anyone convince you that your dreams are too big. 

Lepas dah siap, pomen suh saya drive dan pulas habis stering corner ke kanan dan ke kiri tengok ada bunyi tak tak tak lagi ker tak. Kalu tak der maknanya dah ok la tu.


Korang pernah kena tukar drive shaft ? 

Bawah ni alamat pomen jiran saya tu :)


Membaik Pulih Kenderaan Syahmi
No. 40, Lebuh Keluli, Kawasan Perindustrian Bkt. Raja, Klang, Selangor.
Tel: 013-6941294
(Repair & Service Centre).


2 minggu sebelum tu,  kereta saya bocor. Saya tampal kat sebelah kedai tu. Kos yang dikenakan cuma RM5 untuk satu lubang bocor. Nampak macam mudah jer kan ? hahaha



Pomen check tayar yang bocor. Sedia untuk di tampal .

Ni bahan yang digunakan untuk tampal tu. Masukkan ke dalam lubang tayar yang bocor.
Siap ! 

Shah Alam  Tyres & Auto, Bukit Raja. 


p/s: 

Pengalaman drive kereta tahun keenam. Pergi servis dan tampal tayar bocor sendiri. 

4 Comments:

  1. pergi repair kete sendirik??
    tabik spring!!! kagum sangatttt.. hahahaha
    kalo Raa memang suh abg jer buat. ahaks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni terpaksa dan dipaksa nama dia..kagum dari jauh yer..hahaha

      Delete
  2. Recommended tak pomen merangkap jiran awak tu? hehehehe..
    Saya nak cari pomen melayu..nak majukan melayu islam kita...
    Area situ hari2 saya lalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiran saya memang saya recommend :) hahaha..namapun jiran,ada laa kurang sket2..:)

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)