Friday, April 04, 2014

Telefon kecemasan @ Hentian R & R Temerloh

Korang pernah ada pengalaman  menggunakan telefon kecemasan yang biasanya ada di lebuhraya dan hentian R & R . Hari tu masa pulang ke Terengganu berhenti sekejap di  hentian R & R Temerloh, tergerak pulak hati nak tengok macam mana nak menggunakan telefon kecemasan tu. Mana tahu mungkin memerlukan bantuan telefon kecemasan ni pada masa mendatang. Rasanya ramai pun tak ambil peduli kan? 



Mesti korang perasan papan tanda ni kan ? 

Inilah telefon kecemasan tu. Tapi bukan macam telefon biasa yang ada gagang. 

SOS bukan sos cili pulak tau !
SOS is the commonly used description for the international Morse code distress signal 

Ini langkah-langkah untuk membuat panggilan kecemasan

1 ) Tekan butang untuk bantuan
2) Dengar dan patuhi arahan
3) Mulakan perbualan


Saya pun pernah ada pengalaman kecemasan di lebuh raya sebab tayar kereta pancit. Boleh baca pengalaman saya tu disini http://www.elissmie.com/2010/09/pancit-kat-tengah-highway-apa-nak-buat.html


Apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna jika kenderaan rosak di lebuh raya?

-Tempatkan kenderaan di kawasan yang selamat seperti di lorong kecemasan, kawasan rehat & rawat, dan kawasan hentian sebelah, jika boleh.

-Nyalakan lampu isyarat kecemasan.

-Pastikan semua penumpang berada di kawasan yang selamat iaitu di luar jajaran atau atau sekurang-kurangnya 2 meter dari rel adang (guard rail) dan longkang yang berada di luar kawasan turapan.

-Letakkan segitiga amaran atau lain-lain peralatan amaran yang dibenarkan kira-kira 50 meter di belakang kenderaan yang rosak. Sila elakkan daripada menggunakan ranting/dahan pokok sebagai peralatan amaran kerana ianya berpotensi untuk membahayakan pengguna lain.

-Sekiranya bantuan lanjut diperlukan, Syarikat Konsesi boleh dihubungi di talian berikut :

Sila nyatakan:-
a. Nama pelapor;
b. No. kenderaan;
c. Lokasi kejadian (KM );
d. Arah (bound);
e. Jenis kerosakan, jika boleh.

    BILLEBUHRAYANO TEL KECEMASAN
    1PROJEK LEBUHRAYA UTARA - SELATAN (PLUS)1800880000
    2LALUAN KEDUA SINGAPURA - MALAYSIA (LINK 2)
    3JAMBATAN PULAU PINANG (PBSB)
    4LEBUHRAYA SEREMBAN - PORT DICKSON (SPDH)
    5LEBUHRAYA BUTTERWORTH - KULIM (BKE)
    6LEBUHRAYA KL - KARAK (KLK)09-5479111
    7LEBUHRAYA PANTAI TIMUR FASA 1 (LPT 1)
    8LEBUHRAYA KAJANG SILK1800881997 /
    03-89210123
    9LEBUHRAYA DAMANSARA PUCHONG (LDP)03-74947333 /
    04-74947376
    10LEBUHRAYA PENYURAIAN TRAFIK KL - BARAT (SPRINT)
    11LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG - KL (AKLEH)1300881012 /
    03-42523122
    12LEBUHRAYA SUNGAI BESI (BESRAYA)1800880999 / 0126533071
    13LINGKARAN LUAR BUTTERWORTH (LLB)04-3299999
    14LEBUHRAYA SHAH ALAM (KESAS)03-56337188
    15LEBUHRAYA PANTAI BARU (NPE)03-77847859
    16LEBUHRAYA SHAH ALAM - KUANG (GCE)03-60385052
    17LEBUHRAYA PINTAS SELAT KLANG UTARA (SHAPADU)03-33420564
    18LEBUHRAYA HUBUNGAN TIMUR BARAT (METRAMAC)03-91732020
    19TEROWONG SMART1300887188
    20LEBUHRAYA KL - PUTRAJAYA (KLP)03-83159112 /
    03-83159111
    21LEBUHRAYA SENAI DESARU (SDE)07-8612222
    22LEBUHRAYA KAJANG - SEREMBAN (LEKAS)1800888012
    23LEBUHRAYA DUTA - ULU KELANG (DUKE)03-62513100
    24LEBUHRAYA LEMBAH KELANG SELATAN (SKVE)1300880026
    25LEBUHRAYA PANTAI TIMUR FASA 209-6811467/019-2676642
    26LEBUHRAYA KEMUNING – SHAH ALAM (LKSA)1300882801
    27LEBUHRAYA KUALA LUMPUR – KUALA SELANGOR (KLKS)03-61451515
    28LEBUHRAYA CHERAS KAJANG (GRANDSAGA)03-90750505
sumber  : http://www.llm.gov.my/

Korang pernah guna telefon kecemasan ni  dan pengalaman kecemasan di lebuh raya ? 

#semogabermanfaat 


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  

4 Comments:

  1. setakat ni mmg blum pernah mencuba..
    tak berani pulak nak mencuba,
    kena tunggu kereta rosak baru berani.
    hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau kecemasan boleh la guna yer :)

      Delete
  2. Sangat berguna info ni Eliss...
    Bersiap sedia...sebab mmg kita selalu guna pelbagai highway

    ReplyDelete
  3. moga takdela kejadian rosak2 ...takutt...huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)