Friday, May 16, 2014

Menyesal Saya Daftar Jadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Baru je minggu lepas saya dapat PM dari kenalan lama tapi kami tinggal berjauhan. Dalam perbualannya dia menyatakan dia menyesal jadi ahli Shaklee. Eh, pelik. Kalau dia menyesal kenapa nak bagitahu saya yang TEGAR bershaklee ni. Oooo....ini mendatangkan amarah >___<. Bila ditanya kenapa menyesal..rupa-rupanya dia cakap penaja beliau (iaitu kakaknya sendiri) tidak aktif berShaklee sedangkan semangat dia nak buat Shaklee berkobar-kobar. Lalu saya nasihatkan kawan saya ni,  tidak mengapa jika kakak tidak aktif, boleh juga rujuk penaja yang lebih atas (bermakna super upline kawan saya ni). Beliau memberitahu tak kenal dan tak tahu susur galur!!! Hmmm....saya pun tak tahu nak bantu bagaimana kalau anda pun turut mengalami masalah yang sama. Sebab itulah ramai betul yang menyesal jadi ahli Shaklee. Bukan sebab itu sahaja, bahkan banyak lagi sebab-sebab lain mereka menyesal jadi ahli Shaklee.

                                    jadi ahli shaklee

  • Daftar Dengan Upline Yang Tidak Aktif

Peluang dalam Shaklee ni sebenarnya amat besar. Melebihi peluang anda bekerja makan gaji di syarikat besar. Bayangkanlah jika makan gaji, maksimum kenaikan pendapatan tahunan mungkin dalam 2 ribu setahun. Tetapi dengan Shaklee, kenaikan sebanyak 2 ribu tu bukan tahunan, malah BULANAN! Banyak sangat masa anda boleh jimat untuk pencen lebih awal. Tetapi, ianya akan menjadi realiti jika anda berada di bawah kumpulan yang TEPAT.

Sebab itu, rugi dan menyesal jika anda daftar jadi ahli Shaklee dengan pengedar yang tidak aktif. Anda memang tidak akan mendapat sebarang bimbingan dari mereka kerana mereka tidak akan mendapat first class updates. 

Sebaliknya jika anda berdaftar dengan saya, kumpulan kami sememangnya mempunyai pautan yang erat antara satu sama lain demi memastikan kelangsunagn bisnes Shaklee masing-masing. Sebagai penaja kepada para pengedar, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melatih dan mengambil berat kumpulan bisnes yang saya kendalikan.

  • Daftar Ahli Shaklee Dengan Ahli Keluarga atau Kawan Terdekat

Tiada salah pun daftar ahli Shaklee dengan orang yang anda rapat. Tetapi anda harus pastikan mereka adalah pengedar yang aktif dan mempunyai support group yang cukup kuat. 

Kebiasaannya ini terjadi atas dasar nak menyokong orang yang rapat dengan kita atau pun merasakan lebih mudah dalam menyampaikan info sekiranya berada berdekatan. Jika mereka aktif atau pun berada dalam kumpulan yang tepat, tiada masalah untuk anda menyertai mereka. Tetapi bagaimana jika mereka juga berada dalam kumpulan yang salah?

Jarak antara penaja dan pengedar juga bukan halangan utama untuk berjaya dalam Shaklee. Zaman sekarang banyak medium yang boleh menghubungkan antara satu sama lain walaupun berlainan negara. Pengedar saya yang kebanyakannya sudah mendapat pendapatan bualanan 4 angka semuanya berada jauh dari saya. Saya di Negeri Sembilan tetapi mereka di Kedah, Puchong, Cheras, Terengganu dan Kelantan. Semuanya info kami sediakan melalui medium facebook, telegram, whatsapp, webinar, dan juga blog hebat kami http://ireach.my/ (jika berminat untuk mendapat lebih akses kepada website ini, anda boleh emelkan kepada saya di stormmaria14@gmail.com)

  • Daftar Ahli Shaklee Dengan Penaja Goyang Kaki

This is very typical MLM. Kerana sejarah MLM yang suka menekan orang bawahan menjadikan sistem MLM sangat dibenci oleh masyarakat. Shaklee lebih kepada network marketing. Dalam kumpulan kami masing-masing bekerjasama dan tiada siapa pun yang goyang kaki walaupun sudah bergelar Master. Tanggungjawab mendidik pengedar yang bernaung di bawah kumpulan memang terletak di bahu penaja. Kerana itu kami sebagai penaja sebaik mungkin akan mendidik dan membimbing pengedar untuk mendapat pendapatan yang sama seperti kami.

Begitu juga jika ada yang meminta anda daftar jadi ahli Shaklee di cawangan. Kita belum selidik bahawa mereka adalah penaja yang aktif dan mempunyai banyak marketing skill atau pun tidak. Anda terpaksa menanggung risiko jika penaja yang anda jumpa di cawangan hanya aktif mencari pengedar, tetapi tidak melaksanakan tanggungjwab untuk membimbing anda menjana pendapatan hebat melalui Shaklee. Sangat kesian

                                                       jadi ahli shaklee, faedah jadi ahli shaklee, cara jadi ahli shaklee

  • Daftar Ahli Shaklee Dengan Penaja Yang Tidak Amanah

Amanah ini ada banyak kategori. Dalam Shaklee pula, saya kategorikan kepada dua. Tidak amanah untuk membimbing anda (saya dah huraikan di atas). Satu lagi tidak amanah dalam berjual beli.

Ada sesetengah penaja yang suka menjual produk pada harga murah; kurang dari harga yang telah ditetapkan oleh Shaklee. Sekali imbas, kita boleh katakan tidak salah dari segi hukum tetapi bila direnung kembali ianya terbukti haram kerana:
  1. menindas peniaga lain yang menjual produk pada harga yang telah ditetapkan oleh Shaklee
  2. merendah-rendahkan kualiti produk dengaa menurunkan harga
  3. dapat bonus/naik ranking dengan cara kotor
Oleh itu, kena pastikan penaja anda benar-benar amanah demi kelangsungan pendapatan yang diberkati.

                       jadi ahli shaklee, price cutting

  • Daftar Ahli Shaklee Dengan Penaja Yang Menipu

Kisah ini benar-benar terjadi kepada seorang kenalan saya. Kenalan saya ini dijemput oleh rakannya di tempat kerja untuk menghadiri seminar Shaklee. Maka, beliau pun pergilah. Sesampainya di sana, bermula la bermacam-macam promosi dan kelebihan-kelebihan yang diwar-warkan oleh penaja yang menipu tersebut (Ni pun typical MLM jugak). Apabila peserta seminar mula rasa seronok dan dibuai angan-angan nak kaya cepat, penaja ini mula mencucuk peserta untuk membuat bayaran sehingga beribu ringgit. Sedangkan kos keahlian untuk daftar sebagai ahli Shaklee hanyalah serendah RM75. 

Sudah pastilah dengan ribuan ringgit yang diberikan, pengedar yang baru daftar tersebut mendapat produk berkaitan. Tetapi jika tiada skill berjual beli, bagaimana mahu menghabiskan stok barangan tersebut? Kerana itulah, pemilihan penaja yang TEPAT bukan sahaja membantu anda berbisnes dalam keadaan yang harmoni, tetapi penjanaan pendapatan lebih cepat selari dengan pengetahuan mengenai produk dan juga skill berjual beli.

Oleh itu, jangan ulangi lagi kesilapan yang dibuat rakan saya tadi. Yang lebih menyedihkan dia mendaftar sebagai ahli Shaklee kerana dia seronok melihat gambar-gambar dan status saya yang sedang coaching anak-anak bisnes saya. Dari situ, terbuka hatinya untuk mendaftar tetapi sayangnya dia silap memilih penaja. Sehingga sekarang, perjalanan bisnes Shakleenya masih lagi statik. Saya pun tidak dapat membantu kerana penaja beliaulah sepatutnya yang bertanggungjawab untuk mendidik pengedar sehingga berjaya.

Bagaimana Cara Daftar Sebagai Ahli Shaklee Di Bawah Team Hebat Saya?

Kumpulan saya dinaungi oleh dua orang Master yang sangat hebat dan mempunyai ilmu marketing yang sungguh luar biasa. Saya berani janjikan jika anda sememangnya tercari-cari jalan keluar kemelut kewangan anda, ini adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini. 

Daftarkan diri anda bersama saya dan kumpulan iReach sekarang dan yuran yang dikenakan hanyalah RM65 seumur hidup. Segala bimbingan dan pengetahuan tersedia di dalam kumpulan rahsia kami. Jangan sesekali risau jika anda berada berjauhan walaupun di luar negara kerana akses kepada kumpulan rahsia kami tidak terhad hanya di Malaysia. Nak tahu faedah daftar Shaklee bersama kami? Boleh baca SINI


kumpulan paling best dalam shaklee, join ahli shaklee, daftar ahli shaklee
       Hanya suku daripada warga iReach. Nampak tak ada Amin Idris (TV Al Hijrah) kat tengah-tengah tu.

Serius best team kami ni...support memang kuat kiri dan kanan.

Anda merasa teruja nak menyertai team kami?
Anda tak sabar-sabar nak menggenggam pendapatan bulanan 5 angka seperti saya?
Baiklah....sila isi details anda seperti di bawah supaya saya boleh bimbing anda bagaimana untuk daftar sebagai ahli Shaklee di bawah team kami yang hebat

**sekiranya saya tidak hubungi anda melalui emel atau telefon dalam tempoh 24 jam selepas anda isi detail di bawah, sila add saya di FB Maria Awi 


* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here?  

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes  serendah RM 36 setahun disidebar ? . Tiada blog / facebook ? Boleh dapatkan khidmat write ups bernilai RM20 sahaja satu entry!!!
Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.



1 Comments:

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)